Isnin, 31 Januari 2011

Keputusan Akhir Final Terbuka Korea Selatan 2011 : Dato Lee Chong Wei Vs Lin Dan

Final Terbuka Korea Selatan 2011




Perlawanan Akhir Perseorangan Lelaki Antara :-


Dato Lee Chong Wei


VS


Lin Dan


Akhirnya hajat aku dan peminat sukan Badminton berpeluang untuk menonton perlawanan final yang dinanti - nantikan selama ini iaitu antara Dato Lee Chong Wei serta musuh tradisi beliau daripada China tak lain dan tak bukan ialah Lin Dan.

Walaupun Dato Lee Chong Wei adalah pemegang ranking nombor 1 dunia bagi kategori pemain perseorangan lelaki namun rekod sebelum ini menunjukkan dalam kesemua pertemuan antara mereka berdua sebelum ini sangat memihak kepada Lin Dan yang memenangi 3/4 daripada jumlah pertemuan mereka sebelum ini.

Jadi, adakah sejarah yang sama akan sentiasa berulang dan adakah tuah akan sentiasa memihak kepada Lin Dan? Mari sama - sama kita saksikan Final Terbuka Korea 2011 hari ini. Moga Dato Lee Chong Wei mampu memberi tentangan yang sengit kepada Lin Dan.
Pemain yang bakal menang semestinya ialah pemain yang kurang melakukan kesalahan tetapi bijak memanfaatkan peluang. Semoga sekali lagi Dato Lee Chong Wei mencipta sejarah. Semoga berjaya.


 Keputusan Akhir:

Dato Lee Chong Wei Tewas 21-19, 14-21, 21-16 Kepada Lin Dan



Celcom Sale
Click Gambar Untuk Sign Up Churp Churp!

Jumaat, 28 Januari 2011

Zhu Ni Xinnian Kuaile!



Jintian wo yao huixiang zai Jida.

Wo yao huxian ba tian.

Wo zuo Sani bashi huixiang.

Wo hen xiangjia.

Wo yijing yi ge yue meiyou huixiang le.

Zheci huixiang, wo dasuan kanwang lao pengyou.

Zhu ni Huaren xinnian.

Gongxi gongxi!

Gongxi Facai!

Zaijian.

P/S : Xiexie gei voters yinwei wo ying bisai le!


Celcom Sale
Hotlink Hot Ticket Promotions


**Minta Maaf Kepada Semua Kalau Saya Ada Melakukan Salah Dan Silap Selama Kenal Di Dunia Maya Atau Nyata Nih. Halalkan Makan Minum Dan Hutang(Jika Ada). Selamat Bercuti!

6 Progresif : Kisah Dunia Pelajar Yang Menarik



Drama Bersiri:
6 Progresif


Tayangan:
TV9


Hari:
Setiap Khamis


Pukul:
8.30 Malam


Pengarah:
Fairuz Loy


Pelakon:
Hanis Kamal, Zahiril Adzim, Nas-T, Nabila Dally, Faralyna Idris & Etc.


Jumlah Episod:
14 Episod


Sinopsis:

Mengisahkan seorang pelajar baru(Hanis Kamal) yang berpindah ke sebuah sekolah baru(sekolah kebangsaan) akibat satu masalah disiplin sewaktu beliau belajar di sebuah sekolah swasta. Disana, beliau di tempat di dalam kelas tingkatan 6 yang paling bijak iaitu kelas 6 Bestari. Bekas ketua pengawas, Kecoh(Nas-T) yang juga merupakan ketua kelas 6 Bestari di paksa oleh pengetua baru, Cikgu Ahmah(Zaibo) untuk meletakkan jawatan dan diganti oleh budak baru tersebut.

Si Kecoh telah berjaya mendapat tahu tentang masalah disiplin yang dihadapi oleh budak baru di sekolah lama beliau lalu melaporkan kepada pengetua, Cikgu Ahmad. Akhirnya, pelajar baru tersebut di tempatkan di kelas paling bawah atau bermasalah iaitu kelas 6 Progresif yang diketuai oleh Nik Adli(Zahiril Adzim). Sewaktu hari pertama di dalam kelas tersebut, begitu ramai pelajar yang mengugut budak baru tersebut untuk menyertai kumpulan mereka seperti kumpulan Rempit dan kumpulan Sideburns.

Budak baru sekarang di dalam dilema. Beliau takut untuk membuat keputusan dan tanpa beliau sedar Nik Adli sebenarnya juga seperti beliau yang ditempatkan di kelas 6 Bestari sebelum ditendang ke kelas 6 Progresif. Apakah yang akan berlaku? Adakah budak baru tersebut akan sentiasa menjadi mangsa buli? Saksikan di kaca televisyen anda yer.


Ulasan:

Aku suka penggunaan perkataan 'Survival' dalam drama nih. Setakat nih baru berkesempatan menonton episod pertama dan kedua. Bagi aku kisah drama ini sangat menarik sebab ia bukannya kisah tentang pelajar sekolah yang terjebak dengan cinta monyet atau pun ponteng sekolah ker apa. Bagi aku ada kelainan dan mesej yang unik  untuk disampaikan dalam kisah ini. Apa - apapun, aku memang terhibur dan terkenang kembali zaman - zaman sewaktu belajar dulu bila menonton drama bersiri ini.

Aku rasa korang kena tengok dan jangan risau kepada yang tak ada piring Astro di rumah sebab drama bersiri ini disiarkan di TV9 yer. Apa - apapun, aku suka drama ini.  Mungkin ada pengalaman yang sama lebih kurang. Hahaha! Menarik dan menarik sebab kisah ini sebenarnya menunjukkan yang pelajar mesti bersedia menghadapi dunia luar yang lebih mencabar berbanding sewaktu berada di sekolah! Bila korang tengok maka korang akan faham apa yang aku cuba sampaikan. Paling penting aku suka nama pelakon utama dia. Hahaha. Jadi, selamat menonton!


Rabu, 26 Januari 2011

Bruno Mars Concerts Live In Kuala Lumpur, Malaysia on 10 April 2011

Bruno Mars


Aku bukanlah jenis yang hebat dalam menghafal lagu - lagu tak kiralah lagu Melayu ker Omputih ker Jepun ker sebab aku lebih selesa mereka sendiri lirik lagu tetapi menggunakan muzik lagu yang telah sedia wujud. Senang cakap konon - konon macam hebat lah sebab boleh ingat lirik padahal entah apa - apalah perkataan yang aku sebut tu. Hahahaha!

Sebelum nih aku ada terdengar ura - ura yang penyanyi Bruno Mars nak datang Malaysia buat konsert tetapi tak tahu lagi bila. Entah! Tiba - tiba rasa macam teringin pula aku nak pergi walaupun aku tahu kalau aku dapat pergi dan tengok persembahan dia pun ibarat aku menonton semut jer sebab sudah semestinya tiket yang aku akan beli adalah antara yang termurah(macam tak murah sangatlah tiket dia) dan sah - sah lah jarak antara aku dengan dia sangat jauh. Hahahaha!

Sebab tadi member aku suruh pergi usha bila Bruno Mars nak datang Malaysia dan aku pun usha lah laman web dekat sini dan akhirnya dah tahu bila dia datang Malaysia.


Tarikh Konsert Bruno Mars Di Malaysia


Wah! Aku rasa tarikh tu macam waktu kesibukan yang sangat melampau jer sebab dah hujung - hujung semester kan? Hahaha! Tambah - tambah pula rasa - rasa sumber kewangan pun macam dah tahap nazak dah barangkali jadi nampaknya mungkin aku terpaksa lupakan niat untuk menikmati suara Bruno Mars. Hohoho! Tengoklah macam mana! Tiba - tiba ada orang sponsor ker kan? Memang aku pergi lah! Hehehe! Okaylah! Nak merehatkan minda kejap! Bye!


Selasa, 25 Januari 2011

Bibir Pucat Menggangu Imej Kamu Yang Sihat?

Sebelum tu aku nak mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi vote aku secara rela mahupun paksa rela untuk Contest Azam 2011 dan kepada sesiapa yang masih belum mengundi dan ingin mengundi aku bolehlah CLICK DISINI untuk mengundi No 10 Hans.

Baiklah! Siapa yang setuju dengan tajuk diatas sila kata Ya @ Yes di ruangan komen nanti yer. Bagi aku sememangnya masalah bibir pucat nih sangat menghantui imej sihat yang aku cuba tonjolkan dalam kehidupan seharian. Aku pun tak pasti kenapa bibir nih ada masa dan ketikanya tiba - tiba saja pucat. Masalah yang tak pernah berkesudahan.


 Siapalah Yang Ubah Bibir Angelina Nih...


Waktu sekolah - sekolah dahulu terasa jugalah bibir pucat nih berfaedah kerana paling tidak boleh juga dijadikan alasan demam atau sebagainya tetapi kini masalah bibir pucat ini sangat menggugat tahap keyakinan diri  apabila berhadapan dengan rakan - rakan atau pun pelanggan. Kenapa aku berkata begitu? Ini kerana masalah ini sering terjadi di waktu atau situasi yang tidak sepatutnya berlaku seperti sewaktu sedang membeli belah pakaian atau pun berurusan dengan orang ramai atau pun sewaktu menemu ramah atau berjumpa dengan pelanggan kita. Sering kali 2 ayat nih akan diungkapkan oleh mereka :-

  1. Eh, kenapa bibir kamu pucat nih? Kurang sihat ker?

  2. OMK(Oh,Mak Kau!)! Terperanjat aku! Asal bibir kau pucat sangat nih! Haih!


Masalah bibir pucat ini akan menyebabkan korang terasa 3 perkara iaitu :-

  1. Korang terasa ada orang ambil berat pasal korang(dari segi kesihatan).

  2. Korang terasa ibarat korang seperti seorang mayat atau hantu kerana berbibir pucat.

  3. Korang terasa sangat rendah diri sewaktu nak berkomunikasi dengan orang lain.

Takkan Nak Bertopeng Macam Nih Kut?


Dah macam - macam perkara dah yang aku cuba buat untuk mengatasi masalah ini yang datang secara tiba - tiba atau lebih tepat lagi diwaktu yang tidak sepatutnya bibir aku berubah menjadi pucat seperti :-

  1. Minum banyak air masak.
  2. Makan banyak sayur dan buah - buahan.
  3. Amalkan pengambilan vitamin C.
  4. Meletakkan madu atau mentega dibibir.
  5. Memakai lip balm.

Sedapnya Madu!


Ada masanya rasa berkesan tetapi hanya dalam jangka waktu yang singkat jer lah. Tetapi, dari segi amalan memakai lip balm tu hanya berlaku pada 3 tahun yang lepas sahaja sebab makin teruk jadinya bila aku memakai lip balm. Ada orang berkata bibir pucat ini terjadi kerana masalah penghadaman. Betul kah? Sebab aku rasa hari - hari aku membuang bahan kumuh dalam badan aku nih.

Jadi, nak tanya korang manalah tahu kalau ada apa - apa petua ker atau mempunyai masalah yang lebih kurang sama dengan aku maka silalah berkongsi dengan aku di ruangan komen nih yer. Harap - harap kita sama - sama mendapat manfaat melalui perkongsian petua atau pengalaman korang di ruangan komen entry ini. Baiklah! Mahu rehatkan diri yang masih kurang sihat. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Isnin, 24 Januari 2011

Bila Dah Bocor Mulalah Rasa Diri Tak Keruan....

Fuh! Hari minggu nih adalah hari yang penuh dengan aktiviti ilmiah nampaknya. Memang aku tak sempat nak menikmati pagi Sabtu atau pagi Ahad yang indah di atas tilam yang empuk sebab minggu nih ada PPKP. Setiap semester mesti ada modul - modul seperti kenegaraan dan sebagainya. Ramai juga kawan - kawan aku yang ponteng dan aku pun hampir terpengaruh juga sebenarnya dengan tindakan mereka. Alhamdulillah sebab ada kawan - kawan yang pergi ditambah dengan aku malas nak repeat atau bayar maka aku gagahkan diri jugalah pergi.

Boleh tahan jugalah modul PPKP semester nih sebab seronok dapat berkumpul dengan kawan yang lama dah aku tak lepak. Lagi seronok sebab kita boleh tahu tentang perkembangan rakan - rakan lain dan ada perkara yang kita baru dapat tahu  tu kadang - kadang amat mengejutkan dan kejutan ini boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu sama ada terkejut kekaguman atau terkejut kehairanan dengan perubahan manusia sekeliling kita. Manusia memang cepat berubah cuma malangnya perubahan itu selalunya lebih ke arah negatif. Kenapa yer?

Aku tidak berasa pelik apabila seseorang itu yang dahulunya lantang bersuara dan menentang sesuatu perkara yang sangat - sangat tidak disukainya tetapi akhirnya perkara yang ditentangnya bermati - matian itu jugalah yang dilakukan oleh mereka tanpa rasa bersalah. Mungkin sebab sudah banyak individu yang berkelakuan sebegitu di hadapan aku jadi tak ada lagi rasa pelik atau ganji cuma perasaan kecewa itu memang tidak dapat dinafikan.




Memang betul kata segelintir manusia,"Jangan terlalu meletakkan kepercayaan terhadap seseorang atau jangan terlalu menyayangi seseorang itu dalam tahap yang terlampau - lampau". Ini kerana apabila terjadinya sesuatu masalah sememangnya ia akan menyebabkan suatu bencana yang besar dan dasyat berlaku. Tak dapat aku bayangkan bagaimana keadaan diluar nanti kerana semestinya situasi yang lebih dasyat bakal terjadi di hadapan aku kerana orang diluar sana sudah tentu terdiri daripada pelbagai jenis karakter dan sikap yang tidak mampu kita nilai hanya melalui mata kasar sahaja 




Haih! Apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan nih? Biarlah aku sahaja yang tahu! Inilah kelebihan apabila aku mengalami selsema maka aku akan menaip mengikut kata hati dan akhirnya aku yang membaca sendiri post ini pun tak  faham apa yang aku cuba sampaikan. Hahahaha! Apabila hidung sudah bocor maka memang diri aku nih rasa tak keruan. Duduk pun tak selesa! Berdiri pun tak selesa! Apatah lagi baring atau mahu tidur! Senang cakap memang buat apa pun rasa tak kena jer.


Penat Bila Setiap Masa Bersituasi Begini


Mungkin sekarang musim orang selsema dan demam agaknya! Maka jagalah kesihatan korang yer! Okaylah! Bosan betul entry kali nih! Hahaha! Nantilah aku taip entry yang best - best sikit kalau ada masa! Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Celcom Sale
Jom Shopping Di Jipaban Sempena Tahun Baru Cina


P/S : PPKP Semester Nih Paling Aku Suka Sebab Jumpa Kawan - Kawan Lama.

Ahad, 23 Januari 2011

Review Filem Faster : Hatinya Masih Belum Cukup Kering



Filem:
Faster


Genre:
Drama, Aksi & Pengembaraan


Pengarah:
George Tillman Jr.


Pelakon:
Dwayne Johnson, Billy Bob Thornton,
Maggie Grace, Oliver Jackson & etc.


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan si The Rock(aku lupa apa nama watak dia dalam filem nih) yang membalas dendam dengan mencari setiap seorang daripada senarai perompak yang merompak dan membunuh ahli - ahli kumpulan serta abang kesayangannya. Jadi, dia memburu seorang demi seorang yang terlibat tetapi dia masih belum tahu siapakah dalang di sebalik semua ini. Dalang itu pula telah mengupah seorang pembunuh upahan untuk membuh si The Rock nih. Jadi, apa kesudahannya? Tengoklah sendiri! Haha!


Ulasan Tuan Punya Blog:

Filem nih sebenarnya boleh jadi menarik sebab The Rock tu digambarkan sebagai seorang yang sangat berhati kering. Buktinya dia selamba jer bunuh musuh - musuh dia tu depan orang ramai tanpa memakai topeng langsung dan memang tak ada perasaan belas kasihan pun pada mereka - mereka yang berkenaan. Cuma agak bosan kerana semua orang jahat dibunuh dengan masa yang cukup pantas. Mungkin untuk mendekatkan perlakuannya dengan tajuk filem ini iaitu Faster yang bermaksud pantas barangkali. Membunuh dengan pantas. Pantas dari segi masa!

Apa - apapun, bagi aku filem nih biasa - biasa jer lah! Layan jugalah aksi - aksi The Rock dalam filem nih. Babak paling lucu waktu dia berdepan dengan musuh dia yang masa tu dah berubah menjadi baik. Tak silap musuh dia tu jadi paderi kut. Itu agak luculah dan membuktikan watak The Rock dalam filem nih masih belum kering hatinya. Watak pembunuh upahan tu juga agak cool sebab aku dapat menghayati watak dia yang mahu menjadi sempurna atau orang kata perfectionist tu. Hehehe!

Apa - apapun, selamat menonton di pawagam berhampiran anda dan aku beri 3 bintang daripada 5 bintang. Aku kurang sihatlah sekarang! Waktu - waktu macam nih lah selesema dengan demam datang!


Jumaat, 21 Januari 2011

Dulu Dan Sekarang Kau Sangat Berbeza



Dulu kau tak ada siapa - siapa,
Dulu kau seorang diri sahaja,
Dulu kau duduk di sebalik dinding yang buta,
Dulu tak ada siapa pun nak bermanis muka,
Dulu tak ada siapa pun nak bertegur sapa,
Ingatkah lagi kau tentang itu semua?

Dulu kau terlampau merendah diri,
Dulu kau berlakon kononnya kau baik hati,
Dulu kau kata apa terjadi kau tak akan mungkiri janji,
Dulu kau kata kononnya kau mahu sehidup semati,
Dulu kau kata kau akan ingat semua terjadi,
Ingatkah lagi kau tentang semua ini?

Kini segalanya sudah terbukti,
Kini segalanya sudah terpatri,
Kini segalanya sudah terjadi,
Kau memang sudah lupa diri,
Kau memang tidak mengenang budi,
Kau langsung tak tahu menghargai,
Kenapa kau lakukan semua ini?

Jika ku tahu semua ini akan terjadi,
Jika ku tahu akibatnya begini,
Jika ku tahu perjalanannya seperti ini,
Jika ku tahu lakonan mu semacam ini,
Jika ku tahu sifat mu sekeji ini,
Memang pasti akan ku hindari.

Perkara yang sama sentiasa berulang,
Tiada apa yang mampu menghalang,
Hanya perlu memasang penghadang,
Untuk mengelakkan jiwa daripada diserang,
Daripada anasir - anasir yang bergelar jembalang,


P/S : Cubalah Jadil Insan Yang Sekali Sekala Tetap Pendiriannya.

 Gambar Hiasan



**Hasil Nukilan Jiwa Mak Esah Terhadap Kucingnya Si Tompok Yang Meninggalkannya Keseorangan Di Rumah Selepas 3 Bulan Dipelihara Dengan Penuh Kasih Sayang.

Khamis, 20 Januari 2011

Bro Main 'Trompet' Ker 'Merempit' Nih? Musykil Lah!

Semalam gua pergi jalan - jalan bagi menghilangkan stress. Memang berbaloi rasanya perjalanan semalam bersama rakan - rakan yang gila - gila remaja nih. Hohohoho! Nak dijadikan cerita tiba - tiba gua rasa nak terkencing dan kebetulan rakan perempuan gua pun mendapat seruan yang sama. Jadi, kami berdua pun bergerak lah menuju ke sebuah tandas awam yang memang boleh tahan lah kecantikan dan kebersihan dia. Bayaran pun tak mahal dalam 30 sen jer.

