Selasa, 31 Januari 2012

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis Part 3



1) Jika tidak mampu membeli tepung gandum janganlah berani menjanjikan sebuku roti pada seseorang.

2) Jangan sesekali berkata sesuatu perkara itu mudah jika anda tidak pernah melakukannya.

3) Segagah mana pun lelaki itu pastinya wajah mereka cuak apabila berhadapan dengan serangga bernama Charlie.

4) Jangan salahkan longkang yang tersumbat jika diri sendiri tidak memahami apa fungsi tong sampah yang ada di depan mata.

5) Jangan mengulangi kesilapan lampau anda semasa zaman kanak - kanak yang percaya pada iklan permainan di televisyen dimana setiap permainannya boleh bergerak, berlari, terbang dan menghias diri sedang kan hakikatnya tidak.

6) Makanan yang diminati dan menjadi sebutan ramai peminatnya selalunya tidak sihat untuk badan dan kesihatan kita.

7) Apalah yang nak dibanggakan dengan kamera mahal dan canggih jika hasil gambar yang diambil sama sahaja dengan kamera murah.

8) Jangan mengeluh rumah bersepah jika diri hanya sekadar menjadi pemerhati.

9) Hentikan niat anda untuk kurus atau langsing jika setiap masa mulut anda sentiasa mengunyah makanan tanpa henti.

10) Selesaikan masalah seperti cara CSI dan bukannya seperti cara sinetron Indonesia jika anda tidak mahu dibebani tekanan melampau pada masa akan datang.


P/S : Nantikan Edisi Seterusnya! (^_^)Y


Isnin, 30 Januari 2012

Blackout

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Semalam memang meriah twitter sampai gua tak boleh tweet disebabkan kena limit! Memang hebat penangan Anugerah Juara Lagu ke-26 semalam. Hehehe! Jadi, nak dijadikan cerita waktu gua dah memang berniat nak off laptop dan tengok televisyen tetapi tiba - tiba segala barangan elektrik di rumah gua terpadam secara tiba - tiba pada pukul 12.10 tengah malam.


Awat Tiba - Tiba Gelap Gelita Nih?


Ah! Sudah! Ini tandanya blackout dan untuk keadaan pulih seperti biasa sememangnya mengambil masa yang sangat lama. Paling sekejap pun setengah jam dan paling lama mungkin lebih 2 jam. Memang satu kawasan perumahan gua semalam hanya diterangi cahaya lampu jalan depan rumah masing - masing jer. Jadi, gua pun ambil keputusan untuk cuba tidur sebab dah tak tahu apa nak buat bila rumah tak ada elektrik waktu tengah malam nih.


Bila lah rumah nak ada elektrik nih?


Baring atas katil! Pusing kanan! Pusing kiri! Tepuk bantal! Tarik selimut! Bangun sekejap! Baring kembali! Arghhhhhhhhhhhhh!! Semuanya rasa macam tak kena! Bila jarum jam yang pendek tu berhenti dekat angka 2 tiba - tiba...tiba - tiba....ada hantu ke? Memang tak lah hantu nak datang! Ini bukan kisah seram! Kehkehkeh! Tiba - tiba gua mula rasa panas! Dah berpeluh - peluh dah badan nih! Memang lah tak boleh nak tidur macam nih! Nasib lah Cik Muk(nyamuk) yang selalu menganggu malam - malam gua tak wujud semalam. Alhamdulillah!


Panasnya! Nak Tidoq Nih!!


Gua tak tahu nak buat apa dan alhamdulillah sebab telefon bimbit gua sekarang nih ada permainan dan lagu yang menarik jadi gua main lah game dam aji dan dengar lagu hindustan! Hahaha! Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi! Elektrik masih tak wujud! Mata gua dah berat gila! Gua dah putus asa menanti elektrik akan kembali dengan segera ke rumah gua. Jadi, gua cuba tidur tetapi masih juga tak boleh! Arghhhhhhhhhhhh!! Stress betul lah! Akhirnya lebih kurang pukul 3.20 pagi elektrik kembali semua ke rumah gua selepas rajuknya selama hampir 3 jam itu tamat. Alhamdulillah! Jadi, dapat lah gua kembali tidur dengan selesa! Hehehehe! Itu jer gua nak cerita! Kehkehkeh! Bye!


P/S : Bosan Betul Entri Kali Nih! Kan? Hehehehe! (^_^)Y

Ahad, 29 Januari 2012

Live Streaming Anugerah Juara Lagu 26

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali final juara lagu bermula pasti ia akan mengingatkan gua pada zaman gua belajar dulu. Zaman gua diploma dulu di hostel dan semestinya agak sukar untuk mendapat kemudahan televisyen untuk menonton Anugerah Juara Lagu nih sampai kadang - kadang gigih pergi menumpang dekat dewan makan sebab nak tengok kan. Siap paksa - paksa kakak dewan makan tu tukar channel lagi! Tak tukar aku dengan kawan - kawan boikot dewan makan diorang! Hahahaha!


 


Masuk zaman ijazah pula bila duduk di rumah sewa ada masalah lain pula. Televisyen yang tuan rumah bagi pula rosak. Jadi, gigih lah nak pergi kedai makan apa sebab nak tengok anugerah nih cuma sejak ada Live Streaming disediakan memang ia sedikit memudahkan walaupun kadang - kadang terlambat sikit. Paling lucu masa tu keputusan dah diumumkan tetapi gua masih menunggu FBI dengan Cheryl Samad umumkan keputusan masa gua menonton Live Streaming dekat laptop gua. Kehkehkeh!


Jadi, dekat bawah nih adalah link untuk sesiapa yang tak ada kemudah televisyen di rumah sewa mereka dan mungkin juga tidak tahu bagaimana untuk menonton Anugerah Juara Lagu Ke-26 ini. Cuma klik link di bawah dan anda sudah boleh melihat artis - artis kegemaran anda mempersembahkan lagu kesukaan anda pada malam ini. Selamat menonton Anugerah Juara Lagu Ke-26!






P/S : Seronok Baca Tweet Kawan - Kawan Pasal AJL Kali Nih! Hahahaha! (^_^)Y


Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26)


Anugerah Juara Lagu 26


Tarikh:
29 Januari 2012


Masa:
9.00 Malam - 11.30 Malam


Tempat:
Stadium Putra, Bukit Jalil


Pengacara:
Faizal Ismail & Cheryl Samad


Finalis Anugerah Juara Lagu 26 :


1. Wanita Seluruh Dunia
https://lh5.googleusercontent.com/-5WW9QTgouuI/TXWhJg9hXrI/AAAAAAAAETI/LER75wvRamc/international+women+day.gif
Penyanyi : Projek Pistol
Komposer : Boy Clifford
Penulis Lirik : Boy Clifford


2. Sedetik Lebih
 Penyanyi : Jaclyn Victor
Komposer : Edry Abd Halim
Penulis Lirik : Edry Abd Halim


3. Kekanda Adinda
 Penyanyi : Atilia & Monoloque
Komposer : Monoloque
Penulis Lirik : Monoloque


4. Penakut
 Penyanyi : Yuna
Komposer : Yuna
Penulis Lirik : Yuna


5. Kalau Berpacaran 
 Penyanyi : Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
Komposer : Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
Penulis Lirik : Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet


6. Cinta Muka Buku
 Penyanyi : Najwa Latif
Komposer : Najwa Latif
Penulis Lirik : Ika Latif


7. Karma
Penyanyi : Faizal Tahir
Komposer : Audi Mok / Faizal Tahir
Penulis Lirik : Audi Mok / Faizal Tahir


8. Kisah Hati
 Penyanyi : Alyah
Komposer : Manusia Putih
Penulis Lirik : Manusia Putih


9. Sungai Lui
Penyanyi : Aizat
Komposer : Aizat / Anas
Penulis Lirik : Aizat / Anas


10. Gadis Semasa
Penyanyi : Yuna
Komposer : Yuna
Penulis Lirik : Yuna


11. Awan Nano
 Penyanyi : Hafiz
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Budi Hekayat


12. Beribu Sesalan
 Penyanyi : Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah
Komposer : Kevin Chin
Penulis Lirik : Tinta


Hadiah - Hadiah :

Juara - RM35,000
Naib Juara - RM15,000
Ketiga - RM12,000
Vokal Terbaik - RM10,000
Persembahan Terbaik - RM10,00


Ramalan Pemenang :

1. "Shukew lagu Cinta Muka Buku!" kata anak buah Hans.

2. "Mesti Aizat menang lah!" kata mak Hans.

3. "Gua sokong 3 Suara lah sebab lagu tema drama Annisa nih best!" kata Hans.

4. "Hati aku kata Yuna menang lah beb tahun nih!" kata blogger Muhammad Saiazuan.




Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-26:

Juara:
Awan Nano

Naib Juara:
Beribu Sesalan 

Tempat Ketiga:
Karma

Vokal Terbaik:
Hafiz - Awan Nano

Persembahan Terbaik:
Kisah Hati - Alyah



Klik Gambar Ini Dan Vote Blog Hans


P/S : Ramalan Anda? (^_^)Y


Lirik Lagu Terbang (Cerekarama Aku Mahu Terbang) - Vierra



Tajuk Lagu:
Terbang


Penyanyi:
Vierra




Lirik Lagu:

Di balik sebuah mimpi
Ada sebuah harapan
Ada sebuah kisah yang tersimpan
Berjuang untuk hidup
Berjuang untuk jiwa
Berjuang untuk sahabat sejati
Dan aku ingin terus bermimpi
Dan ingin mewujudkannya

Bila harus ku berlari
Bila harus ku terjatuh
Bila nanti ku terluka
Ku tak akan meminta
Di sinilah ku berdiri
Di sinilah ku bertahan
Aku tak akan berpaling
Kerna ku bisa dan ku akan terbang

Di balik sebuah mimpi
Ada sebuah harapan
Ada sebuah kisah yang tersimpan
Berjuang untuk hidup
Berjuang untuk jiwa
Berjuang untuk sahabat sejati
Dan aku ingin terus bermimpi
Dan ingin mewujudkannya

Bila harus ku berlari
Bila harus ku terjatuh
Bila nanti ku terluka
Ku tak akan meminta
Di sinilah ku berdiri
Di sinilah ku bertahan
Aku tak akan berpaling
Kerna ku bisa dan ku akan terbang

Fly away, fly away
Searching for the brightest light
Fly away, fly away
Searching for the brightest light

Bila harus ku berlari
Bila harus ku terjatuh
Bila nanti ku terluka
Ku tak akan meminta
Di sinilah ku berdiri
Di sinilah ku bertahan
Aku tak akan berpaling
Kerna ku bisa dan ku akan terbang



P/S : Lagu Dari Indonesia Yang Dijadikan Lagu Tema Untuk Cerekarama Aku Mahu Terbang Nih Memang Menarik! (^_^)Y


Jumaat, 27 Januari 2012

Abang Kacak Sila Duduk Dulu

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Walaweh! Gua tadi pergi lah stesen bas dekat Shahab Perdana tu hah sebab gua nak pergi ambil duit tiket bas yang gua minta orang kaunter syarikat bas tu jualkan. Daripada RM45 jadi gua dapat balik RM25 sebab bila dah beli dan suruh jual memang harapan lah nak dapat harga asal melainkan kau rajin jual sendiri kan. Kehkehkeh! Jadi, perancangan gua ialah lepas dapat duit tiket gua nak pergi tengok wayang. Dari minggu lepas nak tengok filem yang The Rock tu berlakon tapi tak sempat - sempat! Haihhhh!!!




Jadi, macam biasa lah gua pakai baju ala - ala bebudak K-Pop kan naik motosikal merempit pergi stesen bas tu. Sampai sana gua pun menuju lah ke kaunter selepas melepasi halangan dan sekatan dari segala macam manusia yang bertanya,"Adik hensem nak pergi mana?" atau "Abang kacak nak pergi KL ker? Shah Alam ker?". Sampai jer gua dekat kaunter tu maka gua pun bagitahu lah gua datang nak tuntut wang tiket seperti yang dijanjikan dengan menunjukkan sms yang gua dapat sebelum gua pergi solat jumaat tadi.


Lama Tak Letak Gambar Nih! Kui3!


"Maaf bang! Tak ada pun nama abang dekat sini!" kata si gadis penjual tiket tersebut sambil disokong oleh dua orang lagi gadis di situ. Gua pun tunjuk lah sms dalam telefon gua tu. Mereka bertiga pula kelihatan pening - pening lalat sambil suruh gua tunggu sekejap. Lepas tu si gadis seorang nih asyik tengok telefon gua tu. Adoi! Telefon gua bukan Samsung Galaxy Note nak tengok lama - lama! Hahaha! Lepas tu dia perasan gua asyik usha telefon gua tu dan dia pun bagi dengan termalu - malu lah gaya dia. Adess!!!


Lambatnyaaaaa!!


Lepas tu dia suruh gua tunggu sekejap sebab diorang nak call orang yang bertanggungjawab dalam urusan tiket gua tu. Gua pun tengok jam dekat telefon gua tu! Dah pukul 4.05 petang! Adoi! Wayang mula pukul 4.30 petang! Gua punya tanya lah mereka,"Lama lagi ker?" dan mereka pun berkata,"Tunggu kejap yer bang! Abang duduk lah dulu! Lama lagi rasanya nih!" Gua pun usha lah sekeliling tempat gua berdiri tu! Terima kasih lah gadis - gadis sekalian! Terharu gua atas niat murni kalian bertiga mempelawa gua duduk! Tetapi, masalahnya sekarang satu kerusi pun tak ada! Nak suruh gua duduk dekat lantai? Ker nak suruh gua duduk macam gaya P.Ramlee and the gang duduk dalam filem Seniman Bujang Lapok? Adess!!


Kerusinya Mana Cik Jah?


Akhirnya segala urusan siap pukul 4.20 petang dan sememangnya gua telah membatalkan niat gua nak tengok filem lakonan The Rock tu. Sob Sob Sob! Baru feeling nak pakai cermin mata 3D petang nih tapi dah tak sempat lah! Haihhhhh!! Tak apa lah! Ada rezeki lain kali lah gua pergi tengok filem tu! Gua nak mengketedarah kejap! Lapaq pula haih pepetang nih! Assalammualaikum dan kita jumpa lagi buka gua update entri baru yer! Tata!


P/S : Bosannya Tanam Anggur Selama 2 Minggu Nih! Bila Orang Nak Panggil Interview Nih! Sob Sob Sob! (~.~)


Lirik Lagu Obsesiku - Aqasha



Tajuk Lagu:
Obsesiku


Penyanyi:
Aqasha




Lirik Lagu:

Matamu..
Bibirmu...
Pipimu dan juga senyum mu
Membuat aku lebur
Hanyut di dalam ghairah
Kernamu..

Tubuhmu..
Harummu..
Hatimu oh semua aku mahu
Inginku gigit - gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
Membisikkan aku cinta kamu
Hati akan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu
Ku ingat kamu

Aura mu..
memujuk rayu hatiku
Sering bergoncang jiwa ini
Siang malam ku gundah
Tiada melihat wajahmu
Ku rindu..
Tubuh mu..
Harum mu..
Hati mu oh semua aku mahu

Inginku gigit - gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
Membisikkan aku cinta kamu
Hati akan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu

Inginku gigit - gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
Membisikkan aku cinta kamu
Hati akan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu
Ku gila kamu..
Ku gila kamu..
Ku gila kamu..
Kau obsesiku..


P/S : Lirik Lagu Nih Pelik Dan Semacam Tetapi Sesuai Untuk Suami Isteri. Apa - Apapun Aku Suka Muziknya! (^_^)Y


Misi Hans Mahu Kalahkan Beautifulnara

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Hahaha! Senario gua kini dah macam ahli politik pula dalam sehari nih sebab sedang giat dan pulunnya menjalankan promosi dengan menyeru serta memaksa orang lain untuk mengundi blog gua dekat Social Media Awards 2012 untuk kategori Most Funniest Blog dengan Best Entertainment Blog.




Memang sangat mencabar sebab setakat gua menyeru dan memaksa sejumlah orang untuk mengundi blog gua nih memang tak ramai sangat yang undi pun walaupun peratusan yang kata nak mengundi tu ramai. Hahaha! Mungkin mereka malas untuk sign up(daftar) akaun kut sebelum boleh mengundi tetapi sebenarnya tak susah mana pun untuk daftar akaun tu. Asalnya untuk suka - suka tetapi bila melihatkan macam seronok pula selepas dah dapat beberapa undi nih maka misi gua sekarang mahu mengalahkan Beautifulnara(siapa kau Hans nak kalahkan dia?)...Hahahaha! Jadi, gua mengharapkan agar kalian semua sudilah kiranya mengundi kedua - dua blog gua di dalam 2 kategori yang gua masuk tu.


Langkah - Langkah Untuk Mengundi :-

1) Sign Up dulu -> KLIK SINI

2) Lepas dah Sign Up maka sila semak email korang untuk pengesahan akaun. Klik link yang diberi di dalam email untuk mengaktifkan akaun.

3) Kemudian korang datang balik ke blog Hans nih dan klik 2 link(Untuk Mengundi) yang gua letak dibawah ini :-


Kategori Most Funniest Blog


Nama Blog : 
hanspunyablog

Untuk Mengundi :  



Kategori Best Entertainment Blog


Nama Blog :
hansrollodepelicula

Untuk Mengundi :


P/S : Minta - Minta Misi Gua Berjaya! Hahahahaha! (^_^)Y


Khamis, 26 Januari 2012

Terima Kasih Kawan - Kawan Gua

Terima kasih sangat pada member - member baik gua atas bantuan untuk semalam dan hari ini...

Memang kalau tak ada kalian semua tak tahu lah gua nak buat apa semalam...

Nasib lah atas dorongan dan bantuan kalian akhirnya gua dapat berfikir lebih rasional...

Hari ini gua kembali bersemangat dan insyaallah gua akan lebih berhati - hati di masa akan datang...




Terima kasih kerana kalian masih ada diwaktu gua amat memerlukan kalian...

Terima kasih semua! Anda tahu siapa anda! Gua gembira ada kawan macam anda!

Alhamdulillah! Syukur! Terima kasih sekali lagi!



Klik Gambar Ini Dan Vote Blog Hans


P/S :Alhamdulillah Kerana Mereka Bukan Sahaja Kawan Di Waktu Gembira Tetapi Mereka Kawan Di Waktu Sedih! Syukur Alhamdulillah! Terima Kasih Untuk Kamu, Kamu Dan Kamu! (^_^)Y


Rabu, 25 Januari 2012

Takut! Sedih! Kecewa!

Apabila di dalam diri aku sekarang terdapat tiga perasaan ini secara serentak....

Memang fikiran bercelaru gila!

Serba - serbi yang aku buat mesti ada jer yang rasanya tak kena.....

Aku sangat tak suka apa yang aku rasa sekarang.....

Doakan segala - galanya berjalan lancar supaya aku berjaya mengejar impian aku....

Assalammualaikum!

Selasa, 24 Januari 2012

Social Media Awards 2012 - Undilah Blog Hans


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Hah! Gua kepeningan menaip entri nih sambil ditemani dentuman mercun dan bunga api gara - gara menyambut kemenangan gua(Sifu IP Hans) melawan peninju British tadi. Eh, sebenarnya gua baru habis menonton IP Man 2 tadi. Semangat pula tetiba! Hahaha!

