Skytrex Adventure

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Ini memang entri yang agak panjang dan mungkin juga sebab gua rasa gembira untuk berkongsi dengan korang semua perasaan teruja, seronok dan terhiburnya gua apabila terpilih untuk menyertai Skytrex Adventure yang dianjurkan oleh Nuffnang pada hari Sabtu semalam iaitu 19 Januari 2013. Gua terpilih untuk menyertai :-




Cabaran :
Extreme Challenge Course


Tempat :
Skytrex Adventure Park, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Bayaran : 
Percuma (Ditanggung Oleh Nuffnang)


Harga Sebenar :
RM55


Masa:
2.00 P.M - 4.30 P.M


Laman Web:


Gua sebenarnya boleh jer pergi sendiri ke Shah Alam sebab tak adalah jauh mana pun Shah Alam tu dengan Damansara tapi disebabkan gua nih jenis manusia yang tak ingat jalan jadi gua pun berpakat lah dengan Mady dan Pena Berkala untuk pergi ke sana sekali. Jadi, kami bertiga pun bertolak ke Shah Alam dengan diketuai oleh Mady sebab dia yang bawa kereta. Gua dengan Pena Berkala mengucap terima kasih kepada beliau kerana kesudiannya menumpangkan dan menghantar kami berdua pulang semula. Terima kasih bro! Kami mencari papan tanda Jalan Liku dan memang berliku sekejap lah perjalanan kami bertiga sebelum tiba di Taman Pertanian Malaysia. Yeahhhh!!!



Penat juga kami bertiga mencari banner Nuffnang sebab kalau jumpa banner tu maka disitu lah tempat kami bertiga kena melapor diri. Melapor diri? Amboi! Dah macam nak jadi anggota keselamatan dah! Akhirnya, kami bertiga terjumpa lah banner Nuffnang yang besar tapi tak besar mana tu! Hahahaha!! Kali nih suasananya lain sikit. Mungkin sebab aku dah kenal Mady dan Pena Berkala jadi mulut aku bising sikit lah pada hari kejadian. Lepas tu kami bertiga pun naik bas menuju ke tempat kejadian iaitu Skytrex Adventure Park.



Yeah! Gua dan rakan-rakan blogger yang lain pun tiba lah di tempat kejadian sambil disambut dengan senyuman oleh instructors yang bertugas. Fuh! Masa tu gua tak ada apa-apa perasaan sangat pun cuma apa yang gua suka ialah suasana Skytrex Adventure Park tu sendiri. Hutan! Hijau! Sejuk! Damai! Aman! Aman? Tak ada aman sangat lah kalau dah ramai sangat yang datang waktu tu! Hahahaha!!!



Gua dan rakan-rakan blogger lain dikumpulkan di satu tempat dan makanan diberi pada semua. Gua tak tahu ini breakfast atau lunch sebab waktu tu waktu tengahari tapi gua andaikan kalau dah roti tu kira breakfast lah kan. Haihhh!! Gua nih kurenggg sikit kalau bab-bab makanan organik ker atau yang menyihatkan nih. Beras perang gua boleh telan lagi tapi kalau roti nih gua memang gagal sikit! Tapi, gua tengok semua orang makan habis jer! Mungkin gua jer kut yang feeling Donald Trump bila nak breakfast mesti nak makan sirip ikan yu atau daging unta. Kan? 



Hampir 90% blogger yang gua tengok hari ini ialah blogger yang gua tak pernah jumpa dan kenal. Macam mana gua leh dapat angka 90% tu? Gua kan pakar matematik! Puiiii!!! Blogger tak pernah kenal? Masalahnya diorang pun tak kenal kau lah Hans? Hahahaha!!! Tapi, apa yang gua suka semuanya memang ramah-tamah! Ada yang gua baru kenal 2 saat pun tapi dah macam gua kenal 2 minit(nampak tak kepakaran gua bermain dengan angka dekat perenggan nih!). Seronok! Memang seronok! Dan kali ini gua rasa gua banyak cakap, merepek, syok sendiri, buat lawak tak jadi, gelak kuat-kuat! Arghhhh!!! Biar lah!! Suka hati gua lah!!! Fuh! Nampak gangster tak? Puiii!!



Ini gua main snap jer! Bosan-bosan sebab menanti bila program nak start kan! Kuikuikui! Manusia-manusia di dalam gambar nih sila add twitter, facebook dan instagram gua yer! Eh? Kau sapa Hans? Diorang tak kenal lah! Okay! Fine! Sob Sob Sob!!!



Masa event Fear Factor Blogger Edition dulu gua duduk tepi sekali. Lepas tu muka gua asyik-asyik kena crop jer! Hensem-hensem pun kena crop!! Puiiii!! Apakah kejahatan yang telah gua lakukan hah? Jadi, untuk tidak mengulangi kesilapan di masa lampau maka gua pun gigih pergi tengah-tengah. Bertolak bertumbuk dulu baru gua dapat duduk dekat tengah tu! Yeah!! Muka gua dah ada dalam gambar! Ada berani mau crop? Muahahahaha!!!! 



Borang kebenaran ibu bapa!! Boleh pula gua suruh Pena Berkala jadi penjaga gua! Hahaha!! Tapi, itu semua hanya gurauan semata-mata! Kuikuikui!



Ini ketua kelas kami semua untuk hari ini iaitu blogger Shahrizan! Seorang yang berdedikasi, amanah, jujur dan pemurah! Berani menggalas tugas untuk 5 minit yang diberikan. Terbaik lah Ketua Kelas Hijau kita nih iaitu blogger Shahrizan! Hehehe!!



Sebelum penggembaraan bermula wajib lah bergambar dulu! Inilah barisan kitaaaaa!! Yang ikhlas berjuangggg!!! Siap sedia berkorban!!! Apa jadah lah gua merepek nih? Adoiyai! Eh, gua minta maaf lah dekat dua orang sebelah kanan tu sebab terpaksa crop. Gambar ni pun gua sebat dekat instagram jer! Hahahaha!! Tak apa! Kaki dengan tangan korang jadi wakil tu kira okay lah tu! Kuikuikui!



Hah! Yang tinggi tu Bro Cheramiche! Power tu! Gua budget gua boleh kalahkan dia hari nih dengan jadi orang pertama yang habiskan semua check point tapi dia dah tinggalkan semua orang dekat belakang. Hebat bro nih! Please open table kerana habis awal? Eh? Sempat suruh belanja makan tu! Macam lari topik jer! Adoiyai gua nih!!!




Tiba-tiba pula ada batu padahal nak cover perut! Kahkahkah! Hoi! Sebab pakai alat keselamatan lah tiba-tiba jadi gemuk!(Sedapkan Hati Sendiri)! Okay! Fine! Lepas nih gua diet lah! Puiii!! Hah, balik pada topik! Ini 1st time dalam hidup gua main flying fox nih! Kesian betul kan? Ada gua kisah? Biar lah!!! Apa-apapun, serius seronok weh! Part ini sebenarnya macam trial jer lah sebelum pergi yang betul-betul punya! Haihhh!! Gua macam tak percaya pun ada dekat diri gua sendiri sebab serius gua tak cuak langsung!(MOHON PERCAYA!!!) Dah pakai tali keselamatan tu mana nak cuak. Cuba kata tak ada tali tu? Memang dah sah-sah gua tak dapat update blog nih dah sebab masa tu gua dekat alam lain! Apa-apapun, memang rasa seronok sebab boleh feeling terbang macam burung helang! Hahahaha!



Masa nih sebenarnya agak penat juga tapi tiba-tiba Pena Berkala nak snap gambar gua(padahal gua yang suruh dia snap masa dekat check point mana entah?). Sibuk betul dia nak snap gambar gua! Tak nampak ker gua tengah fokus tu? Mau mengamuk kalau dia baca nih! Kahkahkah! Yang tak tahan tu boleh pula gua posing gembira macam tu. Hahahaha!!! 



Dekat belakang gua tu blogger Izzatiee dan dia nih bagi gua memang hebat lah! Ada satu check point tu yang kena bergayut! Apa entah nama yang diorang sebut! Monkey Monkey apa entah! Gua malas nak bergayut tapi dia nih boleh habiskan check point tu. Cepat pula tu! Yang tak tahan sebelum mula aktiviti nih dia kata nervous lah...takut lah...!! Ahhhh, itu semua hanya mahu mengaburi mata gua dan rakan-rakan blogger lelaki yang lain jer tu! Hahahaha! Apa-apapun, gua tunggu blogger Izzatiee nih bagi gua gambar sebab dia bawa phone. Hah! Bawa lagi phone! Memang jadi photographer tak berbayar lah jawabnya! Muahahahaha!!!



Akhirnya, berjaya juga gua dan rakan-rakan lain menghabiskan misi kami semua pada hari kejadian. Memang terbaik! Rasa seronok yang amat! Satu pengalaman baru yang cukup menarik dan membuat gua cukup teruja! Gua berjaya juga buat flying fox yang ketinggiannya lebih 14 meter sambil depa tangan ala-ala babak filem Titanic. Memang rasa puas! Puas sangat! Serius gua enjoy aktiviti nih! Panjat tangga! Turun tangga! Lompat! Flying fox! Berjalan atas tali! Berjalan atas batang paip yang bergoyang-goyang! Berjalan dekat titi gantung! Banyak lagi! Memang terbaik!!!



Yang rasa kelakar tu bila tiba-tiba dapat sijil tu. Bukan kelakar apa! Sebab bila gua dapat saja sijil tu terus gua kata,"Fuh! Dah lama aku tak dapat sijil-sijil nih!" Hahahaha!! Eh, lupa gua nak kabo dekat kome! Yang tengah duduk tu namanya Che Sakinah. Dia pun sempoi juga! Berborak dengan dia waktu tengah makan 'roti yang sedap dan menyihatkan' tu dengan MadyHahaha! Kitaorang sebenarnya hari ini ada 2 kumpulan. Satu kumpulan buat Extreme Challenge Course. Satu kumpulan lagi kena buat Big Thrill. Si blogger Che Sakinah nih pula kena buat Big Thrill. Kalau tidak gua dah cop dia jadi photographer gua(suka hati kau jer Hans kan?) sebab dia bawa camera tapi dah dia pergi buat Big Thrill pula. Hahaha!! Itu pasal yang jadi mangsanya tu Pena Berkala dengan Izzatiee tu. Hahahahahaha!!



Akhirnya, gua dan rakan-rakan blogger serta team Nuffnang pun bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan orang-orang Skytrex Adventure Park tu. Serius gua memang sangat enjoy dengan event kali nih sebab gua jumpa ramai blogger yang ceria dan setiap blogger masing-masing suka untuk berinteraksi atau berkomunikasi. Rasa macam program anak angkat pun ada juga kadang-kadang sebab masing-masing rajin berkomunikasi. Hehehehe! Terbaik lah semua! Harap lepas nih Nuffnang buat event main paintball ker laser tag ker atau trip ke Universal Studio Singapore ker! Eh?



Selamat tinggal Skytrex Adventure Park! Aktiviti yang menarik! Ditambah dengan instructors dan pekerja-pekerja Skytrex Adventure Park yang baik, peramah dan banyak membantu kami semua! Semoga jumpa lagi! Terima kasih juga pada Nuffnang! Terbaik!




Sumber Gambar Dari : Pena BerkalaChe SakinahNuffnang & Diri Sendiri!!


Senarai Blogger Yang Terlibat Untuk Aktiviti Skytrex Adventure Kali Ini Ialah :-
2 ) Mady
3 ) Izzatiee
11) ?
12) ?


P/S : Kepada Mana-Mana Blogger Yang Join Tadi Tu..Silalah Bagitahu Nama Blog Anda Pada Gua Untuk Gua Update Dekat Entry Nih! (^_^)Y

P/S Lagi : Nanti Kalau Gua Dapat Gambar Terbaru Maka Gua Akan Update Lain Entry Nih! Terima Kasih Semua! Jumpa Lagi! (^_^)Y 


85 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Wahh, bestnya! saya tak subscribe nuffnang, so i'm a bit outdated sikit lah pasal hal2 ni. kih kih,

    P/S:Hans yang mane satu eh? :P

    BalasPadam
  2. Cis,kata ak sibuk nk ambek gambor ko eh
    klu gua x snap, lu xde kenangan la bro,wakaka
    seriously, this event is fun

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkahkahkahkahkah
      best kan....
      lepas nih harap2 nuffnang buat event2 best lagi...

      Padam
    2. you know what bro?
      gua tak dapat nk update blog smpai skang
      tiba-tiba skrin laptop rosak
      dengki betul, aishh
      sapelah yg sabotaj
      dang!

      Padam
    3. hahahaha...aiyo..dah tu...tahun depan la boleh update? hahaha

      Padam
  3. uish..mcm best je..teringin gak nk p tempat2 mcm tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan macam best tapi memang best...hahaha
      pergi jer....
      sihat kan badan sambil tengok alam semulajadi :)

      Padam
  4. Best gak dapat join benda2 ni. Heheh! Aku cakap je best. Tp kalau ade pun, aku tak join kut :P

    Tp syok la kan dapat jumpe blogger2 yg tak pernah dikenali selama ni. Pasni dalam blog boleh beramah tamah. Hahaha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      yups
      lepas nih leh lah suruh blogger2 tu masak nasi ke ayam goreng ker'keh3

      Padam
  5. bestnya xtvt yang menyihatkan begini. plus roti yang nampak 'sihat' tersebut. haha. eh! instructors itu kelihatan macam senior kita lak...hehe.

    BalasPadam
  6. ok aku xtau nk komen ape...

    sbnrnye saje nk tgl jejak kasik ko tahu
    url blog aku *cehhh bajet blog aku best sgt...

    ekekekekkee...

    ohhh selamat bhujung minggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh...ko semalam buat Big Thrill dengan Che Sakinah kan?

      Padam
  7. bestnya dapat jumpa teman2 blogger.. aktiviti2 mcm ni leh eratkan lagi silaturrahim... tahniah Hans dapat sijil... :)

    BalasPadam
  8. pergh..syok...msti ko malu2 kan.hhahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak malu pun
      semalam aku bising jer
      serius aku pun pelik asal aku hyper sikit semalam...
      hahaha

      Padam
  9. tak penah nmpk pun blogger2 ni. muehehehe :P

    tp mcm best je adventurer ni. boleh kenal ramai lagi blogger ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups....
      sangat best
      sebab aktiviti dia tu yang buat semua blogger ceria
      hohoho

      Padam
  10. best r aktvti2 cmni.. untg r ko join.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...
      yups
      syukur sangat sebab terpilih dan berpeluang join :-)

      Padam
  11. Hans..xtry izzatie tu ker?aaaaaaahahahahahahahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izzatie...awak single ker?
      hah...ni dah tanya nih...kah3

      Padam
  12. wah bestnya hans berjimba2 kat tmn pertanian n dpt kenal geng2 blogger !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      yups
      sangat best
      study sana 2 tahun tapi tak pernah pergi pun
      nih dah dapat pergi rasa seronok pula
      hahaha

      Padam
  13. Tu dia, senyap2 pergi event. Pakai mandrem apa ni bro sampai nufnang invite? haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      xada mandrem pun
      ku komen ja pun dan lepas tu dia email suruh gi
      hahahaha

      Padam
  14. bestnya join aktiviti cam nie !! last join pun zaman muda belia time sekolah dulu jew. hohoho. hans pergi mesti sebab FREE kann ?? muahahaha :DD

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best
      asalnya memang minat tapi tak ada geng nak pergi aktiviti macam nih.
      jadi, bila ada event macam nih dan terpilih pula takkan nak tolak kan?
      kali nih memang free tapi insyaallah lepas nih memang hajat nak pergi lagi sebab dah jatuh hati dengan aktiviti nih.
      :-)

      Padam
  15. Nampak menarik, kalau pergi sendiri pun yuran dia takdelah mahal sangat. Boleh cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      harga dia berpatutan lah
      sangat best
      cuba lah sekali :-)

      Padam
  16. Tahniah Hans berjaya dipilih utk menyertai aktiviti ini.. Caya laa.. :)

    BalasPadam
  17. wah..menariknya...hehehe..member aku pernah pergi skytrex nie..dia kata stylo beb tempat nie tapi aku jer tak sempat lagi nak pegi..hehe..untung laa nuffnang belanja..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko kena try weh
      serius best dan tak rugi
      sangat berbaloi :-)

      Padam
  18. happening nya orang :)


    p/s: untunglah jd jemputan nuff :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukanlah jemputan sangat pun
      nih kira macam rezeki lah
      hehehe

      Padam
  19. wah seronok nampaknye tu..tahniah terpilih untuk menyertai aktiviti ni...

    BalasPadam
  20. Balasan
    1. kitaorang cuba nasib komen dekat entry nuffnang :-)

      Padam
  21. hebatnya..alalala..untungla kan..

    BalasPadam
  22. tak pasti kenapa...tapi tiap kali baca entry ko mmg membuatkan aku hepi... hahaha

    BalasPadam
  23. bestnyer leh join xtvt nuff...
    mesti jumpa rmai blogger

    BalasPadam
  24. wahhh bestnyaaa... ena teringin nak join aktiviti camni... adventure

    BalasPadam
  25. Hi Hans! I was there! ^^v

    Elie from www.cantuslupus.blogspot.com

    BalasPadam
  26. Hi Hans! I was there! :D

    Elie from www.cantuslupus.blogspot.com tapi kali ni pergi as Nuffie la. Hehehe... :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..okay Elie...see u on another events..hopefully :-)

      Padam
  27. wahhhh.. mcm menarik dan tertarik je tgk kan

    BalasPadam
  28. xpernah dapat join mana2 event nuffnang..
    hehehehhe

    BalasPadam
  29. walaweh..best gila kot bro dapat join aktiviti ni... wah... teringin juga den.. apalagi boleh keluarkan peluh..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      serius best bro
      pergi jer dkt Taman Botani Shah Alam tu
      terbaik owhhh

      Padam
  30. Sedihnyaaa aku kena crop! aku aku!
    kahkah.

    BalasPadam
  31. BESTNYA...
    TAPI SEMUA ADIK2 JE..MAK ORANG TAK DE JOIN KE??HEHHE

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak orang xleh join sebab masing2 busy layan anak2 n suami...
      eh..tapi ada juga mak orang join cuma muda lagi lah

      Padam
  32. syok la..eh best an naik flying fox..sya last naik flyingdarjah 5 haha tu pun dah sampai bawah bleh plak melalak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ar ar
      memang best
      naik 100 kali pun tak kisah
      seronok owh
      rasa macam helang :-)

      Padam
  33. Bestnya dapat main semu tu, bila la dapat merasa semua tu, hehe

    BalasPadam
  34. Aku slalu ke sana..tapi xpnh join skytrek..nk try la camni.. BANkami

    BalasPadam
  35. Salam Hans,

    Edwin dari Salam Media. Kami ada 25 tiket lagi untuk Sky Trex 23 March ni. Boleh isi borang di laman ini kalau nak datang

    http://salammedia.my/blogger-challenge-sky-trex-bukit-cerakah/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama