Melancong Ke Bandaraya Bangkok - Part 3

Assalammualaikum semua pembaca blog Hans sekalian! Jadi, seperti yang Hans janjikan sebelum ini walaupun terlewat disebabkan kesibukan bekerja, Hans akan ceritakan pengalaman Hans bercuti di Bandaraya Bangkok dan ini adalah kisah hari ketiga Hans sewaktu bercuti disana. 

Hahhhh!!! Bangun pagi-pagi terus capai surat khabar Bangkok Post dekat lobi hotel yer untuk menambah ilmu dan info di dalam diri! Patutlah sistem pengangkutan awam macam keretapi dan komuter dekat Thailand nih bagus dan efisyen sebab peruntukkan yang kerajaan Thailand sediakan lebih daripada RM80 bilion owhhh! Eh? Terkongsi info ekonomi negara Thailand pula disini! Hahaha!

Jadi, hari ini Hans pun pergi menuju ke Central World di Bangkok yang dikatakan pusat membeli-belah ketiga terbesar di dunia. Mahu tak besar kalau dah dengan hotel dan pejabat pun ada sekali di dalam Central World nih. Mula dibuka pada tahun 1990 dan pernah ditutup untuk pembaikan selepas insiden anti kerajaan di Thailand pada tahun 2010 yang lalu. Memang besar dan cukup luas lah Central World nih! Sakit kaki oiiii kalau nak habiskan berjalan melihat kedai-kedai dalam pasaraya nih.

Di hadapan Central World nih terdapat pula Phra Trimurti atau pun lebih mudah dipanggil 'The God of Love' dalam bahasa Inggeris. Hans sempat bertanya kepada orang-orang disitu dan dikatakan monumen ini adalah tempat untuk masyarakat Thai memohon bantuan atau berdoa agar masalah dalam perhubungan atau masalah cinta mereka dapat diselesaikan. Ada juga yang berdoa agar dipertemukan jodoh dan macam-macam lagi lah. Memang mula-mula tu Hans rasa pelik juga lah tengok ramai betul orang dekat Phra Trimurti nih. Ingatkan ada apa-apa perayaan atau sambutan keagamaan ker tetapi rupa-rupanya memang ramai yang datang ke situ memohon hajat. Pelancong asing  dari Eropah pun ada juga yang menyibuk datang minta hajat dekat sini. Hahaha! Tetapi, kita sebagai umat Islam hanya perlu berdoa kepada Allah dan berusaha untuk mencapai hajat kita itu dengan langkah-langkah dan usaha keras kita.

Nak dijadikan cerita pada hari yang sama tu Hans bertuah sebab di hadapan Central World tu juga berlangsungnya THAI-JAPAN Anime & Music Festival dan memang berbagai-bagai watak anime dan kartun yang muncul dekat sini. Disebabkan memang ramai betul masyarakat Thai dan juga pelancong asing di situ jadi memang persaingan untuk mengambil gambar tu terlalu sengit. Hahaha! Jadi, Hans sempat lah ambil beberapa keping gambar di festival nih. Layan beb!!


Disebabkan cuaca di Bangkok nih memang panas terik jadi Hans baru sedar yang Hans semakin rentung apabila bercuti ke sini. Hahahaha! Apa-apapun agak teruja sebab dapat bergambar dengan mereka semua. Ada juga maskot macam Domo Kun, Naruto, Ninja dan macam-macam lagi lah tetapi malas pula Hans nak berebut dengan budak-budak kecil untuk bergambar! Hahahaha!!

Disebabkan cuaca pada hari itu pun sama panasnya macam hari-hari sebelum ini jadi Hans pun cubalah mencari makanan apa yang boleh Hans makan di situ. Kebetulan memang di hadapan Central World tu ada ramai peniaga yang menjual makanan, minuman, pakaian dan macam-macam lagi lah jadi Hans pun pergilah merayau-rayau kejap dekat situ. Memang susah nak cari makanan halal dekat situ tetapi alhamdulillah ada orang Thailand yang beragama Islam membantu Hans dan rakan-rakan untuk membuat pilihan. Jadi, akhirnya Hans memilih untuk membeli aiskrim kelapa muda nih! Dalam RM2.50 tak silap Hans dan memang sedap! Layan! Menariknya dekat deretan yang menjual nih, kebanyakkan penjual tu bukannya orang Thailand tetapi warga asing macam Pakistan, India, Myanmar dan banyak lagi yang datang merantau ke negara orang lain untuk mencari sesuap nasi. Lebih kurang macam dekat Malaysia lah juga. Hahaha!!

Memang jalan-jalan dekat bandaraya Bangkok nih tak pernahnya tak sesak! Setiap waktu penuh dengan kereta, bas dan tut tut. Sabar jer lah tetapi nasib baik sebab di sekeliling Central World di Bangkok nih memang ada pelbagai tempat menarik yang korang boleh pergi! Jadi, sebab perut pun dah lapar maka Hans dan rakan-rakan pun pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan akan menuju lagi ke Arab Street untuk makan malam pula.

Hahhhhhhh!!! Kalau sebelum nih Hans dah cuba nasi 'padkaprow' ayam yang berharga 200 bath bersamaan RM20 lebih tu dan malam nih Hans nak cuba pula nasi 'padkaprow' udang yang juga berharga 200 bath. Pergghhhhhhhh!!! Memang terbaiklah!! Serius sedap! Udang dalam pinggan tu dah berapa belas ekor dia letak pun entah lah tetapi yang penting segar dan memang secukup rasa! Sedap-sedap! Memandangkan malam nih adalah malam terakhir Hans berada di Bangkok jadi Hans pun ambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Arab Street nih tengok gelagat orang ramai dan juga penjual-penjual disini. Ada juga pertubuhan pelajar Islam yang meminta derma untuk majlis-majlis tertentu dengan cara menyanyi atau bernasyid di Arab Street. Memandangkan badan pun dah penat sebab seharian berjalan jadi Hans pun balik ke hotel untuk berehat sebab esok pagi ada satu tempat wajib yang perlu Hans pergi iaitu Chatuchak Market!!


P/S : Nanti Hans Habiskan Part Terakhir Hans Bercuti Di Bangkok! (^_^)Y

17 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wooooouuuuuuuuuuuuuu sedapnyaa tengok aiskrim dlm kelapa tu.. dengan taburan peanut.. kyaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. tapi kalau bro nak pergi honeymoon..pergilah Phuket or Krabi :)

      Padam
  3. padkaprow udang tuh nampak sungguh menggoda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan sekadar menggoda...rasanya memang terbaik :)

      Padam
  4. bestnya hans dah lepas ke bangkok..udang tu memang nampak gebu2 je..
    kalau tak fresh dia nipis je kan isinya :)

    BalasPadam
  5. wah..banyak plak shopping complex sni..

    yg psl cosplay 2..utgllaaaaaaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      bertuah sebab rezeki ada cosplay dekat situ
      hehehe

      Padam
  6. Hans..yang pegang gitar tu hans pasti ke betul2 perempuan.?hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tengok dan perhati
      memang perempuan
      budak sekolah menengah macam tu

      Padam
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
  8. Nak tya kat bangkok pak supir cm kat indon tak? Klu ada berapa bayaran yg dikenakan? Cm mana nak dihubungi.
    A

    BalasPadam
  9. bromo tour, bromo tour package, bromo tour from surabaya, bromo tour price, bromo tour murah, bromo tour review, bromo tour dari surabaya, bromo tour tripadvisor, bromo tour malang, bromo tour paket, bromo tour travel http://javatravelline.com/



    PAKEJ PELANCONGAN BROMO

    Surabaya - Bromo - Malang / Batu - Surabaya via Tanggulangin

    HARI 1 :

    Ketibaan di Lapangan Terbang Surabaya. Bertemu & di sambut oleh Pilot pelancong kami, teruskan ke Bomo (Kampung Cemorolawang / Tosari)



    HARI 2 :

    Pada pukul 3.30 pagi, memulakan perjalanan ke Gunung Bromo, untuk menyaksikan matahari terbit dari tepi kawah. Merentasi lautan pasir dan mendaki 245 tangga. Kembali ke hotel untuk sarapan pagi dan berkemas semula. Seterusnya ke Batu, dalam perjalanan, melawat Taman Safari Indonesia untuk melihat koleksi haiwan-haiwan dari benua lain.



    HARI 3 :

    Sarapan pagi di hotel , teruskan lawatan ke bandar yang meliputi perladangan epal , air terjun Cuban Rondo, Seramik Dinoyo. Kemudian bergerak semula ke Surabaya dengan di mulai Tanggulangin untuk melihat Industri Rumah Kulit dan ke Sidoarjo untuk mendapatkan Keropok Udang + Embroidery.



    HARI 4 :

    Sarapan pagi di hotel, bertolak ke airport untuk berlepas







    Mrs EVI



    +6281 233 917 870



    info@javatravelline.com



    www.javatravelline.com









    mount bromo tour, mt bromo tour, bromo ijen tour, mount bromo tours, bromo tours, mt bromo tours, tour to bromo, bromo mount, mount bromo package, mount bromo facts, mount bromo trekking, mount bromo pictures, mount bromo eruption, mount bromo in indonesia, mount bromo photos, mount bromo news, mount bromo national park, mount bromo lonely planet, bromo hotel, mount bromo hotel, bromo cottage hotel, mt bromo hotel, grand bromo hotel rates, hotel lava view lodge bromo, cafe lava hotel bromo, bromo mountain, mountain bromo, bromo mountain indonesia, bromo mountain tourism, what is highest mountain, in at the mountain, bromo volcano, mt bromo volcano, volcano bromo, bromo volcano indonesia, mount bromo volcano, mount bromo travel, bromo travel, bromo travel guide, travel bromo, travel to bromo, bromo indonesia, travel, volcano at indonesia, live volcano in indonesia, the volcano in indonesia, volcano mount, mount volcano, volcano article, this is a volcano, lava view lodge bromo, bromo cottages, bromo tengger semeru national park, bromo trip, bromo eruption, bromos, bromo mt, mt bromo eruption, bromo national park, lava lodge bromo, sea of sand bromo, visit bromo, mt bromo facts, bromo drink, how to go to bromo, from surabaya to bromo, bromo seltzer, bromo selzer, bromo, highest mt

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama