Ahad, 31 Julai 2011

Petai



Petai dikatakan mempunyai jumlah protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain selain mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Biji petai pula dipercayai mampu merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang dan juga dikatakan mujarab untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang mengalami masalah cacing di dalam badan.

Sewaktu aku kanak - kanak ribena dulu memang aku tak suka makan petai. Mungkin sebab bila orang kata makan petai nanti kentut kita akan berbau busuk, mulut pun berbau kuat dan air kencing kita pun boleh tahan lah aromanya. Aku pun pernah cuba makan tetapi memang masa kecil - kecil tak suka! Tekak tak boleh telan!

Entah macam mana bila dah jadi remaja yang kacak lagi baik hati nih tiba - tiba pula aku boleh jadi suka untuk makan petai. Tetapi, aku hanya makan sambal udang petai jer lah setakat nih! Kalau petai mentah tu tak pernah pula aku cuba! Hehehehe! Jadi, bila dah suka makan tu aku tengok lah mak aku membersihkan dan memotong petai nih.


Hans : Aik! Awat biji petai nih warna oren?

Mak : Ini petai dah masak sangat nih! Kena buang yang oren dengan selaput dia!

Hans : Owh! Mai lah nak cuba buang tengok!


Gambar Hiasan


Patut lah mak aku pakai pisau kecil tu untuk buang selaput oren nih! Liat dan melekat! Aku pakai jari jer! Hahaha! Dah macam main plastisin plak! Gigih nih buang selaput oren tu! Seronok jer aku buat! Alih - alih sepapan jer yang biji petai terlampau masak tu! Yang lain tak ada dah yang ada selaput oren tu! Semua hijau - hijau suci murni jer!

Lepas tu tengok pula mak aku potong jadi halus - halus! Owhhh!! Macam nih rupanya nak masak petai! Selama nih tahu makan jer! Buatnya tak tahu! Hahahaha! Lepas nih nak cuba belajar masak sambal petai lah! Sedap kan sambal petai! Rasa nikmat gila makan dengan nasi!


P/S : LOVE PETAI! (^_^)Y

Nak Minta Tolong Vote Hans Untuk Menang Duit Syiling



Assalammualaikum!

Hari tu saya ada join Wordless Wednesday Contest anjuran blogger Eyriqazz.

Alhamdulillah! Saya tersenarai antara 7 pemenang untuk dapat topup/cash RM10.

Tetapi, untuk menang Duit Syiling di atas memerlukan jumlah Vote yang paling tinggi daripada kalian semua.

Jadi, aku berharap sangat korang sudi vote aku sebab aku memang nak sangat duit syiling nih(sesiapa ada facebook aku mesti tahu aku ada tulis status nak duit nih kan).

Jadi, aku nak sangat meminta tolong korang dengan vote aku dengan pergi ke LINK ENTRY yang aku letak di bawah nih.



dengan



P/S : Harap Lah Aku Dapat Menang Duit Syiling Nih!



Jumaat, 29 Julai 2011

Sampel Kuih Raya

Gambar Hiasan


Watak - Watak Utama :-

1) Rosalinda

2) Kak Jenab

3) Hans


Kisah bermula di sebuah pejabat pada waktu rehat tengahari yang aman sentosa......


Kak Jenab : Hoi, Linda! Kenapa kau tak pergi rehat?

Rosalinda : Malas lah kak! Saya puasa lah hari nih!

Kak Jenab : Oh, puasa rupanya! Akak baru nak bagi kau rasa sample kuih raya akak tahun nih.

Rosalinda : Eh, boleh juga lah akak! Saya pun tengah lapar nih! Mana tahu kalau ada yang saya berkenan saya order la dekat akak.

Kak Jenab : Aik? Bukan kau puasa ker?
 
Rosalinda : Erkkk!! Mana ada! Akak dengar dari mana nih? 

Kak Jenab : Baru tadi kau cakap kan? Aku cepuk juga kau nih karang! 

Rosalinda : Saya gurau jer lah! Tak puasa pun! Meh lah nak rasa sample nya! 

Kak Jenab : Hah! Kejap - kejap!





Maka bermulalah aksi rasa - merasa dimana kesemua sample telah dirasa oleh Rosalinda dengan begitu gembira sekali. Selepas puas Rosalinda melahap maka Kak Jenab pun bersuara....

Kak Jenab : Hah! Macam mana Linda? Ada yang kau berkenan? 

Rosalinda : Tengok lah nanti macam mana! Saya fikir dulu! Nanti kalau saya rasa nak order saya bagitahu akak yer! 

Kak Jenab :Okay! (muka hampa) 

Rosalinda : Terima kasih akak!



Rosalinda pun menulis di status facebooknya seperti ini,"Mentengkedarah sampel kuih raya!!Hahahaha!!! Rosak business. Padan muka kau makcik! Sapa suruh aku rasa! Aku tengah lapar nih!!" Kemudian seorang rakan Rosalinda menegur Rosalinda di ruangan status tersebut..... 


Hans : Weh! Seronok kau makan biskut raya! Sedap tak?

Rosalinda : Mestilah sedap! Free kutt!!

Hans : Kau beli tak?

Rosalinda : Aku pun tengah pokai! Nak beli apanya!!

Hans : Wehhh!! Tak baik kau buat dekat makcik tu macam tu! Dosa wehh!!

Rosalinda : Apa pula! Dia suruh aku rasa! Aku rasa jer lah! Ko nihhh!!

Hans : Memang lah dia suruh rasa tapi niat dia mesti lah nak suruh kau beli!!

Rosalinda : Alahhh!! Aku tak cakap pun dekat dia nak beli lah!

Hans : Memang lah! Kalau kau taknak beli jangan lah merasa sampai semua sample biskut raya tu! Mesti makcik tu sedih kau tak beli!

Rosalinda : Alahhh!! Kau nih!! Aku dah rasa serba salah lahhh!

Hans : Tengok!! Kau rasa serba salah! Mesti kau ada buat salah kan dengan makcik tu! Niat tak menghalalkan cara.

Rosalinda : Sudah! Sudah! Tukar topik!

Hans : Aku nak blah dulu nih! Kirim salam dekat makcik tu! Kau jangan lupa minta maaf dekat dia!

Rosalinda : Arghhhhhhhhhh!! Kau buat aku serba salah!

Hans : Hahahahaha!



P/S : Seronok Juga Menyakat Kawan - Kawan Nih! (^_^)Y


Review Filem Flat 3A




Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia VS Singapura 28 Julai 2011 : Siapa Menang?

Aku rasa perasaan aku sekarang ibarat aku sedang menanti perlawanan akhir Piala Malaysia yang melibatkan Kedah dengan mana - mana pasukan sebab rasa teruja, gementar dan bersemangat tu sedang bersarang hebat dalam jiwa aku nih. Perang psikologi antara akhbar kedua - dua negara memang cukup hebat. Akhbar Malaysia merendah - rendahkan pasukan Singapura dan begitu juga dengan akhbar negara terbabit. Kadang - kadang nak tergelak pun ada dibuatnya sebab masing - masing tak nak kalah.




Perang penyokong pula nampaknya memang dimenangi oleh penyokong Malaysia lah jika diukur dari segi jumlah penonton yang berpuluh ribu itu tetapi tidak pasti jika tiba - tiba penyokong Singapura melebihi dari kadar yang ditetapkan gara - gara si Ulat Tiket yang lebih mementingkan wang. Apa - apapun, jangan lupa  saksikan Siaran Langsung Perlawanan Antara Malaysia Dan Singapura ini di RTM dan Astro Arena pada pukul 8.30 malam ini. Hanya yang terbaik dan kurang melakukan kesilapan akan menang dan aku berharap jika Malaysia menang perlawanan ini biarlah kemenangan itu berjaya membawa Malaysia ke pusingan berikutnya.


P/S : Semoga Berjaya Harimau Malaya! (^_^)Y



Keputusan Perlawanan

Malaysia 1 - 1 Singapura

(Singapura layak ke pusingan seterusnya dengan agregat 6 - 4)



Berfikir Sebelum Bertindak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Pada zaman sekarang perbuatan meluahkan perasaan atau masalah di facebook merupakan satu trend yang mula menjadi ikutan ramai. Perkara positifnya ialah mungkin tekanan yang ditanggung semakin berkurang atau mungkin ada rakan - rakan atau ahli keluarga yang sudi membantu jika mereka berkemampuan.




Namun, apa yang negatifnya disini ialah masalah tersebut mungkin akan bertambah besar jika ramai yang lebih sudu dari kuah dengan lebih mengapi - apikan masalah tersebut atau sebagainya. Gua lebih suka jika kita semua bersifat lebih matang di dalam menyelesaikan masalah sendiri. Jika masalah itu melibatkan suami anda curang, isteri anda main kayu tiga, tunang anda ada skandal lain, kekasih anda kaki betina atau kaki jantan atau pun keluarga anda porak peranda maka gua sarankan jangan lah diheboh untuk satu dunia tahu masalah kita.




Bukannya gua berkata masalah sebegitu harus dipendam seorang diri. Itu namanya merosakkan jiwa dan boleh bikin gila pada tubuh sendiri tetapi luahkannya pada individu - individu terpilih yang rapat atau boleh anda percayai sahaja kerana gua percaya diri kita ini bukannya sempurna. Kadang - kadang kita rasa kita lah manusia yang berada di pihak yang benar sedangkan masalah sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri tanpa kita sedari.




Kadang - kadang masalah yang berlaku nih kecil sahaja tetapi dijadikan terlalu hiperbola untuk meraih simpati. Seperti contoh kawan anda mengambil sebungkus maggi dan tidak menggantikannya kembali seperti yang dijanjikan lalu anda yang bengang pula terus memberitahu rakan anda yang lain bahawa kawan anda mencuri maggi anda dan tidak mahu menggantikannya semula. Walaupun bukan semua bersikap sebegini tetapi memang wujud insan - insan sebegini.




Pada pandangan gua, kita ini sebenarnya sudah dewasa dan gua akui walaupun kita masih belum matang dalam beberapa perkara kerana ada perkara yang kita masih baru belajar sementelah kehidupan ini telah mengajar kita supaya tidak berhenti belajar dan sentiasa belajar namun kita sudah berakal untuk membezakan yang mana baik dan yang mana tidak dalam bertindak. Jangan ikutkan emosi dalam melakukan sesuatu dan jangan buka aib orang lain kerana kelak aib kita pula yang akan dijaja oleh manusia sekeliling.

P/S : Selesaikan Masalah Kita Dengan Akal Dan Bukannya Dengan Hati Yang Marah! (^_^)Y


Tiket Perlawanan Bola Sepak Malaysia VS Singapura Habis Dijual

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Esok bersamaan hari Khamis, 28 Julai 2011 adalah merupakan hari penentuan antara Malaysia dan Singapura pada perlawanan kedua untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 yang sebelum ini menyaksikan pasukan Harimau Malaya tewas kepada pasukan Singa dengan 5-3.


 Harimau Malaya Yang Gagah


Apa yang menariknya kali ini ialah 85,000 tiket yang diperuntukkan kepada penyokong tempatan sudah habis dijual pada pagi tadi. Ramai penyokong tempatan merungut dan ada yang mempersoalkan kelogikan tiket habis dengan begitu cepat sekali dan ada juga yang menuduh ada ulat - ulat tiket yang memborong tiket perlawanan dengan jumlah yang banyak dan menjualnya kepada penyokong Singapura dengan harga yang berlipat kali ganda. Aku tak pasti adakah benar atau tidak tetapi esok kita lihat sendiri adakah jumlah penyokong Singapura yang diperuntukkan tiket sebanyak 2000 keping itu akan berjumlah 2000 orang atau lebih.


 Pertarungan Sengit Antara Harimau Dan Singa


Kadang - kadang aku kecewa juga dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang rambang mata kerana wang sehingga sanggup membuang semangat kebangsaan dalam diri. Semuanya kerana wang!! Apa - apapun aku mendoakan agar pasukan Malaysia memperoleh kemenangan pada perlawanan genting ini. Semoga berjaya pasukan Harimau Malaya. Kami semua mendoakan kejayaan anda semua!

P/S : Sentiasa Menyokong Pasukan Bola Sepak Negara Walau Apa Pun Keputusannya Esok! (^_^)Y


Rabu, 27 Julai 2011

Wordless Wednesday Contest 3 - Betul Ker Nih Pocong?

Assalammualaikum. Tadi dapat komen dari abang eyriqazz si blogger terkenal tu dan dia ajak join contest yang dia buat bersama dengan eightdesignsboutique ini. Jadi, dengan ini saya mempertaruhkan gambar di bawah ini hasil tangkapan budak - budak rumah sewa saya tahun lepas. Hehehehe!




Kepada yang berminat nak join contest mudah nih boleh terjah Blog Bro Eyriqazz.

Wordless Wednesday #8



Terima Kasih Kepada :-

Blogger Pertama : Qarr (Klik Gambar Diatas Untuk Ke Blog Beliau)

Orang Pertama : Syafiq Azman @ Ding

Rakan Sekolah Pertama : Syaedatul Wahida

Rakan Universiti Pertama : Nurhayati Abd Halim

Dan Lain - Lain Atas Ucapan Anda Semua.


Terima Kasih Kerana Menceriakan Hari Saya Semalam Yang Saya Sangkakan Suram :-)


Selasa, 26 Julai 2011

Malaysia Vs Singapura Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014



Hari Khamis ini merupakan penentu untung nasib pasukan bola sepak Malaysia untuk skuad Piala Dunia apabila sekali lagi mereka akan berhadapan dengan pasukan Singapura yang sebelum ini menewaskan pasukan negara dengan jaringan 5 gol berbalas 3. Walaupun pasukan negara tewas di tangan Singapura namun ada satu perkembangan positif yang aku lihat disini ialah bilangan penyokong pasukan Malaysia yang boleh dikategori sebagai setia semakin bertambah dan ini merupakan satu perkembangan yang positif. Maksud penyokong setia pada pandangan peribadi aku ini ialah tidak kira sama ada pasukan negara menang atau tewas mereka pasti akan sentiasa memberi sokongan padu kepada pemain negara. Ini adalah satu perkembangan positif yang diharapkan agar sentiasa berkekalan.


 Kunalan


Aku tidak nafikan permainan pemain Harimau Malaya semakin positif dan menarik dengan pelbagai percubaan bahaya dan bertaraf antarabangsa. Malaysia memiliki penyerang yang berbisa seperti Safee Sali, pemain sayap yang bagus seperti Kunalan, kapten pasukan yang hebat seperti Safiq Rahim dan penjaga gol yang tangkas seperti Khairul Fahmi(harap beliau diturunkan pada perlawanan Khamis ini) namun barisan pertahanan sedikit leka atau mungkin lemah dari segi mental dalam menyerap tekanan perlawanan.


 "Tak Menang Jaga Kalian Semua!" kata Rajagobal


Namun, walaupun terdapat pelbagai komen negatif yang dilemparkan terhadap barisan pertahanan dan juga penjaga gol iaitu Sharbinee gara - gara gol yang dianggap mudah diperoleh oleh pasukan lawan namun aku harapkan mereka menjadikan itu semua sebagai satu kekuatan supaya mereka beraksi dengan lebih dan bersungguh - sungguh pada Khamis ini. Moga impian seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan Malaysia layak ke pusingan seterusnya selepas ini tercapai. Amin!



P/S : Anda Rasa Siapakah Yang Akan Menjadi Penjaga Gawang Malaysia Pada Khamis Ini?

EMI

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pepagi tadi tiba - tiba lapar gila! Haihhh! Macam mana lah nak kurus kalau setiap masa dan ketika asyik lapar jer! Hahahaha! Tambah - tambah masa tu emosi gua terganggu sikit! Jadi, gua terjah lah peti ais cari makanan apa yang mampu dimakan! Alhamdulillah ada buah rambutan! Gua baham la 5 biji! Ikut hati nak baham satu bekas tapi DIET kannn!!! Jadi, 5 biji dah cukup! Hehehehe!

Bendera Kartun Nih Ada Perkataan EMI


Kemudian tergerak hati nak online padahal sebelum tu gua rasa macam tak ada hati jer! Kemudian, adalah satu benda nih buat gua tiba - tiba gelak macam orang hilang akal. Daripada emosi tak stabil terus gua jadi ceria macam kanak - kanak ribena. Hahahaha! Lepas tu yang buat gua ketawa lagi tu lepas satu status dekat wall facebook gua 'dipenuhi' dengan berpuluh - puluh komen tetapi yang komennya cuma 3-4 orang jer. Hahahaha!


 Apa Sebenarnya Perkataan EMI Nih?


Dalam pada tu tiba - tiba boleh pula gua tersalah taip! Ini kerana keghairahan gua menaip terlampau laju dan terlalu bersuka ria lah menyebabkan perkataan yang gua taip tiba - tiba tersasul menjadi EMI! Gua dah cuba padam tetapi berjaya juga dikesan oleh mereka yang terlibat dalam perbualan rancak tadi! Sob Sob Sob! Habis gua 'diperlekehkan' beramai - ramai! Hahahaha! Apa - apapun, gua sangat gembira sekarang dan terima kasih kepada mereka - mereka berkenaan kerana menggembirakan gua di pagi hari nih! Alhamdulillah! Syukur sangat - sangat!


P/S : Masa Untuk Tidur! Selamat Malam Semua! (^_^)Y


Menghargai Dan Dihargai

Apabila kita selalu menerima perkara yang baik kadang - kadang kita tidak rasa untuk menghargai.

Tetapi, apabila kita jarang mendapat perkara baik dan apabila mendapatnya rasa diri kita begitu dihargai.

Ada gembira ada duka dan begitulah kehidupan kita sebagai manusia.

Cuma adakah kita kenal yang mana kaca yang mana permata?

Manusia berbagai cara dan gaya yang sentiasa menipu mata.

Mungkin mata boleh diperdaya tetapi tidak hati manusia.

Assalammualaikum dan moga bergembira.

P/S : Sedihnya Apabila Semakin Dilupai!

Duit Syiling Malaysia Yang Terbaru

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hah! Kepada pengumpul duit kertas dan duit syiling seperti saya maka boleh lah menyimpan duit - duit syiling yang ada sekarang sebagai koleksi peribadi sebab nanti duit - duit syiling lama ini akan diganti dengan yang baru seperti dibawah.


Duit Syiling Baru Malaysia


Bahagian belakang setiap duit syiling memaparkan corak yang sama iaitu bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan serta angka yang menunjukkan nilai setiap syiling tersebut manakala bahagian depan syiling pula menunjukkan imej berbeza iaitu :-


50 Sen :- Sulur Kacang

20 Sen :- Bunga Melur

10 Sen :- Orang Asli Motif

5 Sen :- Destar Siga


Untuk maklumat lanjut anda boleh klik link dibawah ini untuk melihat dan mengetahui tentang duit syiling baru Malaysia ini.





P/S : Cantik Lah Duit Syiling Yang Terbaru Nih! (^_^)Y

Isnin, 25 Julai 2011

Anders Behring Breivik



Anders Behring Breivik merupakan seorang lelaki yang boleh aku kategorikan sebagai lelaki gila berdasarkan tiada langsung kekesalan yang timbul di dalam hatinya di atas tindakan - tindakan tidak berperikemanusiaannya menembak secara rambang hingga mengakibatkan berpuluh - puluh remaja yang tidak tahu apa - apa mati begitu sahaja serta terlibat di dalam pengeboman bangunan kerajaan di Oslo iaitu ibu kota negara Norway. Lelaki gila yang berusia 32 tahun ini merupakan seorang manusia yang bukan sahaja anti pada Islam malahan juga anti pada yahudi serta imigran dan memperjuangkan negara satu bangsa iaitu bangsa Eropah.




Ada satu perkara menarik disini dimana walaupun aku langsung tidak menyokong apa yang telah dilakukan oleh Anders Behring Breivik yang boleh aku sifatkan sebagai manusia yang kekurangan kasih sayang ini namun perbuatannya ini secara tidak langsung telah memberi satu tamparan besar kepada masyarakat serta media seluruh dunia terutama yang suka menuduh atau menyebarkan berita yang tidak benar atau memburuk - burukkan Islam di mata masyarakat seluruh dunia seperti yang selalu dilakukan oleh BBC, CNN dan banyak lagi media luar yang langsung tanpa usul periksa dan dengan keyakinan yang begitu tinggi akan menuduh bahawa perkara terkutuk ini dilakukan oleh ekstremis Islam seperti kumpulan Al-Qaeda dan sebagainya.




Seperti juga kes letupan di Norway ini dimana mereka dengan ghairahnya terus menuduh bahawa semua ini sebenarnya telah dilakukan oleh pengganas Islam sedangkan mereka langsung tidak mempunyai sebarang bukti untuk mengaitkan hal ini dengan pengganas Islam yang selalu mereka canang - canangkan selama ini. Tetapi, apabila secara tiba - tiba perancang dan pengganas sebenar yang bertanggungjawab di dalam hal ini dan berjaya ditangkap ialah orang tempatan yang bukannya beragama Islam dan merupakan seorang yang anti yahudi maka terus media - media luar yang sebelum ini dengan lantangnya menuduh militan Islam terlibat dalam hal ini menyepi dan membisu tanpa ada langsung ucapan maaf atau sebagainya kepada umat Islam.



Gara - gara perbuatan gila Anders Behring Breivik ini akhirnya secara tidak langsung berjaya memalukan media - media antarabangsa ini yang sememangnya bersifat berat sebelah terhadap Islam. Hakikatnya negara - negara di Eropah sendiri sebenarnya tidaklah seaman mana kerana pelbagai masalah telah melanda negara mereka terutamanya dari segi ekonomi dan ini sebenarnya secara tidak langsung telah menyebabkan sifat - sifat pengganas telah lahir di kalangan masyarakat mereka sendiri. Ada 2 peribahasa yang sesuai untuk ditujukan kepada media antarabangsa dan masyarakat yang prejudis terhadap Islam iaitu Kuman Diseberang Nampak Tetapi Gajah Di Depan Mata Tidak Nampak serta Meludah Ke Langit Terkena Muka Sendiri.

P/S : Setiap Sesuatu Yang Berlaku Ada Hikmahnya! (^_^)Y

Blog Berehat Seketika

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans.

Gua rasa agak penat lah sekarang nih!

Jadi, gua nak rehat seketika waktu!

Mungkin dalam 2-3 hari atau pun lebih!

Kalau gua update entry pun cuma update jer lah kut!

Okay lah!

Assalammualaikum!

Jumpa lagi!

Ahad, 24 Julai 2011

Gua Gomantong Di Sandakan Sabah Merupakan Syurga Lipas

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Sebentar tadi waktu gua membaca surat khabar Kosmo gua tertarik dengan pelbagai berita. Selain dari kisah pengeboman dan tembakan rambang di negara Norway ada satu lagi kisah yang begitu menarik perhatian gua yang bertajuk Lantai Lipas Bumbung Kelawar dimana artikel tersebut boleh dibaca DISINI.


Sumber Gambar : Kosmo


Walawehhhh!! Memang meremang sudah gua membaca kisah tentang Gua Gomantong di Sandakan, Sabah ini. Gua ini yang diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) merupakan salah satu tempat yang menjadi punca rezeki kepada pencari sarang burung berlesen untuk memungut sarang burung yang dibenarkan sebanyak dua kali setahun iaitu antara Februari dan April dan antara Julai dan September.




Tetapi, apa yang membuat gua meremang bulu roma itu ialah jumlah lipas gergasi yang bersaiz lebih kurang 10 sentimeter setiap ekor yang dianggarkan berjumlah berjuta - juta ekor yang menghuni lantai gua serta di tepi - tepi dinding gua dan yang membuatkan gua lebih seram itu apabila gua terbaca jika ada kelawar yang terjatuh ke atas lantai itu mesti akan dimakan hidup - hidup oleh lipas - lipas gergasi ini. Fuhhh!! Seram!!!


 Sumber Gambar : Kosmo


Mengikut apa yang gua baca, lipas - lipas ini memang penuh melata dekat bahagian bawah gua tu sebab lipas - lipas nih akan makan tahi kelawar - kelawar yang hidup di atas gua yang sentiasa berguguran setiap saat tu! Gua memang tak boleh bayang macam mana kalau manusia yang terjatuh dekat bawah tu! Memang tinggal rangka sudah! Hohohoho! Jadi, sebagai kesimpulannya gua tak berminat untuk pergi ke Gua Gomantong nih kerana keseraman yang bagi gua agak terlampau walaupun setiap tahun banyak pengunjung yang berkunjung ke sini.! Hehehehe!

P/S : Ada Sesiapa Pernah Pergi Ke Gua Gomantong Atau Teringin Mahu Pergi? Kongsikan Pengalaman Anda Di Ruangan Komen! (^_^)Y


Sabtu, 23 Julai 2011

Aku Diketawakan! Hahahaha!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Moga sihat - sihat selalu. Berdirinya gua disini adalah untuk.....dah macam surat kiriman rasmi pula! Hahhhh! Gua baru balik dari kedai Optometrist nih sebab nak menyelamat dan secara tidak langsung memanjangkan hayat usia cermin mata gua yang berumur 4 tahun setengah tu. Mula - mula gua berfikir macam tak ada harapan jer cermin mata gua berjaya diselamatkan jadi dah bersiap sedia bawa duit sebab nak buat cermin mata baru.


 Gambar Hiasan


Gua pergi sana naik motosikal dan memang gua bawa dengan kelajuan di bawah had laju! Rasa lambat betul nak sampai. Hahahaha! Risau kalau bawa laju nanti motosikal terlalu bonggol ker atau jalan tak rata ker memang luruh lah cermin mata gua yang disalotip tu. Masa gua dah sampai kedai cermin mata tu memang gua rasa segan gila sebab ramai betul pelanggan kedai tu hari nih. Mungkin sebab hari ini hari minggu. Jadi, gua dengan yakinnya masuk kedai tu tanpa ada apa - apa perasaan pun. Sampai - sampai jer terus duduk di kerusi dan :-


Jejaka Kacak : Abang! Boleh betul kan cermin mater sayer nih tak? Rosak ler! (apa kejadahnya tiba tiba aku cakap Key-El waktu tu..hahaha!!)

Abang Opto : Rosak dekat mana ya dik?

Jejaka Kacak : Cermin mata saya nih tiba - tiba luruh bang! Tak tau la pasai pa! Benda hat macam jaluq tu terkeluaq!!(baru mai loghat utara...hahahaa!)

Abang Opto : Owh, rosak yang ni ka! Tunggu sat noh!


Abang Opto! Hahahahaha!


Abang Opto tu memang cakap sopan betul lah! Kalau gua ada kakak dah lama gua suruh lu masuk meminang! Hohoho! Cuma tak tahan tu dia tengok cermin mata gua dengan wajah yang macam minta kaki gua bertapak jer dekat muka dia! Hahahaha! Ada ke patut dia geleng kepala sambil senyum tengok keadaan cermin mata gua dan memandang rakan dia di sebelah seolah - olah meminta rakan dia turut sama menyokong apa yang dia buat. Hahahaha!


Gambar Hiasan


Nasib emosi gua tenang dan gembira jer hari ini jadi gua tak ada rasa nak marah pun! Gua dengar bunyi salotip cermin mata gua dibuka. Hahahaha! Lepas tu gua tengok - tengok cermin mata dalam bekas kaca tu! Walaweh! Beratus - ratus! Semua RM230 keatas! Ini cermin mata berjenama nih! Patutlah! Akhirnya cermin mata gua siap tanpa perlu bayar apa - apa! Terima kasih abang Opto! Sekarang gua kembali menjadi manusia normal kerana mampu melihat pemandangan di hadapan dengan tenang dan gembira. Alhamdulilah!

P/S : Mak Gua Suruh Gua Buat Cermin Mata Baru Juga Lepas Nih! Gua Okay Jer Sebab Mak Gua Yang Nak Belanja! Yehaaaaaaaa!!

Kembali Menjadi Si 'Buta'

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua baru perasan satu benda yang bila gua - gua fikir balik ada kebenarannya. Ramai kawan - kawan gua kata gua pandai jaga barang. Gua tak tahu lah itu betul - betul pujian atau sebaliknya tetapi gua percaya sebab barang - barang gua memang lambat nak rosak tetapi yang buat gua sedih bila benda - benda nih rosak mesti mereka akan rosak serentak atau senang cakap pada bulan yang sama. Macam laptop gua nih bila dah nak masuk usia 5 tahun barulah ada masalah - masalah kecil yang berlaku tetapi masih gagah digunakan.


 Perlu Beli Jeans Baru Nih!


Seluar jeans gua pun yang berusia 5 tahun pun elok jer gua guna walaupun gua selalu pakai tetapi lepas pakai mesti gua akan basuh(ada orang seluar jeans sebulan sekali baru basuh!). Baru - baru ni tiba -tiba seluar jeans kesayangan gua terkoyak dekat lutut pula! Hahahaha! Gua tak buang sebab mana tahu nanti reunion tiba - tiba diorang kasi tema Rock Kapak ker apa memang gua rembat pakai seluar jeans tu lah! Hehehehe!


Gambar Tak Ada Kena Mengena Dengan Entry


Sekarang yang memberi gua satu lagi masalah ialah cermin mata gua yang berusia 4 tahun setengah ini! Tiba - tiba saja cermin sebelah kanan gua 'luruh' daripada bingkai cermin mata secara tiba - tiba. Walaweh! Gua rimas lah tak ada cermin mata! Macam mana nak online dengan tengok televisyen! Fikir punya fikir akhirnya gua guna salotip dan lekatkan balik cermin tu dekat bingkai! Walaweh! Gua rasa macam lawak pun ada bila tengok cermin mata gua bersalotip nih! Hahahaha!


Harap - Harap Cermin Mata Lama Dapat Diselematkan!


Jadi, esok gua mungkin akan pergi kedai Optometrist untuk bertanya adakah cermin mata gua nih masih mampu diselamatkan atau adakah gua perlu membuat cermin mata baru? Gua harap masih mampu diselamatkan! Kalau tidak habis duit dalam tabung nak buat cermin mata baru! Sob Sob Sob!

P/S : Sebelum Cermin Mata Gua 'Sakit', Gua Sedang Berangan - Angan Nak Borong Makanan Dekat Pasar Malam Dan Akhirnya Ia Memang Menjadi Sekadar Angan - Angan! Sob Sob Sob!


Jumaat, 22 Julai 2011

Pisang Dah Dapat Percuma Tetapi....

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang disayangi sekalian. Kadang - kadang apabila kaum muslimin pergi ke masjid menunaikan solat jumaat maka kadang - kadang kita pasti akan terlihat beberapa tandan pisang yang diletakkan di tepi dinding masjid. Itu maksudnya adalah insan - insan Allah yang bermurah hati mengadakan kenduri atau bernazar dengan menderma pisang untuk para jemaah di masjid tersebut.




Alhamdulillah atas rezeki yang diberi. Tetapi, aku berasa sangat kecewa dengan sikap beberapa insan yang aku lihat tidak membuang kulit pisang di tempat yang sepatutnya. Makan di atas motosikal atau kereta masing - masing kemudian kulit pisang dicampak sesuka hati di atas perkarangan masjid tanpa langsung ada perasaan malu atau bersalah. Lebih mengecewakan insan - insan terbabit sudah berumur dan di dalam lingkungan 40 tahun ke atas. Adakah ini contoh terbaik yang mahu ditunjukkan kepada insan - insan lain terutamanya kanak - kanak yang bersolat di tempat yang sama?




Apalah salahnya jika kulit pisang itu dibuang di dalam tong sampah atau pun tahan seketika nafsu untuk makan dan makan lah di rumah kerana pasti anda tidak akan membuang kulit pisang sesuka hati di rumah sendiri. Sangat menyedihkan apabila di dalam masjid kita menjadi insan yang baik tetapi apabila melangkah sahaja keluar dari pintu masjid maka sikap kita terus berlawanan dengan sikap sebentar tadi.

P/S : Aku Lebih Suka Jika  Bapa - Bapa Yang Datang Bersama Anak - Anak Kecil Mereka Ke Masjid Melaksanakan Tanggungjawab Iaitu Dengan Memastikan Mereka Sentiasa Ada Disebelah Anda Supaya Senang Untuk Dipantau Dan Tidak Menggangu Jemaah Lain! (^_^)Y

Sms Dari Ikan Paus

 Paus Nih Ker Sms Aku Tadi?

Whale : (miscall)

Jejaka Kacak : Nih saper yer?

Whale : Owang....

Jejaka Kacak : .......(ada ker ikan paus hantar sms????)

Whale : Nie adix ika kn,....?

Jejaka Kacak : Sorry! Salah nombor! Bye! (geli plak baca perkataan ada huruf X nih!)

Whale : Hup....abeh 2 nie spe?

Jejaka Kacak : Sorry! Saya lelaki nih! Bye!

Whale :  Xpe la..,law laki blej jdi mmbe...

Jejaka Kacak : Boy ke girl ni?

Whale : Mne2 jew..

Jejaka Kacak : ........(Bye! Bye! Bye!)


.................... = Tidak Membalas SMS


P/S :Alangkah Indahnya Jika Nombor Telefon Boleh Spam Macam Email!!