Jumaat, 31 Ogos 2012

Lirik Lagu Seperti Dulu (OST Filem 29 Februari) - Forteen

(Klik Gambar Untuk Baca Review Filem 29 Februari)


Tajuk Lagu:
Seperti Dulu


Penyanyi:
Forteen





Lirik Lagu

Sehari terasa bagai seminggu
Sebulan terasa bagai setahun
Mencari cinta yang gugur
Dari genggamanku

Sejengkal terasa bagai sebatu
Saujana bagai tiada penghujung
Namunku tak putus harapan
Untuk berdampingan lagi

(CHORUS)

Seandainya nanti
Kita bertemu kembali
Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu

Setiap langkah ku makin percaya
Dirimu menanti ku akhirnya
Walaupun jalan berliku
Terbentang menunggu

Seandainya nanti
Kita bertemu kembali
Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu


P/S : Layan Juga Lah Walaupun Suara Forteen Nih Mendayu - Dayu! Hehehe! (^_^)Y


Lirik Lagu Kelip-Kelip (OST Filem 29 Februari) - Remy Ishak

(Klik Gambar Untuk Baca Review Filem 29 Februari)


Tajuk Lagu:
Kelip-Kelip


Penyanyi:
Remy Ishak




Lirik Lagu

Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku cuba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah

Jika purnama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip - kelip

(CHORUS)

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip - kelip


(MUSIC BRIDGE)


Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip - kelip

Menyinar bagai kelip - kelip


P/S :  Gua Nyanyi Lagu Nih Atas Motosikal Selepas Menonton Filem 29 Februari Tadi! Gua Suka Muzik Lagu Nih!! Hehehe!!


Khamis, 30 Ogos 2012

Hans Comix : (The Ring) Duit Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah komik terbaru berdasarkan situasi semasa dimana kita masih dalam suasana sedang menyambut hari raya! Seperti biasa golongan yang paling gembira menyambut hari raya semestinya adalah kanak - kanak. Kenapa mereka gembira? Anda pun tahu jawapannya! Duit Raya!! Jadi, selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!





P/S : Amalkan Amalan Menziarah Adik - Beradik Dan Sahabat Anda! Jangan Lupa Hargailah Tetamu Yang Datang Ke Rumah Kita Kerana Mereka Datang Membawa Pahala Dan Rezeki Kepada Kita Dan Pulangnya Mereka Akan Menghapuskan Dosa Kita


Rabu, 29 Ogos 2012

Hans Comix : (The Ring) Rancangan Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah komik terbaru berdasarkan situasi semasa dimana kita sedang menyambut hari raya dan memang begitu banyak rancangan yang mengambil tema raya ditayangkan di televisyen! Namun, kebanyakkannya lebih kurang sama sahaja seperti tahun - tahun sebelumnya. Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!





P/S : Macam Mana Raya Korang Untuk Tahun Nih? Raya Gua Tahun Nih Alhamdulillah Menyeronokkan! Hehehehe! (^_^)Y


Sabtu, 25 Ogos 2012

Angka 10 Untuk Hari Raya Aidilfitri 2012



Gua sebenarnya tadi gigih susun kad raya nih tetapi bila masuk dalam Instagram dah terpotong dekat bahagian kiri dan kanan pula! Jadi, minta maaf kepada dua penghantar kad raya yang menjadi mangsa potongan automatik tu yer! Hehehehe!!

Tahun nih gua dapat 10 keping kad raya dan RM10.20 untuk duit raya!!! Muahahaha!!! Mengikut peratus kenaikan yang telah dibuat ialah jumlah kad raya menunjukkan peningkatan yang membanggakan tetapi jumlah duit raya menunjukkan pengurangan yang begitu dasyat!! Haihhhh!!!

Apa - apapun, gua nak ucap terima kasih sangat - sangat kepada rakan - rakan blogger, facebook serta twitter yang menghantar gua kad raya! Paling tak boleh gua lupa ialah ada satu kad raya yang cukup kreatif siap letak sampul duit raya dan yang paling best sampul tu ada isi!! Muahahaha!! Diharapkan trend meletak sampul dan ada duit tu berterusan dan menjadi ikutan lah untuk semua yang berhajat nak hantar dekat gua lagi tahun depan!

Tahun nih memang gua sangat seronok mengembara raya bersama kawan - kawan baik gua! Paling seronok tu beraya dari pagi sampai lah tengah malam! Cuma tahun nih sampai raya ke-3 jer lah sebab kawan - kawan gua semua dah mula kerja balik!! Sob Sob Sob!! Okay lah!! Apa - apapun, gua nak ucap terima kasih banyak - banyak lah kepada semua yang hantar gua kad raya dan bagi duit raya!! Kepada sesiapa yang masih berhajat nak bagi duit raya kepada gua tu sila email atau inbox gua yer!! Talian dibuka sepanjang tahun! Harap maklum! Hikhikhik!


P/S : Semalam Usha - Usha Tiket Air Asia Untuk Ke Brunei, Bandung Dengan Krabi Pada Tahun Depan!! Rasa - Rasa Tahun Depan Macam Nak Pergi Melancong Lah!! Ada Sesiapa Nak Ikut? (^_^)Y


Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada Hans



Gua nih jarang shopping...Jadi bila sekali shopping memang banyak juga lah!

Gua juga memang ambil masa yang lama untuk shopping...

Sampai mak dengan kakak gua kata gua shopping mengalahkan gadis - gadis...

Hahahahahahaha!!! Apa - apapun, gua dengan rasa gembira dan sukacitanya...

Mengucapkan terima kasih banyak - banyak kepada semua pembaca, pengomen dan pengunjung blog Hans...


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Dan Batin

(^_^)Y


Khamis, 16 Ogos 2012

Hans Comix : (The Dictator) Pengumuman Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah komik terbaru berdasarkan situasi semasa dimana kita sedang menanti hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi! Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!





P/S : Hukum Membatalkan Puasa Dengan Sengaja Tanpa Sebarang Keuzuran Yang Dibenarkan Oleh Syarak Adalah Berdosa Besar Dan Wajib Menggantikannya! Jadi, Jangan Cuba - Cuba Ponteng Puasa Yer! (^_^)Y


Rabu, 15 Ogos 2012

Kisah Kehidupan Seorang Jejaka Bernama Hans

Hari nih gua dah tekad nak pergi buat MyKad baru sebab ada seorang kerani nih menyarankan gua ganti kad pengenalan gua tu waktu gua buka akaun Tabung Haji sebelum nih. Sebelum nih gua cadang nak pergi waktu pagi sebab nak jaga kulit gua yang 'putih' nih agar tidak lah gelap. Tetapi, seperti biasa gua merancang dan gua juga yang memusnahkan rancangan gua. Akibat kemalasan melampau maka gua pergi lepas Zohor! Panas habaqqq hangggg!!!!





Gua cari jaket buruk gua!! Cari punya cari baru gua ingat gua tinggalkan dekat rumah sewa gua sebab gua malas nak bawa balik rumah hari tu!! Argghhhh!! Akibat kepanasan cuaca yang melampau memang gua bawa motosikal laju gila hari nih! Habis segala lori ker basikal ker semua gua potong!! Sampai sudah gua dekat Jabatan Pendaftaran Negara dekat Anak Bukit tu lepas tersilap masuk jalan! Seronoknya tu gua baru ambil nombor giliran dan baru duduk tak sampai 5 saat! Alih - alih nombor gua dah dipanggil! Mungkin sebab tak ramai orang sebab sekarang kan orang fokus pada shopping raya! Gambar pun dah diambil dan gua berdebar - debar menanti wajah baru MyKad gua! Harap - harap kacak lah hendaknya wajah MyKad gua tu walaupun gua tak yakin langsung dengan apa yang gua taip nih! Hahaha!



Jangan Buat Pasai Muka Gua Jadi Lagu Nih!!! Hahaha!!


Lepas tu gua pun pergi lah Tesco Mergong! Hajat di hati gua nak singgah dekat Popular nak cari buku pasal Aung San Suu Kyi dan di waktu yang sama nak cari buku masakan Ketuk - Ketuk Ramadan Sheila Rusly(ini mak gua yang nak!!) tu tapi dua - dua gua tak jumpa. Akhirnya gua beli novel orang putih la. Tajuk apa tak tau! Cerita pasal magik - magik! Macam best juga lah tapi gua baru baca 5 muka surat. Hahahaha! Entah berapa tahun nak habis pun tak tau! Lepas tu gua pergi lah window shopping tengok baju - baju, seluar jeans, selipar raya dengan perfumes! Ooohh mak aihhhh!! Asal yang gua berkenan jer semua harga riban - riban!! Asal taste gua semua benda mahal nih?? Hahahaha!! Jadi, gua tengok jer lah sambil berharap agar duit jatuh dari langit atau ada perompak bank campakkan duit dekat gua waktu polis kejar mereka! Haihhhh!!!



Indahnya Hidup Kalau Duit Dalam Gambar Ini Adalah Duit Gua!!


Akhirnya apa yang gua beli selain novel orang putih yang entah bila gua nak habis baca tu ialah sesikat pisang! Hahaha!! Lama gila kut tak makan pisang!! Pisang emas ka pisang awak entah yang gua beli tapi janji sedap! Dimakan pula bersama aiskrim Paddle Pop malam tadi dan terasa diri gua seperti sedang terbang menuju ke Eiffel Tower di Paris!! Gua juga dapat satu berita yang belum pasti tetapi kemungkinan besar skop kerja gua lepas nih dengan kanak - kanak pula. Gua suka kanak - kanak tetapi dalam masa yang sama gua boleh jadi cepat marah dengan kanak - kanak nih. Tak tahu lah macam mana tetapi harap - harap jadi kenyataan dan kalau betul alhamdulillah sebab itu salah satu rezeki dalam kerjaya gua.





Apa - apapun, sebenarnya gua dah lama tak membebel dekat blog nih dan tiba - tiba terasa nak merepek pula tengah malam nih. Mungkin juga disebabkan gua masih termimpi - mimpi baju SODA kategori NEW ARRIVALS dan ini membuatkan gua kena pergi lagi sekali lah nampaknya untuk melihat dan mungkin membeli jika ia berbaloi. Hahaha! Okay lah!! Nantikan Hans Comix yang terbaru! Akan datang!! Tata!! Assalammualaikum dan salam sejahtera!!


P/S : Untuk Menjadi Bijak Maka Kita Perlu Rajin Mencari Ruang Serta Peluang Yang Mampu Membina Diri Kita Untuk Menjadi Seorang Yang Bijaksana Dan Berguna Kepada Agama, Ibu Bapa, Masyarakat Dan Negara! (^_^)Y


Selasa, 14 Ogos 2012

Kuih Peneram


Kuih peneram yang dibuat oleh ibu mertua kakak gua.

Terbaik dari ladang gua kasi tau sama lu semua!!

Tak silap gua ada 3 balang dan 2 balang sudah pun habis!!

Tinggal balang terakhir nih jer dan gua cukup risau!!

Kenapa gua risau??

Gua risau untuk 2 sebab iaitu :-

1) Maknanya kuih peneram dah nak kehabisan stok.

2) Risau sebab takut kandungan gula dalam badan jadi tinggi.


HAIIIHHHHHH!!!!!


P/S : Risau Memikirkan Wajah Baru Untuk MyKad Baru Gua!!! (^_^)'


Hans Comix : (The Dictator) Sahabat Sejati

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah komik terbaru tetapi bukannya berdasarkan situasi semasa! Selamat menikmati hasil terbaru ini! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!





P/S : Jangan Lupa Untuk Sentiasa Bersahur Kerana Bersahur Itu Membezakan Puasa Kaum Muslimin Dengan Puasa Yahudi Dan Nasrani. Selain Itu Bersahur Juga Memberi Keberkatan Kepada Kamu! (^_^)Y


Isnin, 13 Ogos 2012

Iklan Raya TM 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Gua cukup suka iklan raya TM untuk tahun 2012 nih dan yang menariknya ialah untuk mengetahui kesudahan iklan nih kita perlu melayari laman web TM untuk mendapatkan jawapannya.





Jadi, tadi gua usha - usha lah kejap sebab nak tahu apa kesudahan kisah antara 3 sahabat iaitu Asri, Mei dan Kumar ini. Rupa - rupanya ada 4 ending yang disediakan dan pihak TM mahu kita sendiri pilih ending kesukaan kita.




Jadi, gua dengan gigihnya kongsikan keempat - empat ending iklan raya TM 2012 di bawah nih. Ending mana yang jadi pilihan anda semua?



Ending 1


Pandangan Hans : Ending 1 nih sebenarnya happy ending tapi agak cliche sikit! Cuma bagi gua okay lah sebab hari raya mestilah kita nak lihat suasana yang ceria dan gembira! Tak kisah lah waktu bila si Mei pergi Australia untuk jumpa si Asri. Janji agak sweet juga lah ending iklan nih. Hehehe!!


Ending 2


Pandangan Hans : Ending 2 nih pula bagi aku kurang sikit. Si Asri salah faham bila terbaca perbualan di antara si Mei dan si Kumar. Ending dia seolah - olah tergantung dan dalam suasana tegang. Pada pandangan peribadi, aku tak gemar ending 2 nih!!


Ending 3



Pandangan Hans : Aku sangat suka Ending 3 nih walaupun bila dilihat kembali sebenarnya agak sedih juga. Sebenarnya si Kumar nih nak jadi orang tengah! Dia harap bila dia buat pengakuan palsu yang dia cintakan si Mei maka si Asri akan berani untuk luahkan perasaan cinta dia pada si Mei. Alih - alih si Asri betul - betul ingatkan yang si Kumar suka pada si Mei. Si Mei pun ingat si Kumar betul - betul sukakan dia padahal dia tak sukakan si Kumar sebagai seorang kekasih. Ending nih walaupun sebenarnya sedih tetapi bagi aku  ending 3 nih unik dan kelakar juga. Hehehe!!


Ending 4



Pandangan Hans : Ending 4 nih sebenarnya yang paling aku tak suka sebab ia seolah - olah berakhir dengan persahabatan antara mereka bertiga musnah disebabkan salah faham!! 


P/S : Aku Sukakan Ending Nombor 3 Dan Nombor 1! Korang Suka Ending Yang Mana? (^_^)Y