Rabu, 30 Mac 2011

Keliru Atau Palsu

Penatnya hari nih tapi sebab update entry nih tak lama pun kalau berkisar tentang kehidupan seharian jadi aku update lah. Alhamdulillah! Rakaman hari nih berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan banyak juga babak yang berjaya disiapkan dengan bersusah payah dan bersungguh - sungguh.

Hari ini aku suka memerhatikan tingkah laku manusia. Memang manusia nih susah kita nak jangka tentang emosi, perilaku atau pun tindakan yang mereka akan lakukan. Apa yang aku tahu kadang - kadang aku agak lurus bila bercakap atau lebih tepat suka berterus - terang tentang sesuatu perkara yang orang lain sukar nak terima. Sebagai contoh, katakan seseorang itu tidak suka makan nasi ayam. Jadi, aku tidak akan belikan dia nasi ayam namun dia nak juga makan nasi ayam. Jadi, bila aku beli dan kemudian dia hanya makan sedikit dan terus tinggalkan. Maksudnya disini mungkin lebih kepada degil barangkali. Hahahahaha!




Aku seronok bila aku dapat kenal seseorang nih dengan lebih rapat. Maksudnya disini, aku belajar cara bagaimana dia bekerja dan berkomunikasi dengan orang lain. Walaupun aku masih belum mampu menjadi seperti dia 100% tetapi dapat menjadi 50% seperti dia pun aku sudah bersyukur. Memang banyak aku belajar cara - cara dia yang dulunya aku rasa terlalu diplomasi. Kalau dulu bila aku rasa benda tu merepek atau buang masa maka aku akan cakap dan kadang - kadang ada yang akan marah atau pun sentap dengan aku tetapi sekarang aku rasa aku lebih berdiplomasi. Aku akan cakap dan kemudian aku akan serahkan kepada individu - individu yang terbabit untuk membuat keputusan. Janji aku dah cakap apa positif dan negatifnya kalau buat atau tidak. Hehehehehe!

Apa - apapun, waktu - waktu sibuk atau tertekan macam ni lah kita boleh belajar dan melihat sikap sebenar individu - individu disekeliling kita. Adakala tanggapan kita sebelum nih betul atau pun meleset. Apa - apapun, esok insyaallah akan dapat selesaikan semua tugasan berkisarkan rakaman nih. Jadi, sekali lagi aku doakan dan harap kalian juga mendoakan agar aku dan kumpulan berjaya menyiapkan baki rakaman dengan jayanya. Baiklah! Mahu tidur dulu! Assalammualaikum!

P/S : Harap Mimpi Indah Hari Nih!

Selasa, 29 Mac 2011

Aku Tidur Sebab Nak Rehat Tapi.....

Semalam memang gua penat gila dan gua dah cadang nak tidur puas - puas sebab hari nih gua nak continue shooting dokumentari lagi. Jadi, semalam alhamdulillah gua dapat tidur juga walaupun ambil masa dalam 5 hingga 10 minit untuk tidur.




Tengah gua tidur tu pula tiba - tiba gua mimpi cerita pyscho pula dah. Semua watak dalam mimpi tu gua kenal iaitu member - member universiti gua. Bukan setakat member jer tapi masuk sekali dengan lecturer gua. Lokasi dan suasana pun sama macam dekat fakulti dan dekat Shah Alam nih. Adoiyai!




Gua tension tu sebab mimpi gua ada bunuh - bunuh pula. Yang tak tahan tu gua tengah naik tangga nak pergi rumah siapa entah. Dari tingkat pertama sampai tingkat 3 penuh dengan anggota badan manusia yang dipotong. Gua pelik tu dalam mimpi gua tu boleh pula gua fokus dekat - dekat anggota badan - badan tu. Gua dah ala - ala detective Conan dah menyiasat kes bunuh. Yang tak tahan tu gua siap jumpa lagi pembunuh dia. Cess!! Penat betul mimpi macam nih!

Sekarang gua rasa sedikit letih! Gua rasa tadi macam dah penat jer berjalan jauh! Adoiyai! Apa - apapun, gua nak kena bertolak dah untuk sambung kerja gua. Doakan kejayaan gua dan kumpulan gua yer! Moga hari ini lebih bertuah dan baik daripada semalam. Assalammualaikum dan salam sejahtera.


P/S : Sekarang Gua Addicted Pada Lagu Angan - Angan Nyanyian Raja Ema!

Semuanya Ada Disini!


Penat! Letih! Stress! Ketawa! Kagum! Geram!

Semuanya ada disini!

Penat seharian bershooting!

Tapi dalam masa yang sama seronok tu memang wajib ada!

Saya enjoy buat kerja yang saya minat!

Doakan kejayaan kumpulan saya!

Moga hari ini lebih baik dan bertuah berbanding semalam!

Assalammualaikum!


P/S : Teknologi, CGI & 3D Filem Tamil Lebih Hebat Daripada Hollywood!

Isnin, 28 Mac 2011

Manusia Melihat Pasangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Bagaimana hari minggu anda semua minggu nih? Menarik? Baiklah! Hari ini saja gua nak bercerita sedikit tentang pandangan gua mengenai apa yang manusia - manusia lain pandang atau fikir bila mereka melihat sepasang kekasih/couple atau pasangan pengantin atau pun sewaktu mereka melihat kita berseorangan. Mungkin anda juga berfikiran sebegini. Siapa tahu bukan?


1. Kalau Lelaki Kacak Dengan Perempuan Cantik :-




Pakcik/Makcik :- "Pasangan nih betul - betul secocok/sepadan lah! Sweetttt!"
Lelaki :- "Untungnya lelaki tu dapat awek tu! Cun kuttt!"
Perempuan :- "Untungnya perempuan tu dapat lelaki hensem macam tu!"



2. Kalau Lelaki Kacak Dengan Perempuan Tak Cantik :-




Pakcik/Makcik :- "Tak padan langsung!"
Lelaki :- "Lelaki nih buta ker?"
Perempuan :- "Mesti perempuan nih guna bomoh!"



3. Kalau Lelaki Tak Kacak Dengan Perempuan Cantik :-




Pakcik/Makcik :- "Tak padan langsung!"
Lelaki :-"Asal lah perempuan nih tak pilih aku? Aku lagi kacak kut!"
Perempuan :- "Sah perempuan nih dah kena bomoh!"



4. Kalau Lelaki Tak Kacak Dengan Perempuan Tak Cantik :-




Pakcik/Makcik :- "Okay lah tu!"
Lelaki :- "Memang sepadan dah!"
Perempuan :- "Dah sesuai dah tu!"



5. Kalau Lelaki Kacak/ Perempuan Cantik Tetapi Tak Ada Kekasih :-




Pakcik/Makcik :- "Jodoh tak sampai lagi lah tu!"
Lelaki :- "Memilih sangat lah tu! Nak yang kaya jer!"
Perempuan :- "Lelaki itu mesti gay!"



6. Kalau Lelaki Tak Kacak/ Perempuan Tak Cantik Dan Tak Ada Kekasih :




Pakcik/Makcik :- "Kau kena pergi mandi bunga. Bagi berseri sikit!"
Lelaki :- "Memang patut lah pun tak ada siapa yang nak!"
Perempuan :- "Ada aku kisah?"


P/S : Manusia Memang Suka Menghakimi Orang Lain Kan?

Sabtu, 26 Mac 2011

Review Filem : World Invasion : Battle Of Los Angeles



Filem:
World Invasion : Battle Of Los Angeles


Genre:
Aksi, Fiksyen & Thriller


Pengarah:
Jonathan Liebesman


Pelakon:
Aaron  Eckhart, Ramon Rodriguez, Cory Hardrict, Ne-Yo,
James Hiroyuki Liao, Bridget Moynahan, Noel Fisher & Etc.


Sinopsis:
NASA telah melihat pergerakan meteor yang semakin hampir dengan bumi dan mengjangkakan kesemua meteor itu akan terhempas ke laut. Namun meteor yang terhempas itu sebenarnya membawa makhluk - makhluk yang tidak dikenali masuk ke dalam bumi dan seluruh dunia diserang oleh makhluk - makhluk asing ini. Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah mengerahkan kesemua askar mereka untuk bertempur dengan makhluk asing yang mereka tidak tahu apa - apa langsung tentang kelemahan mahu pun kekuatan makhluk itu. Namun, sistem pertahanan Amerika Syarikat yang canggih itu lumpuh dengan serta merta. Pangkalan tentera mereka musnah sekelip mata. Hampir keseluruhan Amerika Syarikat telah dijajah oleh makhluk asing ini. Jadi, kini Amerika Syarikat bergantung harap kepada beberapa orang askar mereka yang masih hidup dan berkebolehan yang diketuai oleh Sarjan Michael Nantz untuk membebaskan Amerika Syarikat daripada dijajah oleh makhluk asing ini. Berjayakah mereka menewaskan makhluk asing ini? Adakah kejayaan itu akan diakhiri dengan kematian mereka? Selamat menonton di pawagam berhampiran anda.


Ulasan:

Aku mendapat banyak komen positif yang menyarankan aku untuk pergi menonton filem ini. Jadi, kerana sedikit terpengaruh maka dapatlah juga akhirnya aku menonton filem World Invasion : Battle Of Los Angeles nih. Baiklah! Bagi aku filem nih sama jer konsepnya dengan filem - filem lain sebelum ini yang bertemakan peperangan antara manusia dengan makhluk asing di mana manusia mahukan kebebasan dan makhluk asing @ alien mahu menjajah bumi kerana bahan mentah.

3 perkara yang aku kurang gemar tentang filem nih. Pertama ialah pergerakan camera atau shot - shot yang agak bergoyang pada beberapa babak yang membuatkan mata aku sedikit pening. Itu agak mengganggu fokus aku. Kedua ialah plot ceritanya yang kadang - kadang agak lambat atau tidak perlu ada. Mungkin sebab itu filem ini agak panjang durasinya. Ketiga ialah rupa - rupa makhluk asing tersebut. Hahaha! Bukannya rupa makhluk asing itu tak menarik atau nampak seperti tidak realistik cuma aku bosan kerana rupa makhluk asing di dalam mana - mana filem hollywood mesti sama jer. Kalau tak macam wajah Predator mesti macam wajah sotong 6 kaki. Hohohoho!

Apa - apapun, aku suka menonton filem nih kerana tema Cintakan Negara serta Keberanian yang ditunjukkan oleh semua pelakon - pelakon di dalam filem nih memang sampai kepada aku. Filem ini sangat berjiwa patriotik. Aku rasa bangga melihat tentera yang sebegitu berani dan tak takut mati semata - mata untuk negara. Memang filem nih sesuai kepada sesiapa yang meminati tema dan mempunyai semangat kenegaraan. Kesan khas atau CGI di dalam filem nih memang tidak boleh dinafikan lagi. Memang terbaik lah!

Dan aku suka satu ayat di dalam filem ini,"Apabila sesuatu yang lain menjajah untuk mendapatkan sumber mineral maka dia akan menghapuskan populasi sebelum itu!" Mungkin ini adalah salah satu kritikan pedas pengarah atau penulis skrip terhadap pentadbiran Amerika Syarikat dan medium terbaik adalah melalui filem ini. Jadi, dari 5 bintang, aku memberi 4 bintang lah untuk filem nih. Selamat menonton!

P/S : Filem Apa Pula Lepas Nih?

Maharaja Lawak Persis Survivor All Star

Gua mula menonton Raja Lawak sewaktu Kumpulan Sepah menang. Itu pun sebab member - member hostel gua kata mereka lawak dan bila gua tengok diorang punya performance memang gua gelak juga lah. Lepas tu bila ada budak sekolah gua masuk raja lawak musim ke-4 jadi gua pun mulalah mengikuti rancangan nih dan mula tengok musim - musim lama di youtube. Baru - baru ini raja lawak musim ke-5 sudah pun tamat dan johannya pun telah kita ketahui iaitu Man.

Tetapi, yang menariknya lepas nih akan ada rancangan Maharaja Lawak yang mengambil konsep seperti rancangan realiti Survivor All Star di mana peserta - peserta kali ini sudah pun dikenali penonton dan akan dikumpulkan dari musim pertama hingga terbaru berdasarkan kehebatan, kelucuan atau populariti mereka. Jadi, rancangan Maharaja Lawak akan mula bersiaran tak silap gua pada 1 April 2011 nih. Memang gua tak sabar nak tengok sebab bagi gua ramai peserta - peserta yang gua suka tengok persembahan mereka.


Ingat Ayat Maggi Kembang Dia..Haha!

Nih Musim Ke Berapa Yer?
Gua Tak Pernah Tengok! Musim 1 Ker?


Gua Suka Kumpulan Nih...Hahahaha


Gua Macam Pernah Tengok!
Yang Kanan Tu Taugeh Ker Tauke Entah?


Jihan Peserta Wanita Yang Sangat Best!


Peserta Favorite Gua Nih!
Gua Harap Korang Berdua Menang!


Gua Suka Bila Man Jadi Eric Leong..
Surprise! Hahaha!


Adakah Nabil Masih Lucu?


Gua Suka Lawak Mamat Sebelah Kanan Tu! Hahaha!


Menanti Lawak Mereka.
Adakah Sama Atau Ada Pembaharuan?


Sapa Yer Nih? Asal Gua Tengok Macam
Kumpulan Kechik Dengan Idlan Jer Muka Diorang Nih?


Gua Tak Kenal..Hehehehe!


Apa - apapun, memang gua tak sabar nak tengok semua peserta nih beraksi dan gua harap peserta - peserta kegemaran gua iaitu Jozan, R2 dan Balas dapat memberi aksi yang terbaik. Semoga berjaya semua!

P/S : Suka Komedi!

Selangorlicious Blogger Luncheon

Aku mendapat jemputan melalui email tentang majlis nih. Secara jujurnya sumpah memang aku teringin gila nak pergi sebab benda nih ada kena mengena dengan minat aku -> MAKANAN.




Maklumlah! Aku kan suka berangan - angan nak jadi Pengacara JJCM. Kahkahkahkah! Tetapi, sayangnya semua benda yang aku suka mesti akan datang dekat aku pada waktu yang aku :-
  1. Aku Tak Ada Masa @ Sangat Sibuk Dengan Assignment
  2. Aku Tak Ada Duit @ Sangat Sengkek

Aku secara ikhlasnya cakap masa aku mula - mula dapat jemputan nih melalui email aku rasa gembira sangat sebab aku suka benda - benda macam nih. Sangat suka tapi aku tak tahu lah kalau ramai yang dapat jemputan nih sebab aku tengok email aku tersenarai dekat beberapa email yang bagi aku insan - insan dalam tu memang hebat. LUPA DIRI SEKEJAP masa tengok senarai email - email tu. Hahahaha!




Apa - apapun, sekali lagi aku kempunan! Nak buat macam mana kan sebab memang dah bukan rezeki aku kut! Nak pergi sana pun tak ada transport! Duit pun tak ada! Tambah - tambah aku nih bab jalan - jalan dekat Shah Alam pun kantoi apatah lagi tempat lain. Hahahaha! Lagipun aku pun sedar sekarang aku tak ada duit jadi aku tak bolehlah ajar diri aku macam aku nih sentiasa berduit. Nasib aku dah biasa dah dengan kes macam nih sebab keluarga pun bukan senang sangat dulu - dulu.

Kadang - kadang telan air liur jer tengok kawan - kawan lain senang betul berbelanja. Senang betul dapat duit dari mak ayah tapi aku tak kisah lah sebab dah mak ayah mereka mampu. Aku nih sebab tak mampu jadi selagi aku boleh jimat memang aku cuba jimat lah. Alhamdulillah, nasib kawan - kawan aku faham dan aku pun gembira jadi diri aku sendiri.

Apa - apapun, kepada sesiapa yang dapat jemputan dan dapat pergi Selangorlicious Blogger Luncheon tu moga korang semua bergembiralah yer dan moga event tu berjaya. Okaylah! Penatlah! Nak rehat kejap! Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!


P/S : Aku Dengki Sekarang! Hahahaha!

Jumaat, 25 Mac 2011

Biar Putih Tulang! Jangan Kuning Gigi!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Hans. Hari nih gua memang sibuk gila mencari bahan - bahan dan gambar - gambar untuk dokumentari gua dekat Arkib Negara. Memang seharian jugalah gua berkampung dekat sana. Apa - apapun, seronok sebab ilmu gua semakin bertambah dan berkembang sewaktu gua berada di sana.




Waktu balik tadi entah kenapa tiba - tiba gua rasa pening kepala. Dah lama gua tak rasa 'mabuk kereta' nih jadi gua terpaksa tidur untuk elakkan daripada termuntah ker apa. Kalau tidak satu masalah pula kalau gua muntah dalam kereta. Jadi, akhirnya tibalah gua dekat Shah Alam dan gua bersama rakan - rakan pergi lah minum sekejap dekat Restoran Barra nih. Lagi pun masing - masing pening kepala jadi nak rehatkan diri sekejap dekat situ.




Tengah minum - minum nih tiba - tiba datang lah seorang pakcik nih. Gua tak pasti dia daripada Pakistan ker Nepal ker atau India tapi tiba - tiba dia datang dekat meja gua. Lepas tu dia bagi sekeping kertas kecil yang telah di laminate yang tertulis ayat - ayat Al-Quran tapi sebab gua pening kepala jadi gua tak tengok lah ayat - ayat daripada surah apa.

Lepas tu gua pun tak faham apa dia cuba sampaikan sebab kemudian dia angkat tangan dan baca doa. Panjang jugalah apa yang pakcik tu baca. Lepas tu gua dengar dia sebut "Ikhlas!Ikhlas!Ikhlas!" tapi gua memang tak nak beli sebab gua pernah terbaca ada beberapa kes yang kadang - kadang ada orang yang manipulasi ayat - ayat Al-Quran nih dengan ubah 2-3 ayat. Jadi, gua tolak lah cara baik.




Tiba - tiba si pakcik nih bising - bising dekat gua. Gua pun tak faham apa yang dia cakap sebab dia cakap bahasa negara dia cuma gua dah lah tengah pening kepala dan tiba - tiba dia membebel - bebel tepi gua. Ikut hati gua tadi rasa macam nak mengamuk pun ada tapi nasib dia membebel - bebel sekejap dan kemudian pergi ke meja lain. Memang gua bengang betul dengan pakcik tu!

Gua tak tahu apa dia membebel tapi gua rasa maksud dia mungkin,"Aku dah penat - penat baca doa dekat kau! Lepas tu suruh kau beli tapi kau tak nak beli! Tak guna! Kedekut!" Datang dekat negara gua lepas tu paksa gua beli - beli barang lu pula! Gua taknak beli boleh pula lu bebel - bebel dekat telinga gua. Ikut hati macam gua nak hentak meja pun ada tadi. Kalau korang semua berada dekat situasi gua rasa - rasanya korang buat apa? Hahahaha!




Lepas tu gua nampak dia pergi dekat setiap meja kemudian baca doa dan suruh orang beli. Ada yang bagi sampai RM5. Ada yang tak mahu bagi derma macam gua juga tapi tak ada pula si tua tu membebel - bebel dekat yang lain. Gua cakap dekat kawan gua,"Apa dia ingat dia baca doa dekat setiap meja dalam kedai nih doa dia tu boleh makbul ker kalau dia tak ikhlas? Kalau ikhlas tak adanya dia nak membebel kalau orang lain tak nak beli. Ini memaksa - maksa pula. Siyot betul!"




Malaysia nih tak ada tindakan undang - undang ker dengan orang - orang macam nih? Jemu betulah gua bila setiap kali makan datang macam - macam jenis orang minta duit. Kalau betul - betul diorang tu tak mampu atau kekurangan fizikal gua boleh terima tapi sebab gua tahu 99% mereka tu menipu yang gua bengang tu. Baru - baru nih gua nampak seorang wanita buta dipimpin oleh seorang wanita celik tapi yang ajaibnya wanita 'buta' tu pula yang pimpin wanita celik tu lepas dia dah habis minta derma. Macam mana?

P/S : Gua Rimas Dengan Penipuan - Penipuan Murahan Nih!

Khamis, 24 Mac 2011

Malam Keemasan

Malam tadi aku dan beberapa orang rakan menghadiri jamuan makan malam bersempena anugerah kepada pelajar - pelajar yang bertuah bagi fakulti aku dan alhamdulillah akhirnya tercapai juga cita - cita aku nak merasai suasana majlis nih. Ingatkan dah tak ada peluang tetapi memang bersyukur lah sebab dapat merasa walau sekali.

Memang seronok sebab aku berpeluang jumpa dengan ramai rakan - rakan aku sama ada yang sedang menjalani praktikal atau pun dengan rakan - rakan diploma aku yang memang susah untuk aku bersua muka di fakulti. Memang malam tadi aku rasa sangat bermakna sebab seronok dapat berbual - bual dengan kawan - kawan aku walaupun tak lama. Aku malas nak taip banyak - banyak jadi aku biarkan gambar jer lah untuk menceritakan kesemuanya.


Antara Rakan Kelas Yang Hadir


 Lama Tak Lepak Dengan Mereka Berdua Nih.


Akhirnya Dapat Juga Berborak Dengan Kawan
Yang Sama Hostel Dengan Aku Masa Diploma Dulu.


Member Aku Dari Sekolah Teknik Sampai Lah Ke Universiti.
Masing - Masing Dah Kelihatan Lain. Heheheh!


Dan Benda Yang Aku Paling Suka Dalam Apa - Apa Majlis Macam Nih Ialah :-
MAKANAN


Seronok jumpa member - member aku tadi sampai aku terbayang suasana hari konvokesyen aku nanti. Aku berharap sangat pada waktu tersebut, aku berpeluang untuk datang dan dapat berjumpa dengan kawan - kawan yang lain. Aku berdoa agar aku mampu menjadi salah satu individu yang berjaya bermula pertengahan tahun nih. Doakan aku yer! Amin!

P/S : Gembira Walaupun Ramai Rakan Dah Mempertikaikan Saiz Badan Aku! Hahahahahahahahahaha! Lepas Exam Lah Diet! Kehkehkeh!

Rabu, 23 Mac 2011

Kurangkan Stress! Murahkan Senyuman!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog picisan gua ini. Sekarang ialah musim di mana kebanyakan pelajar universiti dilanda kesibukan dalam menyiapkan tugasan masing - masing termasuk lah dengan gua sekali. Jadi, mahu atau tidak gua terpaksa berhadapan dengan tahap stress yang agak tinggi dimana bukan sahaja dalam menyiapkan assignment tetapi juga berurusan dengan orang - orang sekeliling.


 Seronoknya Dapat Makan Buah


Gua tak nafikan adakalanya manusia ini termasuk juga gua kadang - kadang pernah juga menangguhkan kerja untuk ditunda ke minggu berikutnya dan kemudian tekanan itu semakin meninggi kerana kerja lain semakin bertambah pada minggu berikutnya. Cuma gua bersyukur kerana setakat ini gua masih belum pernah cuba mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada tugasan - tugasan gua dengan memberi alasan - alasan yang tidak munasabah. Alhamdulillah.


'Kuda' Ku Lari Gagah Berani....Lalalalala


Bagi gua yang tak hebat mana nih gua berpegang kepada salah satu prinsip di dalam hal ini iaitu 'Bukan Aku Sahaja Yang Sibuk Tetapi Kawan - Kawan Aku Pun Sama Juga Sibuknya Dengan Aku' jadi gua masih belum berada di tahap yang kejam untuk membiarkan kawan - kawan gua sahaja yang bersemangat untuk menyelesaikan kerja yang melibatkan gua sedangkan gua hanya melihat tanpa memberi. Gua tak akan jadi macam tu! Tak akan sama sekali! Semestinya gua tidak akan berkelakuan sebegitu dan jika gua boleh menyumbang maka gua akan menyumbang sehingga ke tahap tertinggi yang gua boleh berikan kepada mereka.




Kadang - kadang gua kasihan pada member gua yang bersemangat untuk membuat tugasan bersama - sama tetapi ada pula yang cuba mengambil kesempatan dan gua tak malu nak katakan gua dah belajar banyak benda positif daripada seorang member gua nih. Jadi, gua harap segala tugasan ini bakal berakhir dengan satu kejayaan. Insyaallah! Jadi, misi gua sekarang ialah kurangkan stress dan murahkan senyuman agar gua turut sama menjadi insan yang memberi aura positif kepada orang lain. Amin!

Berkenaan keputusan SPM, gua nak sampai satu jer dekat adik - adik blogger yang telah pun mengetahui keputusan mereka.

"Tak Semestinya Keputusan SPM Anda Tiada Perkataan A Bererti Anda Tiada Masa Depan. Tak Semestinya Keputusan SPM Anda Penuh Dengan Perkataan A Bererti Anda Telah Berjaya. Kehidupan Ini Lebih Daripada Itu Dan Kepada Yang Telah Berjaya Teruskan Usaha Kamu Dan Pada Yang Berasakan Diri Kamu Gagal Tetapkan Matlamat Baru Daripada Sekarang Kerana Kejayaan Itu Bukan Milik Mutlak Individu."



P/S : You Can Run But You Can't Hide!

Modem Streamyx Dah Kembali Bekerja....Yehaaaaaaa!!!

Akhirnya hari ini modem baru streamyx telah datang mewarnai rumah sewa ku yang tak adalah berwarna sangat. Hohohoho! Alhamdulillah! Aku tak perlu lagi pergi ke Mcd untuk online seperti semalam. Hahahaha! Semalam gua online sampai ke Subuh. Gua settle kan assignment gua tapi ada lagi sikit nak kena selesaikan. Gua dah lemau punya pasal lepas tu gua online lah. Hahahaha!




Sudahnya gua tak tidur lah semalam dan yang best tu gua pergi melantak roti canai pepagi buta dengan member gua dekat Khalifah di Seksyen 7 tu. Dari Mcd meredah hujan renyai - renyai ke sana sebab nak bersarapan. Kuikuikuikuikui! Memang gua rasa kaki gua masa atas motosikal tu dah macam beku dah sebab sejuk gila. Sebab sejuk punya pasal gua melantak 2 keping roti canai. Sedap pula roti canai dekat situ. Ikut hati macam gua nak makan lagi sekeping tapi gua fikir ini semua nafsu semata - mata jer nih. Risau juga gua dengan perut gua nih. Ada jin ker apa? Member gua dah carut - carut dekat gua sebab makan banyak! Hahahaha!




Lepas tu gua sampai rumah dalam pukul 7 pagi. Sepatutnya pukul 9 pagi gua kena pergi perpustakaan dekat menara sultan abdul aziz tu sebab nak siapkan skrip dokumentari gua tapi mungkin rezeki gua kut sebab hujan lebat gila jadi gua pun boleh layan tidur lah sebab member - member gua pun nak gerak macam mana sebab hujan lebat gila. Alhamdulillah! Dapatlah gua tidur sekejap dan pukul 11.30 pagi macam tu baru gua bergerak ke sana.




Adoiyai! Ada event apa entah dekat sana tapi yang gua pelik tu macam mana pihak yang buat event tu boleh buat event mereka dekat tepi perpustakaan. Memang bising sudah! Kalau setakat ceramah ker apa gua tak kisah sangat tapi ini pertandingan karok ker apa entah. Gua dengar suara orang menyanyi jer. Adoiyai! Stress! Tapi bila hujan balik dalam pukul 2-3 petang macam tu gua rasa gembira gila sebab gua dah tak payah nak dengar suara diorang. Hahahaha!


Apa - apapun, gua dah berjaya menyiapkan skrip dokumentari walaupun gua rasa banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Namun, memang rasa gembira lah sebab walaupun penat dari pagi sampai ke petang buat kerja tapi dah berjaya siapkan kerja dengan jayanya. Dan alhamdulillah sebab dah boleh online dekat rumah sambil baring - baring. Kehkehkeh!




Gua tak tahu kenapa tetapi gua memang rindu gila dekat beberapa orang member maya gua yang gua memang rapat. Gua pun pelik pehal lah gua nak rindu diorang sebab bukan diorang peduli pasal gua pun. Kalau diorang peduli pasal gua alhamdulillah lah. Entah! Hidup memang pelik barangkali! Rindu pada orang - orang yang secara azalinya tak adalah pertalian persaudaraan dengan gua pun. Entah! Okaylah! Nak layan Final Raja Lawak kejap. Assalammualaikum!


P/S : Aku Harap Mereka Pun Sayang Aku! Amin!

Selasa, 22 Mac 2011

Bunohan

Filem:
Bunohan


Pengarah:
Dain Said


Pelakon:
Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae,
Namron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Shoffi Jikan & Etc.


Trailer:



Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Di Bawah



Saya amat tertarik dengan filem ini kerana pertama mungkin terdapat banyak kelainan yang cuba ditampilkan terutama dari segi jalan cerita dan isi di dalam filem ini. Itu apa yang saya rasa lah apabila selesai menonton trailer dan membaca sinopsis filem ini.

Sebab kedua mungkin kerana saya mengenali kebanyakan pelakon filem ini dari pentas teater. Saya tak pasti kenapa tapi saya amat mengagumi pelakon - pelakon yang hebat di atas pentas teater kerana bagi saya mereka ini adalah pelakon yang memang mampu menjiwai watak masing - masing dengan baik.

Apa - apapun, saya menanti filem ini ditayangkan dan yang pastinya jika diberi peluang saya akan menonton filem ini di pawagam. Moga filem ini mampu membawa dimensi baru kepada filem - filem tempatan yang bakal dibikin dan ditayangkan kepada masyarakat Malaysia.

P/S : Malaysia Kaya Dengan Budaya Dan Cerita Yang Lebih Hebat Dari Barat. Kenapa Masih Ramai Pengarah Filem Tempatan Tidak Cuba Memanfaatkan Kelebihan Ini?

Dark Circle Under Eyes Menghantui Gua Minggu Nih

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hans sekalian. Wah! Gua tahu mesti korang semua rindu sama gua kan? Hahahahahaa! Nak dekat 3 hari gua tak online. Ini pun gua gagahkan diri juga pergi Mcd sebab nak online tapi tujuan utamanya bukan pasal nak update blog pun tapi sebab nak siapkan assignment. Cuma dah alang - alang online nih gua update lah apa yang patutkan.

Walaweh! Modem streamyx rumah gua rosak! Kemudian member gua dah pergi dah pejabat diorang tapi stok modem dah habis. So, kena tunggu lagi beberapa hari baru boleh tengok internet rumah sewa gua kembali berfungsi. Adoiyai! Stress gua! Bayangkan hari minggu gua minggu lepas memang buat gua stress. Tak boleh online sepasal! Televisyen pun tak ada dekat rumah! Memang hidup gua dipenuhi dengan tidur dan tidur. Gua dah macam beruang kutub yang sedang berhibernasi dah. Hohohoho!


 Gua Harap Mata Gua Tak Jadi Macam Nih


Jadi, minggu nih sampai lah minggu depan dan minggu depan gua memang busy tahap menteri punya. Walaweh! Sumpah penat dan memang gua rasa sia - sia jer gua guna garnier yang hilangkan dark circle bawah mata tu sebab minggu nih dan mungkin minggu depan gua akan tidur 2 - 3 jam jer sehari. Sibukpunya pasal. Hahahaha! Gua harap muka gua tak tumbuh jerawat sebab stress. Hohoho! Apa - apapun, doakan kejayaan gua yer wahai rakan - rakan blog sekalian. Gua nak siapkan keja gua kejap! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Waktu Modem Rumah Gua Dah Rosak Lah Nuffnang Nak Kasi Buffered Earning.

Sabtu, 19 Mac 2011

Bahana Bila Modem Streamyx Lancarkan Mogok

Tidak ada benda yang kekal di dunia ini. Begitulah jua dengan tuah gua yang sudah pergi meninggalkan gua selepas 3 hari bersama gua. Adoiyai! Petang semalam bersamaan dengan hari Jumaat memang Shah Alam dilanda hujan lebat serta ribut petir yang memang dasyat.
Jadi, gua mengambil kesempatan tersebut untuk tidur dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dan gua cuba untuk online tetapi apakan daya internet rumah gua tiba - tiba tidak dapat digunakan. Gua bertanya rakan - rakan gua yang tinggal berdekatan dan mereka kata internet mereka tak ada masalah.




Adoiyai! Nampaknya modem streamyx rumah sewa gua sudah lancarkan mogok tidak mahu bekerja. Ini mesti shot sebab kilat nih. Tension gua! Dah lah gua nak bertafakur buat assignment minggu nih tapi ajdi macam nih pula. Jadi, sewaktu entry nih ditulis gua sedang berada di rumah member gua mencari journal tambahan untuk academic writing gua. Adoiyai!

Tak tahulah bila modem nih akan kembali pulih. Paling tidak Isnin nih baru boleh telefon pihak streamyx untuk betul kan! Haih! Stress sebab bosan! Esok dan ahad nih tak tahu lah nak buat apa sebab internet tak ada! Segan aku hari - hari nak pergi rumah orang lain semata - mata nak online! Sob Sob Sob! Bosannnnnnn!!!!

P/S : Ini Adalah Auto Post Entry Yang Ditaip Pada Tengah Malam Semalam