Sekitar Majlis Korban Hari Raya Aidiladha Bersama Hans

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans dan gua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca yang beragama Islam. Yeahhh!! Seperti biasa dekat kawasan perumahan gua nih upacara korban akan diadakan pada setiap hari raya aidiladha yang ke-2 dan jadi hari ini gua berkesempatan lah pergi melihat lebih kurang 17 ekor lembu ditumbangkan untuk diagih - agihkan kepada penduduk sekitar. Jadi, dibawah adalah beberapa gambar yang sempat gua ambil menggunakan telefon gua yang kini sudah wujudnya kamera. Hehehehe!!



Ramai betul penduduk sekitar yang datang tadi dan semestinya kanak - kanak lah yang paling teruja menantikan setiap ekor lembu disembelih! Budak - budak sekarang tak kira laki ker perempuan ker memang berani tahap tak ingat! Kalau boleh jarak mereka dengan lembu tu nak macam mereka dengan bantal busuk! Hahaha! Berani betul!



Sang lembu meronta - ronta minta ditunda hari pengorbanannya tetapi apakan daya suaranya tidak didengari. Hohoho! Memang ada juga lah situasi yang membuatkan sesiapa yang menonton lari bertempiaran kerana nampak macam lembu nak terlepas jer. Gua tak ambil lah gambar waktu situasi tu sebab gua pun ikut lari sama! Hahahaha!!



Akhirnya sang lembu terkorban jua! Eh, yang pakai baju Kedah tu bukan gua yer! Harap maklum! Hahahaha!! Gua tadi baju harimau malaya punya! Maskulin habis dengan bau epal lagi! Kahkahkah!



Selepas tu budak - budak muda yang dipertanggungjawab melapah tu pun bersiap sedia lah dengan tugas mereka. Tahun nih memang pakcik - pakcik yang veteran dekat taman perumahan gua nih cari budak - budak muda lah nak buat barisan pelapis. Gua pergi tengok dengan ambil daging jer lah! Gua pening dengan bau darah nih cuma tadi darah - darah lembu tu tak ada pula bau sangat! Jadi, gua steady sikit lah! Hohoho!!



Kepada budak - budak lelaki yang muda - muda tu kalau korang tak mabuk darah ker apa silalah belajar - belajar yer! Tak rugi pun belajar benda nih! Hah! Tengok macam pemuda - pemuda di dalam gambar tu. Nampak gagah dan macho beb bila pegang pisau la parang la kapak la sambil baju sinting ke lengan! Serius gua kalau tak ada pening - pening nih gua memang nak masuk sama! Mesti kekacakan gua makin terserlah di mata bakal awek dan mak mertua serta bapa mertua. Hahaha!!



Khusyuk betul pakcik - pakcik semua nih memotong, menghiris, mengasing dan memasukkan ke dalam beg plastik sebelum di agih - agihkan pada penduduk setempat yang mempunyai kupon.



Bersedia untuk diagih - agihkan selepas ini! Maaf lah kepada pakcik yang berkenaan! Nampak gambar macam tak senonoh pula sebab pakcik berdiri macam nih! Ekekeke!



Jadi, selepas gua dah ambil agihan korban tu waktu tengah jalan tiba - tiba hujan lebat pula! Adoiyai! Basah kuyup sudah gua dan sebentar tadi gua bersin tidak henti - henti! Hahahaha! Jadi, terpaksalah makan ubat selesema dan nampaknya ia membawa kesan! Haih! Pantang kena hujan jer mesti selesema! Sob Sob Sob!!


P/S : Alhamdulillah! Segalanya Berjalan Lancar! (^_^)Y


15 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. teknik sembelihan yang tepat tu makanya tak hanyir sangat kot..

    memang patut org muda yang buat kerja itu. hehe!

    BalasPadam
  2. wahh meriah raya qurban kat tmpat hans :D

    BalasPadam
  3. meriah2..weh ko ambik gmbar je ke??ingtkan tlg sembelih sekali..hehehe..

    BalasPadam
  4. xdpt tgk korban lmbu thn ni..
    btw, slmt hari raya hj hans

    BalasPadam
  5. blog tips kurus : betul3

    saiazuan : yups..meriah2

    fatin : nih sah tgok gambar jer per nih....

    wani : best2

    norshila : slmt hari raya

    BalasPadam
  6. hang tak tolong lapah daging sekali ka? apa barang.x macho la der.hahahaha

    BalasPadam
  7. diriku juga pening tengok darah. lembik lutut>.<

    Salam Aidiladha Bro Hans :)

    BalasPadam
  8. zack : aku tak lapah daging pun dah macho + kacak dah tadi....so apa ada hal...hahahaha

    nia : ku pening bau darah...bukannya tengok darah..kita berdua tak sama..hohoho

    BalasPadam
  9. ko amik gambo je ke? xbuat pratikal skali? huhu

    BalasPadam
  10. nampak meriah juga.
    dah tu apasal tak hantar daging kt rumah aku sket? -.-

    salam aidiladha hans.

    BalasPadam
  11. Pemuda nama Hans tak join sama ker? haha.. NWay, biasanya darah yang fresh tu ok lagi baunya...

    BalasPadam
  12. wah...henset ko dah tumbuh kamera e?wah...hebat...hahaha... kat negeri mana ni bro?

    BalasPadam
  13. da lme xtgk lmbu kne sembelih..huhu...salam a.adha :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama