Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Walaweh! Gua masih dalam
mood kecewa bebenor nih sebab semalam ialah hari terakhir gua promote entry contest gua dekat
blog Denaihati tapi waktu semalam lah line internet gua buat hal. Gua ingatkan modem streamyx tu rosak tetapi rupa - rupanya
masalah line internet sampai orang TM siap datang rumah lah pagi tadi. Jadi, kesimpulannya hari terakhir untuk gua promote yang jatuh pada hari minggu di mana ramai manusia online terbuang begitu sahaja.
Sedih gila beb! Haih!! Apa - apapun, gua nak ucap berbanyak - banyak terima kasih lah pada semua yang sudi bantu, promote dekat blog masing - masing dan promote dekat kawan - kawan serta facebook masing - masing lah. Peratusan nak menang tu tak pasti lah sebab gua dah
rugi 2 hari tak sempat nak promote entry tu. Jadi, tawakkal jer lah! Hehehehe!
Jadi, kali nih gua nak kongsi satu pengalaman yang agak menarik lah sewaku gua gigih 5 hari 5 malam dok promote entry contest gua tu sampai setiap malam tidur lewat semata - mata nak menang kan. Hahaha! Bab kena marah ke maki ke apa tu lumrah lah! Gua buat tak tahu jer lah! Anggap jer diorang tengah stress ker waktu tu. Hahaha! Tetapi, yang paling menarik nih ialah sewaktu gua minta tolong pada seorang lelaki. Gua tak kenal dia dan dia tak kenal gua pun. Berlaku sedikit kata - kata yang aneh dan gua nak kongsikan di bawah nih.
Hans : Salam. Nak minta tolong kamu untuk bantu saya..bla bla..tinggal komen...bla bla...click social sharing..bla bla..click FB like...bla bla....
Lelaki : Kalau saya tolong awak apa saya dapat?
Hans : Hurmm..tak dapat apa - apa lah..saya pun minta tolong jer. Taknak tolong tak apa. Saya tak paksa :-)
Lelaki : Okay! Macam nih! Saya akan tolong awak tapi awak kena tolong saya. Boleh? Tapi syarat saya nih aneh sikit.
Hans : Tolong apa tu? Kalau saya boleh tolong saya tolong lah :-)
Lelaki : Awak tolong add saya dekat facebook awak nih lepas tu awak letak saya sebagai RL awak.
Hans : RL? Apa tu?
Lelaki : Relationship! Kita dua couple lah! Boleh?
Hans : Hahahahaha!
Lelaki : Kenapa ketawa?
Hans : Saya lelaki lah! Kamu pun lelaki! Macam mana nak couple! Hahaha!
Lelaki : Owh! Hurmmm! Aku tahu lah kau lelaki! Tengok ayat kau pun aku tahu kau lelaki! Saja jer gurau!
Hans : Owh! So, nanti tolong lah like, comment dan apa - apa semua tu dekat entri tu yer.
Lelaki : Betul ker awak nih lelaki? Saya tahu awak nak mengelak jer! Saya tahu awak nih perempuan kan? Jual mahal pula!
Hans : Adoi! Aku lelaki lah bro!
Lelaki : Tipu lah! Mesti kau tak sudi nak kenal - kenal dengan aku!
Hans : ....................(Blah Sudah!! Hahaha!)
Pening juga jumpa manusia macam nih. Hahaha! Mungkin sebab gua guna ayat Saya dan Awak kut dan terus dia buat kesimpulan yang gua nih gadis tetapi masalahnya takkan gua nak cakap Gua dan Lu atau Aku dan Kau sebab bagi gua itu agak kasar untuk meminta tolong pada orang yang kita tak kenal. Nak kata gambar facebook gua melambangkan gadis pun tak boleh sebab gua pakai gambar lelaki tua Aquiles Barrasa datuk pada Lola dalam telenovela Bella Calamidades. Gambar lelaki kut! Nak kata pasal nama pula gua letak Hans Hanis bukannya Hanis Zalikha. Hahahaha! Aneh betul lah! Lagi satu yang aneh dan paling gua dok fikir sampai sekarang ialah adakah mana - mana gadis dekat dunia nih yang sanggup couple dengan mana - mana lelaki hanya kerana lelaki tu tolong mereka click FB Like untuk entri contest mereka? Gadis - gadis semua sila beri jawapan anda yer di ruangan komen entri nih nanti. Heheh!
Apa - apapun, walau terasa sangat kecewa sebab tak dapat nak berjuang hingga ke saat - saat akhir dan merasakan peratusan nak menang tu macam dah sangat tipis dan kemungkinan besar tak akan berjaya dah pun tetapi apa - apapun agak menarik sebab gua dah berusaha sekuat mungkin dan berjaya membalas balik komen - komen boleh kata kesemua blogger yang pernah singgah di setiap entri gua dan mengomen entri gua daripada
bulan September 2011 sehingga lah bulan Februari 2012. Hahaha! Ada banyak hikmah juga lah sebenarnya sewaktu aktiviti mempromosi entri nih selama seminggu
(cuma sempat promosi 5 hari jer sebab masalah teknikal!). Jadi, sekali lagi gua nak ucap terima kasih sangat - sangat pada semua yang sudi bantu gua dalam entri contest gua dekat
blog Denaihati tu. Jumpa lagi pada entri akan datang. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
P/S : Apa Celop Ajak Couple Sebab Tolong Klik FB Like! Hahaha!! (^_^)Y