Jadi, bila gua masuk dalam tandas tu gua tengok ketiga - tiga pintu tandas tertutup dan ada seorang bro nih tengah menunggu di hadapan pintu tandas yang berada di tengah sekali. Muka dia macam cool jer gua tengok. Gua pilih pintu tandas sebelah kiri sambil menahan - nahan kekencingan gua tu. Lama gila kut gua tunggu! Dalam hati dah menyumpah seranah dah sebab tak tahan nak kencing kan. Hahaha!

Akhirnya, pintu tandas di depan gua terbuka dan tiba - tiba terus mamat tadi yang tengah menunggu tu menyerbu masuk dengan rakusnya ke dalam. Gua tak ada hal lah. Fikir - fikir pun mungkin dia dah lama menunggu kan. Kesian pula jadi tak rasa lah nak marah ke apa. Gua mengharapkan kedua - dua pintu tandas yang lain tu terbuka tapi haram tak buka - buka juga sampai kesudah.




Jadi, gua khusyuk jer lah menunggu. Tiba - tiba tanpa disangka - sangka gua terdengar sesuatu bunyi yang agak lucu bunyinya apabila memasuki gegendang telinga gua! Proottt! Amboi! Comelnya bunyi kentut kau bro! Hahahaha! Gua relaks jer lah! Biasalah kan bila berak nih selalunyan adalah bunyi - bunyi sebegitu rupa terhasil tanpa kawalan. Jadi, gua mengertilah dia serbu masuk terus ke dalam tandas tu sebab sakit perut. Hohoho!




Tiba - tiba tanpa gua sangka terdapat satu bunyi yang lagi aneh!! Prrrrruuuuuttttttttttttttt!!!! Preettttttttttt!!! Prrrooooottttttttttttttttttttttttt! Hahahahahahaha! Ini memang stok tak boleh nak cover - cover dah nih! Memang bro tadi bantai kentut tahap ganas punya! Gua yang dari tadi terasa nak kencing gila - gila pun tiba - tiba boleh terhilang sekejap rasa tu sebab gua tengah tahan ketawa. Gua dah musykil dah bro nih tengah main 'trompet' ker 'merempit' sebenarnya nih? Hahaha!

Akhirnya, pintu tandas bro tadi terbuka dan dia terkejut bila tengok gua sebab sepatutnya gua pun mesti dah lama masuk tandas tapi nak buat macam mana dah dua lagi pintu tandas tu masih tak ada orang keluar. Memang dia malu sudah tapi dia cuba buat - buat berlagak cool jugalah walaupun dia jalan laju gila lepas tu sebab mungkin dia segan lah kut dengan gua. Kalau gua jadi dia pun gua segan kut sebab kau bantai buang angin sikit punya kuat dengan panjang serta cukup irama dan harakat lagi kut. Hahahaha!




Sebab tu bila nak buang air besar gua lebih selesa buang dekat rumah melainkan kalau dah terpaksa sebab tak tahan sangat baru buang dekat tandas awam pasal takut jadi macam kes bro nih lah. Hehehehe! Lepas tu member perempuan gua sebab dah lama dia tunggu gua keluar tandas jadi gua pun cerita lah kisah sebenar di sebalik tabir tadi. Memang kawan - kawan gua bantai gelak sudah. Hehehehe!

Korang ada pengalaman macam gua atau pun korang pernah melakukan apa yang bro tadi tu lakukan? Kongsikan di ruangan komen jika mahu yer. Hehehehe! Jumpa lagi di entry akan datang. Nak tidur kejap. Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Selasa, 18 Januari 2011

Blogger Mana Yang Blog Dia Hanya Menulis Tentang Filem? Korang Tahu Tak?

Fuh! Penat betul lah aku sekarang! Kelas dari pagi sampai ke malam. Baiklah! Jadi, berdasarkan kepada tajuk di atas maka aku nak tanyalah kepada blogger - blogger yang sedang membaca entry ini...korang tahu tak blogger mana yang blog dia khusus mengulas tentang filem - filem Malaysia sama ada review filem, kritik filem atau meletakkan trailer filem - filem di blog beliau?




Kalau boleh aku nak yang memang blog dia tu khusus yang menulis tentang filem - filem Malaysia. Kepada yang sedang membaca ini jika korang tahu blogger mana yang ada blog yang bercirikan seperti itu atau korang sendiri adalah blogger yang berciri - ciri seperti itu tolong tinggalkan link di ruangan komen entry ini sebab aku ada benda sikit lah nak berbincang dengan korang dan aku berharap sangat korang sudilah membantu aku yer. Kalau malu boleh email pada ku dekat hanis_narnia@yahoo.com

Baru awal semester tapi aku rasa dah stress gila - gila dah. Entah kenapa aku pun tak tahu!(aku tahu tapi malas nak taip dekat sini..hahaha) Haih! Susah betul lah bila benda yang kita tak suka tapi kita perlu juga buat walaupun terpaksa. Akhirnya, kesan daripada perkara yang kita tak suka tu menjejaskan perkara - perkara lain yang kita suka buat. Ditambah pula dengan pelbagai kerenah manusia yang aku perlu hadapi setiap hari buat aku sekarang cepat betul rasa marah.




Bila bawa motosikal tu aku rasa macam nak langgar jer siapa - siapa yang melintas. Bila aku tengah berjalan dan ternampak kucing ke lipas ke nyamuk ke burung ker aku rasa macam nak cari pasal jer. Hahahaha! Punyalah stress! Nasib semalam aku beli coklat Cadbury. Dah setengah papan aku makan sebab stress! Haih! Aku rasa hari nih mesti aku tidur awal! Dan selepas nih memang blog aku nih aku update jer lah kut. 

Jadi, awal - awal cakap aku minta maaflah kalau aku tak lawat blog korang sebab aku rasa aku sangat busy semester nih dan aku rasa stress. Hahahaha! Padahal sebelum - sebelum nih daripada diploma sampai semester lepas walaupun busy tapi tak lah pula stress. Tapi semester nih baru masuk minggu ke-3 aku dah stress. Gila betul! Jadi. doakan kebahagiaan dan kejayaan aku yer! Aku taknak jadi gila! Hahaha! Okaylah! Chow dulu! Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Celcom Sale
Jom Join Contest Milo Fuze

Isnin, 17 Januari 2011

Mengapa Aku Ketawa Menonton Filem Khurafat?

Tajuk entry macam aku riak gila jer kan? Hahahaha! Padahal aku nak menunaikan janji aku pada entry sebelum nih sebab mengapa aku ketawa menonton filem Khurafat. Baiklah! Filem ini sebenarnya memang serius seram gila jugalah. Mungkin bagi aku seram sebab aku seolah - olah sedang menonton filem 3D gara - gara tempat duduk aku yang memang baris ke-5 paling depan semalam. Hahaha!




Sebelah kanan aku adalah sepasang suami isteri(melihat kepada gaya mereka). Sebelah kiri aku ialah 4 orang kawan aku. Di hadapan aku ialah sekumpulan mat rempit yang memang ganas - ganas jer muka sorang - sorang. Belakang aku tak pasti lah sebab ramai sangat. Apa - apapun, semua tempat duduk semalam memang penuh. Memang ramai gila manusia dekat dalam tu.

Aku memang dah tengah best nak feeling - feeling seram nih tapi aku tergelak bila melihat kawan sebelah kiri aku nih terkejut yang memang tahap takut yang terlampau lah. Aku tergelak melihat gaya dia terkejut tu. Hahahaha! Antara dialog yang keluar daripada kawan - kawan aku semalam :-


Arghhhhhhhhhhhhhhhh!


"Itulah! Aku dah kata tengok filem yang sweet - sweet! Kau ajak juga aku tengok filem hantu nih! Takut lah gilaaaa!"

"Adoi! Bila hari nak siang nih weihh? Hah! Dah siang pun! Ya Allah! Kenapa cepat sangat malam nih? Penat dah aku terkejut nih! Semput aku macam nih!"

"Aku nak baliklah weih! Cerita nih %^&$% seram gila! Aku benci cerita nih! Argghhhhh(menjerit)"

"Menyesal aku tak bawa cermin mata hitam aku tadi! Kalau tidak aku dah pakai dah!"

"Bodoh! Bodoh! Kenapa banyak sangat hantu nih! Macam mana nak tidur malam nih???"


Hahahaha! Itu baru kawan aku! Tak campur pula dengan manusia yang sebelah kiri aku sama ada pasangan suami isteri atau pun couple tapi aku rasa suami isteri. Yang kakak tu aku rasa dah boleh ganti Syamsul Yusof dah jadi Director dan yang lelaki tu pula dah tahu si perempuan tu penakut lagi dia takutkan pula. Hahaha!


Kak Director : Kenapalah dia pergi? Janganlah pergi dekat situ. Haih! Bodoh betul lah mamat nih!

Laki Kak Director : Hah! Tu dia dah datang dah! Habis lah! Hah! Tu hantu!

Kak Director : Ayanggg! Janganlah takutkan sayang! Ayangg nih jahatlah!

Laki Kak Director : Hah! Tu tengok! Kan betul ayang cakap! Hantu dah keluar!

Kak Director : Alah! Takutlahhhhh! Haih! Kenapa dengan makcik tu? Menyampah pula sayang tengok!

Laki Kak Director : Kenapa dengan makcik tu? Jangan - jangan hantu per?

Kak Director : Mana ada hantu! Makcik tu annoying jer! Haih! Kenapalah makcik tu bagi makanan dekat dia?

Laki Kak Director : Gelapnya hospital tu!

Kak Director : Itulah! Tak fahamlah sayang kenapa gelap jer semua! Haih! Patut kena cerah sikit! Lepas tu tak perlu ada lah scene ini..scene itu...


Hah! Kau tengok! Punya seronok laki bini nih berkomen - komen! Naik penat aku dengar bebelan diorang! Hahahaha! Lepas tu kisah si mat - mat rempit depan aku tu pula. Seronok betul diorang memerli - merli kawan perempuan aku yang kerjanya menjerit bila semua orang menjerit gara - gara hantu keluar. Kemudian, diaorang buat lah macam - macam bunyi lah konon - konon untuk cuba takutkan orang lain lah tapi.....


 Seram Pula Aku Tengok Pic Nih!!


Mat Rempit 1 : Hah! Dah gelap dah! Jaga - jaga.....

Mat Rempit 2 : Cak cak cak(buat bunyi cicak pula dah)

Mat Rempit 3 : Mesti lepas nih hantu tu pegang kaki dia! Hahhhh!(konon - konon buat seram)

Tapi, waktu tu hantu tak keluar pula. Jadi, diorang ingat dah tak ada babak hantu keluar dah waktu tu  so diorang gelak - gelak sebab seronok takutkan manusia lain tapi tiba - tiba ada pula hantu tu keluar mengejut. Dan tak semena - mena....

Mat Rempit 1,2 & 3 : Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh(Menjerit Sekuat Hati)


HAHAHAHAHAHAHAHA!!!


Tak campur lagi dengan manusia - manusia dibelakang. Tambah - tambah gadis - gadis yang menjerit waktu orang lain tak menjerit lagi. Kira lepas seminit gadis tu menjerit baru orang lain menjerit. Hahaha! Sumpah satu wayang ketawa waktu tu sebelum ramai - ramai menjerit kembali. Hahaha! Jadi, macam manalah aku tak ketawa waktu menonton filem Khurafat nih sebab situasi dalam wayang waktu tu memang lucu. Hahahaha!

Apa - apapun, lain orang lain pandangan kan! Ada yang suka ada yang tak! Aku lebih suka tonton sendiri untuk merasai dengan jiwa aku sebab selalunya cakap - cakap orang nih belum tentu betul. Nak tahu best ker tak maka tengok lah sendiri. Okaylah! Selamat menonton filem Khurafat nih yer.


Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Khurafat!


Soalan : Blogger Hasrol Nizam tanya bagaimana dengan lakonan Syamsul Yusof?

Jawapan Aku : Entah! Muka dia kadang - kadang aku rasa macam statik pun ada. Kadang - kadang macam budget hensem macam aku pun ada. Hahaha! Apa - apapun, ramai wanita puji dia hensem! Kira okay lah tu kut! Hehehe! P/S : Review Filem Khurafat Disini


Celcom Sale
Jom Join Contest Milo Fuze

Ahad, 16 Januari 2011

Review Filem : Khurafat Filem Pertama Syamsul Yusof Yang Aku Suka


Filem:
Khurafat

Pengarah:
Syamsul Yusof

Pelakon:
Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi,
Salina Saibi, Mariani, Zendy Rosman, Latif Borgiba, A.Galak.

Klasifikasi:
PG13

Tarikh Tayangan:
Bermula 13 Januari 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Johan mengesyaki gangguan ini berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang terhadap dia atau pun isterinya dan Johan mula berfikir siapakah insan - insan yang berpotensi untuk menjadi punca kepada semua masalah yang melanda mereka suami isteri. Kini hanya ada dua orang sahaja yang berpotensi untuk melakukan perkara khurafat ini terhadap Johan dan isterinya iaitu sama ada seorang perempuan tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat kerja Johan yang sering menyapa beliau dan memberi beliau makanan ataupun seorang gadis bernama Anna, iaitu bekas kekasih Johan yang masih menaruh cinta terhadapnya.

Jadi, siapakah sebenarnya dalang yang bertanggungjawab di dalam masalah ini? Anna atau nenek tua itu? Adakah gangguan terhadap Johan dan isterinya akan berakhir? Saksikan filem Khurafat di pawagam berhampiran anda sekarang.


Ulasan Tuan Punya Blog:

Secara jujurnya aku tidak meminati karya - karya anak Dato Yusof Haslam sebelum ini. Tetapi, bila mendengar beberapa komen daripada rakan - rakan yang telah pergi menonton serta ini merupakan filem pertama arahan beliau yang bergenre seram maka tiba - tiba aku mahu mencuba nasib melabur wang aku untuk menonton filem Khurafat ini. Siapa yang tidak tertarik apabila ada rakan - rakan yang bercerita bahawa filem ini sangat seram sehinggakan ada yang menutup mata daripada awal filem hingga ke akhir. cerita Memang seram sangat bunyinya tu.

Panggung wayang tadi memang penuh dengan manusia. Tiada langsung satu pun tempat duduk yang kosong. Aku pula duduk di barisan yang agak depan sedikit. Senang cakap aku suka pada keseraman yang ada pada filem ini. Memang seram tetapi aku betul - betul terkejut hanya pada satu atau dua adegan. Yang lain - lain tu aku tak terkejut tetapi orang lain semua menjerit - jerit. Bukan nak cakap aku berani ker apa tetapi ada sebabnya yang buat aku tak ikut menjerit macam orang lain. Nanti akan aku ceritakan pada entry akan datang.

Baiklah! Jalan ceritanya bagi aku boleh tahanlah! Tahap keseraman dia memang terbaik kerana dibantu oleh sistem bunyi dan juga make up hantunya yang adakala nampak agak menarik walaupun hantunya ala - ala hantu di dalam filem Ju On. Lakonan kesemua pelakon juga boleh tahanlah. Filem ini memang mempunyai mesej yang padat.

Cuma satu jer yang aku harap pengarah filem di Malaysia perlu ubah apabila mengarahkan sebuah filem bergenre seperti ini. Aku tahu kegelapan atau pun pencahayaan yang suram itu penting bagi meningkatkan mood seram dan emosi ketakutan para penonton tetapi kalau boleh cuba elakkan dari terlalu kerap menggunakan kesuraman lampu itu semata - mata untuk memancing ketakutan khayalak.

Jika mengikut logik akal pun mana ada hospital atau bilik pejabat yang segelap sebegitu sepanjang masa. Tidak semestinya jika suasana bilik itu cerah maka keseraman tidak boleh dicipta pada adegan itu. Aku rasa hal itu jer lah kut yang perlu diubah. Apa - apapun, ini memang satu percubaan terbaik daripada Syamsul Yusof. Tahniah kepada beliau dan seluruh warga krew produksi yang terlibat dalam menjayakan filem Khurafat ini.

Daripada 5 bintang, aku memberi 4.7 bintang kepada filem Khurafat untuk keseraman filem nih. Kepada yang lemah semangat atau sakit jantung tu rasa - rasanya kena fikir 10 kali dulu kut nak menonton filem ini sebab memang seram. Selamat menonton yer kepada semua!


P/S : Nak Tahu Seram Tak Seram?
Mat Rempit Pun Jerit Baiiiiii! Hahahahahaha!

Sabtu, 15 Januari 2011

Dengkinya Aku Bila Tengok Gambar - Gambar Makanan Om Nom Nom Race Nih!!


Fuh! Boleh kata kebanyakkan team yang join Amazing Race Food Version nih aku kenal - kenal lah juga. Jadi, memang meriah betul blog diorang dengan segala update pasal benda apa diorang makan dan dekat mana diorang makan.

Fuh! Memang best kut dapat makan dekat macam - macam tempat. Dah lah free pula tu. Dengki betul aku! Hahahaha! Apa - apapun, nanti kalau ada lagi contest macam nih(kalau ada lah...macam susah jer nak buat selalu..hahaha) aku memang confirm nak join. Tak kiralah aku tahu jalan ker tak pun.

Haih! Jealoussssss! Apa - apapun, moga pasukan yang terbaik menang contest nih yer! Yang kalah pula jangan sedih - sedih sebab masing - masing dapat makan dan semua dapat goodies bag kan? Tahniah pada bakal pemenang yer.


P/S : Tengah Tunggu Member Aku Nih! Bila Nak Datang Entah!

Nama Orang Tersayang Adalah Satu Perkara Yang Sangat Sensitif Untuk Dijadikan Bahan Gurauan

Pernah tak korang mengalami satu perkara nih apabila nama bapa atau ibu anda dijadikan satu bahan ejekan oleh rakan - rakan atau pun musuh - musuh anda sama ada untuk bergurau atau pun sebagai permulaan kepada pergaduhan? Rasa - rasanya hampir setengah daripada kita pasti mengalami perkara ini terutama sewaktu di alam sekolah rendah dan menengah. Kan?




Apabila masing - masing sudah meningkat dewasa maka perlakuan sebegitu semakin berkurang atau pun hilang langsung daripada terus berlaku. Jika ada pun ia berlaku secara lebih profesional kerana masing - masing sudah tahu yang mana baik dan buruk. Jika dizaman kanak - kanak mungkin kesimpulan boleh dibuat mengatakan pemikiran kita masih belum mencapai tahap kematangan yang diperlukan dan alhamdulillah selalunya perkara - perkara seperti itu walaupun membuatkan kita sangat marah tetapi insyaallah ia boleh dimaafkan dengan seikhlas mungkin.

Tetapi, apabila kita yang sudah dewasa atau pun semakin hampir untuk berkeluarga atau telah pun berkeluarga masih bersikap demikian maka ia secara tidak langsung boleh mengundang masalah dan pandangan negatif masyarakat sekeliling kepada kita kerana orang akan beranggapan kita kurang sensitif tentang perasaan dan emosi seseorang.

Aku tertarik tentang hal ini kerana apabila nama bapa atau ibu kita dimain - mainkan dengan sewenang - wenangnya maka semestinya ia boleh menimbulkan perasaan marah yang bukannya biasa - biasa saja. Kalau tidak masakan kawan baik pun boleh bergaduh gara - gara hal ini. Itu tidak termasuk lagi jika memang hubungan kita dengan seseorang individu itu sememangnya sudah pun teruk maka bertambah - tambah teruk lah lagi jadinya.




Kita semua kena ingat bukan semua benda yang mungkin kita rasa tiada apa - apa kesan pun terhadap diri kita itu juga tidak memberi kesan kepada orang lain kerana kata - kata itu sebenarnya lebih tajam daripada pisau tambah - tambah apabila ia melibatkan individu yang kita sangat sayang, hargai dan sudah pun tiada di muka bumi ini.

Apa - apapun, tiada manusia yang sempurna bukan? Maka memaafkan itu adalah amalan yang cukup mulia dan jadikan ini sebagai satu pengajaran agar kita semua lebih berhati - hati pada masa akan datang kerana kita mesti ingat bukan semua orang berfikiran sama seperti kita.

P/S : Hati Dan Perasaan Bukannya Barang Yang Boleh Dibuat Main. Bukankah Begitu?

Seronoknya Melantak Burger Kemewahan @ Prosperity Burger


Tadi gua layan filem Aku Masih Dara dengan Damping Malam sambil menunggu 'delivery' dari 'pekerja Mcd' yang gua bagi pesanan gua dekat dia tu. Memang 'delivery' kali nih agak lambat jugalah sampai ke rumah. Sambil lapar - lapar tu gua melayan lah dua filem nih.




Filem Aku Masih Dara tu bagi aku agak 'slow' sikit. Ini pandangan aku jer lah! Lain orang lain pandangan kan? Hehehe! Isi filem tu ada tapi plot dia kurang kuat sikit. Ending dia pun tak best sangat bagi aku. Dan Asyraf Muslim(betul ker ejaan nama dia nih?) bagi aku macam kurang best sikit dari segi suara. Nada suara tu dah okay tapi aku rasa dia cakap lambat sangat nak habis. Entahlah! Tapi watak Diana Amir tu sumpah aku menyampah gila. Hahaha! Jadi, bermakna memang dia berjayalah bawa watak dia tu. Apa - apapun, bagi aku bolehlah layan filem Aku Masih Dara tu tapi aku rasa filem tu kurang sesuai untuk budak - budak.




Filem Damping Malam pula aku rasa sangat - sangat biasa. Maaflah Ahmad Idham. Saya tahu buat filem tu mencabar. Saya pula hanya tahu kritik jer. Hahahaha! Cuma memang bagi saya biasa - biasa sangat filem nih. Nak kata seram pun tak lah seram sangat. Entah! Saya rasa filem nih biasa - biasa jer. Watak Amy Mastura dalam filem nih paling saya tak berkenan dari segi pengungkapan dialog sebab saya rasa seperti Amy Mastura sedang menghafal dan mengingat setiap dialog di dalam skrip. Tapi, lakonan Amy Mastura dalam filem Aku Tak Bodoh saya suka sebab nampak cool. Masing - masing ada pendapat sendiri. Anda tonton dan rasailah sendiri yer.




Nampaknya segmen JJMM agak memberi kesan kepada sesetengah rakan blog gua. Hehehehe! Untuk episod ke-4 tak tahulah dekat mana kan dan tak tahu juga bila sebab bergantung pada takdir jer lah. Apa - apapun, prosperity burger tadi memang menyelerakan dan tak rasa pun pedas ker apa. Maybe sebab gua suka makan pedas jadi tak rasa pedas langsung. Tak dapat snap gambar kerana gua memang fokus nak makan jer sebab lapar gila! Hohoho! Okaylah! Selamat bergembira di hari minggu yer! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Seronoknya Bilik Berbau Prosperity Burger. Hahahaaha!

'Pekerja Mcd' = Budak Rumah Gua

Jumaat, 14 Januari 2011

Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan

Yeahhhhhhhhhh! Bersama Hans sekali lagi dalam rancangan Jalan - Jalan Mari Mengketedarah(JJMM). Pada episod ke-3 ini, saya akan membawa anda semua ke Kampung Kuantan di Klang untuk menikmati menu istimewa kita pada hari ini yang berasaskan telur.

Oleh kerana menu istimewa disini berasaskan telur maka tidak sah lah jika tidak diletakkan pada nama kedai ini yang bernama Telur Berlada Istimewa dan lokasinya betul - betul di hadapan Masjid Kampung Kuantan, Klang, Selangor.

Jadi, pada episod kali ini Hans ditemani oleh dua orang tetamu jemputan  yang cukup istimewa iaitu dua orang budak rumah dan kami bertiga berkesempatan mencuba beberapa jenis menu yang cukup istimewa di kedai ini. Harganya sangat berbaloi kerana sepinggan telur yang bukan sahaja berisi telur tetapi juga terdapat daging, ayam dan sotong serta beberapa sayur campur itu berharga hanya di dalam lingkungan RM3.50 hingga RM5.00 sahaja.

Kami telah memilih untuk memakan nasi putih dan dibawah ini disertakan 5 menu yang sempat dirasa oleh kami bertiga semalam. Jom lihat dan membayangkan kelazatannya!


Telur Beefsteak = RM4.50


Telur Berlada Istimewa @ Iswa = RM5.00


Telur Goreng Istimewa = RM4.00


Daging Black Pepper = RM5.00


Ayam Black Pepper = RM5.00


Maaflah! Gambar makanan diambil menggunakan telefon bimbit tetamu jemputan sahaja. Jadi, kualiti gambar kurang sikitlah. Owh yaaaa! Harga pada setiap menu tu saya tak berapa ingatlah. Mungkin betul atau mungkin terkurang 50 sen atau terlebih 50 sen tapi lebih kurang begitulah. Memang sedap hingga membuatkan saya menambah satu pinggan lagi nasi putih. Jadi, apa tunggu lagi? Datang ke sini untuk mencuba berbagai - bagai jenis menu berasaskan telur dan juga menu - menu hebat lain seperti udang, sotong, paru, burung dan lain - lain lagi.

Baiklah! Sampai disini sahaja rancangan JJMM kita pada episod kali ini. Moga berjumpa lagi di lain waktu bersama saya Hans, pengacara alam maya anda. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Khamis, 13 Januari 2011

Aksi Wheelie Terbaik Di Hadapan Lampu Isyarat Pintu Pagar Belakang Uitm Sebentar Tadi! Hahahahaha!

Tadi aku dengan budak rumah aku nak pergi makan tengahari dekat Redone di Seksyen 7 tu. Memandangkan dah nak dekat seminggu lebih tak cucuk duit dekat ATM memang sah - sah lah duit dalam dompet aku nih dah tak wujud lagi. Lalu, pergilah dekat Petronas sebelah Old Town tu untuk mengeluarkan duit di mesin ATM.

Sebelum tu kitaorang tersangkut kejap dekat lampu isyarat area pintu belakang Uitm tu sebab lampu merah. Gila panas betul dunia hari nih. Waktu tu memang dah tahu turn untuk barisan jalan kitaorang gerak tu lambat lagi. Tiba - tiba dua buah motosikal di depan bergerak tapi sekejap jer lah. Hahaha! Diorang ingat waktu tu lampu isyarat barisan kitaorang dah hijau. Motor yang paling ke depan tu seorang jer. Motosikal yang nombor dua nih pula ada dua orang. Ketiga - tiga mereka lelaki. Aku ketawa juga tapi biasa - biasa jer lah. Kiranya tak dengar lah bunyi aku ketawa.

Yang tak tahannya tu mamat dua orang tu ketawakan mamat yang motosikalnya bergerak paling ke depan tadi tu. Cess! Padahal diorang pun sama naik jer cuma nasib baik sebab diorang bergerak sikit jer. Nasib tak berlaku apa - apa kemalangan tadi. Kalau tidak mahu trauma juga aku kalau benda jadi depan mata. Aku dah agak dah pasti bila lampu isyarat berubah warna kepada hijau mesti mamat yang paling depan tu pecut selaju mungkin sebab malu dan tekaan aku betul. Bila hijau jer terus mamat tu pecut gila - gila punya. Hahahaha!


Gambar Hiasan


Tapi, yang paling lawak dalam sejarah permotoran aku tadi tu bila tetiba dua orang mamat yang ketawakan mamat yang pecut laju tu tadi melakukan aksi wheelie sewaktu semua motosikal sedang berpusu - pusu bergerak. Kalau aksi wheelie tu dilakukan dengan jayanya tak apa juga tapi yang buat aku gelak tu sebab dia buat wheelie tapi tak lepas. Hahahahahaha!

Kawan dia dekat belakang nasib bijak memanfaatkan kakinya yang panjang tu untuk terus melompat turun sementara kawan dia pula memang kelam kabut mengawal motosikal dia sebab tadi dia tak dapat nak imbangkan motosikal dia yang melelong ke kiri tu. Nasib tak jatuh kalau tidak memang kau malu gilalah sebab ramai orang kut. Tak campur dekat depan pintu pagar Uitm tu yang punyalah banyak manusia.


http://fc05.deviantart.net/fs34/f/2008/308/c/1/evil_laugh_by_BakaMichi.gif
Hahahahahahahaha!


Lepas tu masing - masing beri senyuman yang menghina jer atas 'kejayaan' mereka melakukan aksi wheelie terbaik tu. Tak kurang juga yang membunyikan hon kenderaan masing - masing pada mereka. Lepas tu diorang bawa slow gila macam kura - kura. Hahahaha! Alih - alih diorang pun pergi Petronas juga nak cucuk duit. Aku nih pula punyalah tahan ketawa waktu tu sebab diorang sebelah aku jer.


 Hahahahaha!


Apa - apapun, kepada yang seronok sangat nak tunjuk bahawa mereka ialah seorang superhero dengan membuat aksi wheelie di lampu isyarat tu maka silalah berfikir banyak kali yer. Takut nasib anda sama seperti mereka berdua itu. Hehehehehe!


Perhatian : Fanpage H.P.B Blog Di Facebook Dah Kembali Pulih. Terima Kasih Atas Bantuan Blogger Eman Cloud. Jadi, korang yang dan removed tu sila join kembali. Ekekekekekekekekekeke!

Review Film : 127 Hours Mengujakan Kerana Ia Adalah Kisah Benar.


Filem:
127 Hours

Genre:
Pengembaraan, Biografi, Drama

Pengarah:
Danny Boyle

Pelakon:
James Franco, Amber Tamblyn, Kate Mara


Sinopsis Filem:

Kisah benar tentang seorang pendaki gunung bernama Aron Ralston yang tergelincir seterusnya terjatuh dan terperangkap di dalam sebuah lurah(tak pasti lurah ker gaung ker lembah ker...janji memang bawah gunung lah...hehehe). Cuma apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah tangan dia tersepit dengan sebuah bongkah batu yang besar yang menimpa tangannya. Pelbagai - bagai cara dibuat oleh beliau untuk menyelamatkan diri sehinggalah masuk hari kelima termasuk cubaan memotong tangan beliau sendiri dengan sebuah pisau lipat. Dengan sumber air dan makanan yang telah habis membuatkan beliau terpaksa minum air kencing sendiri. Kemudian timbul pelbagai bayangan seperti bayangan kekasih, keluarga, budak kecil dan kawan - kawan yan muncul dihadapan mata beliau. Adakah beliau berjaya menyelamatkan diri atau diselamatkan sedangkan beliau terperangkap di dalam lurah yang sangat dalam atau pun mati disitu juga? Selamat menonton!


Ulasan Tuan Punya Blog:

Aku terlupa bahawasanya filem ini berdasarkan kisah benar. Jadi, sewaktu aku tengok dalam mood yang tension(nak tahu sebab apa boleh tengok previous entry) aku terfikir ada ker manusia yang setabah macam nih? Jadi, aku cuma tengok jer lah tanpa ada perasaan sangat pada permulaanya. Kadang - kadang terlelap juga lah juga 10 saat tapi lepas tu terjaga balik. Ada adegan yang sedikit bosan tapi ada yang betul - betul mengujakan.

Bila sampai scene dia nak potong tangan dia tu memang aku rasa macam nak muntah pun ada. Hahahaha! Geli gila! Kemudian, bila habis baru aku tahu ini kisah benar. Memang kagumlah sama Aron Ralston. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok interview dia dekat youtube. Korang search jer dekat youtube nama ARON RALSTON. Mesti keluar punya. Apa - apapun, aku puas hati sebab pertama filem nih memang based on true story. Kedua, alhamdulillah sebab happy ending jugalah. Ketiga, seronok sebab filem nih bukan macam filem Buried. Kalau tidak memang tension jer aku susah payah menonton. Hehehe! Korang tengoklah sendiri! Aku nih kalau filem - filem yang melibatkan kejadian benar nih memang aku suka tengok. Selamat menonton!


Aron Ralston Bersama Isteri Beliau