Makcik! Gua Bukan Mayat!

Adoiyai! Ada seorang makcik cleaner dekat pejabat gua nih buat gua kadang - kadang rasa 'sedih' jer! Hahaha! Sejak gua bertukar kepada bahagian kerja yang lain nih mesti setiap pagi dia terserempak dengan gua mesti dia akan terkejut! Pelik juga gua sebab masa gua dekat bahagian kerja yang lama hari - hari gua bertembung dengan dia sama ada di lif, tangga, pintu atau mana - mana tempat pun tak ada pula makcik tu terkejut mahu pun melatah macam sekarang nih!


Gambar Hiasan


Hari tu makcik nih melatah masa dia tengah menyapu seorang diri dekat pejabat di bahagian yang gua baru masuk nih dan bila gua melangkah masuk dalam pejabat tu terus makcik tu melatah! Gua tak kisah lah sebab mungkin dia terkejut sebab gua jalan tak berbunyi kut! Ekekekeke! Selepas tu bila gua dah beli kasut baru yang bila berjalan setapak bunyi dua tapak tu pun dia terkejut lagi! Adess!!


Nasib Makcik Tu Tak Melatah Jenis Nih! - Gambar Hiasan


Tetapi, paling teruk tadi masa pagi - pagi tu gua keluar dari lif dan waktu gua nak keluar tu si makcik cleaner nih pula nak masuk dalam lif tu! Alih - alih makcik tu terkejut dan melatah depan gua tahap teruk punya. Hahahaha! Gua senyum - senyum jer lah! Nak gelak macam tak tergamak pula kan sebab makcik tu memang dah tua! Lagi pun dia baik jer dengan gua! Cuma kadang - kadang dalam hati gua tu adakalanya macam geram dan sakit hati pun ada juga sikit. Mana tak nya makcik nih semenjak dua menjak nih pantang nampak gua jer mesti terkejut! Nampak gua je mesti melatah! Apa muka gua macam mayat ker masa dia jumpa gua tu? Tetapi, bila gua pergi usha - usha muka gua depan cermin masih terserlah jer kekacakan gua! Nak kata bibir gua pucat masa dia jumpa gua tu tak ada pula! Bibir gua merah jer waktu tu! Tambah - tambah hari nih ada seorang makcik tu puji gua kacak pula! Hah! Jadi, gua musykil asal makcik cleaner tu asyik terkejut jer bila terserempak dengan gua nih? Adoiyai!



Bila sekali terperanjat, gua tak kisah sangat.
Bila dua kali terperanjat, gua tak ambil berat.
Bila tiga kali terperanjat, gua mula rasa penat.
Bila hari - hari terperanjat, makcik... gua bukan mayat.


 P/S : Tiba - Tiba Rasa Macam Nak Beli Topeng Muka Yang Wajah Seram - Seram Tu Dan Pakai Topeng Tu Untuk Takutkan Makcik Cleaner Tu! Kehkehkehkeh! (^_^)Y




P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


18 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kot2 muka awk mengingatkan makcik tu kpd seseorg kot a a a..haha..kiddin..xpe ada gak la hiburan hati kt tempat keja kan :))

    BalasPadam
  2. dah lama tak masok blog ni. hai makcik

    BalasPadam
  3. Ko nampak kacak sangat kot.. haha..

    BalasPadam
  4. Amir : mungkin makcik tu peminat blog aku...kemudian dia terkejut la jumpa aku hari2 dkt situ kan? kahkhakahkaha...

    BalasPadam
  5. haha, makcik, makcik.
    nnty kirim salam makcik eh. hihihi

    BalasPadam
  6. Makcik tu xdpt nak kawal melatak die kot... Ce tanya kawan sekerja lain. Entah2 alami benda yg sama... hehe

    BalasPadam
  7. Must be Something Wrong with u face....

    hahaha.. Kacak kah?

    BalasPadam
  8. hahaha..
    muka kau sgt2 menakutkan kowt!

    BalasPadam
  9. Mungkin bila dia tengok je muka lu, dia ingat SuperJunior dtg Malaysia kot. Tu pasal dia terkejut sbb surat kaba takde bgtau pun. Heheh.. peace.

    BalasPadam
  10. mungkin makcik tu mmg x expect awk kat situ kot..then maybe dia tgh berangan tetiba kuar muka awk.. tu yg terkejut beruk tu..muahahahahaha

    cadangan yg last tu i like..pakai topeng je lg terkejut -pengsan-

    BalasPadam
  11. hahhahha, makcik tu ada simptom2 penyakit terkejut kut..hahha

    BalasPadam
  12. hehhe pujaan makcik cleaner tu.. hik hik

    BalasPadam
  13. mgkn makcik tu ada kuasa supernatural kot, haha (:

    BalasPadam
  14. agaknya makcik tuh saje je supaya nak bagi kau ingat dekat dia. haha !

    BalasPadam
  15. haha..nth2 ada hantu ikut hg kot..tu m.cik tu selalu trkejut tu..hihi..

    BalasPadam
  16. dah lama tak terjah blog ni..
    masih panas lagii...

    BalasPadam
  17. haha asal nampak muka je melatah. pelik jugak kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama