Gambar Hiasan
Persoalannya disini ialah apakah keistimewaan yang terdapat pada lelaki Afrika sehingga menyebabkan begitu banyak gadis - gadis terutamanya gadis Melayu jatuh hati pada mereka ini. Walaupun terdapat begitu banyak laporan negatif di dalam media terutamanya di dalam televisyen, surat khabar dan juga internet namun jumlah kes penipuan yang dilaporkan semakin meningkat saban tahun.
Adakah ini bermakna gadis - gadis terutamanya gadis Melayu ini langsung tidak mahu ambil tahu tentang keadaan semasa, tidak langsung membelek surat khabar, tidak langsung menonton siaran berita di televisyen atau sebenarnya cuba mengambil risiko dan akhirnya memakan diri sendiri? Apabila ditanya kepada mangsa - mangsa dan kebanyakkan jawapan yang diberikan oleh gadis - gadis ini ialah :-
1) Lelaki Afrika mengambil berat tentang mereka
2) Lelaki Afrika romantik dan penyayang
3) Lelaki Afrika tidak kedekut memberi mereka barang - barang berharga dan berjenama
4) Lelaki Afrika hebat dari segi batin
Tetapi, apalah gunanya semua itu jika akhirnya anda sendiri diperalatkan menjadi keldai dadah atau apa - apa yang menyalahi undang - undang negara sehingga memakan diri anda sendiri? Aku cuba memberi pandangan ini apabila semalam aku terjumpa seorang gadis muda yang berjalan dengan seorang lelaki Afrika dengan berpegangan tangan, berpelukan dan melentok - lentokkan kepala di bahu lelaki tersebut tanpa ada rasa malu, kekok mahu pun bersalah. Adakah gadis - gadis di Malaysia kini terlalu berani atau langsung tidak peka atau cuba mengambil risiko bercinta dengan lelaki Afrika? Hanya mereka sahaja ada jawapannya.
P/S : Kalau Lelaki - Lelaki Afrika Tu Macam Gambar Di Atas Agak - Agak Gadis - Gadis Nih Jatuh Cinta Tak Dengan Mereka? (^_^)Y













































