Sabtu, 30 April 2011

Review Filem : Fast & Furious Five



Filem:
Fast & Furious Five


Pengarah:
Justin Lin


Genre:
Aksi, Drama & Jenayah


Pelakon:
Vin Diesel, Paul Walker, Jordana Brewster, Dwayne Johnson,Tyrese Gibson,
Ludacris, Matt Schulze, Sung Kang, Gal Gadot & Etc.


Penilaian:
5 / 5

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Brian O'Conner dan Dom Toretto yang melarikan diri bersama adiknya iaitu Mia Toretto ke Rio Janeiro, Brazil selepas mereka berjaya melepaskan diri daripada tahanan polis. Mereka kini telah menjadi antara penjenayah yang amat dikehendaki oleh pihak Amerika. Untuk mendapatkan kebebasan mereka kembali maka mereka merancang untuk merompak orang paling berpengaruh di Rio iaitu Reyes yang merupakan ahli perniagaan yang paling kejam dan korup di sana. Tetapi, untuk merompak harta Reyes bukannya mudah kerana Reyes telah merasuah dan mempunyai hubungan yang cukup baik dengan ketua polis disitu.


Jadi, mereka telah mengumpulkan beberapa orang untuk dijadikan satu kumpulan khas untuk misi merompak harta Reyes ini demi membeli kebebasan mereka. Masalah mereka bertambah apabila Luke Hobbs iaitu salah seorang ejen yang tidak pernah gagal di dalam setiap tugasnya telah di arah oleh pihak polis Amerika untuk menangkap mereka bertiga. Jadi, mampukan Brian O'Conner, Dom Toretto, Mia Toretto serta kumpulan baru mereka merompak harta Reyes? Adakah mereka akan ditangkap oleh Luke Hobbs? Apakah yang akan dilakukan oleh Reyes untuk menyelamatkan hartanya? Saksikan sendiri di pawagam berdekatan anda.


Ulasan Hans:

Kepada sesiapa yang menonton filem Fast Furious daripada filem pertama hingga yang terbaru pasti akan terhibur dan sangat berpuas hati dengan filem Fast & Furious Five ini. Semalam aku hanya menonton dalam format biasa dan aku sangat teruja dan gembira. Jadi, aku mengesyorkan agar korang menonton dalam format 3D kerana aku yakin mesti akan lebih seronok dan dramatik menonton aksi - aksi yang ditonjolkan di dalam filem ini.


 Pertemuan Pertama Untuk Misi Merompak Harta Reyes


Filem kali ini memang sangat menarik kerana jalan ceritanya yang bagus dan plot yang tersusun tidak seperti filem sebelum ini yang hanya lebih kepada perlumbaan kereta sahaja. Di dalam filem kali ini korang semua akan dipertontonkan dengan nilai kekeluargaan, setiawakan, kebebasan dan elemen komedi serta aksi kejar - mengejar dan berlawan yang sangat menarik dan hebat atau boleh aku kategorikan sebagai WOW! Korang akan terpesona melihat kereta mahal yang menjunam ke tasik, perlumbaan kereta menggunakan kereta polis, letupan tandas dan berbagai - bagai lagi aksi dan suasana yang direka dengan cukup kreatif dan menghiburkan.


 Babak Nih Memang WOW!


Aku terhibur dengan humor yang ditonjolkan oleh watak Roman dan Tej serta aksi yang dilakonkan oleh Van Diesel serta Dwayne Johnson. Memang korang tak akan kering gusi menonton sebab memang lucu dan sangat dramatik. Aku tak tahu nak taip apa tapi senang cakap filem ini memang terbaik dan kreatif kerana dari babak permulaan filem nih sahaja dah buat korang teruja, ingin tahu dan bersemangat menonton sehingga lah kepada penamat filem ini.


 Salah Satu Adegan Kejar Mengejar Diantara Dom Toretto Dan Hobbs.


Senang cakap duit tiket korang memang sangat berbaloi untuk dilaburkan kepada filem terbaik ini. Daripada 5 bintang aku dengan gembiranya memberi 5 bintang untuk filem Fast & Furious Five. Jadi, selamat menonton di pawagam berhampiran anda untuk menikmati kualiti gambar dan bunyi yang amat mengagumkan!



P/S : Aku Rasa Macam Nak Tengok Lagi Sekali Lah Filem Nih!

Akhirnya Internet Kembali Wujud Di Rumah Sewa

Memang mati kutu bila moderm internet buat hal lagi. Alhamdulillah sebab kali ini rasanya tak ada lah lama sangat seperti sebelum nih. Selalunya mahu juga dalam 4 -5 hari sebelum moderm streamyx nih kembali elok. Seperti biasa sebab dah nak masuk hari ketiga baru dapat online jadi memang banyak sebenarnya aku nak taip. Jadi, lepas nih aku nak review film Fast Furious 5 dan nak analisis episod 5 Maharaja Lawak dan pengalaman terbaru menonton wayang semalam. Jadi, nak layan kejap maharaja lawak. Malam nih aku update balik. Assalammualaikum!

Khamis, 28 April 2011

Bayar RM5 Untuk Topup RM3! Terima Kasih Tuan Kedai! Jasamu Aku Campak Ke Longkang!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua seorang manusia yang sangat jarang untuk menambah nilai kredit pada telefon bimbit gua. Mungkin sebab tak ada insan istimewa kut yang bertakhta di dalam hati gua ketika ini. Kalau tidak mungkin gua akan mengikut jejak beberapa orang rakan gua yang setiap hari menambah nilai atau selalu kita sebut sebagai topup terhadap kredit telefon mereka. Adakah perenggan pertama ini kelihatan seperti cuba mencari cinta? Forget it !!!!




Hari ini gua terpaksa juga menopup(rosak bahasa) sebab ada hal kecemasan sikit. Gua nak topup pun tak banyak. Cuma RM5 jer pun! Jadi, gua pun pergilah menapak dekat sebuah kedai topup berhampiran rumah sewa gua nih. Waktu tu dekat kaunter tak ada orang. Gua tengok sebelah gua ada lelaki Cina. Gua ingat itu bos kedai tu jadi gua pandang lah dia. Gua baru nak suruh dia topup kan untuk gua tiba - tiba muncul seorang perempuan indon bergegas ke kaunter. Fuh! Nasib gua tak suruh lelaki Cina sebelah gua topup kan tadi. Hahahaha! Lepas gua dah tulis nombor telefon gua dekat buku log tu dan si minah indon nih pun dah confirmkan nombor gua jadi gua pun blah lah balik rumah.





Dah sampai dekat rumah nih tapi apa hal tak masuk - masuk lagi topup gua nih. Panas betul hati gua! Dah satu hal pula gua nak kena berjalan balik ke kedai tadi. Habis lemak gua terhapus gara - gara masalah topup tak masuk nih. Huhhh! Sampai sana si minah indon tu dah hilang. Tiba - tiba nampak bos dia yang original baru sampai kedai. "Tadi saya ada topup RM5 tetapi sampai sekarang tak masuk - masuk pun! Haihhh!" rungut gua sambil kepenatan. Mungkin muka gua kelihatan marah macam dekat gambar bawah nih. Hahahahaha!




Si apek merangkap bos kedai tu pun mulalah cepat - cepat mengambil telefonnya dan memasukkan nombor telefon gua untuk di topupkan RM5. Dalam 2 minit gua tunggu tu tiba - tiba satu SMS masuk dalam telefon gua. "Finally!!" jerit gua keriangan dalam hati. Gua pun blah lah cepat - cepat sambil sms orang yang gua nak sms tu. Lepas tu gua tengok lah berapa RM yang masuk dalam telefon gua. RM3? RM3 jerrrrrr??????




Bayar RM5 Untuk Topup RM3! Terima Kasih Tuan Kedai! Gembira sangat rasa hati gua nih mengenangkan kebaikan mu! Jasamu Akan Gua Campak Ke Longkang! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Anti Kedai Kau Sampai Mati!!!!!


P/S : Tak Sanggup Dah Gua Nak Berulang Kali Ke-3 Pergi Kedai Tu!

Rabu, 27 April 2011

Kalau Tak Suka Buat Apa Awak Approve Saya???

PERHATIAN : Kisah Di Bawah Adalah Berdasarkan Kisah Benar Yang Telah Diolah, Dirombak Dan Diubah Untuk Menyedapkan Jalan Cerita.


Pada suatu ketika dahulu lah tersebutlah kisah seorang jejaka yang kacak sedang melayari muka buku beliau dengan begitu gembira sekali. Tiba - tiba dia terpandang satu benda berwarna merah.



Rupa - rupanya ada seorang gadis yang cuba untuk berkenalan dengannya. Jejaka tersebut yang tidak tahu apa - apa dan tanpa usul periksa pun terus bersetuju untuk berkenalan dengan gadis tersebut.
 

Sapaan jejaka tersebut tidak dibalas tetapi jejaka itu tak kisah pun. Beliau meneruskan aktivitinya seperti biasa. Selang 2-3 jam selepas itu tiba - tiba gadis itu menegurnya di ruangan kotak sembang.





Gadis itu menyoal beliau dengan beberapa soalan seperti,"Boleh saya tahu adakah awak belajar di sekian dan sekian? Awak siapa?". Jejaka kacak itu menjawab dengan sebaik mungkin dan disebabkan jejaka itu tidak mengenali gadis tersebut maka jejaka itu dengan rajinnya menaip dengan bertanya,"Boleh saya tahu awak nih siapa?"




Entah kenapa tiba - tiba gadis tersebut melenting,"Kenapa awak tanya macam tu dekat saya? Bukankah muka buku ini sesuatu yang umum. Sesiapa pun boleh berkawan? Kalau awak tak suka saya kenapa awak terima saya jadi kawan awak di muka buku nih? Baik tak payah approve saya! Padam jer lah saya dari muka buku awak! Menyesal saya buat keputusan nak berkenalan dengan awak!!"




Jejaka kacak yang pada mulanya tadi tiada rasa amarah tiba - tiba terasa panas mencengkam kepala dan dengan lajunya menaip,"Hoi, Bodoh! Yang kau nih tetiba nak melenting apa kejadahnya perempuan!! Aku tanya kau siapa sebab aku tak kenal kau lah bodoh! Kalau aku kenal buat apa aku tanya kau!"




Gadis itu melenting lagi,"Wah, cantiknya bahasa awak! Tak sangka awak layan saya macam nih!"




Jejaka kacak pula membalas,"Sesuai lah dengan kau! Bukannya otak kau di lutut tetapi kau sememangnya tak ada otak! Bukankah muka buku ini bersifat umum seperti yang kau katakan tadi! Kau bertanyakan aku soalan dan tak salah pun jika aku tanya kembali atau adakah kau nih sebenarnya psycho?"




Gadis itu melenting kembali,"Sudahlah! Kau padam aku segera dari muka buku kau!"




Jejaka kacak pula dengan bangganya berkata,"Kau ingat aku terhegeh - hegeh ker nak kenal kau? Kau yang tergedik - gedik nak kenal aku! Jangankan padam kau dari senarai rakan muka buku aku! Lebih dari itu aku akan buat khas untuk kau!"




Maka jejaka tersebut pun memadam serta menghadiahkan 2 lagi benda untuk gadis bertuah tersebut iaitu menjadikan gadis itu sebagai Spam dan menghalang gadis itu selama - lamanya dari melihat profil muka bukunya. Kesimpulannya, walaupun manusia itu kelihatan sempurna dan pandai menggunakan teknologi tetapi tidak semestinya manusia tersebut bijak. Buktinya anda boleh lihat pada watak gadis gila di dalam kisah di atas.

P/S : Kasihan Pada Jejaka Kacak Kerana Terpaksa Melayan Kerenah Gadis Gila Tersebut! Hahahaahaha!

Selasa, 26 April 2011

Senaman Pagi! Avatar! Sunburn! Bukit Tonggek! Hahahahaha!

Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku mampu bangun pukul 4 pagi untuk study subject yang amat membosankan mata aku. Menghadap perkataan berwarna hitam putih tanpa menjumpai hatta sebarang imej pun yang berwarna - warni memang agak memeritkan. Hahahahaha! Gigih aku study nih dan lepas tu tidur lah sekejap! Bangun pagi dan dalam pukul 8.20 pagi macam tu bergeraklah dengan langsung tak ada semangatnya nak jawab final test dekat Menara Sultan Abdul Aziz Shah.




Makkkkk oiiiiiiiii!!!! Lif rosak bai! Gila lah! Tempat final test tu dekat tingkat 13 plak! Ingatkan lif student jer rosak tapi lif lecturer pun senasib! Mak datooooo!! Aku memang tak rasa langsung kaki aku bila dah sampai tingkat 13 dengan menaiki tangga. Gila betul! Selalu kalau lif student rosak aku redah jer masuk lif lecturer walaupun tak boleh! Aku tak peduli pun! Aku buat muka selamba lepas tu naik lah dengan diorang! Muahahahaha! Tapi hari ini memang terpaksa juga lah aku naik tangga! Aku yang baru nak elok demam nih tiba - tiba terus demam. Aku pergi lah toilet tengok bibir aku! OMK! Bibir aku pucat gila kut! Mulut mayat pun tak pucat macam mulut aku tadi. Fuh! Penatttt! Senaman betul pagi nih! Mencarut - carut jer aku naik tangga tu! Dah lah tangga tu curam jer! Hahahaha!




Lepas dah tamat final test tu dan aku pun tak pasti apa aku tulis sebab dah tak tahu nak mencarut apa dah dalam 8 essay tu. Hahahaha! Pening kepala memikirkan apa nak tulis lagi! Habis jer terus aku dengan budak rumah aku berkejar balik rumah sebab nak print balik resume kitaorang dan nak hantar dekat ketua program kitaorang. Hah! Aku kesian gila dekat housemate aku nih! Pergi CC yang pertama untuk print resume dan alhamdulillah muka housemate aku tu dah jadi macam muka puak Avatar dah. Muka nak biru pula! Hahahahahaha! Aku punya seronok gelak kan gambar dia alih - alih gambar aku dekat resume yang aku print dekat CC tu macam mangsa kemalangan jalan raya. Hahahahaharammmm betoiii!!! Dah aku pula kena gelak! Cesss!!




Lepas tu pergi pula CC lagi satu! Alhamdulillah resume aku diberkati sebab gambar aku dah elok dah! Kacak seperti biasa! Kehkehkehkehe! Tapi gambar member aku pula ada masalah lagi! Memang nak kena mandi bunga betul! Kalau tadi muka dia macam puak Avatar warna biru tapi sekarang muka merah macam orang kena sunburn lah plak. Memang aku ketawa kuat gila dalam kedai print tu sudah. Tak tahan betul! Hahahaha! Lepas tu dia tukar guna printer yang aku guna tu dan baru lah okay sikit! Kuikuikuikui!



Kemudian, bila dah masuk dalam Uitm nak menuju dekat fakulti aku dan tiba - tiba housemate aku nih tanya nak pergi jalan jauh ker jalan dekat? Aku tanya lah jalan dekat yang mana? Tiba - tiba dia kata kalau jalan dekat kena lalu ikut 'Bukit Tonggek' tapi dia kata aku berani tak nak lalu situ sebab motosikal aku nih tak pick up sangat. Aku suruh lalu jer lagi pun bukan aku bawa sebab aku jadi pembonceng jer. Memang motosikal aku tadi tu setengah azab juga lah nak naik 'Bukit Tonggek' yang dekat bawah fakulti Sains dan Matematik ker apa entah yang tepi Fakulti Pergigian tu.




Hahahaha! Gelak - gelak macam orang gila jer aku dengan housemate aku tadi. Jalan dekat lah sangat! Hakikatnya memang dekat tapi sebab bukit tu tinggi gila jadi lambat balik lah plak pada motosikal aku tu untuk sampai ke puncak kejayaan. Hohohoho! Nasib tak terbalik sebab memang motosikal aku tadi tu dah tercungkit ke atas dah. Hahahaha! Apa - apapun, hari ini memang bergelak ketawa betul lah aku rasa! Salah satu hari yang aku akan kenang sebagai antara hari yang memang lawak bagi aku. Hahaha! Okaylah! Nak sambung tengok Master Chef! Assalammualaikum dan salam sejahtera!




P/S : Housemate Aku Tu Kalau Dia Hantar Gambar Dia Yang Macam Puak Avatar Dengan Macam Kena Sunburn Tu Mesti Boleh Jadi Model Pencerah Muka! Hahaahahahahahahahahahhaahahah!

Isnin, 25 April 2011

Gempa Bumi Kah Sebentar Tadi?

Esok pagi gua perlu menghadapi final test gua dan gua sekarang bertungkus lumus juga lah mengulangkali apa yang patut walaupun feel gua untuk study langsung tak ada dan apa yang gua baca sangat susah nak masuk. Adakah ini penangan jeruk dari Penang yang member gua bagi dekat gua? Hahahaha!




Jadi, tengah gua khusyuk belajar tu tiba - tiba satu bunyi yang betul - betul sangat kuat muncul depan gua. Tiba - tiba gua rasa macam kepala gua berpusing - pusing sambil termelatah sekejap! Wah! Apakah yang telah berlaku? Adakah ini semua disebabkan gempa bumi? Bila gua kembali berpijak di bumi yang nyata apa yang gua dapat lihat ialah almari plastik roomate gua tumbang menyembah bumi! Cess! Gara - gara almari dia tumbang buat gua melatah macam mak nenek sebentar tadi.


Lebih Kurang Macam Ni Lah Almari Roomate Aku Tu!


Patutlah almari plastik dia tumbang! Memang kedudukan almari nih dah tak balance dah! Haih! Gua baru nak panik ingatkan gempa bumi ker apa tadi. Syukur ini semua hanya sebab almari dan bukannya sebab lain. Fuh! Kesimpulannya, belilah almari plastik yang tahan lasak dan kukuh macam almari gua(alamak! Riak ker nih?). Hehehehe! Itu jer! Doakan kejayaan gua pagi esok dan terima kasih kerana membuang masa membaca entry gua nih! Hohoho!



Sedikit Fakta Tentang Gempa Bumi
(Sumber Rujukan Dari Berita Harian, Rabu, 16 Ogos 2006)

Gempa bumi ialah gegaran bumi yang disebabkan oleh rekahan dan penganjakan sebahagian besar lapisan luar batuan bumi secara tiba - tiba. Gempa bumi yang kuat mampu untuk membebaskan tenaga 10,000 kali ganda lebih banyak daripada tenaga yang dibebaskan oleh ledakan bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 di Jepun. Gempa bumi boleh mencetuskan tanah runtuh serta menyebabkan kerosakan serta kehilangan nyawa dan sekiranya ia terjadi di dasar lautan ia boleh mencipta siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami atau ombak laut seismos seperti yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004 yang lalu.




Kebanyakan gempa bumi terjadi di sepanjang sesar iaitu rekahan di dalam lapisan luar batuan bumi di mana bahagian batuan menggelongsor berulang kali melepasi antara satu sama lain. Sesar berlaku di kawasan batuan bumi yang lemah. Tekanan di dalam bumi menyebabkan bongkah batuan yang besar di sepanjang sesar menjadi terikan. Apabila terikan menjadi terlalu kuat, batuan akan merekah dan pecah hingga membentuk kedudukan baru yang menyebabkan berlakunya gegaran gempa bumi. Apabila gempa bumi berlaku, batuan yang merekah dengan hebat itu akan membebaskan getaran yang dikenali sebagai gelombang seismos. Gelombang ini akan bergerak keluar dari pusat gempa dalam semua arah dan ia secara beransur - ansur menjadi lemah.


P/S : Masih Terkejut Dengan Apa Yang Berlaku Tadi! Fuh!

Rasa Macam Nak Merepek Pepetang Buta Nih

Sekejap saja rasanya dan tiba - tiba sedar zaman untuk bersuka ria, mencari sebanyak mungkin pengalaman, belajar mengenali personaliti manusia dan belajar untuk menyelesaikan masalah sehabis baik nampaknya sudah tiba ke penghujungnya. Baru sahaja terasa seperti semalam sedang belajar di sekolah rendah. Baru sahaja terasa seperti sedang belajar membawa basikal bertayar empat sebelum dibuang dua tayar di tepi tayar belakang. Baru sahaja terasa seperti semalam mengambil keputusan SPM. Kini dah menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk berdikari.




Aku memang seorang manusia yang cuba untuk menghasilkan kenangan terindah aku sebanyak mungkin sewaktu aku sedang belajar terutama bersama rakan - rakan. Alhamdulillah, aku rasa aku berjaya mencipta banyak kenangan yang menarik. Apabila difikirkan kembali walaupun ada beberapa perkara yang membuatkan aku naik angin dan memualkan aku dengan kerenah dan sikap sesetengah manusia tetapi apabila aku ingatkan kembali memang buat aku ketawa seorang diri. Setiap berlaku pasti ada sebabnya dan aku amat pasti tentang itu.




Dunia ijazah mengajar aku banyak perkara yang aku tidak sudi untuk berkongsi di sini tetapi cukup untuk aku katakan bahawa ia amat menarik, menggembirakan, pedih, sedih dan sebagainya yang boleh aku ibaratkan seperti seluruh ramuan yang dimasukkan di dalam satu uncang untuk dibuat sup. Aku pun pelik kenapa aku menaip entry merepek ini di pagi hari sedangkan aku tak pasti lagi tentang keputusan peperiksaan semester 5 aku nih. Mungkin gara - gara aku melayan lagu Bila Resah nyanyian penyanyi Anuar Zain. Hahahahaha! Apa - apapun, aku harap aku lulus kesemuanya. Insyaallah!


 http://i25.photobucket.com/albums/c83/Sandymcvan/animated%20gifs/cryboy.gif


Aku tak tahu nak taip apa cuma walaupun aku terasa gembira kerana segala ini bakal berakhir namun berpisah dengan beberapa orang yang boleh aku gelarkan sahabat adalah amat menyedihkan. Memang cukup menyedihkan kerana selepas ini masing - masing akan membawa haluan diri masing - masing. Mungkin selepas ini ada yang akan berubah atau mungkin aku yang akan berubah. Kita tak dapat menjangka masa hadapan kan? Entah! Okaylah! Apa - apapun, aku sayang kalian yang terlibat. Kalian semua memang baik! Aku tak pernah nilai kalian walaupun ada antara kalian yang gila - gila remaja sebab aku pun lebih kurang juga. Hahahahaha! Moga masing - masing dapat mencipta kenangan terindah! Assalammualaikum!


P/S : Sedih Dan Gembira Bercampur Dan Itulah Kehidupan Yang Membuatkan Kita Lebih Kuat Menghadapi Cabaran Masa Depan!

Ahad, 24 April 2011

Review Filem : Cun



Filem:
Cun


Pengarah:
Osman Ali


Genre:
Keluarga, Komedi & Cinta


Pelakon:
Maya Karin, Remy Ishak, Faezah Elai, Nadiyatul Nisaa,
Kartina Aziz, Mislina Mustaffa, Ning Baizura, Jehan Miskin & Etc.


Penilaian:
4 / 5


Sinopsis:

Luna Latisya merupakan seorang pengacara terkenal sebuah rancangan gosip paling popular di televisyen iaitu rancangan Meletops. Luna bercinta dengan seorang pelakon terkenal iaitu Ryan Hidayat. Pada suatu hari, Luna dan krew rancangan Meletops ke rumah Ryan Hidayat untuk membuat satu kejutan hari lahir kepada Ryan tetapi malangnya Luna yang dikejutkan apabila melihat Ryan berada berdua - duaan dengan seorang artis baru iaitu Siti Senjakala yang berlakon dengan Ryan di dalam filem terbaru mereka. Akibat tertekan dan kecewa maka Luna memaksa pembantu peribadinya iaitu Tom mengikutnya pulang ke kampung halaman Tom di Kedah. Disana, Luna telah berkenalan dengan seorang jejaka kampung yang selekeh bernama Atan dan juga keluarga besar lelaki tersebut iaitu adik perempuan Atan yang bernama Manis serta Tok Chah iaitu nenek kepada Atan. Namun, kedatangan Luna tidak disenangi oleh Bedah Tonggek yang rasa tercabar dengan aura Luna lalu dia menelefon Candy iaitu penerbit program Meletops untuk datang sendiri melihat kemesraan Luna dan Atan. Masalah mula timbul satu demi satu selepas itu. Adakah Luna akan berkahwin dengan Atan? Mampukah Atan menerima gadis bandar yang penuh glamor seperti Luna? Mampukah Ryan Hidayat menawan kembali cinta Luna? Apakah rancangan Bedah Tonggek untuk menawan hati Atan? Adakah rating rancangan Meletops akan meletup? Saksikan filem ini sendiri.


Ulasan Hans:

Filem ini merupakan sebuah filem ringan yang penuh dengan unsur kekeluargaan dan komedi. Mungkin kerana hampir 80% latar filem ini berlatarkan suasana sawah padi di negeri Kedah dan menggunakan loghat utara maka filem ini amat dekat dengan diri aku. Bagi aku filem ini cuma bertemakan sebuah tema biasa yang aku selalu lihat pada mana - mana filem seperti ini iaitu percintaan antara dua darjat yang berbeza di mana jika tidak lelaki bandar bercinta dengan wanita kampung pasti wanita bandar yang bercinta dengan lelaki kampung seperti di dalam filem Cun ini cuma elemen komedi di dalam filem ini memang menarik dan mampu membuat aku ketawa tidak henti - henti.


 Adegan Filem Ini Yang Aku Paling Suka!


Aku sangat suka dengan watak Manis lakonan hebat Nadiyatul Nisaa. Bagi aku inilah watak yang paling hebat dan berkesan sekali di dalam filem ini. Aku tak tahu kenapa tetapi aku amat tersentuh melihat adegan luahan hati Manis kepada Luna sambil disaksikan Atan sewaktu Manis merajuk dan melarikan diri ke 'Bukit Manis'. Babak itu amat menarik pada pandangan aku. Aku juga kagum dengan Remy Ishak kerana mampu menuturkan loghat Utara dengan bagus sekali kerana setahu aku beliau berasal dari Masjid Tanah, Melaka tetapi kelihatannya sebutan bahasa Kedah beliau sangat fasih dan bagus. Tahniah Remy Ishak kerana anda memang pelakon berbakat.


Percintaan Antara KLCC Dan Sawah Padi


Aku juga suka dengan sinematografi filem ini kerana beberapa tempat yang selama ini aku lihat dengan mata aku tidaklah secantik mana tetapi aku menyebut WOW! apabila melihat tempat yang sama di dalam filem ini. Cuma aku sedikit rimas dengan kekerapan adegan Luna dan Atan saling berdakapan atau berpeluk kerana seolah - olah aku sedang menonton sebuah filem romantik Korea. Aku terasa kurang keasliannya disitu. Maksud aku disini ialah bukannya tidak perlu diadakan adegan seperti itu cuma jangan terlalu banyak kerana jika tidak nilai romantis itu akan hilang dengan sendiri.


 Aku Ulang 3 Kali Babak Nih! Sangat Kelakar!


Apa - apapun, filem ini memang seronok untuk ditonton kerana ia memang sebuah filem yang cukup lucu bagi aku dan amat menghiburkan melihat keletah Tok Chah, Tom, Manis Dan Bedah Tonggek yang memang cukup menggeletek hati. Selamat menonton!


 

P/S : Aku Pasti Lebih Gembira Jika Filem Cun Dijadikan Sebagai Sebuah Filem Bergenre Berat!

Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 4



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Alex


Ulasan Hans:

Pada episod ke-4, kebanyakkan peserta memberikan aksi yang kurang bertenaga tidak seperti pada minggu lepas. Persembahan minggu ini kebanyakkannya di selamatkan oleh peserta berkumpulan yang nyata memberikan persembahan yang sangat menarik dan segar. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-4 ini.


Amir

Persembahan Amir pada minggu ini nampaknya ada banyak peningkatan. Akhirnya, dia telah menerima nasihat - nasihat juri dan mungkin juga orang - orang di luar sana dimana akhirnya persembahannya sudah tidak terkejar - kejar lagi dan setiap patah perkataan yang dituturkannya mampu ditangkap dan didengar oleh penonton. Walaupun, lawaknya tentang superhero kali ini ada yang menarik dan ada yang pernah didengar namun ini adalah salah satu proses peningkatan yang baiklah untuk Amir. Moga minggu depan persembahan beliau semakin meningkat. Dibandingkan persembahan minggu ini berbanding 3 minggu sebelumnya maka aku boleh katakan persembahan ini sebagai WOW tetapi masih belum cukup lagi. Teruskan usaha anda!


Kumpulan Jozan

Persembahan Jozan pada minggu ini adalah persembahan yang aku sangat nanti - nantikan. Mereka berani untuk mengetengahkan isu agama di dalam lawak mereka dan aku gembira kerana lawak mereka penuh dengan isi tersurat dan tersirat berbanding lawak peserta lain. Baru - baru ini ada juga segelintir manusia yang bising dengan lawak mereka pada minggu ini tetapi bagi aku itu adalah realiti manusia beragama Islam di Malaysia sekarang. Kadang - kadang solat kita tidak khusyuk oleh sebab - sebab seperti yang mereka tunjukkan di dalam lawak mereka kali ini. Dan di mana - mana sahaja kita boleh lihat atau dengar tentang kes kecurian tabung masjid, selipar dan sebagainya. Jadi, aku mengucapkan tahniah kepada kumpulan Jozan kerana lawak mereka kali ini bukan sekadar lawak kosong tetapi lawak yang mempunyai mesej dan sangat sinis. Tahniah sekali lagi untuk anda! Jozan terbaikkkk minggu nih!


Man

Persembahan Man pada minggu ini pula bagi aku kurang menarik. Memang ada juga lucunya tetapi aku rasa lawaknya seperti biasa sahaja pada minggu ini. Man perlu sedar dia kini sedang bertarung di dalam Maharaja Lawak dan bukannya Raja Lawak jadi idea yang lebih segar dan menarik perlu dipersembahkan kepada penonton. Apa - apapun, teruskan usaha anda Man! Moga berjaya pada minggu hadapan.


Jihan

Persembahan Jihan pada minggu ini juga kurang menyerlah. Persembahannya juga seperti Man di mana aku biasa dengar atau mampu di agak. Jihan perlu tampil dengan persembahan yang lebih segar dan memukau jika mahu bersaing lebih lama di dalam Maharaja Lawak ini. Teruskan usaha anda Jihan.


Kumpulan Sepah

Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini masih lucu dan tidak mengecewakan walaupun tidak setanding dengan persembahan mereka pada minggu lepas. Mungkin kerana genre yang berlainan namun setiap ahli kumpulan Sepah memang mempunyai kombinasi yang baik kerana masing - masing saling membantu antara satu sama lain yang menjadikan persembahan mereka mampu untuk menggeletek hati penonton - penonton di studio mahu pun di rumah. Tahniah kumpulan Sepah.


Alex

Persembahan Alex pada minggu ini tidak berseri pada pandangan aku. Aku tidak pasti sama ada ia tidak lucu atau Alex yang tidak memberikan sepenuh tenaga terhadap persembahannya seperti mana pada minggu lepas. Nampaknya rezeki Alex hanya setakat minggu ke empat ini sahaja. Apa - apapun, tahniah Alex kerana memang susah untuk membuat orang lain ketawa. Semoga berjaya di masa hadapan.


Nabil

Persembahan Nabil pada minggu ini seperti biasa memang menarik dan segar dengan idea - idea baru yang membuatkan aku tidak kering gusi kerana tidak henti - henti ketawa. Menjadikan mesin masa sebagai subjek lucu pada minggu ini serta mewujudkan watak seorang Pak Cik yang digelar budak Practical berwajah seperti orang Putus Haid memang menimbulkan suasana komedi yang bukannya sedidkit - sedikit. Seperti yang kita tahu, jika budak itu sedang menjalani latihan praktikal di mana - mana organisasi semestinya mereka dari kalangan pelajar universiti mahu pun kolej yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda jadi apabila Nabil memanipulasikan budak praktikal itu kepada orang yang sudah pun tua maka memang ia telah mengubah hal tersebut menjadi cukup lucu. Tahniah Nabil! Imaginasi anda cukup kreatif! Tidak sabar menanti lawak anda pada minggu hadapan.


Kumpulan Balas

Persembahan Balas pada minggu ini biasa - biasa sahaja. Kumpulan ini memang gemar menggunakan lawak yang 'double meaning' tetapi jika ia sering kali digunakan sudah semestinya akan membuatkan penonton terasa bosan melihat persembahan mereka dan aku adalah salah seorang daripada penonton yang mengalami perasaan bosan tersebut. Persembahan mereka masih lucu tetapi aku harap mereka akan tampil dengan lawak yang lebih bermakna pada minggu hadapan. Moga persembahan kalian pada minggu hadapan lebih bernyawa dan ada identiti sendiri.


Kumpulan Jambu

Persembahan Kumpulan Jambu pada minggu ini memang menarik. Aku suka kumpulan ini kerana setiap minggu mereka akan tampil dengan lawak yang berlainan daripada kumpulan lain dan yang menariknya lawak mereka tidak tergolong dalam kategori 'Syok Sendiri' kerana persembahan mereka pada minggu ini memang betul - betul menghiburkan. Kali ini mereka memang beraksi hebat dengan menggunakan banyak tenaga untuk bergerak ke sana dan ke sini. Cuma sayangnya pada pengakhiran lawak ini di mana Yus mengangkat kaki berkali - kali seolah - olah mahu menendang mahu pun menyepak orang di sekelilingnya. Jika sekali dua sahaja tidak apa tetapi apabila ia dilakukan berkali - kali memang nampak kurang baik pada pandangan orang lain. Apa - apapun, tahniah kumpulan Jambu. Persembahan anda minggu ini memang menarik dan terbaik! Tahniah!


Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Keempat :

  1. Jozan
  2. Jambu
  3. Nabil
  4. Sepah
  5. Amir
  6. Man
  7. Balas
  8. Jihan
  9. Alex

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

Sabtu, 23 April 2011

Review Filem : Source Code



Filem:
Source Code


Director:
Duncan Jones


Genre:
Misteri, Sains Fiksyen & Thriller


Pelakon:
Jake Gyllenhaal, Michelle Monaghan, Vera Farmiga, Jeffrey Wright,
Michael Arden, Cas Anvar, Russell Peters & Etc.


Penilaian:
4.6 / 5


Sinopsis:

Colter Stevens merupakan salah seorang tentera udara Amerika Syarikat yang sedang bertugas di Afghanistan dan tiba - tiba beliau berada di dalam sebuah kereta api yang sedang bergerak menuju ke Chicago. Namun, apa yang memeningkan beliau ialah wajah dan nama beliau di dalam keretapi tersebut adalah milik orang lain dan beliau langsung tidak mengenali sesiapa pun di dalam keretapi tersebut. 8 minit kemudian kereta api itu meletup dan beliau tiba - tiba berada di dalam sebuah tempat lain dan di situ beliau dihubungkan dengan seorang wanita, Goodwin serta seorang saintis iaitu Rutledge yang memohon bantuan beliau untuk mencari siapakah dalang sebenar di sebalik pengeboman kereta api itu yang menyebabkan kesemua penumpang di dalamnya terkorban. Colter Stevens kemudian terpaksa membantu untuk mencari dalang letupan tersebut dan masa yang diberikan hanya 8 minit untuk setiap sesi menggunakan sebuah alat yang dicipta khas oleh Rutledge untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah mula timbul apabila Colter Stevens keliru dengan tugasnya serta apabila beliau mengetahui bahawa beliau sebenarnya telah mati 2 bulan yang lalu sewaktu bertugas di Afghanistan. Jadi, apakah sebenarnya yang terjadi terhadap Colter Stevens? Mampukah beliau mencari siapakah dalang yang terlibat di dalam pengeboman kereta api ke Chicago tersebut?


Ulasan Hans:

Filem ini bermula dengan pelbagai persoalan yang bijak disusun rapi di dalam plot yang bergerak secara perlahan pada permulaannya tetapi mula dirungkaikan sedikit demi sedikit hingga membuatkan aku teruja tanpa menguap atau terlelap walau seminit pun. Jalan ceritanya sangat menarik kerana walaupun kebanyakannya latar tempatnya adalah sama dan berulang tetapi ia bijak dimanipulasikan dengan setiap kejadian yang berlaku dibuat dalam keadaan yang sungguh berlainan. Aku dapat merasai keletihan dan kesengsaraan yang di alami oleh Colter Stevens lakonan Jake Gyllenhaal yang cukup hebat dimana beliau terpaksa merasai mati di dalam letupan berulang kali untuk mencari siapakah dalang sebenar di sebalik kejadian pengeboman kereta api tersebut.


 Watak Colter Stevens Yang Keliru Dengan Identitinya


Memang tidak masuk akal untuk aku menyokong bahawa ada alat mahu pun mesin yang mampu membawa seseorang kembali ke tempat kejadian untuk mencari siapakah penyebabnya tetapi itulah kreativiti yang aku gemari daripada filem ini. Aku teruja menonton karakter setiap watak yang ditampilkan kerana semua itu mencerminkan realiti kehidupan masa kini yang tiada siapa pun mampu untuk menafikan kebenarannya. Aku suka dengan emosi setiap pelakonnya tidak kira daripada watak utama sehinggalah kepada pembantu.


 Elemen Cinta Yang Sedikit Tetapi Memberi Impak
 Yang Cukup Kuat Pada Keseluruhan Cerita


Lihat sahaja pada watak Colter Stevens yang menunjukkan sisi keberanian. Watak Christina Warren pula menunjukkan nilai kejujuran. Manakala watak Goodwin pula dipaparkan sangat berperikemanusiaan dan watak Dr Rutledge pula ditonjolkan dengan sifat amat mementingkan diri. Begitu juga dengan watak Derek Frost yang sangat psycho serta pelbagai lagi watak yang menyokong antara satu sama lain hingga menjadikan filem ini begitu menarik dan kuat pada pandangan aku.


 Siapakah Dalang Sebenar Yang Dicari Oleh Colter Stevens?


Pelbagai elemen dimasukkan di dalam filem ini sama ada elemen kemanusiaan, hak asasi manusia, komedi, kasih sayang dan sebagainya yang menjadikan filem ini bukannya sekadar sebuah naskhah biasa tetapi lebih kepada satu karya yang cukup istimewa. "Apa yang akan anda lakukan jika anda tahu anda hanya mempunyai masa hanya 1 minit sahaja lagi untuk hidup!" merupakan ayat atau kata - kata yang begitu bermakna sekali di dalam filem ini. Sebab itu aku lebih suka jika filem ini di akhiri dengan adegan semua penumpang tersenyum riang sebelum kejadian letupan tersebut berlaku tetapi sayangnya pengakhiran filem ini digarap untuk membuatkan penonton keliru seperti mana pengakhiran filem Inception dimana aku sebagai penonton boleh membuat pelbagai kesimpulan atau andaian terhadap apa sebenarnya yang berlaku.


 "Apa yang akan anda lakukan jika anda tahu anda hanya
mempunyai masa hanya 1 minit sahaja lagi untuk hidup!"


Andaian aku mudah sahaja dimana alat ciptaan Dr Rutledge itu telah mengganggu ruang masa dan untuk membuatkan anda lebih mengerti maka aku menjadikan siri kartun Jepun terkenal iaitu Doraemon sebagai contoh. Jika anda adalah salah seorang peminat siri Doraemon pasti anda akan mengerti tentang gangguan ruang masa yang aku maksudkan dimana jika sesuatu peristiwa yang telah berlaku telah diubah maka ia akan menggangu ruang masa dunia.


Bagi Aku Watak Paling Kejam Ialah Dr Rutledge


Apa - apapun, bagi aku filem ini sangat menarik untuk ditonton kerana anda akan dipertontonkan betapa bernilainya kehidupan ini dan juga dengan kerenah manusia yang pelik dan mementingkan diri yang tidak disedari oleh manusia - manusia itu sendiri. Jadi, selamat menonton filem hebat ini di pawagam berhampiran anda.


P/S : Memang Berbaloi Menonton Filem Source Code.