Battle Royale

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog Hans pada hari ini. Mesti ada yang tertanya - tanya apa maksud Battle Royale untuk entri gua kali ini bukan? Untuk pengetahuan semua, Battle Royale merupakan sebuah filem thriller dari Jepun yang ditayangkan pada tahun 2000 yang mengisahkan tentang kisah di masa hadapan di negara Jepun dimana kerajaan Jepun akan mengumpulkan pelajar - pelajar dari sebuah kelas yang paling nakal atau teruk dan mereka akan dihantar ke sebuah tempat terpencil dan haruslah bunuh - membunuh sesama sendiri di dalam pertandingan yang diberi nama Battle Royale.




Filem nih memang sangat mengujakan gua kerana tahap keganasan di dalam filem ini memang terbaik. Tetapi, gua bukan mahu bercerita tentang filem ini tetapi sebenarnya tentang beberapa perkara yang terdapat di dalam filem ini yang menarik untuk dikongsi dan dikupas bersama iaitu nilai persahabatan, kepentingan diri, kasih sayang dan juga peluang kedua. Kadang - kadang apabila kita bersama dengan rakan - rakan kita yang kononnya kita katakan sebagai rakan baik, rakan sehidup semati atau rakan dunia dan akhirat itu maka adakah anda yakin mereka akan sentiasa berada sama ada di belakang mahu pun di hadapan kita dan membantu kita sama ada ketika kita senang mahu pun susah?




Kadang - kadang sesuatu perkara itu sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah jika masing - masing ada kemahuan untuk saling bantu - membantu antara satu sama lain namun dek kerana keghairahan mengejar faedah hanya untuk diri sendiri menyebabkan perkara yang sebenarnya mungkin remah atau sebenarnya mampu untuk diselesaikan berakhir dengan satu peristiwa atau kejadian yang cukup kacau bilau atau pun hura - hara gara - gara ketamakan diri masing - masing. Kasih sayang pula sebenarnya dinilai daripada keikhlasan yang datang dari diri sendiri. Ada yang mengungkapkan sayang namun sebenarnya itu hanyalah berdasarkan nafsu serakah semata - mata. Betul atau tidak anda benar - benar kenal apa ertinya kasih sayang? Adakah ia sekadar bermain di hujung lidah atau sekadar menyedapkan hati orang lain semata - mata?




Peluang kedua yang pada pandangan ramai orang merupakan salah satu peluang yang tidak harus dilepaskan kerana dari situ lah mungkin seseorang boleh menebus kembali kesilapan atau pun paling tidak memperbaiki atau mengubah sesuatu perkara menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Namun adakah anda pasti anda telah memanfaatkan peluang kedua tu sebaik mungkin atau adakah jika anda merasakan anda telah terlihat sedikit perubahan yang baik maka anda terus berpuas hati dan menganggap itu sudah cukup sedangkan hakikatnya anda masih lagi gagal dan secara tidak langsung membuktikan anda tidak menghargai peluang kedua yang telah diberikan kepada anda? Ini adalah antara sebab - sebab yang membuatkan gua sangat menyukai filem Battle Royale ini walaupun mungkin ramai berpendapat filem ini kurang moral atau sedikit kurang ajar atau apa - apa yang bagi mereka negatif namun bagi gua positifnya tetap banyak. Ada sesiapa yang pernah menonton filem ini? Jumpa lagi pada entri akan datang. Sekian.


Dialog Battle Royale : 4 Sekawan



Hafiz : Walaweh! Best siyot filem nih! Kan?

Mamat : Memang seronok gila! Aku tak dapat bayang kalau kita yang ada dalam situasi macam dalam filem nih

Ali : Itu lah pasal weh! Kena hapuskan kawan masing - masing pula tu kalau nak terus hidup. Dasyat betul!

Abu : Korang rasa kalau kita berempat dalam situasi nih siapa korang nak hapuskan dulu?

Hafiz, Mamat & Ali : Kau!

Abu : .................


P/S : Sedapnya Air Kelapa Yang Diminum Sebentar Tadi Pada Waktu Yang Panas Macam Sekarang Nih! (^_^)Y


10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ni citer lama kan , aku minat manga dya lagi , lagi ganas . lagi best plot dya . movie ni tak deep sgt mcm dlm manga . n my fav char of coz mitsuko !

    p/s : dgrnya hollywood akan buat remake , bila kuar ntah la .

    BalasPadam
  2. Naufal : ar ar...Manga dia lagi rare...hahaha...Hollywood tak best la...suka ambil peluang dari filem orang lain...aku lebih suka yang asli..hehehe

    BalasPadam
  3. biaso nyer setiap org di beri peluang keduo...so kene guna kan sebaik mungkin...

    BalasPadam
  4. Papa Mifz : yups..tapi ramai tak menggunakannya sebaik mungkin kan? :-)

    BalasPadam
  5. nanti gua download gua tgk la..gua nak feel gak macam mana cite ni.

    BalasPadam
  6. hehehehe trus crita pasal ni..memang banyak mesej dia nk sampaikan :D

    BalasPadam
  7. raser macam penah tengok. tapi xengat.. huhu.. kejam giler lah.

    BalasPadam
  8. wah kalau senang leh tenguk nanti

    akak pun tak suka tenguk mulut budak dlm rancangan pukul 11.00 mlm tu..cam kurang ajar jer..klu anak akak dah tentu akak cili-cilikan mulut dia

    BalasPadam
  9. semenjak adik guwa pengaruh guwa tgk hanakimi, guwa jd TERminat plak nk tgk drama2 jepun camgini..ishh~







    luv,
    cik ana

    BalasPadam
  10. ehhh mcm best je sinopsis cerita nihhh . kesianlahh abu sentap je kwn2 nk bunuh dy dulu . hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama