Adik Tak Mahu Adik Baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Insyaallah pada bulan hadapan keluarga gua akan didatangi oleh seorang lagi ahli keluarga baru merangkap anak buah gua yang ketiga kerana kakak gua dijangka melahirkan anak ketiga beliau pada awal bulan Mac ini. Jadi, doakan segala - galanya berjalan lancar dan kedua - dua selamat yer. Amin! Jadi, kisah kali ini berkenaan dengan reaksi anak buah gua yang kedua tentang apa yang dia rasa apabila bakal mendapat adik baru dan gua letakkan dialog di bawah ini untuk menunjukkan perasaannya yang sentiasa berubah - berubah. Budak - budak lah katakan :-)




Permulaan Ibu Mengandung:

Ibu : Adik! Nanti adik dapat adik baru tau..

Adik : Mana? Tak nampak pun adik baru. Adik ada dekat mana sekarang nih ibu?

Ibu : Adik sekarang ada dalam perut ibu nih hah. Nanti dia keluar adik dapat lah adik baru! Adik suka tak?

Adik : Yeyeyeye! Suka! Suka! Nanti dapat adik baru!


5 Bulan Ibu Mengandung:

Ibu : Adik! Tengok perut ibu nih. Dah besar dah kan?

Adik : Ibu! Adik duduk dalam perut ibu ker nih? Bila adik nak keluar?

Ibu : Ar ar! Dalam perut ibu nih lah adik duduk. Nanti adik nak keluar dah. Suka tak nak dapat adik baru? 

Adik : Hurmmm....suka...


Ibu Tengah Sarat Mengandung:

Ibu : Adik! Tak lama lagi adik dah nak dapat adik baru dah. Lepas nih ibu kena panggil kakak lah dekat adik.

Adik : Oh....adik jadi kakak lah lepas nih?

Ibu : Ar ar! Suka tak nak dapat adik baru nih?

Adik : Tak suka!

Ibu : Aik? Hari tu kata suka?

Adik : Adik tak mau adik baru...(pergi membawa diri konon - konon merajuk)


P/S : Ketawa Melihat Gelagat Anak Buah Yang Cemburu! Hehehe! (^_^)Y


20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hehe..very cute..

    la baru anak buah ketiga..

    aku dah ade 5 anak buah da..wakakak

    BalasPadam
  2. Dia dah mula rasa tergugat..! tapi esok adik dah ade depan mata..mesti dia asyik bkepit je..

    BalasPadam
  3. Qarr : hahaha...5 orang jenuh melayan...nasib anak buah aku semua gegirls...hahaha

    Jannah : hehe..tu la pasal..kalau besar2 sentap macam tu memang tak ada den nak kisah...hahaah

    Cik Nur : yups..skrg xnampak depan mata..nanti dah nampak silap2 tak bagi pegang adik dia langsung..hahaha

    BalasPadam
  4. Saat perubahan. Asalkan nanti bila adik dia dah lahir, dia tak terabai, dia akan ok. Kena involve dia sekali dalam penjagaan la. Biar dia rasa dia masih dihargai walaupun ada adik baru kan. Budak-budak.

    BalasPadam
  5. cP~ : mesti la semuanya dijaga cik cP oiiii...mak mesti sayang anak - anak dia maa...

    BalasPadam
  6. haha.. sume girls??? minta2 kali ni dpt boy..hikhik..

    #jeles la takut ibu xsyg dia da.. budak2 mcm tu la.hee.. oke.. ingt ank hans td nk msk 3..lalalala.. :)

    BalasPadam
  7. Cinta Siswi : anak buah baru den nanti pun girls la..sebab tu pic budak tu baby girl..hohoho

    BalasPadam
  8. Mestila cemburu.. nanti mama dah x bagi perhatian kat dia dah.. HAHA

    BalasPadam
  9. wah..utgla gegirl..aku 4 boboi 1 gegirl..wakakka..yang dua boboi kat umh ni pun jenuh nak layan..ligat..haha

    BalasPadam
  10. aku ada sorg je anak buah.tp itupn dh semput nak menjaganya -_-"

    BalasPadam
  11. die nak kekal berstatus adik la tu..haha~

    BalasPadam
  12. haha. macam adik ety yg bongsu.
    manja gilaa. itu kalau dpt adik ,
    taktau lahh camne.

    BalasPadam
  13. hehe mesti expression dia cute~lama x ke sini.:)

    BalasPadam
  14. haha mesti cute gegirl tu kalau merajuk kan?

    anak perempuan memang kuat cemburu each other(menurut kawan akak yg anaknya semua 3 gegirl).bg akak yg 4 semua boboiboys,ok ja...yg x larat semua nak jd superhero:D

    BalasPadam
  15. Aiseh, kena pandai pujuk la camtu..
    btw, nnt bila dah ada ank..kita kna pandai bhgi masa an..law asyik dgn ank yg bru lahir jew..nnti yg besar tu terasa..

    BalasPadam
  16. gelaran adik dah diambil alih adik baru. hilangle manjanya. tu yg buat merajuk...he he

    BalasPadam
  17. aku takde sorang pon lagi anak buah.. waa~

    agaknye aku mase kecik2 gitu gak kot.. hohoho.. malunyeee...

    BalasPadam
  18. salam

    huhu... saya pun pernah rasa jugak.. jadi saya faham apa perasaan budak tu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama