Isnin, 28 Februari 2011

Arghhhhhhh! Aku Kena Samannnnnnnnnn!! Dah Duit Tak Ada! Sob Sob Sob!


Pagi tadi gua ada midterm. Sumpah gua tidur mati sebab mimpi baik punya! Tengah seronok gua bermimpi tiba - tiba budak rumah gua si Eman kejutkan gua,"Oit,bangun oit!! Kelas! Kelas!"

Gua dalam hati waktu tu,"Adoiyaiiiiiiii! Kecoh lah lu! Baru pukul berapa jer nih!" Alih - alih terbuntang mata gua bila tengok jam dah menunjukkan pukul 9 pagi. What the.....! Arghhhhhhh! Gilalah! Midterm test dah start kut! Mampus gua! Gua pun terus la mandi sambil menggosok gigi tanpa menghiraukan kedinginan air yang keluar dari paip tu. Lepas tu bergegas - gegas gua bersiap dan memecut motosikal.




Fuh! Sampai dekat kelas terus jawab test. Gua dah cuak sebab gua budget nak bangun awal nak study semua tapi dah bangun pun masa matahari tengah bertafakur atas langit memanglah tak sempat. Nasib gua study juga semalam dan alhamdulillah boleh juga lah gua goreng. Tapi ada juga gua merepek jer tu. Hahaha! Gua masuk lambat tapi keluar awal sama dengan budak - budak yang dah lama datang sampai pensyarah gua tanya,"Eh,awal kamu keluar? Kamu bukan datang lewat ker tadi?"




Gua senyum sambil cakap,"Saya sama macam dia!" sambil menunjuk ke arah seorang budak kelas gua yang datang lagi lambat dari gua tapi keluar awal. Kehkehkehkeh! Sumpah gua pelik sebab semalam gua tidur lebih awal dari hari - hari biasa tapi asal gua tak sedar langsung nih. Apa - apapun, terima kasih sangat - sangat kepada budak rumah gua iaitu Eman kerana mengejutkan gua. Kalau tidak hilang markah midterm gua.




Motosikal gua ada masalah. Esok gua nak hantar pergi bengkel! Wah! Budget gua nampaknya dalam sekitar RM50 ke RM60 sebab nak tukar gear yang dah tak makan tayar tu dengan minyak hitam motosikal gua bocor. Nak kena tampal la tukar gasket jadah apa lagi. Haih! Dah gua tengah kepokaian nih! Tadi, sajalah gigih gua check gua kena saman ker tak. Gua budget gua tak kena saman alih - alih gua ada saman!!!! Arghhhhhhhh!! Stress! 3 pula tu saman gua! Menyesal gua check! Mana nak cari duit nih! Sob Sob Sob.

P/S : Hahahaha! Gua Tak Kena Pun Saman Tapi Tadi Gua Dapat Link Yang Gurau - Gurau Kata Kita Kena Saman Langgar Ayam Lah Apa Lah! Tapi Sebab Tadi Member Gua Kata Laman Web Tu Phising Tadi Tu Phising. Takut Nanti Diorang Guna IC Kita Ker Apa Ker! Jadi Gua Buang Lah! Heheheh!


 Jom Join Contest Situasi Hans

Hari Ini 28 Februari



28 Februari merupakan hari lahir orang yang saya amat sayangi iaitu abah dan abang saya.

Maaflah saya tak reti nak tunjukkan kasih sayang saya pada kalian secara luaran tetapi secara dalaman saya amat menyayangi kalian berdua.

Tak tahulah apa yang kalian berdua fikir tentang saya tetapi secara jujurnya saya amat mengambil berat pasal kalian berdua.

Saya mengharapkan agar umur dua insan yang saya sayangi ini diberkati Allah dan kalian sentiasa bergembira di luar dan di dalam hati.

Saya teringat waktu dulu mesti bila tiba hari lahir sesiapa pun mesti kita akan sambut dengan makan dekat luar. 

Seronok makan dekat kedai makan yang saya panggil kedai makan meja jepun sebab kita makan bersila dekat meja panjang beramai - ramai.

Yang lucunya bila kita pesan nasi goreng setiap seorang lepas tu pesan lagi mee ker satay ker beefsteak ker lepas tu mesti orang yang ambil order tu buat muka pelik.

Ialah! Kita berlima tapi makanan yang dipesan macam 10 orang jer. Keluarga kita kan kuat makan. Hahahaha!

Masa tu seronok sebab boleh kumpul ramai - ramai. Sekarang nih tunggu raya lah baru boleh kumpul ramai - ramai atau pun masa cuti - cuti sekolah. Itu pun belum tentu. Tapi dah lama tak pernah makan luar ramai - ramai.

Saya tak sabar nak kerja sebab bila ada duit saya nak sambut hari lahir setiap ahli keluarga kita ramai - ramai dekat luar. Minta - minta saya berkesempatan untuk melakukan dan merasai hari itu.

Apa - apapun, selamat hari lahir kepada abah dan abang saya.

(^_^)Y

Saya Suka Ini Tapi Kamu Suka Itu

Antara roti berinti vanilla dan roti berinti strawberry...
aku pilih roti berinti vanilla.


Antara roti berinti coklat dan roti berinti vanilla...
aku pilih roti berinti coklat.


Antara roti berinti anggur dan roti berinti kacang...
aku pilih roti berinti kacang.


Kita mempunyai banyak pilihan roti untuk menjadi santapan kita dan semestinya kita akan memilih yang menepati selera kita. Tetapi, jika roti - roti yang tidak menjadi pilihan kita itu adakah kita akan buang? Semestinya tidak kerana ia membazir jadi berilah kepada sesiapa yang menyukainya. Disamping mendapat pahala kerana kita tidak melakukan pembaziran kita juga berasa gembira melihat orang yang mendapat roti tadi begitu gembira menikmati keenakan roti berinti yang tidak kita gemari itu.


Mak suruh saya makan 7 biji kismis sehari...
saya makan depan mak tapi luah dibelakang mak.


Mak suruh saya makan 3 biji kurma sehari...
saya makan dengan gembiranya depan mak.


Mak suruh saya minum susu 2 gelas sehari...
saya terpaksa minum depan mak walaupun saya tak suka minum susu
sebab mak nak tengok saya habiskan susu itu depan dia.


Kita dipaksa buat benda yang kita tak suka walaupun sebenarnya benda itu ada manfaat untuk kita tapi selagi kita boleh elak maka kita cuba elak asalkan kita terlepas dari buat perkara yang kita tidak gemari. Kita juga rasa gembira jika dipaksa buat benda yang kita suka hinggakan kalau boleh paksalah hari - hari sebab perkara yang kita suka memang kita akan buat tanpa ada bantahan. Kita juga terpaksa melakukan perkara yang kita tak suka kerana memang tidak ada peluang untuk kita melarikan diri atau pun mengelak dari melakukan perkara yang kita tidak gemari itu.


Kawan aku minat irama malaysia tapi aku minat irama rancak.
Dia kata irama malaysia lebih menenangkan jiwa tapi
aku rasa irama rancak yang boleh tenangkan jiwa aku.


Kawan aku suka Wardina tapi aku suka Lisa.
Dia kata Wardina cantik tapi aku rasa Lisa lagi cantik.


Kawan aku suka nasi lemak tapi aku suka roti canai.
Dia kata nasi lemak sedap dan kenyang tapi
aku pula kata roti canai lagi sedap dan mengenyangkan.


Setiap dari kita ada pilihan masing - masing. Itulah yang menjadikan kehidupan kita ini berseri dengan pelbagai warna kerana minat dan kesukaan kita selalunya berlainan tetapi ia sebenarnya saling lengkap melengkapi. Dan dari situ kita belajar untuk cuba mengenali perkara - perkara yang kita kurang gemari dan apabila kita belajar atau cuba untuk merasai maka kita akan lebih mengenali diri kita.


P/S : Kita Sama Dari Segi Jasad Tapi Tidak Dari Segi Hati. Jadi Belajar Untuk Menerima Kekurangan Dan Kelebihan Itu Kerana Ia Akan Memberi Lebih Kemanisan Kepada Hidup Kita.

Sabtu, 26 Februari 2011

Jumpa Blogger! Sambut Hari Lahir Member! Karok! Lepas Tu Tidur Mati! Muahahaha!

Petang semalam lepas gua habis jawab midterm gua pun berkejar balik ke rumah. Tengah dalam perjalanan tiba - tiba hujan turun dengan lebatnya. Gua nak berhenti dekat tepi pun tak ada pula tempat yang sesuai. Alang - alang dah basah gua redah jer lah balik rumah.

Pukul 8 malam semalam pula dah berjanji dengan Blogger Hami Asraff nak lepak - lepak dengan dia dekat kedai makan Wira Sejati. Patutnya pukul 9 malam gua dah kena pergi seksyen 7 sebab member - member gua nak buat kejutan untuk seorang lagi member gua sempena hari lahir dia tapi sebab gua dah berjanji kan dengan Blogger Hami Asraff jadi gua pun pergi lah jumpa dia dulu.




Dalam perjalanan pun hujan juga cuma tak lebat lah. Tapi cukup untuk buat sweater gua bertambah lembab. Cess!! Rimas betul gua! Sampai dekat kedai tu dan berborak - boraklah dengan Blogger Hami Asraff secara rasminya. Hahaha! Sebelum nih pernah terserempak dan sembang biasa - biasa jer lah tapi semalam boleh jugalah bersembang lama. Kitaorang sembang apa? Hah! Itu yang korang semua tak tahu! Hahaha!

Lepas gua dah berborak sampai pukul 10 malam jadi gua pun berkejar pula ke seksyen 7. Fuh! Gua ingat member - member gua dah selamat dah makan kek tapi rupa - rupanya kejutan masih belum bermula. Jadi, alhamdulillah gua sempat lah menyertai mereka membuat kejutan terhebat pada tahun nih. Hahahaha! Misi kami berjaya. Memang menangis - nangis lah member kitaorang tu sebab sebelum tu dia dah tunggu 1 jam 30 minit dekat KFC sebab konon - kononnya ada  beberapa orang dari sebuah syarikat yang berminat untuk menjadi penaja untuk event kawan gua nih.




Memang betul orang yang nak menjadi sponsorship tu wujud tapi orang tu dah cancel dan kitaorang pakat dengan member dia lagi sorang nih konon - konon orang tu masih nak datang. Hahaha! Memang waktu dia menunggu tu dia dah emo gila dah. Mahu tak emo sebab dah tunggu lebih dari 1 jam kan. Hahahaha! Dan semalam memang gua banyak gila melantak. Masa jumpa Blogger Hami Asraff gua melantak nasi goreng seafood dengan telur mata dan masa gua sambut besday member gua tu gua melantak pula KFC. Hahaha!




Lepas tu masing - masing beredar dan gua dengan 4 orang lagi kawan gua bergerak pergi karok dekat Giant(yang dulunya pasaraya Bintang). Pertama kali kut gua jejak kaki dekat situ. Memang ramai gila orang. Gua mula - mula tu cuma nak ikut tengok diorang menyanyi jer. Alih - alih bila kawan gua bagi mic dekat gua suruh nyanyi memang dia menyesal sudah. Gua pun melalak lah sesuka hati dan sah - sah lah suara gua yang 'SANGAT SEDAP' nih membuatkan mimpi kawan - kawan gua malam tadi mungkin 'INDAH'. Hahahaha!




Habis karok tu pergi lah lepak kejap dekat Restoran Barra. Boleh pula kawan - kawan gua nih berborak pasal hantu lah jin la rumah hantu la. Dah lah gua nak balik rumah nanti naik motosikal seorang diri. Cess! Masa gua balik tu dah pukul 3.30 pagi macam tu lah. Agak cuak juga tapi nasib ada jugalah kadang - kadang terserempak dengan sebuah kereta. Tapi lepas gua lalu hotel Uitm tu memang jalan sunyi jer hinggalah gua sampai dekat rumah sewa gua. Hahaha!




Apa - apapun, seronoklah bila dapat berborak dan berjumpa dengan member - member lama. Tak sabar nak lepak - lepak lagi macam tadi sebab bila fikir balik tak sangka walaupun gua dan member - member gua tu dah tak sama kelas tapi masih boleh berlawak dan bermesra macam dulu - dulu. Moga yang lain pun gembira macam gua juga masa jumpa semalam. Okaylah! Dah panjang gua menaip! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Perasaan Bila Berhadapan Dengan Manusia Psycho

Sudah lama gua tak merepek meraban dekat blog kesayangan gua nih. Tentang Contest Situasi Hans pula ia masih lagi berjalan sehingga 3 April nanti. Nampaknya, penyertaan boleh tahanlah dan gua mengharapkan lebih banyak penyertaan lagi selepas nih.


 Meh Join Lekas Meh! Hahaha!


Baiklah! Gua nak tanya dekat ekau semua nih...pernah tak berhadapan atau berkomunikasi atau pun berkawan dengan orang yang psycho sepanjang ekau semua hidup nih? Hahhh!!! Kalau pernah tu nanti silalah kongsi pengalaman atau perasaan ekau semua sepanjang korang berkawan atau jumpa orang yang psycho dalam hidup ekau di ruangan komen yer.




Bagi gua pula sepanjang gua tahu apa itu maksud psycho dan gua rasa gua dah berjumpa dengan 3 orang yang agak psycho. Orang pertama adalah Danella(Bukan Nama Sebenar) tapi bagi gua ini adalah tahap - tahap biasa jer lah. Nak tahu click jer dekat nama Danella tu sebab gua dah link kan ke entry terus.




Orang kedua yang psycho yang gua pernah jumpa pula waktu gua diploma dulu. Fuh! Ini memang cuak kut! Mamat nih memang psycho habis. Masa dia mula - mula jadi tu gua tak risau sangat lah. Setakat datang pukul 2 - 3 pagi ketuk - ketuk pintu bilik gua minta maggi tu tak ada apa sangat. Lepas tu dapat tahu pula mamat nih pukul 3-4 pagi merayau - rayau selongkar tong sampah dekat hostel. Itu pun gua tak cuak lagi. Tapi bila gua mimpi dia ada pisau potong daging dan mimpi gua menjadi kenyataan memang gua dah cuak habis dah. Paling gua cuak bila mamat nih lempang roomate gua yang tak bersalah. Siap patah kut cermin mata member gua. Hahahaha! Memang psycho gila mamat tu!




Baru - baru nih pula gua berjumpa lagi seorang mamat yang lagi psycho. Fuh! Mula - mula gua ingat mamat nih nerd jer jadi gua tak kisah sangat lah. Tapi makin hari mamat nih makin berkelakuan pelik dan bila dah sah mamat nih memang psycho...FUHHHHH!!! Agak cuak disitu! Sekarang nih psycho dia tak ada lagi lah pukul - pukul orang ker bawa pisau ker apa tapi satu masa nanti mungkin benda itu boleh berlaku. Haih! Macam - macam benda pelik dia buat setakat gua kenal dia nih. Pergi fakulti hari - hari tapi tak masuk kelas. Bila gua tanya kenapa tak masuk kelas dia kata,"Ada kelas ker hari nih?" Gua pun pelik juga jadinya. Dah tu kau datang sini buat apa? Ukur bangunan? Tapi memang betul mamat nih ukur bangunan pun. Entah apa lah dia cari gua pun tak pasti. Apa - apapun, semua yang gua jumpa nih jadi macam tu masing - masing ada sebab.




Ada yang dilanda tekanan disebabkan keluarga. Ada yang tertekan gara - gara belajar. Macam - macam lah! Gua memang kasihan melihat mereka - mereka nih tapi gua pun tak dapat nak hilangkan juga perasaan cuak gua sebab orang - orang macam nih boleh bertindak di luar kesedaran tanpa kita jangka. Apa - apapun, gua rasa kalau ekau semua stress maka luahkan dan buang stress itu. Masa inilah rakan - rakan ekau semua penting. Jangan pendam stress tu sebab dari stress yang terlampau tu tiba - tiba ekau dah jadi pelik semacam. Mulalah tiba - tiba ada 'Kawan Khayalan' ciptaan akal sendiri dan lepas tu terus berubah jadi psycho.




Apa - apapun, gua sarankan kalau ekau semua stress maka hilangkan lah stress tu secepat mungkin. Jangan biar stress tu bermahajarela dalam kepala ekau semua. Kalau tidak tak mustahil ekau semua pun boleh berubah jadi orang yang psycho. Jadi, senyum - senyumlah selalu! Paling tidak jika tak yakin untuk luahkan masalah dengan rakan - rakan mahu pun keluarga, ingatlah Allah tu sentiasa ada untuk dengar masalah dan doa kita. Okay! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Khamis, 24 Februari 2011

Abang Usop Telah Menceriakan Hidupku Hari Nih

Aku adalah seorang individu yang akan berasa berat hati bila terpaksa melakukan sesuatu perkara atau perbuatan yang aku tidak suka atau pun lebih tepat lagi aku cepat stress bila dipaksa melakukan sesuatu perkara yang bukanlah menjadi keutamaan atau minat di dalam diri aku.

Jadi, apabila terlihatkan gambar - gambar Abang Usop kita dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah nih buat aku sangat ceria. Kadang - kadang tergelak - gelak sorang - sorang sebab mimik muka beliau dalam setiap gambar di bawah nih buat aku ceria.


Hahahahaha! Sampai Sekarang Aku Teringat Lagi Scene Nih!
Apa Ker Lamanya Dia Tengok Kek Tu Sorang - Sorang! Hahaha!


Itulah Sebab Pentingnya Educasyennnn! Hahahaha!


Aku Harap Hari - Hari Yang Dilalui Selepas Nih Sentiasa Ceria Seperti Wajah Ini.


Aku Mahu Hidupku Kembali Ceria!
Siapa Setuju Sila Angkat Tangan Macam Saya!


Terima kasih kepada SHY8 yang memegang watak sebagai Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ceria betul melihat wataknya dalam filem nih. Kalau jumpa memang aku ambil gambar dengan dia nih. Hehehe! Okaylah! Nak layan drama lama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel jap. Bye bye!





P/S : Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia Atas Kemenangan 2-0 Terhadap Pakistan Pada Perlawanan Pertama Pusingan Kelayakan Olimpik 2012 Tadi. Patutnya Boleh Menang Dengan Jaringan Lebih Besar Lagi Tadi Tapi Apakan Daya! Moga Pusingan Kedua Nanti Pun Malaysia Beroleh Kemenangan!

Rabu, 23 Februari 2011

Review Drama Kashaf Imani


Drama:
Kashaf Imani


Karya:
Azma Aizal Yusoof


Pelakon:
Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila,
Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar.


Sinopsis:

Mengisahkan tentang Kashaf yang hidup bersama ibu dan adik perempuannya dalam suasana yang kurang sihat dimana beliau sering bertengkar dengan ibunya kerana ibunya suka menyebelahi adik perempuannya. Pada waktu yang sama juga Kashaf bercampur dengan budak - budak liar yang tanpa beliau sedari telah membawa beliau ke satu dunia yang gelap. Imani pula adalah seorang gadis yang mempunyai suatu keistimewaan yang amat luar biasa iaitu mampu melihat roh orang yang telah mati. Dalam diam beliau mencintai Kashaf dan menyimpan apa sahaja barang yang ditinggalkan Kashaf.

Suatu hari Kasyaf telah ditimpa satu kecelakaan selepas bertengkar dengan ibunya dan apabila sedar beliau mendapati bahawa beliau kini adalah roh yang sedang berkeliaran. Kini beliau perlu meminta maaf atas segala dosa yang telah dilakukan terhadap ibunya namun dengan siapakah dia perlu meminta bantuan untuk menyampaikan hasratnya yang dia amat menyayangi ibunya dan ingin meminta maaf atas segala salah dan silapnya selama ini? Beliau menyedari yang Imani mampu melihatnya dan apakah yang bakal berlaku seterusnya? Mampukah Imani membantu Kashaf? Saksikan drama Kashaf Imani.


Ulasan Tuan Punya Blog:

Aku suka drama nih sebab walaupun kadang - kadang ada babak yang klise atau mungkin korang boleh agak dengan berkata,"Aku tahu nih mesti roh si Kashaf nih sebab dia dah mati!' namun kemudian akan ditunjukkan pula babak yang membuatkan engkau keliru sambil berkata,"Okay! Andaian aku salah! Rupanya dia tak mati!" dan kemudian akhirnya andaian engkau tu sebenarnya betul. Kiranya aku suka plot dia yang mampu buat aku keliru pada sesetengah babak.

Lakonan Beto Kusyairy sebagai Kashaf dan Sharifah Amani sebagai Imani sangat mengujakan aku. Aku sangat suka adegan dimana Kashaf dan Imani berjumpa selepas Imani terkantoi yang dia menyukai Kashaf selepas kawan Kasyaf si Pet(lakonan Khairilridzuan K'n) memberi sebuah tin yang mengandungi semua barang Kashaf di dalamnya.


 Babak Kesukaan Aku. Sweet Giler!


Watak Rosnah ibu kepada Kashaf lakonan Normah Damanhuri memang tak dapat disangkal lagi kerana memang terbaik manakala watak Shamim iaitu adik perempuan kepada Kashaf lakonan Wan Sharmila pula bagi aku boleh tahanlah. Mungkin sebab suara dia tak ganas sangat kut jadi walaupun aku melihat watak dia di dalam drama ini masih lagi jahat namun ia akan lebih jahat jika suara atau jeritan yang dilontarkannya sewaktu marah atau menjerit itu lebih 'garang'. Aku tiba - tiba terbayangkan jika watak ini diberi pada Nabila Huda mungkin aku akan lebih menyumpah - menyumpah lagi watak tersebut. Hahaha!

Drama ini juga mempunyai mesej yang bagi aku walaupun masih belum setanding dengan drama Antara Garisan namun masih juga padat dengan mesej - mesej keagamaan dan kekeluargaan yang walaupun kita semua terutamanya generasi muda tahu atau pun menyedarinya namun kita masih lupa atau buat - buat lupa kerana ego kita yang terlalu tinggi.

Apa - apapun, aku mengucapkan tahniah kepada semua team produksi drama Kashaf Imani ini daripada krew sehinggalah pelakonnya kerana bagi aku drama ini adalah antara drama terbaik pada tahun ini. Tahniah lagi sekali!



P/S : Menanti Drama Seterusnya Daripada Radius One!

Selasa, 22 Februari 2011

Keluarga Anda Yang Setia Sebenarnya

Dalam hidup ini tak dinafikan kawan - kawan itu penting tapi jangan kerana kawan - kawan kau sanggup membuang keluarga kau sebab keluarga kau tu lah sebenarnya yang lebih berhak mendapat hak yang telah kau berikan pada kawan - kawan kau tu.

Berbaik - baiklah sesama ahli keluarga kau. Tidak kiralah sebelum ini jika kau pernah berselisih faham dengan ayah/abah/baba/bapa/daddy atau dengan mak/ibu/umi/mama/mom atau pun dengan abang/kakak/adik kau maka cubalah ubati kembali kesilapan itu dengan cuba berbaik - baik semula.

Ingatlah! Pada suatu ketika dimana kita susah atau kita perlukan bantuan atau kita mahu hati kita tenang hanya keluarga jer lah pihak yang mampu bersama kita pada ketika itu. Kawan - kawan mungkin ada bersama tapi mungkin paling lama pun seminggu atau sebulan tetapi keluarga kau akan tetap bersama kau pada setiap masa ketika itu.

Mungkin kali ini kau tidak nampak kerana mengikut darah muda kau yang masih panas tapi satu hari nanti kau pasti sedar dan dikala kau telah sedar itu sama ada ia mampu membuat kau kembali kepada permulaan atau kau akan meraung sepanjang hayat kau.




P/S : Sayangilah Mereka Seadanya Dan Jangan Sesekali Malu Atau Membuang Mereka Kerana Baik Buruk Mereka Itulah Sebenarnya Darah Daging Kita Juga! Jika Buruk Belajarlah Untuk Mengubah Dan Jangan Lari Dari Tanggungjawab Kau!

Isnin, 21 Februari 2011

Dia Menakutkan! Dia Mengjengkelkan! Realiti Hidup Memang Begitu!

Setiap hari kita pasti akan berhadapan dengan manusia dan manusia itu mungkin orang yang kita akan berhadapan, berurusan atau pun berbual sama ada sepanjang kehidupan kita atau seketika dan mungkin jua sekadar bertembung tanpa suara.

Hari ini mengingatkan aku pada kisah 3 tahun sudah dimana aku telah berjumpa dengan seseorang yang sebenarnya keliru dengan dirinya sendiri. Adakalanya kasihan tetapi pada waktu yang sama juga aku perlu mementingkan keselamatan diri sendiri. Disebabkan aku pernah mengalami pengalaman yang lebih kurang jadi aku mengambil pendekatan untuk memikirkan perkara negatif berbanding positif sebagai langkah untuk berhati - hati. Aku masih belum tahu apa sebenarnya masalah manusia ini namun aku harap maklumat itu mampu diketahui secepat mungkin. Sesungguhnya dia agak menakutkan aku secara kasarnya. Aku lebih sanggup berhadapan dengan individu yang memang diketahui ganas daripada berhadapan dengan manusia yang dikenali sebagai seorang yang hidup di dalam dunia yang direkanya sendiri.

Hari ini juga mengingatkan aku pada manusia yang suka memandang rendah manusia lain tanpa disedari akhirnya ia menunjukkan sendiri cara pemikiran beliau sendiri. Memang tidak dinafikan pengalaman itu penting tetapi lebih mudah berkata - kata daripada melakukan sendiri apa yang dikata. Aku lebih suka jika anda memandang rendah tetapi ada usaha untuk membantu agar orang yang anda pandang rendah itu tidak dipandang rendah oleh orang lain. Itu lebih baik rasanya. Namun, aku pasti aku lebih suka bertindak daripada bercakap kosong. Hehehe.

Yeahhh!! Realiti hidup memang begitu! Aku pasti akan berjumpa lagi dengan manusia - manusia seperti ini tetapi di dalam jasad yang berlainan dan situasi yang juga berbeza. Apa - apapun, perjalanan hari ini berakhir dengan satu kejayaan. Walaupun kejayaan itu tidak menyeluruh tetapi paling tidak ia mampu membuat aku menarik nafas dengan lancar sambil melirikkan senyuman tanda puas hati. Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan - rakan yang sentiasa bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.

Yeah! Malam nanti aku ada kuiz dan aku rasa masanya telah tiba untuk aku cuba belajar kembali walaupun diri ini agak penat dan perjalanan panjang yang ditempuh sebentar tadi. Apa - apapun, doakan kejayaan aku sekali lagi dan moga berjumpa lagi. Assalammualaikum dan salam sejahtera!

Ahad, 20 Februari 2011

Gua Jadi Superhero! Apa Barang Pakai Topeng - Topeng Nih Derrr!! Tak Layan Lah!!

 Watak - Watak

Gua


Verna


Vitata


Vifazi


Rofluz & Rofliz


Doktor V-Za


Gua dapat misi pagi tadi! Gua kena pergi Langkawi naik sebuah bot besar daripada Alor Setar dengan 3 orang lagi rakan kerja gua! Misi gua dan rakan - rakan adalah untuk menjahanamkan markas Doktor V-Za yang terkenal sebagai ketua lanun yang berkepala botak.

Gua dan 3 orang rakan sekerja gua iaitu Verna, Vitata dan Vifazi telah ditugaskan untuk menyusup masuk dengan menyamar sebagai orang biasa dan berpura - pura berlakon sebagai pelancong setibanya di Pulau Langkawi. Jadi, gua dan rakan - rakan gua pun belakon macam biasa. Gua dan Verna pergi ke bahagian luar manakala Vitata dan Vifazi pula berada di bahagian dalam.

Tiba - tiba kecoh di bahagian dalam apabila Vitata dan Vifazi terpaksa berlawan dengan orang - orang upahan Doktor V-Za yang telah tahu gua dan rakan - rakan kini telah berada di atas bot. Keadaan kembali sunyi! Gua dan Verna pergilah mengendap sedikit untuk lihat yang telah berlaku dan nampaknya Vitata dan Vifazi berjaya menumpaskan orang - orang Doktor V-Za dengan jayanya.

Gua dan Verna kembali semua ke kawasan luar bot. Sedang seronok gua menikmati angin laut tiba - tiba datang 2 orang lelaki berbadan besar dan tegap menghampiri gua dengan mimik muka yang ganas dan kasar.


Rofluz : Hoi! Kau kah Hans?

Gua : Erkk!! Ya! Saya Hans! Awatnya?

Rofliz : Hoi!!! Aku adalah Rofliz. Ini adalah kembar aku Rofluz! Kau harus kami hapuskan dari muka bumi ini!

Verna : Hans! Kita dalam bahaya nih! Cepat kita larikan diri!

Gua : Kita tak boleh lari Verna! Kita sudah dikepung oleh si bodoh dua orang nih. Kita terpaksa berlawan dengan mereka!

Rofluz : Apaaaaa??? Kau kata aku bodoh? Rasakan penumbuk berapi aku yang hebat nih!




Pertempuran berlangsung dengan sengitnya namun Verna mengalami masalah apabila perutnya disepak oleh Rofliz dengan tendangan elektrik yang begitu dasyat sekali.


Verna : Lariiiiiii Hanssss!!! Diorang nih berbahaya! Jangan kau risaukan aku!

Gua : Vernaaaaaaaa!! Tak guna kau Rofliz! Berani kau pukul rakan gua! Rasakannnn!!!


Gua dengan garangnya pun memberi jurus maut gua pada muka si Rofliz. Tercampak Rofliz ke dalam laut dan kemudian terus dimakan oleh Paus Biru yang memang sudah lama bersedia untuk menjamu selera di malam hari.


Rofluz : Roflizzzzzzzzzzzzzzzz kembarkuuuuuu!!! Ahhhhhh!! Kauuu...kauuu...tak gunaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


Rofluz begitu marah dah cuba membelasah gua! Tapi, apakan daya gua lebih hebat dari beliau. Dengan mudahnya gua membelasah beliau sehingga koyak rabak baju dan seluarnya.


Rofluz : Tolong! Jangan bunuh aku! Aku mengaku kalah!

Gua : Baik kau cium kaki rakan gua si Verna nih sambil minta maaf! Lekasssssss!!

Rofluz : Baiklah!! Saudari! Gua minta ampun sama lu! Maafkan gua!

Verna : Dah! Berambus kau dari kakiku ini!

Gua : Hoi mangkuk! Kau pergi masuk dalam bot! Kau pergi jumpa dua orang lelaki! Nama diorang Vitata dan Vifazi. Lepas tu kau sebut nama aku!

Rofluz : Baiklah!


Kemudian, Rofluz pun pergi lah kedalam berjumpa dengan dua orang member gua lagi tu. Gua dan Verna memerhati dari jauh dan kemudian kedengaran si Rofluz dibelasah pula oleh Vitata dan Vifazi. Hahahaha!


Verna : Cool kan kita nih! Jadi superhero tak pakai topeng pun. Relaks jer lawan dengan mangkuk - mangkuk tadi tu.

Gua : Apa barang beb pakai topeng - topeng merepek ni! Tak layan lah derrrr!


Lepas tu gua dan Verna pun gelak macam orang gila.......


Kurrrrr kurrrrrr kurrrrrrrrrrrrrrr(Ayam Berkokok)




Eh! Dekat mana gua nih? Dah sampai Langkawi kah? Asal macam kenal jer tempat nih? Mana Verna, Vitata dan Vifazi? Arghhhhhhhhhhhhhhh!!! Mimpi rupanya!! Cess! Gua dah tak dapat beza mimpi ker realiti tadi sebab macam betul - betul jer. Tapi, best juga bila mimpi jadi superhero nih. Dah lah tak bertopeng pun. Cool giler kutttttttt!!! Hahahahaha! Nak sambung tidur baliklah!! Nak mimpi jadi superhero lagi! Byeeeee!!


Jom Join Contest Blog Hans

KISAH BENAR SERAM SEKSYEN 2, DEPAN WETWORLD :- Betul Ker???

 Gambar Hiasan


9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la]. 

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada. 

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?] 
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya... 
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas. 

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena. 

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot. 

Mlm tu kitorg kna lg teruk. 

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda... 
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat. 

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni. 

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor. 
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!   




Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah. 

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita. 

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil. 

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak. 

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!! 

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden? 


Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg. 

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam. 

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss...... 

Aku demam 3 hari. 




Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang. Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x? 

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu.. 

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..

p/s: kepada semua penduduk seksyen 2, awas





Amacam budak - budak Uitm Shah Alam? Korang rasa kisah nih betul ker tak? Aku memang suka baca cerita nih sebab dah macam filem seram dah. Hohoho! Apa - apapun, aku memang ada dengar juga yang orang cerita rumah nih keras sikit tapi bab mati - mati nih aku rasa macam tokok tambah jer lah nak bagi sedap cerita. Kan?




Apa - apapun, cerita nih agak seram juga lah. Kira sebagai hiburan di malam hari memang seronok lah baca. Ala - ala filem Histeria yang James Lee buat tu. Kepada budak - budak Uitm Shah Alam! Korang ada tak pergi tengok rumah yang dimaksudkan nih? Memang betul seram ker apa? Sebab kawan aku kata dia pernah pergi dengan member - member dia. Konon - konon diorang ala - ala geng seekers lah. Lepas tu diorang kata seram. Hohoho!

Semalam masa aku nak pergi makan pun aku ada lalu dekat depan rumah tu. Budak rumah aku lah cakap. Entah betul entah tak itu rumahnya. Tapi, kalau betul memang suasana dia agak menyeramkan almaklumlah sebab rumah tu besar. Ekekekeke! Apa - apapun, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiii!


P/S : Korang Suka Tak Tinggal Dekat Rumah Yang Besar - Besar Tapi Korang Sorang Jer Dalam Rumah Tu?