Gotong Royong Kenduri Kesyukuran

Kebanyakkan aktiviti pada awal tahun baru ialah duduk di rumah menonton televisyen atau tidur sehingga tengahari gara - gara kepenatan melihat percikan bunga api tepat pukul 12 tengah malam namun tidak bagi gua kerana gua pulang ke kampung bersama keluarga untuk membantu apa yang patut sempena kenduri kesyukuran yang Mak Lang gua adakan semalam.


Nampak Rajin Tak?


Gua nih jenis ikut emosi juga lah! Macam gua cakap selalu jika anda sedar sifat rajin gua menyerlah maka silalah gunakannya sebaik mungkin sebelum gua kembali menjadi malas. Hahahaha! Seperti biasalah gua tolong pasang meja, susun kerusi dengan letak alas meja kan. Kerja mudah saja tu! Selepas tu gua pergi lah tengok - tengok orang masak makanan. Gua tengok jer lah dan belajar apa yang patut! Nak memandai mana boleh sebab memang tak pandai bab - bab makanan yang mereka masak nih. Lagi pun petua yang mak gua pesan ialah bila seseorang dah masak sesuatu menu nih maka kita jangan lah sesekali menganggu. Macam semalam adalah makcik nih rasa gulai ayam dan dia kata tak masin. Nasib lah tak ada orang peduli apa dia cakap sebab sebenarnya gulai tu dah elok - elok dah rasanya. Kalau ikut juga saranan makcik tu mahu masing - masing kena darah tinggi lah gamaknya!!


Nangka Masak Lemak Nih Dalam Proses Penyediaan!


Apa - apapun memang semalam hari gua menikmati makanan dengan gembiranya! Gua tak makan nasi banyak pun. Sepinggan jer tetapi gua rasa puas gila makan! Antara menunya ialah gulai ayam pencen ubi, daging, kerabu, nangka masak lemak, tembikai dan air sirap tetapi gua tak makan nangka jadi menu tu jer gua tak sentuh. Selepas tu ada pula orang bawa pisang lemak manis! Hah! Memang lah gua makan banyak gila pisang tu! Kegemaran gua tu! Kehkehkeh! Petangnya pula paling gua seronok bila berkesempatan membasuh dulang - dulang makanan tu! Gua kan suka main air! Memang jalan lah kerja - kerja tu! Basah sudah seluar gua terkena hos air! Hahahaha!


Inilah Pisang Lemak Manis!


Malamnya penat sedikit lah sebab nak kemas pinggan - pinggan masuk dalam rak dekat tingkat atas! Macam nak tercabut kaki naik turun tangga 5-6 kali sambil bawa pinggan - pinggan tu. Dah lah hampir tersadung kaki gua tetapi nasib dapat kawal lagi keseimbangan! Kalau tak mahu pecah pinggan - pinggan kaca tu dan kalau pecah semestinya telinga gua bernanah kena dengan leteran daripada mak gua! Hahahaha!!


Nasib Tak Tersungkur Semalam!


Semalam juga adalah hari lahir mak gua jadi sepupu - sepupu gua gigih beli kek lah kan! Cuma tak beli lilin jer lah sebab kalau beli lilin mahu tak nampak lah wajah kek! Ialah dah kalau nak letak lilin kena ikut umur! Mahu cair balik kek tu kalau letak lilin ikut jumlah umur! Jadi, memang semalam hari yang amat meriah bagi gua dan mungkin juga gara - gara kepenatan semalam maka gua pun tidur dengan lenanya sekali. Hehehehe!!


P/S : Gambar Sempat Ambil Satu Jer! Susah Sikit Nak Ambil Gambar Waktu Tu! Sibuk Kan(Konon!!) Hohoho!(^_^)Y

9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bomba mane yg bagus sangat tu??

    *gulai nangka-angin le..

    BalasPadam
  2. gulai nangka sedap gila. plus ikan masin.. adoii..pitams.

    BalasPadam
  3. ehem..ehem...gulai nangka, walla..lama tak makan...

    BalasPadam
  4. As salam...

    Selamat hari ulangtahun buat mak kamu
    Semoga Allah merahmati beliau...aamin

    Happy new year!

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru kawan ^^v semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun2 sebelom ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama