Jumaat, 8 Jun 2012

Hans Comix : (Mirror Mirror) Permaisuri Baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Queen Bedah telah bermimpi buruk dimana dia bermimpi anak tirinya iaitu Salji Putih telah membunuhnya lalu menjadi permaisuri yang baru. Jadi, dia kembali ke Lalaland untuk menemui Cermin Sakti bagi mengetahui kebenaran mimpinya itu. Jadi, adakah mimpinya kali ini betul - betul bakal terjadi? Inspirasi diperoleh daripada babak di dalam filem Mirror Mirror! Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!



 *Kredit Untuk Izzad Yang Sudi Membantu



P/S : Jangan Sentiasa Menilai Orang Lain Melalui Luaran Sahaja! (^_^)Y



Khamis, 7 Jun 2012

Lirik Lagu Anak Kampung - Jimmy Palikat



Tajuk Lagu:
Anak Kampung


Penyanyi:
Jimmy Palikat





Lirik Lagu

Memang aku ini
Anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung
Tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja
Memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Memang aku ini
Anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung
Tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja
Memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna
Nanti kau menyesal tiada guna
Nanti kau menyesal tiada guna


P/S : Lagu Nih Dah Lama Pun Tapi Baru Hari Nih Nak Letak Dekat Blog :-)


Hans Comix : (Mirror Mirror) Cuti Sekolah

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Queen Bedah yang sememangnya obses dengan keputusan terkini Carta Meletup memang tidak dapat menahan sabarnya untuk mengetahui keputusan pada minggu berikutnya. Jadi, dia kembali ke Lalaland untuk menemui Cermin Sakti. Jadi, siapakah wanita paling cantik yang berada di kedudukan nombor satu dalam Carta Meletup! Adakah dia orangnya? Inspirasi diperoleh daripada babak di dalam filem Mirror Mirror! Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!



 *Kredit Untuk Izzad Yang Sudi Membantu



P/S : Terima Kasih Atas Sokongan Kalian Pada Episod - Episod Hans Comix Sebelum Ini! (^_^)Y


Rabu, 6 Jun 2012

Review Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad



Tajuk:
Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad


Bilangan Muka Surat:
982


Harga:
RM59.90


Cetakan Pertama:
2012


Terbitan:
MPH Group Publishing Sdn Bhd


Sinopsis Belakang Buku:

Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.


Ulasan Hans:

Aku amat menggemari buku - buku yang bersifat biografi atau pun yang terdapat di dalamnya sedikit fakta mengenai sejarah yang memang tidak akan dijumpai langsung di dalam mana - mana buku teks sejarah sekolah. Sejarah ialah satu perkara yang misteri terutama kepada sesiapa yang tidak pernah berada di sesuatu tempat atau hidup pada waktu kejadian yang dikatakan sejarah itu berlaku. Jadi, untuk mempercayai atau tidak terpulang kepada pembaca itu sendiri. Ini adalah buku kedua yang aku baca selepas Natrah yang walaupun mungkin tidak sama namun konsepnya adalah selaras dan buku ini merupakan antara beberapa buku tebal yang dapat aku habiskan pembacaannya dengan penuh minat.

Mempunyai 62 bab dengan pelbagai kisah suka duka tentang kehidupan di zaman kanak - kanak, keadaan semasa perang melanda Tanah Melayu melibatkan British, Jepun dan Komunis, kisah cinta, pandangan peribadi, kisah kontoversi, sejarah politik dan banyak lagi menjadikan buku ini memang menarik untuk dibaca helaian demi helaian. Banyak sebenarnya perkara atau kesilapan yang boleh dipelajari di dalam buku ini yang sememangnya memberikan aku nilai positif untuk mengejar dan mencapai kejayaan serta tidak takut kepada kegagalan jika kita telah bersedia untuknya.

Penggunaan bahasanya yang ringkas, bersahaja dan mudah difahami menyebabkan aku mampu menghabiskan bacaan dalam beberapa hari sahaja. Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana sememangnya di dalam buku ini terdapat pelbagai perkara dan aku merasakan buku ini adalah pilihan terbaik untuk bacaan anda semua. Jadi, selamat membeli, memiliki dan membaca naskhah ini. Sekian!


P/S : Suka Membaca Dan Menonton Kisah Biografi Seseorang Tokoh Yang Dikenali! (^_^)Y


Hans Comix : (Mirror Mirror) Ngeri

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Pada minggu lepas Queen Bedah tidak dapat mengetahui siapakah gadis yang berada pada kedudukan nombor satu di Carta Meletup gara-gara Cermin Sakti diserang virus. Jadi, pada minggu ini Queen Bedah telah kembali semua ke Lalaland untuk mengetahui siapakah wanita paling cantik yang berada di kedudukan nombor satu dalam Carta Meletup! Adakah dia orangnya? Inspirasi diperoleh daripada babak di dalam filem Mirror Mirror! Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!



 *Kredit Untuk Izzad Yang Sudi Membantu



P/S : Manusia Tidak Akan Pernah Berpuas Hati Dengan Apa Yang Mereka Miliki! (^_^)Y



Selasa, 5 Jun 2012

Hans Comix : (Mirror Mirror) Calon Suami

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Setelah seminggu berlalu nampaknya Queen Bedah yang telah menjalani rawatan kulit serta segala jenis urutan dan mandi bunga telah kembali semua ke Lalaland untuk mengetahui siapakah wanita paling cantik di dunia! Adakah dia orangnya? Inspirasi diperoleh daripada babak di dalam filem Mirror Mirror! Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!




P/S : Jodoh Pertemuan Adalah Ketentutan Allah Namun Kita Juga Harus Berusaha Mencarinya! (^_^)Y


Isnin, 4 Jun 2012

Hans Comix : (Mirror Mirror) Cantik 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Queen Bedah nampaknya masih belum berpuas hati dengan jawapan daripada Ucop dan anak tirinya iaitu Salji Putih. Lalu dia pergi pula berjumpa dengan cermin saktinya di satu tempat yang dipanggil Lalaland! Inspirasi diperoleh daripada babak di dalam filem Mirror Mirror! Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!



 *Kredit Untuk Izzad Yang Sudi Membantu


P/S : Tahniah Kepada Zizan Kerana Menjadi Juara Super Spontan Musim Pertama! (^_^)Y