Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis Part 4



1) Lidah manusia boleh diibaratkan seperti sekuntum bunga ros. Boleh menjadi secantik kelopaknya atau boleh jadi setajam durinya.

2) Jika sudu sudah ditangan maka jangan dipandang lagi garfu dan chopstik kerana kedua- duanya tidak mampu membantu anda merasai sup ayam yang sedap itu.

3) Walaupun ketiak anda cerah sekali pun tetapi ia tidak mampu membantu anda untuk meminta bantuan pemandu lain ketika kereta anda rosak jika wajah anda tidak secantik Neelofa. (Inspirasi dari iklan deodorant di televisyen)

4) Ramai penonton mengeluh melihat adegan makan bersama keluarga di dalam drama atau filem Melayu namun tidak pula kepada adegan bercumbu pada filem - filem Barat.

5) Memilih pasangan hidup ibarat memilih roti yang mahu dibeli kerana kebanyakkannya akan tertarik pada wajah zahir dan segala - galanya akan terbongkar selepas segala rasa dalamannya diketahui. 

6) Ramai ingin menjadi burung kerana mahu kebebasan. Ramai ingin menjadi bunga kerana mahu cantik. Ramai ingin menjadi laut kerana mahu ketenangan. Ramai ingin menjadi matahari kerana mahu kuat. Tetapi, sedarkah anda bahawa kesemuanya itu mampu anda nikmati kerana anda ialah seorang manusia yang dikurniakan akal untuk merasai segala nikmat kebebasan, kecantikan, ketenangan dan kekuatan seperti yang anda kehendaki.

7) Menjadikan kekurangan seseorang sebagai bahan komedi sebenarnya bermaksud anda merendahkan diri anda sendiri dan paling penting anda adalah insan yang tidak tahu bersyukur atas kesempurnaan yang anda miliki kini.

8) Jika anda ingin menghantar resume untuk memohon kerja maka pastikan email anda tidak mengandungi perkataan - perkataan yang aneh atau memalukan seperti ani_suka_menari_dangdut@yahoo.com atau gadispinkyganas88@gmail.com

9) Di dalam kehidupan ini selalunya kita disoal dengan persoalan - persoalan yang sama dan terlalu umum. Jadi, mahu tidak mahu kita terpaksa juga untuk memberi jawapan cuma bagaimana cara kita menjawab dan apakah jawapan yang diberi sebenarnya memberi kesan yang sangat besar di dalam kehidupan seharian kita selepas itu.

10) Di zaman persekolahan dahulu, loceng sekolah mampu menukar emosi pelajar cuma dalam 30 minit sahaja iaitu pelajar gembira apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula dan pelajar mulai muram apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

P/S : Edisi Seterusnya Akan Kembali Bila Gua Ada Idea! Kuikuikui! (^_^)Y

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahahaha.. sangat sengal dan menarik di baca.

    aku tetiba teringat seorang omputih pernah buat benda camni, Ambrose Bierce nama beliau (kalau tak silap lah). buat kamus dengan maksud yang aneh tapi menarik!

    BalasPadam
  2. emel tu sendri tanggungla..haha..salam maulidur rasul:)

    hans..cite azura tu da tgkx....tetibe tny ko

    BalasPadam
  3. selalu tertunggu² sambungan dari yang sebelum² tu. part 4 nie pun buat saya tersenyum sorang² especially nombor 3 & nombor 8 tu. :D

    BalasPadam
  4. teringat email pertama yang aku buat masa tingkatan 1. masa tu email yang popular hotmail yahoo lycos yang dasyat lagi lovemail. kuikui. username tak yah cakap la. malu aku nak menyebutnya. hahaha.

    BalasPadam
  5. Terbaikkk! rajin btol hang ni hans buat kata2 hikmah ni...no 10 tu aku sangat setuju...ahaha

    BalasPadam
  6. waktu saya di Elementary School, saya bermain lonceng, dan saya dihukum cik gu hehe

    BalasPadam
  7. Klulah anak2 mak dok membaca kata2 hikmah han ni, maunya fail exam budak2 tu kang!

    Ahahaha..

    BalasPadam
  8. kreatif betul,,,menarik untuk dibaca..hahaha sweet.

    BalasPadam
  9. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
  10. wahh rajinnya :D
    best best semua :)

    BalasPadam
  11. Sis mintak izin ambil kata2 sis ye. best2 semua. TQ

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama