Isnin, 28 November 2011

Majlis Khatan Perdana

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Baiklah! Hari nih Hans Cullen nak berkongsi sedikit kisah tentang pengalaman melihat kanak - kanak lelaki menghadapi zaman gemilangnya iaitu di majlis khatan mereka. Tadi, Hans Cullen berkesempatan melihat beberapa aksi dan gelagat kanak - kanak seramai 190 orang yang menjalani proses berkhatan beramai - ramai dengan seorang tok mudim di Majlis Khatan Perdana yang berlangsung di Sungai Limau, Yan, Kedah.




Walaweh! Memandangkan yang menyunatkan mereka ialah Tok Mudim maka sememangnya sebilangan kanak - kanak lelaki ini berasa ngeri barangkali lalu terjadi lah beberapa aksi yang mungkin lucu pada pandangan lelaki dewasa seperti Hans Cullen tetapi ngeri pada kanak - kanak ini. Ada yang menangis dan meraung sekuat - kuat hati hingga membuatkan gua ketawa geli hati kerana mereka berasa terlalu takut padahal tak ada apa - apapun sebenarnya. Gua rasa kasihan pun ada tetapi bukannya kasihan pada kanak - kanak yang meraung - raung itu tetapi pada kanak - kanak yang akan berkhatan selepas proses mengkhatankan budak yang meraung - raung tadi selesai.


Ngeri Tak? Hehehehe! - Gambar Hiasan


Kalau gua jadi budak - budak tu pun mesti gua cuak punya! Mahu tak nya! Meraung - raung serupa kena seksa di dalam filem Chainsaw lagaknya mestilah kalau budak tu hati kering pun boleh jadi gemuruh dibuatnya kan. Muahahahaha(Gelak Jahat)!! Apa - apapun, gua kagum gila dengan Tok Mudim tersebut sebab beliau seorang sahaja yang diamanahkan untuk 'membelasah' kanak - kanak seramai 190 orang tersebut. Memang hebat lah Tok Mudim! Hehehehe!


Mandi Sebelum Berkhatan - Gambar Hiasan


Hah! Kenapa gua membahasakan diri gua Hans Cullen pula hari ini? Kehkehkeh! Ini disebabkan muka gua hari ini kelihatan pucat seperti watak tersebut padahal gua tak demam ke apa ker! Gua okay jer tapi habis senior - senior tempat kerja gua tegur gua tanya gua nih tak sihat ker demam ke! Hahahaha! Bibir pucat gua dah kembali menghantui diri gua hari ini! Harap - harap esok bibir gua okay lah! Amin! Okay lah! Gua nak makan cekodok kejap! Assalammualaikum!


P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


Sabtu, 26 November 2011

Penangan Lagu Cinta Muka Buku

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Wah! Melihat pada tajuk nampak macam gua anti dekat Najwa Latif pula kan. Hahaha! Jika anda berfikiran sedemikian maka anda salah kerana gua ini bukannya anti mahu pun meminati beliau. Senang cakap gua layan jer lagu tersebut tetapi nak kata gua minat sangat pun tak dan nak kata gua tak minat pun tak. Kira gua setakat dengar jer lah. Apa - apapun, tahniah pada beliau kerana layak ke peringkat akhir Juara Lagu yer.


Najwa Latif


Kisahnya macam nih! Sebelum nih kan gua ada bagitahu dua orang anak sepupu gua tinggal sekejap dekat rumah gua bersama dengan keluarga gua. Jadi, setiap hari dua - dua cinonet(budak kecik la maksudnya tu) nih asyik - asyik menyanyi lagu tu jer. Gua nih dah naik jemu dah dengar tambah - tambah budak - budak nih asyik dok ulang rangkap yang sama jer memanjang. Hahahaha! Jadi awal - awal pagi tadi kami sekeluarga bertolak lah ke Perak sebab ada kenduri keluarga abang ipar gua. Alih - alih radio Hot Fm memutarkan lagu Cinta Muka Buku pada ketika itu. Maka berlakulah dialog yang telah diubah agar kelihatan ganas dan brutal apabila dibaca.....

Mak Gua : Walawehhhh!! Gua tak boleh blah betul lah derrr!!! Gua cemuih sungguh lah! Cemuih!
(*Cemuih = Jemu)

Gua : Kenapa der? Tiba - tiba jer cemuih nih? Cuba cerita sama gua kenapa lu berperasaan sebegini rupa?

Mak Gua : Gua bukan apa lah derr!! Lu dengar sendiri lah radio nih! Lagu yang gua tak suka dengaq nih juga dipasangnya! Haihhh!! Nih gua panas nih!! Gua rasa macam nak hempuk jer deejay - deejay nih!

Gua : Walawehhh!! Relax derr! Cool beb! Jangan panas - panas maaa!! Cuba cerita sama gua kenapa lu rasa bengang sampai tahap nih?

Mak Gua : Sebabnya gua letih lah dengar lagu nih setiap masa. Budak 2 orang tu setiap jam asyik nyanyi lagu nih jer! Dari gua suka sampai gua tak suka bro! Cemuih! Mana boleh tahan setiap masa dengar lagu nih jer!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Gua : Muahahahahahaha!!

Tamat sudah dialog yang diolah menjadi sedikit ganas sebegitu. Bagi orang tua mungkin kelihatan ganas lah kan! Ekekeke! Kemudian, nak dijadikan cerita waktu nak balik pula sepanjang perjalanan tu jalan raya sesak sebanyak 3 kali. Kalau tak dalam sejam lebih jer dah boleh sampai tapi sebentar tadi nak dekat 3 jam lebih juga lah baru sampai rumah. Memang penat gila dan sewaktu dalam kesesakan tersebut tiba - tiba terdengar di corong radio.....

Radio : Kitaaaaa Berkenalannn Hanya Dalam Laman Muka Bukuu...

Mak Gua : .........(Geleng Kepala)

Gua : ..........(Tarik Nafas Dan Hembus Perlahan - Lahan)

Radio : Kau Hantar Pesan Dan Suruh Aku Terima Kamu....oooo...oohhhh....




#TAMAT#



P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


Siapa Yang Cipta Tali Pinggang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Walaweh! Perkara nih terjadi pada minggu lepas sebenarnya tetapi kerana kesibukan yang agak ketara sekarang jadi baru minggu nih dapat gua berkongsi tentang hal ini dengan anda semua.


Siapa Pencipta Tali Pinggang?


Siapa pencipta tali pinggang ye? Anda ada jawapan? Jika ada sila berkongsi dengan gua tanpa malu - malu yer! Alkisahnya begini! Gua baru perasan apabila melihat tali pinggang gua yang ada sebelum ini seperti tidak masuk dengan beberapa pakaian kemeja dan seluar slack gua. Jadi, pada hari Rabu minggu lepas gua telah mengambil keputusan untuk menambah koleksi tali pinggang, seluar slack dan kemeja gua yang sememangnya agak kurang kerana di zaman dahulu gua tidak meminati pakaian formal ini.




Selalunya tali pinggang nih gua beli jenis yang murah - murah jer lah cuma kali ini selera gua untuk merasa memakai tali pinggang yang sedikit berjenama dan mahal agak tinggi. Jadi, gua beli jer lah tali pinggang yang gua pakai sekarang nih. Maka pada hari kejadian sememangnya gua yang sememangnya jejaka idaman Lisa Surihans yang sedia kacak menjadi bertambah kacak dengan set persalinan yang segala - galanya baru. Hahahahaha! Jadi, tak ada apa - apa lah sangat kan sampai lah gua balik ke rumah! Apa yang terjadi? Bersambung?


Eh? Kenapa Tak Boleh Buka Nih?


Okay! Gua pun nak menanggalkan lah seluar gua sebab nak mengemas diri kan! Penat berpanas lah bersejuk lah! Alih - alih....kenapakah? Kenapa dengan tali pinggang nih? Asal tak boleh buka? Walawehhhh!! Masalah besar nih! Gua dah buat bermacam - macam dah masih juga tak boleh buka. Tali pinggang nih jenis kena tarik keluar dan bukannya jenis ada lubang tu jadi gua dah panik! Kawan - kawan gua bagi idea yang 'sangat bijak' iaitu dengan menggunting tali pinggang tu. Gila kah? Gua beli mahal - mahal dan baru pakai sehari memang gila lah kalau gua ikut nasihat mereka tu. Hahahaha!


Gunting?


Ditakdirkan sejak bertukar bahagian dan sememangnya sibuk sehingga kadang - kadang tak sempat makan membuatkan berat badan sedikit menyusut dan selepas bersusah payah mengempiskan perut, mengherotkan pinggang ke kiri kanan dan akhirnya dapatlah jua gua mengeluarkan seluar bersama tali pinggang tersebut dari tubuh gua. Kehkehkeh! Akhirnya selepas berbagai - bagai cara sehingga menggunakan pisau marjerin dapat juga gua buka tali pinggang yang masih berada pada seluar yang telah gua tanggalkan dengan bersusah payah tu. Memang kelakar gila lah situasinya! Sekarang dah okay dah dengan tali pinggang tersebut cuma waktu mula - mula pakai jer ada masalah! Nasib gua seorang jer dekat rumah waktu tu! Kalau ada keluarga ker orang lain ker memang malu sudah! Beli tali pinggang mahal - mahal tapi nak buka tak reti! Apa lah lu nih Hans! Kahkahkahkahkah! Apa - apapun, gua masih nak tahu siapakah insan yang mencipta tali pinggang? Terima kasih kerana alat tersebut menambah kekacakan gua! Hehehehe!


P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


Jumaat, 25 November 2011

Tak Tahan Menahan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sihat? Gua rasa kalau tengah sakit pun tetapi kalau dah namanya hari minggu mesti sihat balik punyalah kan? Hehehehe! Baiklah! Baru - baru nih gua ada keluar mengikut pekerja senior menyiapkan tugasan dekat satu tempat nih. Pada hari tersebut hujan tak henti - henti dari pagi sampai lah ke malam. Tak kisah lah berkenaan hujan tu kan. Sejuk seronok! Hohoho!


Ada Nampak Macam Sengsara Tahan Kencing Tak? Hahaha!


Cuma nak dijadikan cerita dalam 15 minit selepas sampai dekat sebuah rumah iaitu lokasi tugasan gua tu tiba - tiba sahaja gua rasa nak terkucil! Mak aihhhhhhh!!! Gua tahan jer lah kan tetapi..Adoiiiiiiiiiiiii!!! Lamanya tugasan nih nak habis! Gua nak pinjam tandas dekat rumah tu pun gua rasa macam segan gila sebab itu rumah orang - orang besar kan! Jadi, kesimpulannya gua cuba menahan jer lah perasaan nak membuang air kecil tu dengan memikirkan doraemon ker digimon ke apa - apapun lah! Tiba - tiba tuan rumah menghidangkan pula air manis yang diletakkan ais untuk gua dan yang lain! OMK(Oh Mak Kau!)!!! Sudahlah rumah tu di pasang penghawa dingin! Di luar rumah pula hujan dengan angin yang sepoi - sepoi bahasa! Dihidang pula air berais nih! Sob Sob Sob!!!


Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


Ikut gua memang gua nak buat tak nampak jer air tu tetapi memandangkan kedua - dua tuan rumah asyik suruh gua minum dan pekerja senior pun suruh gua minum maka nak tak nak gua minum lah sedikit. Tengah gua minum tu tiba - tiba,"Eh, sedap juga air nih!" Maka gua pun terminum lebih sedikit dan sedang gua leka minum air tu tiba - tiba baru gua teringat berkenaan perasaan gua nak membuang air kecil sebentar tadi! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Gila lah! Akhirnya gua terus membatukan diri sehingga sekembalinya gua ke tempat kerja! Memang gua tak cakap sepatah pun sebab gua tengah fokus menahan kan! Hahahaha! Sampai - sampai jer dekat pejabat terus gua menyerbu tandas dan alhamdulillah! Syukur sangat - sangat kerana seksa gua menahan satu perbuatan yang tak tahan nak menahan berjaya dilakukan dengan jayanya. Lega!!!


Gambar Nih Kelakar! Hahaha!


P/S : Seksa Gila Emosi Bila Tahan Kencing Nih! (^_^)Y


Review Filem Misteri Jalan Lama






P/S : Klik Gambar Di Atas Dan Bantu Hans (^_^)Y


Khamis, 24 November 2011

Memberi Apa Yang Orang Lain Mahu Atau Memberi Apa Yang Orang Lain Perlukan

Memberi Apa Yang Orang Lain Mahu dan Memberi Apa Yang Orang Lain Perlukan sememangnya merupakan dua ayat yang kelihatannya seperti seakan - akan sama tetapi sebenarnya lain maksudnya dan lain kesannya. Kedua - dua ayat tersebut boleh dibuat perbandingannya melalui contoh seperti di bawah.
Memberi Apa Yang Orang Lain Mahu -> Contohnya seperti kanak - kanak yang sering mahukan aiskrim atau gula - gula dan kemudian ibu bapa mereka akan memenuhi permintaan kanak - kanak tersebut. Memang kanak - kanak tersebut gembira tetapi kesannya selepas itu mungkin gigi mereka akan rosak atau ada penyakit lain seperti kencing manis yang akan menghantui hidup mereka seumur hidup.



Memberi Apa Yang Orang Lain Perlukan -> Contohnya seperti ubat dimana kebanyakkan kanak - kanak tidak suka untuk makan atau minum ubat yang diberikan kepada mereka kerana menganggap ubat itu pahit atau seperti racun sehingga kadang - kadang perlu dipaksa tetapi sebenarnya ubat itu ialah salah satu cara dan keperluan untuk membuatkan mereka kembali sihat(dengan kuasa Allah).

Sememangnya manusia pada hari ini lebih suka mengamalkan konsep Memberi Apa Yang Orang Lain Mahu berbanding dengan konsep Memberi Apa Yang Orang Lain Perlukan. Memang konsep Memberi Apa Yang Orang Lain Mahu ini menunjukkan kesan yang lebih awal dan cepat dan kelihatannya seperti positif tetapi hakikatnya ia hanyalah sementara kerana kesan jangka panjang dari amalan konsep ini bakal membawa bencana yang cukup besar yang apabila terjadi mungkin tidak sempat untuk seseorang itu berpatah balik untuk membetulkannya.




Lain pula dengan konsep Memberi Apa Yang Orang Lain Perlukan dimana hampir kebanyakkannya akan menentang kerana mereka tidak sukakan perkara itu walaupun sebenarnya ia membawa 1000 kali kebaikan kepada mereka. Namun, manusia kebanyakkannya lebih sukakan jalan pintas untuk mengecapai kebahagiaan yang mereka ingatkan berpanjangan tetapi sebenarnya cuma sementara. Untuk mengecapi sesuatu perkara yang positif atau kejayaan maka konsep Memberi Apa Yang Orang Lain Perlukan perlu diamalkan. Renung - renung kan!


P/S : Klik Gambar Di Atas Dan Bantu Hans (^_^)Y


Rabu, 23 November 2011

Hans Nak Minta Tolong Kepada Semua Pembaca Dan Pengunjung Blog Ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera gua ucapkan! Memandangkan minggu nih gua sangat sibuk ditambah banjir yang bakal melanda negeri gua dalam minggu - minggu akan datang nih maka gua sekali lagi nak minta tolong kepada semua pembaca atau pengunjung blog ini agar sudi - sudi lah bantu gua di dalam contest yang gua sertai iaitu dengan klik gambar di bawah ini dan kemudian harap - harap sudi lah tinggal kan komen, like entry tersebut, tweet entry tersebut dan share entry tersebut di blog atau facebook anda semua.





Gua nak ucap berbanyak - banyak terima kasih kepada sesiapa yang sudah like, komen, tweet dan share entry ini. Gua juga sangat gembira kerana banyak komen positif yang gua baca menyukai entry tersebut. Terima kasih kepada semua dan kepada sesiapa yang belum dan merasakan entry gua ini menghiburkan anda maka klik pada gambar poster tersebut dan kemudian silalah komen, like entry tersebut, tweet entry tersebut dan share entry tersebut di blog atau facebook anda semua ya. Terima kasih!


P/S : Terima Kasih Sangat - Sangat Pada Semua! (^_^)Y


Isnin, 21 November 2011

Malaysia VS Indonesia Final Sukan Sea 2011 - Malaysia Menang

Perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 yang amat dinanti - nanti oleh peminat bola sepak Malaysia kerana sekali lagi pasukan Malaysia melangkah ke pusingan akhir dan kali ini akan bertemu dengan pasukan tuan rumah iaitu Indonesia. Pertembungan kali kedua di antara Malaysia vs Indonesia ini akan berlansung di Stadium Gelora Bung Karno tepat jam 8.00pm pada Isnin 21/11/2011 iaitu hari ini.




Malaysia nampaknya menghadapi saat getir malam ini kerana 5 tonggak utama yang menjadi harapan dan kekuatan negara sebelum ini iaitu Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari, Irfan Fazail, Fandi Othman dan Wan Zaharul Nizam yang kemungkinan tidak dapat beraksi pada malam ini kerana kecederaan dan tahap kecergasan yang rendah. Jadi, barisan pertahanan Malaysia iaitu Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli dan Asrarudin harus lebih fokus dan bekerja keras malam ini untuk membantu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat serta mengekang asakan pemain - pemain dari Indonesia.




Jika keputusan pada peringkat kumpulan menyebelahi pasukan Malaysia dengan jaringan 1 berbalas 0 maka bagaimana pula dengan keputusan hari ini. Sama - sama lah mendoakan agar pasukan bola sepak harimau muda sekali lagi berjaya membuat kejutan dengan memenangi perlawanan ini. Semoga berjaya Malaysia! Perlawanan boleh disaksikan di RTM pada pukul 8.20 malam ini!




Keputusan Akhir :-
Malaysia 1 - Indonesia1
( Malaysia Menang Sepakan Penalti 4-3 )


P/S : Terima Kasih Khairul Fahmi Che Mat Dan Asarudin! Barisan Pertahanan Dan Semua Pemain Malaysia! Anda Semua Wira Negara! (^_^)Y


Jumaat, 18 November 2011

Tersalah Panggil Nama

Pernah tak anda mengalami satu peristiwa atau kejadian dimana anda dengan yakinnya memanggil nama panggil orang tersebut berhari - hari tetapi sebenarnya nama yang anda panggil itu bukan nama orang tersebut tetapi orang lain. Paling melucukan apabila walaupun nama orang yang anda panggil itu salah tetapi orang tersebut tetap melayan anda seperti itu namanya yang sebenar tanpa mahu memberitahu bahawa sebenarnya anda tersalah panggil. Adakah anda pernah merasai kejadian seumpana ini? Hahahaha!


Waduh - Waduh! Bila Jadi Orang Seberang Kok? Hahaha!


Pada minggu ini aku telah mengalami 2 peristiwa berkenaan tersalah panggil nama si empunya diri tetapi hanya 1 peristiwa yang ada hubung kait dengan tajuk ini manakala yang satu lagi pula tidak berkaitan namun aku bermurah hati untuk berkongsi disini dengan anda. Hehehe! Di bahagian kerja aku yang baru terdapat seorang wanita ini bernama Siti manakala seorang lagi bernama Ani. Kedua - duanya mempunyai jawatan yang lebih kurang sama tetapi sedikit berbeza. Sebagai contoh katakan Kak Ani dan Kak Siti ini berkerja di kedai makan di mana kedua - duanya mempunya kedai tetapi seorang menjual nasi dan seorang lagi menjual air. Jadi, kesilapan aku disini ialah aku memanggil Kak Siti itu sebagai Kak Ani selama 4 hari berturut - turut dengan yakin dan pasti sekali manakala Kak Siti cuma mengiyakan sahaja tanpa ada riak wajah menentang panggilan itu atau pun memberi apa - apa tanda bahawa panggilan yang aku berikan padanya salah. Hingga lah pada hari keempat itu aku tersedar bahawa selama ini panggilan nama yang aku beri padanya itu memang salah dan boleh anda bayangkan tak apa perasaan aku sewaktu mengetahui selama ini aku tersilap memanggil namanya? Rasa malu gila! Rasa kelakar pun ada! Hahahaha! Jadi, untuk mengubah nama panggilan itu memang agak kelakar lah kan sebab selama nih dengan yakin dan suara yang kuat sahaja menyebut nama kakak tersebut. Jalan selamat cuma buat - buat seperti biasa dan memanggil namanya yang betul. Hehehehe!! Patutlah supervisor aku yang pernah bekerja disitu suatu masa dahulu pelik apabila aku menyebut nama Kak Siti tu sebagai Kak Ani. Hohohoho!


Maluuuuuuuuu!!!! Hahahaha!


Kisah kedua pula yang tidak berkaitan dengan tajuk entri ini ialah berkenaan nama wakil supervisor aku sendiri. Memandangkan beliau adalah wakil dari supervisor aku yang betul jadi secara jujurnya aku langsung tidak mengenali beliau atau melihat wajahnya langsung. Cuma mendapat panggilan telefon dan aku yang sedikit pernah dengan kerja kurang menangkap nama yang disebutkan oleh beliau. Apa yang aku dengar seperti Zabidi atau Zubaidi. Jadi, apabila supervisor di tempat kerja aku yang sebenarnya merupakan kawan sekelas dan baik dengan wakil supervisor aku itu bertanya siapakah nama supervisor aku maka aku pun dengan separuh keyakinan berkata,"Saya tak pasti tapi tak silap namanya Zabidi ker Zubaidi! Macam tu lah!" Alih - alih nama sebenarnya beliau ialah Faizal! Lebih kurang tak namanya? Hahahahaha!! Patutlah tak ada siapa pun kenal sebab nama yang aku cakapkan tu salah padahal waktu beliau masuk sahaja ke bahagian pejabat hampir 70 peratus mengenali beliau. Seperti biasa untuk menyelamatkan diri daripada dilanda malu besar maka berlakon seperti tiada apa - apa yang berlaku. Hahahahaha!
Kesimpulannya, sila pastikan nama seseorang tersebut ialah sama seperti mana nama yang tercatat di dalam kad pengenalannya jika anda tidak mahu mengalami perasaan malu yang besar seperti aku! Hehehehe! Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : (^_^)Y


Keputusan Perlawanan Akhir Kumpulan A Sukan Sea 2011 : Malaysia Vs Indonesia



Pertembungan diantara sang Harimau Muda menentang Sang Garuda di Stadium Gelora Bong Karno pada jam 8.00 malam tadi bersamaan waktu Malaysia pada 17/11/2011 berlangsung dengan cukup hebat dan penuh dengan aksi serang menyerang yang memang mendebarkan.

Keputusan memihak kepada pasukan Malaysia dengan kemenangan 1 berbalas 0 oleh pihak Indonesia dan ini menjadikan Malaysia selaku juara kumpulan A dan menghalang Singapura daripada menyertai Indonesia ke pusingan separuh akhir. Kemenangan bermakna hasil jaringan tunggal Shahrul Azwari pada separuh masa pertama ini juga menyebabkan Malaysia berjaya mengelak untuk bertemu juara kumpulan B iaitu pasukan Vietnam.




Malaysia akan bertemu pasukan Myanmar pada peringkat separuh akhir manakala Indonesia akan bertemu pasukan Vietnam. Jadi, tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menampilkan permainan yang amat menarik dan berkualiti. Semoga pusingan separuh akhir nanti juga akan memihak kepada pasukan Malaysia. Tahniah Malaysia!



Malaysia 1 - 0 Indonesia


P/S : Meriah Dunia Twitter Sebentar Tadi! Hahaha! (^_^)Y


Khamis, 17 November 2011

Review Filem Aku Bukan Tomboy



P/S : Esok Update Lain Pada Kisah Hari Ini! Rehat Dulu! (^_^)Y


Selasa, 15 November 2011

Semakin Selesa Dan Menggembirakan

Dunia baru yang bermula sedikit perlahan dan kini berada di landasan yang positif. Harap sinar kebahagiaan ini berkekalan supaya prestasi dan emosi sewaktu bekerja dapat memberi impak yang baik pada hasilnya nanti. Esok merupakan pagi yang mendebarkan kerana akan berjumpa dengan seseorang yang langsung tidak aku kenali dan sedikit sebanyak menentukan peratusan markah aku ketika menjalankan latihan amali ini.




Doakan kejayaan dan kegembiraan aku seperti hari ini berkekalan sentiasa. Amin! Mungkin dalam seminggu dua ini kurang waktu untuk meninggalkan coretan yang selalunya karut disini namun diwaktu cuti insyaallah semuanya akan berjalan seperti biasa. Semoga berjumpa lagi! Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : ......................... (^_^)Y


Ahad, 13 November 2011

Kenapa Mulut Tu Berat Sangat? Ada Batu Ker? Ada Emas Ker?

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Entry ini gua taip sebab gua nak kritik diri gua sendiri. Haih! Hari ini gua berpindah ke bahagian lain mengikut jadual yang telah ditetapkan sepanjang gua praktikal nih. Jadi, hari pertama gua di bahagian yang baru dan gua sedaya upaya lah buat sehabis baik. Bahagian baru ini seronok! Banyak tugasan luar! Kira penat - penat pun masih terhibur dan menggembirakan. Cuma gua tak tahu nak borak apa dengan abang - abang senior tu! Entah! Mulut gua berat gila! Apa kena dengan kau nih Hans? Adoiiii!! Gua banyak mendengar daripada bercakap! Kadang - kadang tu gua diam jer! Haihhhh!! Nampaknya esok gua kena lebih berani untuk cuba beramah mesra la jawabnya.




Satu jer yang gua rasa agak bagus sekarang ialah gua senang senyum atau ketawa tetapi masalahnya pula gua jarang nak bercakap. Maklumlah jenis gua nih kena ada orang yang rajin bercakap baru gua ikut sama rajin bercakap. Tetapi, apa yang gua perasan gua lebih senang bercakap dengan pakcik - pakcik yang dah tua atau dengan makcik dan kakak - kakak dekat tempat kerja. Gua rasa gua dengan orang tua lebih ngam kut dari segi komunikasi! Hahahaha! Apa - apapun, hari ini abang senior belanja makan dan gua lupa nak ucap terima kasih! Esok lah gua ucap terima kasih! Jadi, doakan gua agar esok lebih menggembirakan dan gua lebih banyak bercakap dan mereka pun banyak bercakap dengan gua. Penat betul hari ini sebab banyak tempat gua pergi. Jadi, assalammualaikum! Doakan perjalanan hidup dan kerja gua berjalan sempurna dan baik ya. Amin!


P/S : Gua Jenis Individu Yang Perlu Masa Untuk Beramah Mesra Dengan Orang! (^_^)Y


Sabtu, 12 November 2011

Kisah Seram : Tadi Aku Pergi Tandas Dengan Siapa?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua kecewa sebab kedai yang jual nasi dekat rumah gua tutup pula hari ini. Jadi, kerana kekecewaan gua nih maka gua nak berkongsi sebuah kisah seram pada semua pembaca. Kisah ini adalah kisah benar(telah ditokok tambah serba sedikit) yang merupakan pengalaman seorang kawan perempuan sendiri. Jadi, selamat menikmatinya!




Tadi Aku Pergi Tandas Dengan Siapa?


Perut Ainor(bukan nama sebenar) tiba - tiba memulas - mulas di waktu tengah malam yang cukup sunyi dan hening. Ainor cuba menahan sakit perutnya itu kerana keberaniannya adalah di tahap yang paling rendah buat masa ini. Segala kisah - kisah seram atau mistik berkaitan hantu tiba - tiba sahaja datang menyinggah ke akal fikirannya membuatkan Ainor cuba menahan sebaik mungkin sakit perutnya itu. Malangnya tidak sampai 10 minit sakit perut si Ainor ini datang kembali jadi Ainor terpaksa pergi ke tandas dengan segera.




Ainor keluar dari bilik asramanya untuk ke tandas tetapi memandangkan sepanjang koridor terlalu sunyi berikutan jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 3 pagi maka Ainor berpatah balik dan cuba mengajak 2 orang rakan baiknya iaitu Yati dan Umai untuk menamaninya ke tandas. Ainor bersusah payah mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak di atas tilam yang empuk. Mereka bangun dan bertanya kepada Ainor :-

Yati : Alahhhhhh!! Kacau lah aku nak tidur! Kau nak apa?

Ainor : Teman aku kejap pergi tandas! Tolong! Sakit perut sangat nih!

Umai : Esok - esok jer lah kau berak Ainor! Aku mengantuk nih! Selamat malam!

Ainor : Cis! Bangun lah weh! Hari tu aku teman korang! Malam nih korang pula lah teman aku!

Yati : Hah! Mengungkit! Mengungkit!

Ainor : Tak kisah lah ungkit ker tak! Janji korang dua kena teman aku pergi tandas! Sekaranggggg!! Aku dah tak tahan dah nihh!!

Umai : Yer lahhhhhhhh!!




Mereka bertiga pun pergi lah ke tandas dengan segera! Ainor masuk ke dalam bilik air manakala Yati dan Umai menunggu dia di luar bilik air di dalam tandas itu.

Ainor : Korang berdua tunggu aku tau! Jangan balik bilik pula! Nanti putus kawan!(jerit Ainor dari dalam bilik air)


Namun, tiada langsung sahutan balas daripada Yati mahu pun Umai. Ainor mula takut dan sedikit marah kerana geram dengan beranggapan Yati dan Umai telah meninggalkannya seorang diri di dalam tandas. Jadi, selepas selesai urusannya di dalam bilik air maka dia pun berlari masuk ke dalam biliknya dengan segera kerana ketakutan. Sampai sahaja dia  di bilik di lihatnya Yati sedang nyenyak tidur manakala katil si Umai pula kosong tanpa tuannya. Ainor pun terus memejamkan mata. Keesokkan harinya sewaktu di dewan makan si Ainor bertanya kepada Yati.

Ainor : Eh, Yati! Mana si Umai?

Yati : Umai? Umai kan balik rumah! Kau nih boleh buat lupa pula! Kan kita berdua yang hantar dia sampai dekat pondok pengawal petang semalam.

Ainor : Eh? Biar betul nih!

Yati : Habis selama nih pernah ker aku tipu kau Ainor? (Yati memang seorang yang bercakap benar)

Ainor : Alamak!!! (muka pucat)

Yati : Eh? Kenapa kau pucat tiba - tiba nih?

Ainor : Pagi tadi...pagi tadi...

Yati : Dah kenapa tiba - tiba kau gagap pula nih? Ada apa dengan pagi tadi?

Ainor : Pagi tadi aku sakit perut! Lepas tu aku ajak kau dengan Umai teman aku pergi tandas. Aku sendiri yang kejutkan kau dengan Umai. Habis Umai tu...

Yati : Kejap..kejap...kau kejut aku pergi tandas?

Ainor : Ialah! Aku kejut kau dengan Umai pergi tandas lah!

Yati : Kau kejut aku dekat mana?

Ainor : Aku kejut kau dekat katil kau lah! Takkan katil Umai pula. Adoi!

Yati : Masalahnya semalam aku tidur dekat bilik sebelah! Aku tak balik pun bilik kita semalam. Kau biar betul?

Ainor : Woiii!! Agak - agak lah kau nak bergurau! Ker kau nak kenakan aku? Habis tu yang semalam tu sapa pula?

Yati : Sumpah weh aku tak tidur dekat bilik kita semalam. Tak percaya kau tanya budak bilik sebelah!

Ainor : ......................(Pucat)

TAMAT
P/S : Macam Mana? Seram Tak? Siapakah Sebenarnya Yati Dan Umai Yang Menemani Ainor Pada Pagi Itu? Jeng Jeng Jeng! (^_^)Y


Jumaat, 11 November 2011

Lega! Syukur! Malu!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Petang tadi gua teringin nak cuba makan char kuew teow dekat sebuah tempat nih. Tak tahu lah sedap ker tak jadi gua ambil risiko untuk cuba membeli dan merasa. Jadi, gua pun sampai di tempat kejadian dan memesan lah char kuew teow tersebut. Gua minta untuk dibungkus supaya mudah gua nak makan di rumah.




Jadi, waktu gua nak balik gua nak belok ke kanan jalan. Tepi jalan tu ada ramai orang tengah makan - makan lah kan! Belakang gua ada sebuah motosikal! Gua pun masukkan gear lah nak gerak tetapi gua tak tahu kenapa! Gear tu macam tak masuk pun ada! Gua tekan minyak punya kuat tapi motosikal tak bergerak pun. Bunyi jer lebih! Argghhhhhhhhhhhhhh!!!! Malunyaaaaaaaaaaa!! Waktu ramai orang lah motosikal nih nak tunjuk perasaan! Gua perasan juga motosikal di belakang tu macam berhenti mengejut sebab dia ingat motosikal gua nak memecut! Haih! Lega dia sempat berhenti! Kalau tidak dah motosikal gua kena langgar dan memang gua lah yang salah secara teorinya sebab motosikal gua yang tak gerak pada waktu sepatutnya bergerak!




Tiba - tiba rasa malu menerjah diri gua dengan begitu kuat lalu gua membawa diri ke jalan lain untuk menyembunyikan wajah kacak ini sehabis mungkin. Hahahaha! Malu gila kut! Gua gigih pergi jalan jauh dan keputusannya char kuew teow gua jadi kering. Hahahaha! Makan pun dah tak sedap! Sedih betul! Apa - apapun, syukur alhamdulillah sebab tak ada apa - apa berlaku sebentar tadi! Fuh! Lega sangat walaupun malu tu tak payah nak cakap! Memang maluuuuuuuuuuuuuuuuu sebab semua orang tengok! Hahahaha! Okay! Nak makan roti dengan aiskrim kejap! Assalammualaikum!


P/S : Baru Turun 2.5 Kilogram Dah Pergi Bantai Makan Aiskrim! Hahahaha!! (^_^)Y


Kisah Hans Di Bank Rakyat

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Walawehhh! Ramai betul lah hari ini sama ada di facebook mahu pun di twitter tak habis - habis dengan 11.11.11 mereka. Hahahaha! Gua pun tak tahu lah apa yang mereka sukakan sangat! Lainlah kalau tarikh tersebut gua kahwin ke dapat anak ker! Rasa macam seronok lah juga kan! Hahaha! Apa - apapun, pagi tadi gua pergi ke Bank Rakyat memandangkan kad bank gua tu rosak. Semalam gua dah cuba dah pergi ke mana - mana ATM sebab nak tengok duit daripada cek yang gua dapat hari tu dah masuk ke belum tetapi dah nama kad rosak jadi memanjanglah mesin ATM tu asyik reject jer kad gua.




Jadi, gua pergi bawa diri jer lah tadi dengan kad ATM serta kad pengenalan gua tu ke Bank Rakyat! Rupa - rupanya nak kena bawa buku bank sekali. Haih! Terlupa pula gua bab buku bank tu! Sudahnya nak kena balik rumah pula dah! Malas betul rasanya! Dah lah perut pun asyik menjerit - jerit minta diisi! Sampai di rumah jiran nak pinjam tangga pula. Kehkehkeh! Lepas dah siap usung tangga tu jadi gua pun pergi lah kembali ke bank tersebut. Nak dijadi cerita minggu nih gua rasa ramai kut PATI ker pendatang haram ker dapat gaji sebab dalam bank tu tadi punya lah banyak muka - muka mereka nih. Ada tu nak ambil nombor giliran tetapi tak ada budi bahasa langsung. Main langgar dan rempuh orang jer! Gua antara salah seorang yang dilanggar rasa macam nak tembak jer kaki si mamat Bangla atau Nepal tu. Biadap betul! Huh!


Cantik Kad Bank Rakyat Nih!
Tak Sia - Sia Kad Gua Yang Lama Tu Rosak! Hahaha!


Memang riuh gila suasana dalam bank tadi gara - gara mat bangla dengan nepal nih dok bersembang, bergelak ketawa dan bertepuk tangan dan badan bagai! Gua kadang - kadang rasa pelik juga! Ini bank ker pasar tani? Hahahaha! Nasib perkhidmatan kaunter pertanyaan dan kaunter lain membuat kerja dengan penuh bersemangat dan memberi layanan yang sangat baik. Tahniah pada semua pekerja Bank Rakyat di Alor Setar. Gua suka perkhidmatan dan layanan kalian. Akhirnya gua dah dapat kad bank gua yang baru. Cantik! Lepas tu semangat lah nak periksa duit dah masuk ke belum dekat mesin ATM! Tudiaaaaaaaaaa!!! Dah masuk dah! Lepas tu gua dapat pula RM150. Dividen lah kut! Wah! Banyak - banyak! Terima kasih Bank Rakyat! Boleh lah gua buat beli kasut kulit! Hehehehe! Apa - apapun, gua nak cerita benda tu jer pun! Kehkehkeh! Maaf lah membazir masa kalian membaca entri yang panjang nih! Gua nak tidur dulu! Assalammualaikum.


P/S : Ada Sesiapa Nak Bagi Gua Duit Raya Ker Apa - Apa Ker Boleh Berbuat Demikian Dengan Segera! Apakah Ini? Hahahaha! (^_^)Y


Khamis, 10 November 2011

Senarai Penuh Pencalonan 5 Terbaik Festival Filem Malaysia 2011 (FFM24)

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Hah! Dibawah adalah senarai pencalonan 5 terbaik bagi setiap kategori yang terdapat di dalam Festival Filem Malaysia 2011 (FFM24) dan pencalonan yang digelapkan tulisannya merupakan calon yang gua rasa bakal menang untuk kategori tersebut. Apa - apapun, semuanya terletak pada juri bertauliah yang dilantik. Gua cuma suka - suka saja pilih bakal pemenang! Hehehe!




Pengarah Terbaik
Osman Ali – Cun!
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Yusry Abdul Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Ahmad Idham – Senjakala


Pelakon Lelaki Terbaik
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Shaheizy Sam – Kongsi
Remy Ishak – Nur Kasih
Zahiril Adzim – Senjakala


Pelakon Wanita Terbaik
Maya Karin – Cun!
Siti Shahriza – Janin
Tiz Zaqyah – Nur Kasih
Lisa Surihani – Sekali Lagi
Liyana Jasmay – Senjakala


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Hasnol Rahmat – Mantra
Soffi Jikan – KL Gangster
Khir Rahman – Merong Mahawangsa
Syed Asri – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Salehuddin Abu Bakar – Hantu Bonceng


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster
Faezah Elai – Cun!
Fauziah Datuk Ahmad Daud – ... Dalam Botol
Sherry Merlis – Janin
Sabrina Ali – Khurafat


Lakon Layar Terbaik
Yusry Abd Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Syamsul Yusof – Khurafat
Farid Kamil – Kongsi
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie


Cerita Asal Terbaik
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Martias Ali – Libas
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie


Penyunting Terbaik
Wan Mohd Hafiz – Hikayat Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Brian Ng – Kongsi
Ahmad Mustadha – Senjakala


Sinematografi Terbaik
Daven Raghavan – Cun!
Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa
Azami Alias / Omar Ismail – Khurafat
Mihd Shaufe Abd Wahib – Libas
Norhanisham Muhamad – Nur Kasih The Movie


Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin – Mantra
Anuar Paharudin – Flat 3A
Anuar Paharudin – Merong Mahawangsa
Faizal Yusof – KL Gangster
Irwan – Cun!


Penataan Bunyi Terbaik
Brian Ng – Flat 3A
Sazali – Hikayat Merong Mahawangsa
Hisyam – Khurafat
Hisyam – K.L. Gangster
Dustin – Nur Kasih The Movie


Kostum Terbaik
Hantu Kak Limah Balik Rumah
K.L. Gangster
Kongsi
Hikayat Merong Mahawangsa


Lagu Tema Terbaik
Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih (Hikayat Merong Mahawangsa)
One Nation Emcee – Klip 3GP
Yasin – Nur Kasih The Movie
Azry dan Ari – Sekali Lagi
Syamsir – Sini Ada Hantu


Pengarah Harapan
M. Suurya - Sumpahan Puaka
S.Baldev Singh - Rasuk
Jeffrey Chiang - Dilarang Masuk
Khir Rahman - Dalam Botol
Jurey Latiff Rosli - Libas


Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Aeril Zafrel – Aku Tak Bodoh
Zalif Sidek – Bini-Biniku Gangster
Arja Lee – ... Dalam Botol
Adey Syafrien – Flat 3A


Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Nadiya Nisaa – Cun!
Shera Aiyob – Karak
Syamira Azmil – Karipap-Karipap Cinta
Shamimie Amalina Nor Norhisaham – Klip 3GP
Sara Ali – Nur Kasih The Movie


Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Wan Nor Aizat – Aku Bukan Tomboy
Irzan Shah – Cun!
Erynne Erynna – Damping Malam
Ilyas Suhaimi – Nur Kasih The Movie
Mia Sara Nasuha – Sekali Lagi


P/S :Pilihan Anda Pula? Kongsikan Di Ruang Komen Entri Ini! (^_^)Y


Review Filem The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn




P/S : Seronok Gila Layan Filem Animasi Dalam Format 3D (^_^)Y


Review Filem Abuya




P/S : Kejap Lagi Nak Tengok Filem Kartun Pula! Hehehehe! (^_^)Y


Bila Hans Masuk MasterChef Malaysia Musim Ke-2

Minggu pertama MasterChef Malaysia musim ke-2 telah pun berlangsung kini. Nampaknya peserta harapan penonton Malaysia iaitu Hans telah tampil dengan resipi istimewanya iaitu Ayam Ku Ayam Mu Jua sempena minggu pengenalan iaitu setiap peserta boleh memasak apa sahaja sajian yang mereka mahukan tetapi mesti ada ayam sebagai hero utamanya.




Chef Riz : Awak masak apa tu Hans?

Hans : Saya masak ayam cara orang Sepanyol hari nih chef!

Chef Riz : Hurmmm! Baunya sedap! Teruskan!

Hans : Terima kasih chef!

Chef Zubir : Ingat yer! Masa yang tinggal cuma 30 minit sahaja lagi! Sepatutnya sudah 70% masakan anda sudah siap!

Hans : .......(Bising lah orang tua nih! Stress aku!)

Chef Zubir : Tinggal lagi 1 minit! Cepat - cepat!

Hans : .......(Harey toi! Gila cepat! Bukan tadi dia baru kata 30 minit ka?)

Chef Zubir : Nampaknya masa telah pun tamat! Semua berhenti! Berhenti! Selangkah ke belakang!

Hans : Alhamdulillah! (Muka yakin)

Chef Jo : Kami akan memilih menu 5 peserta yang terbaik yang berjaya memikat hati kami! Menu pertama.....Hans! Sila bawa pinggan anda ke depan!

Hans : Baik Chef!! (Muka cuak)


Ayam Ku Ayam Mu Jua


Chef Riz : Apa nama masakan kamu hari ini Hans?

Hans : Nama masakan saya hari ini ialah Ayam Ku Ayam Mu Jua chef.

Chef Zubir : Anda pasti ayam anda betul - betul masak? Anda kena ingat bahawa daging ayam yang tidak masak mempunyai kandungan salmonella yang sangat tinggi.

Hans : Saya yakin Cheffff!!! (berkata penuh keyakinan)

Chef Zubir : Baik! Saya rasa! (muka berkerut - kerut)

Hans : .........(sambil tangan menekup mulut tanda ketakutan)

Chef Zubir : Hurmmm...Ayam yang lembut! Hiasan yang cantik! Saya suka ayam anda!

Hans : Terima kasih chefff!!!! (Muka gembira)

Chef Jo : Salad anda saya suka! (sambil memberi senyuman)

Hans : Terima kasih chef!! (Muka makin gembira)

Chef Riz : Ayam kamu cukup lembuttt!! Lazattt!! Kentangnya pun sedap! Salad pun cukup harmoni! Hidangan ini ada potensi! Tahniah!! Susah saya nak berhenti makan sajian kamu nih!

Hans : Terima kasih chefffff!!! (senyum sampai ke telinga)


Barisan Juri


Kemudian juri - juri pun membuat keputusan! Sesi pengumuman pemenang telah siap untuk diumumkan!

Chef Zubir : Kami bertiga sudah sepakat! Masakan anda semua sememangnya bagus pada episod kali ini!

Chef Jo : Memang banyak kejutan yang berlaku!

Chef Riz : Jadi, kami akan umumkan pemenang untuk cabaran kali ini!

Semua Peserta : ....................(muka takut tetapi teruja)

Chef Riz : Kami semua sepakat untuk memilih.....Hans! Tahniah! Sajian kamu iaitu Ayam Mu Ayam Ku Jua telah berjaya menambat hati kami bertiga!

Hans : ............(terkejut kemudian melompat - lompat keriangan)


P/S : Sebenarnya Tadi Gua Makan KFC Jer! Dah Melalut Ke MasterChef Malaysia Pula Kan! Hahahahaha!! (^_^)Y