Jadi, macam biasa lah gua malas nak taip panjang - panjang sebab gua pening kepala mendengar bunyi mercun lebih 20 minit tanpa henti(masih belum berhenti sewaktu entri ini ditaip). Gua nak paksa/minta tolong/sukarela lah korang suruh vote dua blog gua nih! Hahahaha! Nampak tak perkataan tu -> paksa/minta tolong/sukarela yang bermaksud walau apa hal pun korang semua kena vote juga. Hahahaha! Jadi dibawah adalah link untuk korang vote blog gua. Apa - apapun korang kena sign up dulu lah benda alah nih sebelum boleh undi blog gua atau blog mana - mana lah yang korang suka(undi blog gua jer lah!Kehkehkeh!).


Langkah - Langkahnya :-

1) Sign Up dulu -> KLIK SINI

2) Lepas dah Sign Up maka sila semak email korang untuk pengesahan.

3) Kemudian korang boleh vote 2 blog Hans seperti dibawah ini :-



Nama Blog : 
hanspunyablog

Untuk Mengundi :  




Nama Blog :
hansrollodepelicula

Untuk Mengundi :


P/S : Jadi Selamat Mengundi Blog Hans! Hehehehe!(Blog Lain Tak Payah Buat Entri Macam Nih Pun Berduyun - Duyun Orang Vote! Kui3) (^_^)Y


Ahad, 22 Januari 2012

Wanita Mengandung

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Lama betul gua tak update entri dekat blog gua nih kan. Malas sebab bila makan mesti rasa mengantuk jer! Macam semalam hari makan sedunia bagi gua ditambah gua peminat laksa jadi seharian gua makan laksa jer! Ada lah dalam 5 mangkuk jer! Jer tau! Tak banyak kan? Alah! Satu mangkuk laksa tu ibarat untuk 2 orang makan lah kiranya. Hahahaha! Kira okay lah tu kut? Normal lah kan makanan kegemaran! Dari tengahari membawa ke malam gua makan laksa! Makanan sampingan semestinya mengikut suasana tahun baru cina nih. Buah limau berbiji - biji! Lalalala!


Gambar Hiasan


Okay lah! Tu mukadimah jer tu! Memandangkan gua bakal mendapat anak buah baru pada bulan Februari nih dan insyaallah anak buah gua yang ke-3 ini juga perempuan maka berpeluang lah gua bersama dengan kakak dan anak - anak buah gua yang lain sempena cuti tahun baru cina nih di rumah tercinta. Melihatkan pada fizikal badan kakak gua yang sarat mengandung tu memang gua rasa lain lah berbanding sebelum ini. Memang betul lah kata orang bila wanita tengah mengandung nih memang nampak betul - betul berseri. Ada orang kata pembawakan budak dan ada juga orang kata memang orang mengandung nih wajah dia akan memberi kita satu perasaan yang rasa tenang dan damai jer bila tengok wanita mengandung nih.




Jadi, gua sebagai seorang lelaki membayangkan apabila nanti gua telah berumah tangga dan isteri gua mengandung mesti waktu tu wajah gua pun sweet gila - gila kan bila dalam keadaan macam tu? Hahahahaha! Macam semalam gua tak tahu kenapa sebab apa - apa benda yang gua nak makan kalau benda tu ada di dalam kuantiti sedikit atau senang cakap tinggal satu jer mesti gua akan tanya kakak gua dulu dia nak makan ker tak makanan tu. Kalau dia kata dia nak makan maka gua dengan rela hati tanpa berfikir 2 kali pun terus bagi dia makan. Tetapi, kalau dia tak mengandung memang harapan lah gua nak tanya dia nak ker tak makanan tu. Kehkehkeh! Betul owh! Rasa tak sampai hati nak kecewakan permintaan atau keinginan orang yang tengah mengandung nih.




Sebab tu bila difikirkan balik memang rasa aneh bagaimana lah ada orang lain atau suami yang tergamak pukul isteri atau wanita yang tengah sarat mengandung. Tak rasa bersalah ker buat wanita mengandung macam tu? Minta kita semua dijauhkan dari menzalimi wanita mengandung sebegitu rupa. Apa - apapun, memang wanita bila mengandung sangat sweet dan kepada wanita yang telah berkahwin diluar sana yang takut nak mengandung sebab kononnya takut gemuk tu maka tolak lah tanggapan tu jauh - jauh. Apabila mengandung si suami insyaallah jika beriman dan soleh pasti akan lebih menyayangi kalian. Bab lepas beranak tu gemuk ker tak tu bergantung juga lah pada badan kita sendiri. Macam kakak gua maintain jer badan. Tetapi, memang ada yang akan gemuk lepas mengandung. Tetapi, apa - apapun jangan takut atau risau untuk mengandung dan melahirkan kerana itu adalah rezeki yang Allah berikan pada yang terpilih. Apa - apapun, kesimpulannya wanita mengandung memang nampak manis, comel dan berseri. Sekian!


P/S : Setuju Tak Dengan Pandangan Gua? (^_^)Y


Sabtu, 21 Januari 2012

Inspirasi

Kejayaan selalunya dikaitkan dengan sumber inspirasi. Tidak kira betapa besar atau kecil pun sesuatu yang berjaya dicapai itu pasti soalan yang acap kali ditanya ialah yang berkaitan tentang perkataan yang berbunyi inspirasi.




"Apakah sumber inspirasi kamu yang menyebabkan kamu melakukan segala ini?"

"Siapakah inspirasi kamu untuk melakukan semua ini?"

"Bagaimanakah inspirasi kamu membantu kamu mengecapi kejayaan ini?"

"Adakah kamu melakukan segala - gala ini berdasarkan inspirasi kamu?"

"Mengapakah kamu menjadikan itu sebagai inspirasi kamu untuk berjaya?"

"Bilakah inspirasi kamu benar - benar membantu kamu mendapatkan apa yang kamu telah peroleh ini?"


Tidak kira jika anda pelajar sekolah yang memperoleh 5A untuk UPSR atau pelajar universiti yang memperoleh 4 flat untuk setiap semester mahu pun atlet sukan atau sesiapa sahaja tokoh yang dikagumi pastinya ia berkaitan dengan inspirasi dan pastinya juga kejayaan mereka yang diiktiraf ini juga dibantu oleh inspirasi mereka sendiri.

Ada yang menyatakan ibu bapa! Ada yang menyatakan rakan - rakan! Ada yang menyatakan keadaan sekeliling! Ada juga yang menyatakan tokoh - tokoh hebat dan dikenali ramai! Ada juga yang menyatakan mereka mendapat inspirasi daripada hidupan dan tumbuhan lain! Ada juga yakin menyatakan inspirasi mereka adalah diri mereka sendiri. Jadi, apa pandangan anda pula? Sedia berkongsi disini? Kongsikan di ruangan komen entri ini dan mungkin komen anda akan memberi inspirasi pada pembaca yang lain. Siapa tahu? Kan?


P/S : Memberi Adalah Lebih Baik Daripada Menerima! (^_^)Y


Jumaat, 20 Januari 2012

Review Filem Underworld Awakening





Khamis, 19 Januari 2012

Untung

Kisah ini berkenaan dua orang sahabat baik iaitu Jack dan Jill. Mereka berdua bersekolah dan tinggal di tempat yang sama. Ditakdirkan mereka berdua berjiran maka hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Jack bertubuh kurus kering manakala Jill pula bertubuh gempal. Jack selalu melihat ibu Jill asyik membelek majalah masakan sahaja dan selalu sahaja bercerita dan berkongsi dengan ibunya tentang resipi atau menu - menu terbaru. Suatu hari perbualan ini pun terjadi di taman permainan antara mereka berdua.

Jack : Untung lah kau Jill!

Jill : Untung? Untung sebab apa pula nih?

Jack : Ada mak macam makcik Jenab tu!

Jill : Kenapa dengan mak aku? Apa yang untungnya? Kau pun ada mak apa? Tu makcik Kiah tu kan mak kau! Adoi!

Jack : Memang lah makcik Kiah tu mak aku! Alah! Bukan apa! Makcik Jenab tu kan pandai masak! Macam - macam masakan mak kau tahu! Bukannya macam mak aku! Asyik - asyik masak masakan melayu jer! Kalau kau mesti hari - hari bertukar - tukar menu kan? Kejap western! Kejap makanan arab! Kejap makanan jepun! Mesti best kan?

Jill : Mana kau tahu?

Jack : Mahu aku tak tahu! Dah hari - hari mak kau tu berkongsi resipi - resipi memasak dengan mak aku!

Jill : .......

Jack : Asal kau diam pula nih Jill?

Jill : Owh! Tak ada apa - apa lah!


Pada malam tersebut, Jill sekeluarga makan bersama di meja makan rumah mereka. Sewaktu ibu Jill iaitu Makcik Jenab pergi ke dapur untuk membasuh periuk dan pinggan maka Jill pun mengadu pada ayahnya.




Jill : Ayah! Asal kita hari - hari asyik makan nasi putih, telur goreng dengan kicap jer?

Ayah Jill : Untunglah kau dapat makan! Waktu ayah mula - mula kahwin dengan mak kau dulu hari - hari makan mee segera jer tau!

Jill : Ayah suruh lah mak masak menu lain pula! Kawan - kawan Jill semua ingat Jill besar macam nih sebab makan macam - macam menu yang mak masak! Padahal asyik - asyik telur goreng dengan kicap! Jemu lah!

Ayah Jill : Bersyukur jer lah Jill ! Untunglah tu mak kau masak juga dekat kita berdua nih!

Jill : Sob Sob Sob!


P/S : Kisah Rekaan Sahaja! Semoga Terhibur! (^_^)Y


Selasa, 17 Januari 2012

OST Filem 7 Petala Cinta - Dakmie



Tajuk Lagu:
7 Petala Cinta


Penyanyi:
Dakmie





Lirik Lagu:

Semakin hebat rinduku
Semakin deras degupku
Semakin teguh cintaku kepadamu

Hembusan nafasku saluti
Kata - kata penuh bermakna
Semua rinduku tersusun dihati
Menantikan masa

Tujuh petala cinta
Berbisiklah kedengaran
Terhamparlah syahadah
Titik percintaan

Huuuuuuuuuuuuu

Kasih
Dengarkanlah
Rindu kepadamu
Cinta Kepadamu
Hidup untukmu

Kasih
Ku dicinta
Hatiku bergema
Hiasi cahaya
Bersemilah rasa


P/S : Dakmie! Bila Nak Cipta Lagu Untuk Gua? Gua Tunggu Nih! (^_^)Y


Isnin, 16 Januari 2012

Games Zaman Gua Kanak - Kanak



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Hah! Kebanyakkan member gua sekarang suka bebenor lah share gambo nih dekat facebook masing - masing. Masa mula - mula gua tengok gambar nih memang gua tergelak sekejap sebab ini memang legend gila beb! Zaman gua belum tadika gua dah gila main game nih semua! Zaman dulu mana ada PS2 la komputer ker laptop bagai nih! Main guna tape yang kena masukkan dekat tempat dia lepas tu apa lagi! Siang malam lah menghadap televisyen yang dijadikan tempat untuk main game dalam tape tu. Hahaha! Tak silap gua dalam tape tu ada lebih 100 permainan kut tapi gua dah lupa lah!

Antara permainan dalam tape game tu ialah seperti 5 permainan di dalam gambar di atas nih iaitu :-


1) Circus


Game Circus nih yang seingat gua memang ada banyak halangannya dan gua rasa gua dah menang pun main setiap stage game nih. Jumpa halangan monyet lah, bola lah, gelung berapi lah! Hahahaha!Memang seronok main game nih!


2) Mario


Rasa - rasanya game Mario nih sampai sekarang lagi pun ramai jer orang budak - budak yang main kan. Jadi rasanya ramai jer yang tahu tentang kewujudan Mario nih. Lompat dekat kotak - kotak tu! Penyetkan si jahat! Makan bunga jadi besar! Kui3!


3) Battle City


Game nih dulu satu keluarga panggil game kereta kebal. Memang game nih nostalgia beb sebab dalam banyak - banyak game dalam tape tu abah gua suka layan game nih dengan game snooker dengan gua dan abang dua. Seronok kut bila mati kena serang lepas tu menjerit - jerit kecewa. Game nih kita kena lindungi bos kita yang sentiasa duduk dekat dalam kotak tengah bahagian bawah dari diserang kereta kebal jahat! Hahahaha!!!


4) Contra


Game Contra nih pula jenis tembak - tembak ala - ala Metal Slug zaman gua sekolah menengah. Hahaha! Sumpah gila best masa zaman tape game nih wujud. Memang gua dengan abang gua lah bergabung untuk menewaskan musuh! Kalau salah seorang mati jer mula lah seorang lagi bising! Sempoi habis kut! Kui3!


5) Road Fighter


Game nih gua jarang main sebab gua asyik kalah jer! Tetapi, gua suka tengok abang gua main! Asyik menang jer! Hahahahaha!!!


Memang seronok gila bila mengenang balik main permainan nih semua zaman kanak - kanak dulu! Banyak lagi sebenarnya game yang gua main macam ninja, kingkong, bomberman dan banyak lagi lah! Anda semua pernah main tak game - game guna tape tu? Kalau pernah jom kongsikan game apa yang korang selalu sangat main! Kadang - kadang seronok juga mengimbau kembali kenangan manis zaman kanak - kanak nih kan? Hehehehe!!!


P/S : Paling Canggih Game Yang Gua Pernah Main Guna Tape Ialah Game Power Rangers! Robot Lawan Raksasa Kut! Gila Layan! Hohohoho! (^_^)Y 


Gua Dah Macam Dalam Babak Drama Melayu

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Walawehhh!! Gua rindu gila nak merepek dekat blog gua nih! 2-3 hari nih entri gua pasal join contest jer kan! Sebenarnya memang banyak gua nak cerita terutama hari gua lepak - lepak dengan member gua lepas gua grad secara tak official nih. Hahahaha! Tapi, nanti - nanti lah kut sebab gua sakit kepala gila. Walaupun sakit kepala gigih gua update blog sebab gua dah tidur tadi jadi tak rasa mengantuk sangat.

Dalam minggu lepas ada perkara yang buat gua sangat teruja dan adakalanya gua rasa gua dah buat tindakan yang betul dan bila gua fikir balik sebenarnya gua agak terburu - buru dalam membuat keputusan. Selepas gua dah berkongsi dengan beberapa orang yang rapat dengan gua maka hati gua jadi tenang sedikit lah. Itu bab kerja! Ini bab gua pening kepala! Gua tak tahu la kenapa waktu gua bangun pagi - pagi tadi rasa okay jer tapi kepala mula berdenyut - denyut! Serius pening kepala gua sampai gua pertama kali rasa betul - betul macam nak pitam.




Yang tak tahan tu waktu gua nak mandi. Memang gua tak boleh berdiri dah sebab tahap jalan melelong punya. Jadi, gua pun duduk lah sambil air dari shower tu menyimbah rambut gua. Dalam pening - pening tu pun sempat lagi gua fikir yang gua nih dah ala - ala dalam babak drama melayu jer yang mana pelakon wanitanya bila ada masalah, stress, kena tipu suami atau kena tipu dengan bekas lelaki dan kemudian menangis dalam bilik air sambil buka shower sampai terduduk dekat lantai bilik air meratapi nasib diri. Kehkehkeh! Tetapi, gua tak ada lah menangis cuma bila terfikir gua mandi sampbil duduk di lantai sebab tak mampu berdiri tu memang lebih kurang sama jer macam babak drama. Hohoho!

Risau juga sebab gua tak pernah - pernah pening macam nih lagi. Selalunya kalau jadi macam nih sebab demam tetapi masalahnya gua tak demam pun cuma pening kepala. Harap - harap tak ada lah apa - apa yang serius berlakukan. Doakan kesihatan gua baik yer! Okay lah! Gua nak rehat kejap! Nanti bila - bila gua update pasal kisah minggu lepas. Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : Harap - Harap Ada Berita Baik Pasal Kerja Yang Gua Nantikan! Amin! (^_^)Y


Jumaat, 13 Januari 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)


  1. Bertujuan membantu golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

  2. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) mula dibuka mulai 30 Januari 2012 ini.

  3. Had pelaburan RM5,000 dan pinjaman boleh dibuat di institusi perbankan terpilih iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional. Tempoh bayaran balik ialah selama lima tahun.

  4. Pulangan pelaburan RM134 sebulan kepada sesiapa yang melabur menggunakan duit sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman.

  5. Pulangan pelaburan RM50 sebulan kepada sesiapa yang membuat pinjaman selepas ditolak bayaran balik sebanyak RM84 sebulan.

P/S : Jom Kita Menabung! (^_^)Y

    Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

    Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua nak berkongsi senarai finalis untuk 15 anugerah dibawah ini. Nama calon yang berwarna merah merupakan pilihan gua untuk menang kategori tersebut. Jadi, adakah pilihan anda semua sama seperti gua? Sila lihat dibawah.




    Penyanyi lelaki:
    Faizal Tahir
    Anuar Zain
    Aizat
    Hafiz
    Black

    Penyanyi wanita:
    Najwa Latif
    Yuna
    Stacy
    Alyah
    Shila Amzah

    Artis duo/berkumpulan:
    6ixth Sense
    Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
    Meet Uncle Hussain/Hazama
    Bunkface
    Forteen

    Artis baru lelaki:
    Johan Ariff As’ari
    Hazama
    Awi Rafael
    Aeril Zafrel
    Beto Khusyairi

    Artis baru wanita:
    Tasha Shilla
    Najwa Latif
    Neelofa
    Nur Fathia
    Izara Aishah

    Pelakon filem lelaki:
    Aaron Aziz
    Shaheizy Sam
    Adi Putra
    Syamsul Yusof
    Bront Palarae

    Pelakon filem wanita:
    Lisa Surihani
    Maya Karin
    Diana Danielle
    Yana Samsudin
    Eja

    Pelakon TV lelaki:
    Aaron Aziz
    Adi Putra
    Remy Ishak
    Fizz Fairuz
    Fauzi Nawawi

    Pelakon TV Wanita:
    Fasha Sandha
    Tiz Zaqyah
    Scha Alyahya
    Nora Danish
    Rozita Che Wan

    Artis komedi lelaki:
    Zizan Razak
    Johan
    Nabil
    Along Cham
    Afdlin Shauki

    Artis komedi wanita:
    Noorkhiriah
    Sharifah Shahira
    Didie Alias
    Kenchana Dewi
    Alliza Abdullah @ Enot

    Pengacara TV lelaki:
    Aznil Nawawi
    Faizal Ismail
    Ally Iskandar
    Awal Ashaari
    Zizan Razak

    Pengacara TV wanita:
    Fara Fauzana
    Cheryl Samad
    Sharifah Shahira
    Raja Azura
    Nurul Syuhada

    Penyampai radio lelaki:
    Faizal Ismail
    Aznil Nawawi
    AG
    Halim Othman
    Khairil Rashid @ Krill

    Penyampai radio wanita
    Fara Fauzana
    Linda Onn
    Raja Azura
    Abby Fana
    Sharifah Shahira





    P/S : Semoga Izara Aishah Menang! (^_^)Y