Selasa, 31 Mei 2011

Hans Punya Blog Dah 3 Tahun

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Hari nih gua penat sikit sebab seharian berada di luar rumah berjalan - jalan menikmati makanan kenduri dan balik kampung. Alhamdulillah! Seronok rasanya hari nih!

Sedang gua dalam perjalanan pulang tu tiba - tiba gua teringat kan blog gua nih dan baru gua sedar usia blog gua nih dah 3 tahun dah bila dah masuk bulan Mei. Gua betul - betul lupa jadi tak dapat lah gua nak buat ucapan panjang - panjang macam sebelum nih. Hahahaha!




Apa - apapun, gua nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca, followers dan silent readers kerana masih sudi baca dan komen entry - entry gua nih yang kadang - kadang ada yang berfaedah dan kadang - kadang sekadar untuk hiburan dan ada juga sesetengah entry tu entry gua syok sendiri jer meluahkan perasaan atau emosi yang terpendam. Hahahaha!

3 tahun bukan lah lama sangat tapi dengan berblog nih macam - macam perkara yang gua belajar dan ramai blogger juga gua kenal atau pernah jumpa. Ada yang gua baik dan ada yang sebaliknya. Ada dulu baik dan sekarang pula macam tak pernah kenal. Biasalah tu! Kadang - kadang gua yang salah dan kadang - kadang ada lah kesilapan dari orang lain! Kadang - kadang mungkin juga salah faham. Biasalah tu! Hehehehe!

Apa - apapun, terima kasih sekali lagi lah atas segala sokongan, nasihat, kritikan dan sebagainya kerana semua tu mengajar gua supaya lebih kuat dan lebih bersemangat untuk berkongsi apa yang gua rasa terbaik untuk dikongsi. Gua pun nak minta maaf lah kalau ada salah dan silap selama 3 tahun berblog nih sama ada gua sedar atau tidak. Okaylay! Gua nak rehat kejap! Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!

P/S : Teringat Kata - Kata Member Gua Iaitu Afiqah Dan Gua Tersenyum Sendiri! Gua Pun Tak Pernah Bermimpi Semua Tu! :-)

Isnin, 30 Mei 2011

Salma Juara Mentor 5



Juara Mentor musim kelima jatuh kepada Salma protege kepada Erra Fazira.

Memang gua dah jangka dah beliau menang sebab vokal dia memang power gila.

Ditambah lagu yang pembukaan dia memang gempak habis!




Tahniah Salma! Anda memang layak untuk jadi juara musim ini.

Moga perjalanan karier anda akan berjalan lancar selepas ini.

Pada yang tidak berjaya pula tidak semestinya anda semua tidak hebat
kerana masing - masing adalah juara pada malam ini.

Banyak betul penggunaan perkataan ini malam ini. Hahaha!

P/S : Hari Yang Seronok Sebab Salma Dan Barca Menang! Yehaaaaaaaa!

Ahad, 29 Mei 2011

Live Streaming Final Mentor 5 TV3



Malam ini adalah penentuan siapakah bakal menjadi juara untuk Mentor musim ke-5 ini.

Adakah Salma, Shiha atau Iqa yang bakal bergelar juara baru untuk musim kali ini?

Saksikan sendiri secara live dengan menonton secara online dengan klik link dibawah ini.






P/S : Harap - Harap Lagu - Lagu Yang Salma Nyanyi Kejap Lagi Best - Best! (^_^)Y

Asli Dan Cetak Rompak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Hari ini gua nak bertanya pandangan kamu semua tentang apa yang kamu fikir tentang maksud asli dan cetak rompak? Pasti masing - masing ada pandangan tersendiri tentang maksud perkataan - perkataan ini bukan? Bagi gua apabila menceritakan tentang perihal ini semestinya asli itu menjadi pilihan kerana apabila asli bermaksud tulen dan tidak berdasarkan tiruan daripada perkara lain sedangkan cetak rompak pula lebih kepada peniruan atau penyalinan terhadap kehebatan sesuatu benda yang asli itu untuk kepentingan atau keuntungan sendiri.




Jadi, apabila kita sendiri yang menghasilkan sesuatu karya atau naskhah dengan jari jemari kita sendiri semestinya kita akan dapat mengetahui atau menyedari itu adalah hasil karya kita apabila kita terpandang karya orang lain tetapi seakan - akan karya itu seperti kita yang punya. Mungkin orang boleh kata itu kebetulan. Mungkin sememangnya itu kebetulan. Tetapi, apabila ada sesuatu perkara yang sememangnya kita menaip sendiri dan itu menjadikan ia betul - betul sesuatu yang baru atau asli disebabkan susunan ayatnya yang lain daripada orang lain yang belum pernah lagi kita baca pada karya orang lain dan selepas beberapa hari tiba - tiba karya kita itu kelihatan sama pada karya orang lain yang kita baca pada hari ini. Bagaimana?


 Google Lepas Tu Terjumpa..Cantiklah Gambar Nih!


Mungkin itu semua kebetulan tetapi ada sesetengah perkara yang kita pasti bukannya kebetulan kerana kita yang menaip mengikut apa yang kita rasa dan adakah kebetulan juga jika hampir semuanya sama sahaja? Entahlah! Namun perasaan gua tidak lah pula berada di tahap gelap kerana gua berasa gembira kerana jika betul ini semua kebetulan maka gua kini berada di tahap yang sama seperti itu dan jika betul ini adalah cetak rompak maka sedikit sebanyak gua bangga juga apabila karya gua dijadikan rujukan.

Apa - apapun, kita pasti akan sedar sesuatu karya itu asli atau cetak rompak jika kita menaip sepenuh hati mengikut gerak hati. Percayalah!


P/S : Entry Gua Nih Macam Skema Jer! Hahahaha!

Hari Keluarga

28 Mei 2011 merupakan hari keluarga bagi gua pada tahun ini kerana alhamdulillah Allah memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk berkumpul beramai - ramai dan bergelak ketawa sesama sendiri. Lama rasanya tak merasa nikmat sebegini sebab sebelum nih kehidupan gua hanya di Shah Alam. Alhamdulillah gua sangat bersyukur hari ini.




Indah kehidupan dikelilingi orang - orang tersayang nih. Kerenah anak buah, kisah perihal kentut, makan beramai - ramai, tempat duduk 'pawagam' penuh dan lain - lain lagi pada tanggal tersebut merupakan pemberian teristimewa oleh Nya yang tidak ternilai dengan apa - apapun. Terima kasih tidak terhingga. Gua amat gembira. Alhamdulillah!


P/S : Alhamdulillah!

Sabtu, 28 Mei 2011

Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 9



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Balas


Ulasan Hans:

Pada episod kali ini, tema yang diberi adalah persembahan bersama pelawak terkenal yang dipilih oleh juri sendiri untuk dipadankan dengan setiap peserta. Persembahan kebanyakan para peserta pada minggu kesembilan ini bagi aku lebih menarik dan menghiburkan kerana masing - masing kini bersaing hebat sesama sendiri untuk mendapatkan undian sms daripada penonton. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-9 ini.


Kumpulan R2


Persembahan pembukaan pada kali ini dimulakan oleh kumpulan R2 yang berpasangan dengan pelawak terkenal iaitu Sathiya atau Baby Face dengan mempertaruhkan lawak persis program Bang Bang Boom atau Wakenabeb dan persembahan mereka malam ini banyak diselamatkan oleh Sathiya yang menggunakan sepenuhnya pengalaman yang beliau ada untuk membantu memantapkan persembahan kumpulan ini. Menarik dan lucu cuma unsur humor itu lebih banyak disumbangkan oleh si abang berbanding si adik. Apa - apapun, satu persembahan yang masih menarik dengan idea yang lucu. Tahniah kumpulan R2 atas persembahan kalian yang menghiburkan dan tahniah juga kepada Sathiya atas lawaknya yang begitu selamba.


Kumpulan Balas


Persembahan kumpulan Balas pada minggu ini pula sangat mengecewakan tidak seperti minggu - minggu yang lain. Dibantu oleh pelakon yang juga terkenal dengan aksi komedinya iaitu Ngasrizal Ngasri namun tidak ada banyak yang dapat dibantu olehnya. Permulaan persembahan mereka teramatlah mendatar dan tepukan daripada penonton itu mungkin disebabkan 'paksaan' oleh floor manager untuk memeriahkan suasana. Kemasukan Syukri membawa sedikit jenaka tetapi ia tidak lama kerana kemudiannya persembahan mereka kembali suram seperti permulaan sehingga membawa ke akhir persembahan mereka. Jalan cerita untuk persembahan mereka kali ini sangat kosong hingga menyebabkan aku berkata,"Apa sebenarnya mereka cuba buat nih?". Tidak ada rehearsal kah? Kebuntuan idea? Bertahan selama 9 minggu dengan hampir 2 atau 3 persembahan sebelum ini mempertaruhkan kekuatan kisah Makcik Karipap tetapi akhirnya 'kekuatan' ini jugalah yang memusnahkan persembahan mereka pada minggu ini.


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini yang bertemakan tentang adat merisik sangat menarik dan terbaik dengan nilai - nilai kemelayuan yang ditonjolkan serta mesej yang pelbagai dan sememangnya bijak disampaikan oleh mereka di dalam versi komedi. Dibantu oleh pelawak veteran yang terkenal iaitu A.R. Badul memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ini merupakan satu kombinasi yang bijak dan cukup mantap. Gandingan mereka berempat membuatkan aku ketawa seorang diri dan kelihatannya mereka memang membantu antara satu sama lain dan cukup serasi. Tahniah kumpulan Sepah. Persembahan kalian tidak pernah mengecewakan. Semoga mampu menjadi juara Maharaja Lawak. Tahniah sekali lagi dan tidak lupa juga kepada A.R Badul kerana masih mampu memberi yang terbaik sekali gus menjadikan persembahan kumpulan Sepah tidak jemu untuk ditonton berulang kali.


 Nabil

 
Persembahan Nabil pada minggu kesembilan ini bagi aku seperti suam - suam sahaja. Bukannya maksud aku tidak wujud rasa lucu itu tetapi lawak beliau kali ini yang dibantu oleh pelakon wanita komedi tanah air iaitu Sharifah Shahira lambat panas dan apabila panas cepat pula menjadi suam dan kemudian sejuk sebelum kembali semula ke tahap yang 'suam' sahaja. Mungkin Nabil terlalu paranoid pada penyingkiran minggu lepas sehingga terlalu kerap menjadikan isu itu sebagai 'bahan penyelamat' dalam persembahannya pada kali ini namun jenakanya minggu ini kurang menyengat. Sesekali melawak dengan mengambil isu pada minggu lepas iaitu tentang penyingkiran tidak ada masalah tetapi apabila terlalu kerap digunakan ia akan mengundang kebosanan pada yang menonton. Diharap Nabil kembali dengan persembahan yang memukau seperti sebelum ini pada minggu hadapan.


Kumpulan Jambu


Persembahan kumpulan Jambu pada minggu ini bagi aku sangat unik dan begitu lucu. Senang cakap bahasa bukanlah ukuran untuk membuatkan orang ketawa. Memang menarik dan menghiburkan untuk ditonton. Aku suka mendengar bahasa rekaan mereka ini kerana walaupun aku tahu mereka pun sebenarnya tak tahu pun apa yang mereka cakap(maksud aku disini bahasa perantaraan yang kononnya berasal dari Sungai Amazon) tetapi ia kelihatan seperti betul - betul wujud. Dibantu oleh Acong Sweetchild yang selain dari menyanyi juga terkenal sebagai pelakon komedi sememangnya amat mengagumkan aku kerana beliau mampu berlakon seperti biasa tanpa ketawa walaupun Yus banyak kali juga tidak mampu menahan tawa akibat bahasa - bahasa yang terhasil dari mulut mereka beliau dan Acong. Tahniah kumpulan Jambu! Sangat menghiburkan!


Kumpulan Jozan


Persembahan terakhir pada minggu ini berjaya dipersembahkan dengan begitu jayanya oleh kumpulan Jozan yang bergandingan dengan pelakon Kenchana Dewi. Johan yang memang hebat di dalam meniru gaya sebahagian artis atau insan popular nampaknya sekali lagi berjaya meniru perwatakan Mamat Khalid dengan begitu bagus sekali dan Zizan sekali lagi tampil dengan karakter paling terkenal dan menjadi kekuatan Zizan di dalam Maharaja Lawak iaitu Mail Lambung yang memang cukup menyakinkan. Sungguh menarik melihat aksi mereka bertiga cuma aku sedikit terganggu dengan aksi Kenchana Dewi yang kadang - kadang membuatkan Johan kelihatan kurang selesa sewaktu berlawak. Apa - apapun, memang menarik dan menghiburkan. Tahniah kumpulan Jozan!


Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Kesembilan :

  1. Sepah, Jambu & Jozan


  2. R2
  3. Nabil
  4. Balas

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

Jumaat, 27 Mei 2011

Review Filem Karak Disini

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Baru pulang dari menonton filem Karak bersama rakan sekolah lama iaitu Blogger Gadis Kampung Separa Bandar dan rakan beliau si Nina ker Noni entah. Dah lupa pula! Hahahaha! Kepada sesiapa yang nak baca review filem Karak boleh klik dekat link bawah nih yang sebesar tapak tangan tu.



Hahahaha! Alhamdulillah! Bersyukur sebab kerusi dekat panggung Big Cinemas tinggi - tinggi belaka sebab belakang kerusi aku nih asyik bergegar jer ditendang oleh orang belakang yang memanjang terkejut. Buatnya seat dekat situ rendah macam panggung mana entah aku tengok dulu sah - sah kepala aku dah tercabut macam kepala hantu perempuan dalam filem nih dah sebab kena tendang jer selalu. Hahahahaha!


 Mungkin Diorang Terkejut Macam Nih Kut Tadi!


Apa - apapun, agak lucu bila kami bertiga gelak besar sebab tak tahan dengar beberapa gadis menjerit sedangkan waktu tu tak ada orang menjerit. Aku pun kadang - kadang tergelak bila tengok Blogger Gadis Kampung Separa Bandar dan rakannya pun sakan juga menjerit kengkadang. Muahahahaha! Apa - apapun, panggung tak penuh macam filem Kongsi dengan Nurkasih The Movie. Mungkin sebab orang takut kut tengok filem hantu tak pun mungkin masing - masing nak menonton waktu malam. Maklumlah ambil feel! Hahahaha!




Selepas tu pergilah beli Cool Blog tapi bila minum asal rasa tak sedap. Sebelum nih minum dekat Shah Alam rasa sedap pula. Haihhhh! Kecewa! Hahaha! Apa - apapun, lepas nih nak layan filem KL Gangster lah pula tambah - tambah bila dapat 'duit jatuh dari langit' nih. Terima kasih la kawan - kawan group aku waktu dekat Uitm Shah Alam tu atas perkhabaran gembira nih dan terima kasih juga kepada Blogger Gadis Kampung Separa Bandar dan rakannya yang sudi meredah kenderaan dengan merempit ke tempat kejadian yakni Alor Star Mall. Malam nih hangpa dua dah boleh mimpi dah naik kereta ker motosikal ker pergi Karak tu. Muahahaha!


P/S : Kalau Tadi Tengok Dengan Member Sekolah Teknik Si Pijai Mesti Lagi Kuat Aku Gelak! Hahaha!


Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda




Rabu, 25 Mei 2011

Gembira Main Game 2D

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Hans. Entry kali nih tak ada apa - apa menarik pun(tak ada faedah pun baca...hahaha) cuma temannya nak kabo sikit nih hah! Teman cukup suka main game 2D sampai dah lupa terus dekat blog, facebook dan twitter. Ini update pun sebab teringat kejap. Hahahaha!




Esok temannya nak pergi menonton filem Karak. Dah lamanya teman tak menjerit dekat panggung wayang. Filem seram yang paling buat teman cuak masa teman nengok dekat wayang masa teman belajar dekat Melaka dulu iaitu filem Siam @ Thailand. Apa ke tajuknya entah! Teman ngingat kejap! Hah! Tajuk filem dia Coming Soon. Punya lah teman takut tengoknya sampai pop corn saiz besar habis sekejap je. Muahahahaha!




Apa - apapun, teman nak nyambung main game nih hah! Kawan teman si Piqah dah perkenal dekat teman game - game best nih. Memang tak ada koje la teman pasnih melainkan main game jer memanjang. Hah! Esok kalau ada rezeki teman tengok filem Karak tu teman buat review lah yer! Okay lah! Nak main game kojap nih hah! Selamat malam! Bye - Bye!


P/S : Teman Seram Pulak Lihat Poster - Poster Nih! Teman Larikkkkk Duluuu!

Angry Birds Make Me Angry



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Macam biasalah kan orang lain dah berkurun main game Angry Birds nih gua pula baru nak mula main. Hahahahaha! Itu pun lepas gua dapat tahu boleh main dekat internet. Kepada sesiapa yang tak pernah main dan teringin nak main boleh klik ANGRY BIRDS.

Mula - mula tu memang seronok sebab asyik menang jer dengan mudahnya. Masa tu gua dengan rendah dirinya berkata,"Apa ker senangnya game nih? Tak mencabar langsung!!" Cuma pada waktu akhir - akhir permainan untuk level 1 nih gua agak tekanan la sikit sebab makin lama makin mencabar kan. Hahaha!


Level 1 Yang Mudah


Tetapi, bila sampai dekat level 2 memang gua tekanan betul sebab punya lah mencabar untuk hapuskan itik - itik DIGI dengan makhluk hijau tu. Makhluk jahat ada 7 tapi bagi gua burung biru kecik 4 ekor jer. Cess!! Gua dah tak suka burung biru tu! Hahahaha!


Level 2 Buat Gua Marah....Hahahaha!


Setakat gua main game nih gua baru jumpa 3 ekor burung jer lah. Tak tahu lah memang 3 ekor jer atau ada watak - watak lain sebab kalau mengikut pada gambar di bawah nih ada enam kesemuanya.


Gua Paling Benci Burung Biru Tu! Bunyi Dia Annoying! Hahahaha!


Apa - apapun, gua dah tension gila main benda nih! Esok lusa gua sambung balik lah! Kang tak pasal - pasal gua asyik menjerit dekat twitter jer. Hahahaha! Kepada sesiapa yang teringin nak main game nih boleh click ANGRY BIRDS.



P/S : Ada Sesiapa Nak Hadiahkan Gua Koleksi Key-Chain Angry Birds Sempena Hari Lahir Gua Tak? Kalau Ada Email Gua Sebab Gua Nak Bagi Alamat Untuk Memudahkan Urusan Pos! Hehehehehe!





Selasa, 24 Mei 2011

Selamat Tinggal Rambut Singa

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Semalam gua memang tekad nak pergi gunting rambut gua sebab gua rasa rambut gua dah 1/2 hampir kepada rambut kumpulan Alleycats dah. Rimas sebab rasa panas jer sampai kadang gua gatal - gatal kepala dah macam ada kutu pula dalam rambut gua. Hahahaha!


 Belum Sampai Ke Tahap Ini


Jadi, semalam gua nak pergi la dekat kedai gunting yang selalu gua pergi nih(selalu tu tak selalu sangat lah sebab dah setahun gua tak pergi kedai dia....hahahaha). Mana tak nya! Gua setahun rasa - rasanya 3-4 kali jer gunting rambut sebab tu rambut gua dah macam rambut singa jantan dah. Mengembang habis! Hahahaha! Tapi sayangnya kedai gunting pakcik tu tutup! Sob Sob Sob!

 

Jadi, gua pun menuju dekat kedai sebelah pula. Uncle nih tengah baik punya feeling hisap rokok dekat depan kedai dia. Gua pun sebab mengenangkan gua bukan nak kejar masa jadi gua pun relaks jer lah kejap dalam kedai dia kejap. Gua tunggu punya tunggu! "Amboi, orang tua nih! Boleh tahan juga lama dia hisap rokok!" Tapi, gua cool jer lah layan kejap lagu - lagu Tamil yang berkumandang dekat corong radio. Sedap irama dia! Sesekali gua menggoyangkan kepala menikmati irama dan tarinya.
 
Tiba - tiba bila gua berpaling dekat belakang, si uncle nih dah berjalan ke depan. Amboi! Mana uncle nih menghilang? Takkan tadi tu hantu kut? Walawehhh! Rupa - rupanya boleh pula dia melepak dekat kedai sebelah. Siap sembang boleh! Gua pun pergi lah bagitahu dia gua nak gunting rambut tapi gua senyum - senyum jer. Rupa - rupanya dia tak perasan gua masuk kedai dia masa dia tengah hisap rokok tadi. Nasib gua bukan perompak! Heheheh!




Lepas tu rambut gua pun digunting dan gua bersembang dengan uncle tu agak lama juga. Asal sekarang gua ramah - tamah jer nih? Hehehehehe! Akhirnya! Rambut gua dah digunting pendek! Kelihatan kacak dan bergaya. Hohoho! Waktu gua balik tu ada 2 perkara yang buat hati gua melonjak girang :-


1) Selamat Tinggal Kepada Rambut Singa


2) Gua Dah Kurus(buktinya Uncle tu tak perasan gua masuk kedai dia)


P/S : Hahahahahahahahahaha!

Isnin, 23 Mei 2011

Alhamdulillah! Meatball IKEA Halal! (Update Terbaru)

 Berita Petang Tadi:


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Mak datooooooooooo!!! Terkejut gua tadi bila terbaca satu tweet dekat twitter gua yang menyatakan Meatball di Food Court Ikea tidak pernah meminta pensijilan halal daripada JAKIM untuk makanan - makanan yang dijual di situ.


  Kenangan Tahun Lepas!


Untuk mengesahkan itu lagi gua dengan rajin pergilah usha dekat blog yanmieonline.com dan memanglah sangat sedih bila gua baca benda nih. Adoiyai! Dah gua pernah makan dekat sana dalam 2 atau 3 kali. Mati - matilah gua ingat dekat situ ada pengiktirafan sijil halal sebab pekerja pun ramai Melayu dan yang makan dekat sana pun ramai jer orang Melayu.

Apa - apapun, gua harap agar mana - mana pihak terlibat buatlah pengumuman dengan segera yer sebab mungkin kes ini hanya berlaku dekat luar negara tetapi mungkin di Malaysia tak pernah berlaku dan menggunakan sumber daging yang halal. Mudah - mudahan!

Kalau Betul Sumber Gua Baca Tu Alangkah Sedihnya Guaaaaaaaaaaa Sebab Pernah Makan Benda Nih!! Minta - Minta Lah Halal!

P/S : Susahnya Nak Makan Sekarang Sebab Benda Yang Kita Ingat Halal Pun Boleh Bertukar Menjadi Haram Macam Kes Biji Kopi Dan Mentega. Harap - Harap Meatball IKEA Nih Halal!


Berita Terkini Diperoleh Dari Blog yanmieonline.com :
 

Meatballs Ikea dikeluarkan oleh MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD, jika dirujuk menggunakan nama syarikat tersebut di laman halal jakim, produk tersebut adalah halal dan sah laku sijil sehingga 31.03.2013.


P/S : Yehaaaaaaaaaa!! Alhamdulillah! Lepas Nih Bolehlah Makan Meatball Dekat Sana Kalau Berkesempatan Pergi The Curve. Kepada Yang Telah Makan Jangan Risau Sebab Insyaallah Makanan Disitu Selamat Dan Halal Dimakan! Cuma Kalau Betul Food Court IKEA Tu Tak Minta Pensijilan Halal Daripada Jakim Maka Eloklah Kalau Cepat - Cepat Minta Agar Tak Ada Lagi Khabar - Khabar Angin Macam Nih Sebab Dekat Dunia Nih Ramai Musuh Yang Kita Tak Nampak Yang Cari Jalan Untuk Menjatuhkan Kita Secara Sedar Atau Pun Tidak! (^_^)Y 


Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda




Mimpi Mainan Tidur

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Selalunya orang kata jangan tidur lepas asar kerana tak elok dan selalunya mimpi yang kita dapat pasti buruk atau menakutkan. Tetapi, apa yang gua nak cerita bukannya gua tidur selepas asar tetapi waktu gua tidur sebentar tadi dalam pukul 10.30 pagi macam tu.




Gua mimpi sesuatu yang aneh dan mencabar tetapi dalam masa yang sama menakutkan. Gua bermimpi gua menaiki motosikal dan sedang menuju ke pekan Simpang Kuala dan berhenti di hadapan Maybank(tetapi dalam mimpi gua tempat tu dah jadi bandar yang gempak gila siap ada kereta terbang bagai). Entah kenapa bila gua pandang satu poster promosi dekat sebuah salun kecantikan yang menunjukkan model lelaki yang dipukul kemudian bertukar menjadi wanita cantik dan gua pun dibawa melihat kehidupan lelaki itu melalui poster tersebut(mimpi gua dah macam filem fiksyen sains pun ada....hahahaha).


 Maaf Lah Letak Gambar Pelakon Teater Patung Kertas Nih Kejap


Gua dipertontonkan dengan kehidupan lelaki berkulit putih itu yang biasa - biasa jer. Tidaklah buruk dan tidaklah hodoh tetapi kurang digemari barangkali dan selalu dipukul oleh lelaki gangster. Gua tak pasti kenapa dia dipukul sebab gua kan sedang bermimpi. Dan kemudian dia dengan beraninya mula berhias diri dengan mencantikkan diri sendiri. Dia berjaya menutup luka - luka dan lebam pada mukanya dan dia sedar bahawa dia sebenarnya cantik jika menjadi perempuan. Lalu dia pun membuat operasi pembedahan dan menjadi 'wanita' sepenuhnya. Dasyat tidak mimpi gua boleh tengok macam mana dia jadi wanita. Ngeriiii mehhhhh!




Kemudian, apabila dia menjadi wanita memang dia menjadi dambaan setiap lelaki kerana kecantikkannya tetapi rasa seronok itu tidak terlalu lama. Dia selalu ditinggalkan dan dipermainkan lelaki. Selalu mendapat ejekan daripada kanak - kanak dan selalu dipandang serong oleh golongan wanita yang tulen. Dan dia mula terasa kesan negatif pembedahan yang lepas terharap dirinya. Entah macam mana tiba - tiba dia ditangkap oleh pihak polis atas alasan yang gua sendiri pun tidak tahu(nama pun gua tengah mimpi).




Tiba - tiba gambar 'wanita' di dalam poster tu keluar seperti raksasa mahu memakan gua. Walaweh! Takut punya pasal gua pun pecut lah motosikal gua dekat tengah jalan. Tiba - tiba tepi gua ada seorang nenek tua dalam lingkungan 70-an tengah bawa motosikal sambil dipeluk erat oleh 2 orang cucunya tetapi yang dasyatnya dia bawa motosikal tu laju gila. Sebab dia dekat belakang gua jadi ada kereta polis kejar dan apalagi memang gua pun memecut laju tak ingat dunia juga lah. Tiba - tiba jalan dihadapan ialah jalan mati dan gua membelok ke kanan sementara nenek itu membelok ke kiri. Tiba - tiba.....

Gua pun terjaga dikejutkan oleh mak gua yang bising sebab gua sambung tidur balik. Gua bangun dengan kebingungan sambil menghantar dulang berisi air kepada pekerja di hadapan rumah yang sedang membaiki tempat meletak kereta. Tidur tak sampai sejam tapi mimpi tu rasa macam lama jer dan rasa mimpi tu macam menakutkan pun ada dan agak mencabar. Haihhhh!! Ponat den nih hahhhh merempit dalam mimpiii!!

http://multiply.com/mu/koosem/image/41/photos/17/1200x120/1.gif/nenek.gif?et=9%2B8rmNv6OSyJBwEZBM%2CNEA&nmid=59066398 

P/S : Boleh Bayang Tak Macam Mana Nenek Dalam Mimpi Gua Tu Merempit Dengan 2 Orang Cucu Sedang Duduk Di Belakang Dia?

Terima Kasih Kepada Anem Arnamee

Klik Jer Gambar Kalau Nak Usha Tuan Empunya Blog


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Nampaknya sehari dua nih gua sibuk membetulkan setting untuk blog gua yang lagi satu. Hakikatnya memang gua nih pening sikit dengan code - code html ke apa semua nih. Kalau yang asas - asas tu gua tahu lah juga tapi kalau lebih tinggi tahap kesukarannya memang kepala pun berpusing. Hahahaha!

Jadi, saudari Arnamee memang rajin dan banyak membantu gua membetulkan apa yang patut. Gua ingat lagi dulu dia ada buat teguran pada blog gua yan ini. Mula - mula gua risau juga lah sebab fikir apa salah gua dah buat sampai kena tegur nih. Yang buat gua lagi cuak tu sebab tajuk entry dia waktu tu siap letak terus nama gua. Memang risau gila! Hahahaha! Rupa - rupanya dia suruh gua tukar apa benda entah tapi pasal SEO lah. Gua pun bukan faham sangat pasal SEO nih tapi gua tukar juga lah dan memang ada kesan positif pada blog gua.

Apa - apapun, gua nak ucap berbanyak terima kasih kepada saudari Arnamee kerana sudi bersusah payah membantu dan melayan kerenah gua dalam menyelaras kembali apa yang patut dan tak patut dekat blog gua tu. Terima kasih yer! Sangat - sangat berterima kasih.


P/S : Seronoknya Bila Hajat Tercapai (^_^)Y 

Ahad, 22 Mei 2011

Kenapa Anda Plagiat Entry Saya Tanpa Kebenaran?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Semalam gua rasa sangat emo, kecewa dan marah apabila terjumpa beberapa entry gua berkenaan Maharaja Lawak di COPY PASTE bulat - bulat oleh 2-3 orang blogger. Bukan setakat isi tetapi membawa kepada gambar - gambar yang gua letak kan. Wahhhhh! Mudahnya hidup mereka ini! Copy semua disini kemudian paste kan ke blog masing - masing. Senang kan?




Sebenarnya sebelum ini gua dah pernah lihat dan tahu blog - blog  nih plagiat entry gua tapi gua tak sangka sampai semua episod mereka nak plagiat. Memang kredit di letak di akhir entry yang mereka plagiat itu(Bukan Semuanya Letak Kredit) walaupun tak lah sebesar mana pun tetapi bagi gua ia tetap tidak berbaloi sebab gua menaip bukannya dalam masa 5 minit untuk menghasilkan entry ulasan maharaja lawak gua tu. Gua kena tengok dulu persembahan semua peserta. Lepas tu nak edit gambar - gambar yang gua print screen lagi. Dan anda yang terlibat hanya COPY kemudian PASTE ke blog dan PUBLISH hanya dalam masa tak sampai pun 5 minit. Mudah betul kan? Sudah lah tak pernah sekali pun gua dapat pertanyaan yang meminta kebenaran untuk copy entry gua tu.




Nasib semalam gua terdetik hati nak usha dekat nuffnang dan klik dekat bahagian referral. Kalau tidak sampai ke sudah gua tak tahu anda dan anda yang terlibat plagiat entry gua tu dengan gembiranya. Disini gua nak cakap gua tak berminat pun nak cari gaduh walaupun hakikatnya memang gua ada hak dan boleh jer nak letak link blog si plagiat semua disini sebab itu entry gua tetapi henti - hentikan lah plagiat tanpa meminta kebenaran tu.



Kalau entry bersifat keagamaan atau islamik gua tak kisah lah kalian yang terlibat nak copy and paste tapi rasa - rasanya entry ulasan maharaja lawak yang gua buat tak perlulah nak plagiat. Harap henti - hentikan lah sikap macam nih kepada yang terlibat. Gua tak ada masalah untuk memaafkan kalian kalau kalian meminta maaf sebab tak ada guna pun bergaduh dan ada juga antara kalian yang jauh lebih tua daripada gua tapi apa - apapun gua nak kalian buangkan entry gua tu dari blog kalian. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Tanya Diri Sendiri Apa Tujuan Kita Berblog!

Sabtu, 21 Mei 2011

Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 8



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Man


Ulasan Hans:

Pada episod kali ini, persembahan kebanyakan para peserta pada minggu kelapan ini bagi aku lebih menarik dan menghiburkan kerana masing - masing kini bersaing hebat sesama sendiri untuk mendapatkan undian sms daripada penonton. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-8 ini.


Nabil


Persembahan pembukaan pada minggu ini dimulai dengan Nabil dimana persembahannya banyak berkisarkan tentang kecanggihan teknologi yang melibatkan jaringan sosial iaitu twitter dan facebook yang dijadikan sebagai bahan lucunya pada kali ini. Permulaan persembahannya hambar namun kembali menarik sehingga ke akhir. Namun, aku suka dengan persembahannya yang bersahaja dan bagaimana cara dia berinteraksi dengan penonton walaupun lawaknya pada minggu ini tidak lah mampu untuk mengundang ketawa yang besar daripada aku. Bagaimanapun, rasa - rasanya Nabil telah membuang banyak masa persembahannya dengan menjadikan Amir iaitu peserta maharaja lawak yang tersingkir pada minggu lepas sebagai salah satu bahan jenakanya dan kemungkinan juga Nabil sedar persembahannya pada minggu ini kurang memikat hati penonton melalui kata - kata akhirnya sebelum menghabiskan persembahannya pada minggu ini. Apa - apapun, tahniah aku ucapkan pada Nabil kerana bukan senang untuk membuat penonton ketawa kerana Stand Up Comedy sememangnya mencabar.


Jambu


Persembahan Jambu pada minggu ini sangat kelakar. Menjadikan robot persis manusia sebagai subjek utama persembahan mereka sememangnya mengundang hilai tawa yang bukan sedikit daripada aku serta penonton - penonton yang lain. Sememangnya ini adalah satu persembahan yang unik dan memukau apabila melihat keletah Yus sebagai sebuah robot yang mampu bercakap bahasa Thai, melatah, menyanyi dan mempunyai perasaan seperti manusia. Dibantu oleh mimik muka dan gaya bersahaja oleh mereka berdua sememangnya seperti biasa berjaya memikat hati penonton untuk menonton sehingga tamat sambil tidak henti - henti ketawa dengan aksi lucu mereka. Apa - apapun, satu persembahan yang cukup menghiburkan dan tahniah kepada Tauke serta Yus kerana memberi persembahan yang betul - betul mantap. Tahniah Jambu!


Kumpulan R2


Kumpulan R2 kembali berentap pada minggu ini apabila mereka diundi masuk oleh para penonton maharaja lawak melalui undian di laman facebook. Kemasukan mereka tidak sia - sia kerana mereka memberi satu persembahan yang cukup menarik dan menghiburkan. Mengangkat karakter si pengemis sebagai watak utama persembahan mereka sememangnya membuatkan persembahan mereka begitu menjadi semalam. Seperti biasa persembahan si abang sememangnya lucu ditambah dengan wajahnya yang selamba manakala si adik juga sudah memperbaiki persembahannya dan kelihatan semakin bagus. Apa - apapun, pasangan adik beradik ini sememangnya telah bersedia sebaiknya untuk kembali berentap di dalam Maharaja Lawak dan semoga mereka mampu memberi saingan kepada kumpulan - kumpulan lain. Tahniah kumpulan R2. Persembahan anda memang menarik minggu ini.


Man


Persembahan Man pada minggu ini tidak lah terlalu menarik dan tidak lah seteruk mana. Senang cakap persembahan Man biasa - biasa sahaja pada episod kali ini. Masih ada lucunya tetapi kekuatannya lawaknya tidak kuat kerana lawak berkenaan atuk ini selalu sangat aku tonton pada pelawak - pelawak lain sebelum ini di kaca televisyen. Apa - apapun, Man sangat hebat kerana mampu bertahan sehingga minggu kelapan secara individu. Tahniah Man. Semoga berjaya pada masa hadapan. Man pasti boleh!


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan pada minggu ini memang menghiburkan yang melibatkan situasi antara doktor dan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan. Gaya mereka sangat lucu namun ia mengingatkan aku pada satu episod siri pelawak luar negara yang terkenal iaitu Mr Bean dimana ada satu episod yang menunjukkan Mr Bean sedang mendapatkan rawatan Doktor Gigi dan situasi serta lawak itu lebih kurang sama seperti persembahan kumpulan Jozan pada minggu ini. Mungkin mereka mengambil inspirasi daripada episod itu untuk persembahan mereka pada minggu ini. Apa - apapun, aku masih terhibur dengan persembahan mereka berdua. Moga minggu depan persembahan mereka akan semakin menghiburkan. Tahniah kumpulan Jozan.


Kumpulan Balas


Persembahan kumpulan Balas pada minggu ini mendapat kritikan yang agak hebat daripada penonton. Seperti kita sedia tahu kumpulan Balas memang terkenal dengan lawak Double Meaning mereka dan apabila minggu ini mereka bertukar menjadi murid sekolah rendah sememangnya lawak Double Meaning itu ada pro dan kontranya. Hakikatnya perkara itu sememangnya wujud cuma seperti kita sedia maklum program seperti ini bukan sahaja ditonton oleh golongan dewasa tetapi juga  kanak - kanak yang masih belum pun bersekolah lagi. Bagi aku yang sudah dewasa dari segi umur, aku tiada masalah dengan lawak mereka dan terhibur menonton cuma takut ia menjadi ikutan pada anak - anak kecil sahaja kerana sifat ingin tahu anak - anak kecil adalah tinggi. Apa - apapun, kumpulan Balas seharusnya lebih berhati - hati dalam pengisian persembahan mereka dan moga pada minggu hadapan persembahan mereka lebih menarik dan matang. Semoga berjaya kumpulan Balas.


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini sangat kelakar dan ada mesej yang tersendiri. Menjadikan amalan rewang sebagai tema persembahan mereka pada minggu ini sememangnya memberikan kelas yang tersendiri kepada persembahan kumpulan Sepah pada minggu kelapan ini. Tak tahu nak komen apa dah sebab bagi aku lawak mereka minggu ini memang menarik dan menunjukkan budaya negatif dan positif orang Malaysia yang boleh kita ambil pengajaran selain bergelak ketawa melihat gelagat ketiga - tiga mereka ini. Tahniah kumpulan Sepah. Lawak yang ada pengajaran dan sangat menarik.


 Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Kelapan :

  1. Sepah
  2. Jambu
  3. R2
  4. Jozan
  5. Balas
  6. Nabil
  7. Man

    P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.