Isnin, 31 Disember 2012

Sorotan 2012 Dan Juga Entry Terakhir Hanspunyablog Untuk Tahun Ini

Alhamdulillah! Tahun 2012 bakal berakhir lebih kurang beberapa jam sahaja lagi. Memang tahun ini tahun yang agak mencabar dari segi emosi dan mental sebab banyak pengalaman pahit dan menyedihkan yang aku alami terutama di dalam mencari pekerjaan tetapi tidak kurang juga pengalaman manis dimana banyak kejayaan atau kepuasan diri yang aku peroleh serta bertambah ramai orang yang aku baru kenal dan menjadi kawan aku. Alhamdulillah! Jadi, disini aku kongsi gambar - gambar dan sedikit penerangan untuk gambar - gambar tersebut yang berlaku sepanjang tahun 2012.



Lepak bersama kawan-kawan baik sejak diploma selepas aku selesai menghantar laporan akhir praktikal aku atau dengan kata lain telah jadi graduan cuma tak konvo lagi masa nih. Sebelum aku lepak dengan mereka nih juga aku ada pergi satu temuduga tergempar yang dah menjanjikan aku pekerjaan tetapi rupa-rupanya aku tertipu dengan mereka. Siap bagitahu aku tarikh aku akan mula kerja! Suruh aku cari rumah sewa bagai dekat situ! Betapa geramnya aku waktu tu sebab gara-gara syarikat tu konon-konon dah confirm nak hire aku jadi aku dah tolak 4 interview lain. Memang 4 bulan juga lah aku menganggur mencari kerja! Serius sampai sekarang aku menyumpah syarikat tu! Jadi, pengajarannya selagi korang tak dapat offer letter maka jangan terpedaya dengan janji-janji manis orang yang temuduga korang tu. Pergi jer mana-mana temuduga!



Hari konvo aku jatuh pada bulan Mei 2012. Disebabkan waktu tu rasa-rasanya dalam kelas aku yang lebih 30 orang tu cuma aku seorang jer yang masih menganggur memang buat aku rasa stress, malu, sedih dan pada mulanya memang aku tak nak pun pergi konvo aku tu. Serius! Aku memang tak semangat langsung nak pergi! Tetapi, atas pujukan dan kata-kata semangat dari kawan-kawan baik dan keluarga aku jadi aku gagahkan diri juga pergi dan alhamdulillah memang ada hikmah aku pergi sebab dekat sini lah rakan sekelas aku tanya aku berminat tak nak bekerja dengan syarikat yang dia kerja. Alhamdulillah!



Ini team rakan sekerja aku yang pertama. Mereka datang dari pelbagai latar pendidikan. Pada mulanya memang sedikit kekok dan aku lebih suka menyendiri tetapi alhamdulillah akhirnya aku menjadi salah seorang yang terlebih becok. Baru korang tau aku nih hingaq sebenarnya! Hahaha! Mereka nih sebenarnya antara rakan-rakan sekerja yang aku memang tak boleh lupa sebab memang banyak membantu aku dari segi kewangan dan sokongan moral sebab maklumlah mula-mula kerja memang duit tak banyak. Lagipun disebabkan masalah kontrak aku lambat siap jadi memang gaji aku dapat lepas habis aku kerja. Dua bulan beb kerja tanpa gaji! Bayangkan! Mencabar emosi aku ohh nak pergi melepak ker karaoke ker tengok wayang ke atau beli baju sebab duit tak ada! Gila kan? Nasib lah waktu tu tempat tinggal dan makanan free! Hehehe!!



Kali terakhir aku pergi stadium untuk menonton perlawanan bola sepak ialah masa aku sekolah rendah. Tengok pasukan Kedah lawan Perak. Hahahaha! Ini pun sebab aku dapat tiket free Malaysia lawan Arsenal jadi memang aku pergi lah dengan semangatnya! Lama tak rasa kepuasan menjerit kegirangan kerana pasukan yang disokong meledak gol sampai tak ada suara nak habaq mai! Hahahaha! Memang terbaik lah!!



Hahahaha! Sebenarnya sangat seronok bekerja dengan team nih! Sempoi! Tak ada nak pening kepala atau emosi tak tentu pasal. Sibuk-sibuk aku bersama mereka pun kami masih ada masa untuk melepak dan mencari ketenangan serta melarikan diri daripada kesibukan kerja. Ini ialah hari terakhir rakaman program dan boleh dikatakan hampir separuh daripada rakan-rakan sekerja aku ini telah menyambung pelajaran dan bekerja di tempat lain. Memang banyak pengalaman dengan mereka nih dan serius rindu nak lepak ramai-ramai dengan mereka! Hohohoho!!



Buat pertama kalinya di bulan Ramadhan, aku sanggup beratur panjang semata-mata nak beli Air Teh Bunga yang memang sangat-sangat terkenal yang dijual dekat Bazaar Ramadhan Stadium Darul Aman tu. Walawehhhh!! Ramai orang nak habaq dekat hang!! Mau dekat 40 minit juga lah aku beratoq dekat situ! Siap boleh dok menyembang sekali dengan orang-orang yang turut sama beratoq semata-mata sebab air teh bunga tu! Walaupun panas terik tapi kami dibekalkan payung oleh tuan punya kedai. Jadi, tak ada lah rasa penat pun! Hahahaha!



Hahhhhhhhhh!!! Tahun nih aku dapat banyak kad raya dari blogger-blogger! Tak sia-sia tunggu posmen lalu depan rumah hari-hari. Terima kasih kepada semua yang sudi menghantar kad raya kepada saya. Yang best tu siap bagi aku duit raya lagi tu! Terbaikkk!!!



Dekat atas tadi kan aku cakap aku kerja 2 bulan tapi gaji tak dapat lagi sebab masalah kontrak kan? Jadi, habis kerja aku bercuti raya dulu dan korang boleh bayangkan tak apa yang aku buat bila duit gaji dapat seminggu sebelum raya menjelang? Hah! Nikmat weh bila beli barang pakai duit sendiri! Hahahaha!! Tersangat gembiranya membeli dan membelah tahun nih! Yang tak tahan tu ini lah raya pertama aku siap bersampin ohhh! Hahahaha!!! 



Pertama kali aku dapat tengok proses orang yang membuat tatoo di badan atas urusan kerja. Fuh! Agak ngeri juga sebenarnya dan kepada sesiapa yang beragama Islam adalah haram untuk membuat tatoo yer. Satu pengalaman baru lah yang aku dapat hari tu apabila melihat proses membuat tatoo nih.



Hahhhhhh!!! Aku sebenarnya tak suka sangat bergambar dengan artis(yer ker?). Cuma kalau aku rasa artis tu macam aku minat ker atau keluarga aku minat jadi aku pergi lah ambil gambar dengan artis-artis nih. Tapi Dato Jalaluddin Hassan nih memang sempoi pun jadi aku pi lah ambil gambar dengan dia lepas habis rakaman program. Hohoho!!



Yeahhhhhhhh!! Pertama kali dalam hidup aku jejak kaki dekat FRIM. Kawan aku lah ajak teman dia pergi sana. Katanya masuk contest apa kebenda entah. Kena snap gambar-gambar dekat situ. Aku pun teman jer lah dia. Nohoroommmmm(nampak tak tercarut kejap dekat disini! Hahaha!)... rupa-rupanya nak kena mendaki bagai! Can U imagine...aku pakai jeans kut!! Jeans tu ketat sikit dekat bahagian paha(nampak tak kantoikan diri dah gemuk secara sengaja?)....Adoiyai! Serius aku pancit! Nak melangkah tu dah rasa macam kaki tak ada pun yer juga!! Gila betul! Memang mulut aku memanjang bisinglah dekat kawan aku tu! Pandai-pandai lah kau tadah telinga dengaq aku hingaq! Akhirnya, berjaya juga aku habiskan pengembaraan aku tu! Rasa-rasa hilang la kut 10 kilogram hari tu! Hahahahaha!!



Pergi menonton Anugerah Blockbuster dengan kawan aku. Enjoy sebab ada Zizan dan Afdlin Shauki. Itu jer lah kut! Tak tau nak tulis apa pasal benda nih! Hohoho!!!



Macam biasa lah tugas setiap tahun pergi ambil daging korban dekat surau. Hahahaha! Tahun nih cepat pula mereka sembelih. Aku sampai-sampai semua dah settle! Kalau tak boleh juga aku tengok seekor dua lembu tu kena sembelih. Bagus ramai anak-anak muda pelapis join hari tu untuk sembelih lembu. Alhamdulillah!



Hah! Selalunya restoran mamak nih jadi tempat lepak aku dengan team aku. Kebetulan malam tu lepak sekali dengan Imam Muda Asyraf yang datang sekali dengan blogger Hami Asraff tu. Lama aku tak jumpa bro Hami Asraff tu. Alih-alih terjumpa pula malam tu. Hohoho! Disebabkan restoran nih agak cekik darah jadi kemungkinan besar tahun 2013 nanti tempat lepak akan ditukar ke kedai makan yang lain kut. Hahahaha!!!



Yeahhh!! 1st time aku join event blogger yang dianjurkan oleh nuffnang! Hahaha! Agak berdebar-debar juga sebenarnya sebab yang aku tahu join cuma blogger Pena Berkala jer. Rupa-rupanya ada lah lagi 2-3 orang yang aku kenal dan secara tak langsung hari tu aku dapat menambah kawan-kawan blogger aku. Banyak juga sebenarnya dugaan yang berlaku dekat aku sebelum tiba event nih. Hampir-hampir aku tak dapat join tetapi memang dah takdir aku dah tertulis yang aku join benda nih. Sayangnya kalah pada 1st stage sebab tak jumpa lagi satu batu. Memalukan! Hohoho!



Lepas event Fear Factor untuk blogger tu maka aku lepak dengan blogger-blogger nih. Kesian kawan aku kena tunggu sejam sebab aku lepak dengan diorang nih pun nak dekat sejam juga. Apa-apapun, menarik juga lah lepak dengan blogger-blogger yang baru aku nak kenal nih. Kui3!



Ini pula ialah team kerja aku yang baru. Sekarang aku sedang bercuti dan selepas nih akan bersambung kerja dengan team yang sama untuk program yang sama. Suka, duka, letih, gembira dan macam-macam lagi yang aku peroleh untuk kali ini. Harap tahun 2013 akan menjadi lebih baik untuk aku dan mereka. 


Jadi, itulah antara sorotan peristiwa hidup aku sepanjang 2012 nih yang aku ingat dan ada gambar untuk diletakkan! Okay! Inilah entry terakhir pada tahun ini! Jadi, berjumpa lagi ditahun hadapan(budget macam lambat lagi jer tahun 2013). Hehehe! Terima kasih kepada semua yang sudi follow, baca, komen, singgah dan menjadi sahabat kepada Hanspunyablog! Assalammualaikum dan salam sejahtera!


Hans Comix : (Bhavani) Terima Kasih RTM

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Semalam RTM ada menayangkan sebuah filem tamil berjudul Bhavani di RTM2 pada pukul 10.30 malam. Memandangkan gua memang peminat filem Tamil dan juga heroin di dalam filem ini beraksi seakan-akan Superstar Rajnikanth jadi gua pun setia lah menunggu. Alih-alih ditayangnya filem itu tanpa sarikata daripada awal filem sehingga tamat filemnya.

'TERIMA KASIH' LAH RTM!!

Faham pula kan gua tengok filem tu tanpa sebarang sarikata!! Adoiyai!! Jadi disebabkan gua kecewa sebab tak faham dengan filem tu maka Hans Comix terbaru nih sebenarnya sangat mengarut dan korang layan kan jer lah segala repekan gua nih! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur dengan kisah kali ini! Kalau terhiburlah!!




P/S : Inilah Masalahnya Kalau Gua Buat Subtitle Sendiri!! (^_^)Y

P/S : Wahai manusia, makanlah apa yang ada di muka bumi ini daripada sumber-sumber yang halal lagi baik. (Al-Baqarah: 168) - SUMBER

P/S : Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (An-Nisa Surah ke 4: Ayat ke 86) - SUMBER


Ahad, 30 Disember 2012

Cerpen Nadia Khan



Tajuk:
Cerpen


Karya:
Nadia Khan


Bilangan Muka Surat:
263


Harga:
RM16.65


Sinopsis:

Buku CERPEN ini mengandungi 17 cerita pendek dan 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh penulis berbakat iaitu Nadia Khan. Kebanyakan cerpen ini ditulis telah pun diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya iaitu KELABU muncul pada Disember 2011. Cerita-cerita di dalam CERPEN ini banyak berkisar tentang cinta, keluarga, sahabat dan kerjaya. Turut diselitkan juga ialah cerpen-cerpen yang diilhamkan oleh hidup penulis sendiri sebagai pelajar dan orang yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan pendidikan.


Ulasan Hans:

Aku mula meminati karya Nadia Khan melalui novel Kelabu namun secara jujurnya aku hanya berjaya membaca setengah daripada keseluruhan muka suratnya kerana aku menumpang baca di rumah sewa sahabatku Izzad pada awal tahun 2012. Penat mencari di kedai-kedai buku tapi masih juga belum kutemu novel Kelabu untuk menyambung pembacaan aku yang terhenti. Namun, aku berkesempatan untuk membaca cerpen-cerpen beliau dan apa yang boleh aku katakan ada beberapa cerpen yang amat-amat aku suka tetapi aku cuma akan senaraikan tiga sahaja cerpen yang memang betul-betul buat aku terhibur.

Cerpen pertama yang paling aku suka bertajuk Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel. Bukan sebab cerpen ini berunsur lucah kerana sememangnya tak ada langsung pun unsur-unsur lucah dalam kisah ini. Tetapi, watak utama di dalam cerpen ini sebenarnya lebih kurang aku jer - Suka beli buku banyak-banyak dan yang paling penting yang buat aku ketawa ialah seorang yang memang selalu sesat atau senang cakap susah nak ingat nama jalan atau jalan yang telah dilalui. Serius aku sangat terhibur baca cerpen nih sebab aku rasa macam baca kisah tentang diri sendiri waktu aku tersesat tetapi dalam masa yang sama ego untuk cuba juga cari jalan pulang. Hahaha!!

Cerpen kedua yang menjadi kesukaan aku pula ialah Kopi Kola dan mengikut kata Nadia Khan memang ramai pembaca yang menyarankan cerpen ini diangkat menjadi novel pula. Aku juga berpendapat yang sama dan menunggu novel Kopi Kola di pasaran. Aku suka kisah cinta tidak kesampaian tanpa sebab yang menjadi misteri sebegini. Terasa seperti menonton sebuah drama bersiri yang pengakhirannya menjadi tanggungjawab penonton untuk merungkai, mengandai atau mencipta sendiri bagaimanakah yang mereka mahukan terjadi di akhir cerita. Sangat menarik!

Cerpen ketiga pula ialah Cikgu Din dan apa yang menarik sekali ialah persoalan yang ditimbulkan di dalam kisah ini iaitu apa persamaan di antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Hahaha! Kenapa aku suka kisah ini? Sebab ia mengingatkan aku pada seorang cikgu sejarah yang juga pernah bertanyakan soalan yang sama kepada aku dan rakan-rakan di dalam kelas. Walaupun ramai yang tidak meminati subjek sejarah tetapi aku memang sukakan subjek ini dan boleh dikatakan aku nih anak emas cikgu sejarah lah dekat mana-mana sekolah yang aku belajar. Cuma sejarah tingkatan 4 jer yang memang serius aku tak minat sebab aku suka mengambil tahu pasal kisah orang yang telah mati tetapi tidak berkenaan sejarah artifak-artifak atau pasu di dalam buku teks yang sumpah membosankan. Tetapi, masih dapat A okay! Nampak riak kan disitu? HAHAHAHA!

Cerpen-cerpen yang lain pun sebenarnya menarik juga cuma aku amat sukakan ketiga-tiga cerpen di atas sebab sedikit sebanyak memang ada kena mengena dengan kisah hidup aku. Jadi, kepada yang belum berkesempatan membaca CERPEN ini silalah dapatkannya di pasaran. Setiap cerpen tak panjang dan bagi yang tak suka baca novel-novel yang memang tebal-tebal maka CERPEN memang bacaan yang sangat sesuai untuk anda semua. Selamat membaca! Sekian!


P/S : Cepatnya Cuti Aku Berlalu! Haihhhh! Nampak Tak Kemalasan Aku Nih? Hahaha! (^_^)Y

Sabtu, 29 Disember 2012

Hans Comix : (Dredd) Apek Dan Leuniey Kahwin

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Memandangkan hari ini ialah hari Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berkahwin dengan isterinya iaitu Leuniey maka gua pun dapat idea untuk menghasilkan Hans Comix terbaru nih. Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur dengan kisah kali ini! 




P/S : Jodoh itu urusan Allah dimana ia telah dicatat sejak azali lagi. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah - Sumber

P/S : Perkahwinan itu mempunyai banyak hikmah dan perkahwinan itu juga adalah salah satu sunnah Nabi kita sebagaimana sebuah hadith yang bermaksud: Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah) - Sumber

P/S Lagi : Korang Semua Jangan Lah Jual Dadah! Dadah Tu Perosak Umat Tau! Baik Korang Jual Burger. Dapat Pahala Bantu Orang Yang Sedang Kelaparan! (^_^)Y 


Jumaat, 28 Disember 2012

Restoran Mekah



Nama Kedai : Restoran Mekah (Makanan Arab)

Lokasi : No.38, Tamban B. B. Mergong, Alor Setar, Kedah.

Markah Dari Lidah Hans : 3/5

Kemungkinan Kembali Semula : Bergantung

Harga : Sangat Berpatutan




Cheq sebenaqnya memang dah lama nak makan dekat Restoran Mekah nih dimana lokasinya berhadapan dengan Tesco Mergong dan bersebelahan dengan bangunan Amway. Ramai betoi lah orang kampung cheq dok berkunun kata sedap lah marvelous lah terbaik lah! Macam-macam lah! Jadi, alhamdulillah cheq pun pi lah ke sana dengan mak abah cheq. Sampai tang sana memang ramai juga orang. Duduk jer dekat meja dan kami pun terus diberi menu. Wah! Murah nak habaq maiii!! Kalau sapa yang jenis mengketedarah kuat tu maka disarankan ambil saiz Large noh! Cheq takut nanti kalau tak kena dengan selera cheq dan buat tak habis kang orang kata membaziaq pula! Jadi, cheq dengan mak abah cheq ambil size kecik ja lah! Hehehe!




Memandangkan cheq dekat Kuala Lumpur nuh selalu juga dapat makan nasi arab free sebab ramai sangat suka belanja cheq makan jadi pada mulanya memang cheq dok berhajat lah nak makan macam-macam. Contoh macam kebab la apa lah kan tapi dekat sini tak banyak pilihan dari segi tu! Haihhh!! Kempunan lah cheq tapi tak apa! Jom kita pekena dulu Nasi Mandy Restoran Mekah yang orang kampung cheq dok hingaq kata sedap sangat tu!





Tengok gambaq atas nuh! Tudiaaa!! Tudia tudia tudiaaaa nak habaq maiiii!!! Sampai dah Nasi Mandy yang cheq order tadi tu. Secara jujoqnya lah, cheq suka rasa ayam dia! Sedap! Nasi Mandy depa pun sedap lah juga tapi mungkin sebab cheq pernah makan yang lebih power sedap nya dari yang nih jadi cheq boleh cakap Nasi Mandy dekat sini boleh tahan lah dan berpatutan dengan harga yang depa tawarkan pada pelanggan-pelanggan yang nak mencuba makan dekat sini.






Hah! Tengok lah gambaq dekat atas! Licin nak habaq mai! Pinggan tu kalau tak mau basuh pun tak pa! Bukan orang tau cheq yang guna sebab licin kan! Hahaha! Servis dekat sini boleh tahan bagus juga lah. Sebelum nih cheq ada baca komen yang dok complain kata depa lambat hantaq makanan tapi semalam laju pula. Rezeki cheq la kut dapat makan cepat tanpa menunggu. Hehehe! Cuma kepada pekerja yang dok ambil order dengan jadi cashier tu kalau boleh muka tu bagi lebih mesra sikit noh! Jangan ketat sangat sebab nanti pelanggan lain ingat hangpa tak suka kami pi makan dekat kedai hangpa tu. Hohoho!! Jadi, setakat ini sahaja review makanan arab iaitu Nasi Mandy yang cheq pekena dekat Restoran Mekah semalam. Lepas nih cheq cadang nak pi pekena nasi beriani dekat Restoran Beriani Abu Amir yang berdekatan dengan Shahab Perdana pula. Nantikan pengalaman cheq dekat sana pula! Yehaaa!




P/S : Bila Dah Kenyang Jadi Baringlah Macam Dugong Seperti Gambar Cheq Di Atas! (^_^)Y



Resipi Keropok Ikan Mak Jah Bersama Chef Hans

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Okay! Hari nih Chef Hans nak ajaq hangpa semua cara - cara lagu mana nak masak Keropok Ikan Mak Jah yang sedap nak habaq mai dan sesuai untuk dimakan oleh hangpa semua bersama ahli keluarga atau orang yang hangpa sayang. Banyak jugalah rungutan yang Chef Hans dengaq daripada surirumah sepenuh masa seperti daripada Kak Jenab, Mak Timah, Kak Odah dan ramai lagi lah yang tak habis-habis mengeluh pasai kegagalan depa menyediakan keropok ikan yang sedap dimakan sebab kata depa bila depa goreng ja keropok nih mesti tak menjadi seperti yang dikehendaki. Jadi, hari ini Chef Hans nak berkongsi rahsianya dengan hangpa semua dan mari kita lihat bahan - bahan untuk menghasilkan Keropok Ikan Mak Jah yang sedap ini!




Bahan - Bahannya :-

1) Sebungkus keropok ikan dari Terengganu
2) Minyak masak
3) Sos cili atau tomato




Cara - Caranya :-

1) Masukkan minyak masak(ikut suka hangpa la nak pakai jenama apa pun) ke dalam kuali.

2) Pastikan minyak tadi betoi-betoi panas noh!

3) Selepas tu, masukkan satu atau dua sahaja kepingan keropok tadi ke dalam kuali. Jangan masuk banyak sangat sebab keropok nih cepat masak!

4) Apabila kepingan keropok tadi dah mengembang dan itu tanda keropok tu dah masak. Jadi, hangpa cepat-cepat masukkan keropok tu dalam bekas noh!

5) Hah! Dah siap pun dan boleh dimakan bersama sos cili atau tomato mengikut pilihan hangpa semua! Senang bukan? Jadi, selamat mencuba resipi Keropok Ikan Mak Jah daripada Chef Hans nih yer!


P/S : Goreng Keropok Ikan Pun Nak Kecoh Kan Chef Hans Nih! Hahahaha!


Khamis, 27 Disember 2012

Mustafa Kamal Ataturk



Tajuk Novel:
Mustafa Kamal Ataturk


Karya:
Abdul Latip Talib


Bilangan Muka Surat:
403


Harga:
RM21.25


Sinopsis:

Dia bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Ulasan Hans:

Aku membeli buku ini disebuah kedai buku di dalam Puduraya selepas membeli tiket bas tempoh hari. Aku tertarik apabila melihat wajah kulit buku serta judul yang tercetak pada buku tersebut - MUSTAFA KAMAL ATATURK. Aku telah mendengar nama ini sejak kecil lagi dan apa yang aku tahu ialah mayatnya tidak diterima oleh bumi dan dia ialah seorang yang amat kejam namun hanya itu sahaja yang aku tahu dan ini membuatkan aku tidak berfikir panjang untuk membeli novel ini bukan sekadar sebagai koleksi tetapi juga sebagai salah satu bahan bacaan yang insyaallah memang bermanfaat pun sebenarnya.

Membaca apa yang telah dilakukan oleh manusia bernama Mustafa Kamal Ataturk ini adakalanya mampu membuatkan kalian sedih apabila mengetahui segala bentuk kekejaman serta kejahatan yang telah dilakukannya bukan sahaja terhadap orang Islam di Turki tetapi sebenarnya terhadap seluruh umat Islam di muka bumi ini. Selain daripada itu juga, terdapat juga sejarah tentang Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan kota Konstantinopel setelah sekian lama umat Islam berusaha menyebarkan Islam di sana. Dan bagaimana dengan mudahnya si Ataturk ini memusnahkan segala usaha yang telah dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ini hanya dalam sekelip mata sahaja. Banyak lagi perkara menarik yang terdapat di dalam novel ini tetapi adalah lebih jika kalian sendiri yang membeli dan membacanya sendiri.

Novel sejarah ini sememangnya menarik dan amat bermanfaat untuk kita semua hayati dan muhasabah diri. Jadi, aku menyarankan agar kalian semua sudi - sudilah melabur sedikit wang kalian untuk membeli novel Mustafa Kamal Ataturk ini sebagai salah satu bahan bacaan anda semua sebab ada banyak perkara yang apabila aku amati selepas membaca sememangnya banyak perkara yang kita boleh belajar sama ada tentang kehidupan, peranan ibu bapa, cara mendidik, ketaatan kepada agama dan banyak lagi yang insyaallah mampu membuka atau menyedarkan hati kita walaupun sedikit. Apa - apapun, selamat membaca kepada sesiapa yang belum membaca atau membeli lagi novel ini. Memang terbaik!!



P/S : Ada Lagi 2 Buah Novel Lagi Yang Perlu Dibaca! Hehehe! (^_^)Y