Antara Bunga Cengkih, Buah Pelaga, Bunga Lawang Dan Halia

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca - pembaca blog Hans sekalian. Apabila melihat kepada tajuk diatas maka kenapa tiba - tiba gua bercerita tentang rempah ratus dan sayur pula nih? Tiba - tiba saja gua nak tahu di antara bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan juga halia nih....yang mana satu bila anda tergigit, terkunyah atau termakan yang akan membuatkan anda meluahkan kembali makanan tersebut atau menyebabkan selera anda hilang secara tiba - tiba. Hahhhhhhhhhh!! Jom kongsikan apa pilihan anda tetapi jika anda tidak kenal rupa rempah ratus tersebut maka sila lihat gambar di bawah ini.



Bunga Cengkih



Bunga Lawang



Buah Pelaga



Halia



Walaupun kebanyakkan daripada kita termasuk gua sendiri yang memang kalau tergigit, terpepak atau terkunyah kemungkinan besar akan putus nafsu makan buat seketika waktu tetapi sebenarnya keempat - empat ini ada khasiatnya tersendiri yang bagus untuk tubuh badan kita. Nak tahu sila cari di internet lah! Gua cuma nak tahu antara keempat - empat ini yang mana anda boleh makan(kiranya kalau tergigit tak ada masalah langsung! Terus kunyah dan telan!) dan yang mana anda langsung tak boleh makan(kalau tergigit sikit pun terus luah atau putus selera makan!). Kongsikan di ruang komen entri ini yer!


P/S : Kadang - Kadang Ada Halia Yang Terdapat Di Dalam Nasi Lemak Yang Sedap Dimakan! (^_^)Y


22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. nice post oh... blog ni pun lawa.. :D

    BalasPadam
  2. Buah pelaga yang biasa memutuskan selera makan apabila tergigit. haha

    BalasPadam
  3. semua tuh akan diluah balik..memang taklah nak telan..muahhaha

    BalasPadam
  4. Erk,setakat ni pernah tergigit halia dgn bunga cengkih,dua2 pun keluar balik. tapi bunga lawang tak pernah la pulak.

    Tp ade org yg merokok yg jenis buat sendiri tu (tak tau ape nama) pakai bunga cengkih kan? Sedap agaknye,heehee

    BalasPadam
  5. halia masih okay..tapi kalau buah pelaga dan bunga lawang tu..ya ampunnnn....memang terputus selera makan..

    BalasPadam
  6. Ada org buat jeruk halia..boleh buang angin..tapi rempah ratus kt atas tu mmg xleh tergigit pn

    p/s:

    bunga cengkih - clove
    bunga lawang - star anise
    buah pelaga - cardamom
    halia - ginger

    BalasPadam
  7. penah makan jeruk halia.. Tak tahu pun org buat halia tu jeruk lps tu jual. adik yang terbeli sbb ingatkan masin2 warna merah tu. skali makan masin2 apa pedas nie.. cek tengok balik rupanya halia..

    BalasPadam
  8. SEMUA T.T


    Kte tak boleh tergigit mne2 pon, haha

    BalasPadam
  9. Buah dan bunga tu mmg boleh putus selera makan.. Kalau tergigit halia lagi ok..

    BalasPadam
  10. yug leh makan tnpa sbrang mslh halia.xde hal punya.

    tapi yg lain2 tu problem sikit tmbh2 buah pelaga.hahaha

    BalasPadam
  11. bunga cengkih n bunga lawang..kalo tergeget..aduhai..sabo je la..

    halia sedap dimkn~ ;)

    BalasPadam
  12. tergigit halia xder masalah...
    jgn yg lagi tiga tu..mak aiii!!

    BalasPadam
  13. aku sangat tak suka kalau tergigit bunga cengkih masa makan... lain beno rasenye....

    BalasPadam
  14. tergigit halia boleh telan lagi tapi kalau bunge cengkih memang tak lah. haha. rela keluarkan balik :P

    BalasPadam
  15. tergigit halia aku sentap kejap..
    tapi tetap teruskan makan dengan telan halia tu..eeee

    BalasPadam
  16. semua nye akan diluahkan balik kecuali halia. bau bunga cengking ngan buah pelaga tu pun dah cukup untuk memutuskan selera. tpi bunga lawang cam ok ckit la.

    BalasPadam
  17. Buah pelaga la. tapi tak de la sampai putus selera. kalau terpaksa makan pun boleh je.

    BalasPadam
  18. awak, minta izin pinjam gambar bunga Cengkih untuk entry blog saya...

    BalasPadam
  19. Halia boleh lah kalau bunga cengkih tak selera keluae kan balik

    BalasPadam
  20. Halia boleh lah tahan tapi kalau bunga cengkih tak tahan .

    BalasPadam
  21. ohh..baru saya tahu yang mana satu bunga cengkih dgn bunga lawang.thnkz admin :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama