Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Apa khabar korang semua yang sedang membaca? Diharap sihat senantiasa hendaknya! Walaweh!
Gila formal bahasa gua! Hahahaha! Okaylah! Mesti korang semua dah tahu tentang
kisah Ramli Manchenster United nih kan? Aku pun baru tahu hari Rabu hari tu tetapi hari nih baru aku ada masa nak memberi pendapat aku mengenai video nih.
Seronok Lah Ramli! Hohoho!
Apa aku boleh cakap
aku sukakan iklan ini sebab tidak mustahil suatu hari nanti akan ada pemain Malaysia yang beraksi bersama
Manchester United atau mana - mana kelab yang hebat di
EPL melihatkan kepada prestasi pemain - pemain Malaysia sekarang yang semakin mendapat perhatian kelab - kelab luar. Ada ramai juga yang memberi reaksi negatif atau berpandangan skeptikal dengan iklan ini dengan ayat - ayat seperti
Angan - Angan Mat Jenin, Ukur Baju Di Badan Sendiri serta pelbagai lagi ayat yang langsung tidak membina.
Kemudian berlakulah pula peperangan dimana orang yang bersetuju mula menasihatkan si pemikir negatif ini supaya jangan terlalu merendah - rendahkan orang lain dan begitulah sebaliknya. Bagi aku
abaikan sahaja manusia - manusia sebegitu kerana tiada gunanya
mencurahkan air ke daun keladi. Biasalah tu manusia sekarang lebih suka menjatuhkan daripada membangunkan. Kadang - kadang tu di dalam satu - satu perkara terdapat
10 perkara positif dan 1 perkara negatif namun apa yang mereka nampak sangat ialah
1 perkara negatif itu namun mereka tutup mata dan hati mereka pada 10 perkara positif yang lain. Memang ramai manusia macam tu dan golongan ini sememangnya tidak perlu dilayan kerana sangat membuang masa. Daripada zaman yang wujudnya ayat seperti
"Nak buat jarum pun tak tahu!" kemudian beralih pula kepada
"Boleh kah buat kereta? Tayar guna apa? Guna kaki sendiri?" sehingga pelbagai lagi ayat - ayat yang wujud pada setiap era dan zaman yang langsung tidak membina namun akhirnya mereka sendiri
akan duduk diam sambil dihimpit rasa malu apabila perkara yang sebelum ini mereka hina akhirnya terpaksa digunakan oleh mereka sendiri sepanjang kehidupan mereka.
Aku lebih suka bermain dengan angka di mana aku membayangkan video ini
ditonton oleh 10 ribu kanak - kanak dan 50% daripada kanak - kanak itu tertarik untuk menonton video itu sehingga habis. Kemudian
1/2 daripada 50% kanak - kanak tersebut pula bersemangat untuk sama - sama mengikuti jejak langkah Ramli dan kemudian mulai berlatih bermain bola sepak setiap hari. Kemungkinan besar
1/10 daripada jumlah kanak - kanak tersebut akan kekal bermain bola sepak sehingga berjaya dan lihat sendiri berapa jumlah pemain yang berjaya dihasilkan? Jika diikutkan congakan rambang ini dalam
250 orang dan daripada 250 orang ini mungkin ada
50 orang yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemain bola sepak dan bukankah bagus jika semakin ramai pemain baru berkaliber berjaya dilahirkan untuk bermain dengan pasukan negara.
Garang Betul Ayah Ramli!
Aku juga suka dengan permulaan iklan ini di mana bapa Ramli berkata,"Anak jiran sebelah skor 9A tau!" dalam keadaan marah - marah. Aku tak nafikan pelajaran memang penting cuma ia satu sindiran sinis yang bagus kepada ibu bapa sekarang yang terlampau mementingkan akademik semata - mata sedangkan bakat anak - anak mereka lebih ke arah bukan akademik. Apa - apapun, aku sangat menyukai iklan daripada pihak TM ini dan ini adalah salah satu iklan yang bagus sebagai pemberi semangat kepada kanak - kanak mahu pun remaja yang meminati bidang sukan. Majulah sukan untuk negara!
P/S : Ramli Dari Malaysia Menjaringkan Gol Pertama Manchester United! (^_^)Y