Kerana Mulut

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah dengar tentang pepatah 'Kerana Mulut Badan Binasa' tak? Hah! Sebenarnya banyak kes yang melibatkan pergaduhan, kecil hati atau bermasam muka disebabkan kata-kata yang keluar daripada mulut. Berkata-kata atau bercakap sememangnya adalah lumrah semula jadi manusia. Kadang-kadang kita tidak sedar pun kata-kata kita mampu mengguris hati seseorang. Kita menganggap itu mungkin sekadar satu gurauan tetapi tidak bagi pihak yang satu lagi. 


Mungkin kita cuba berlaku jujur dengan kata-kata kita tetapi pihak yang lain pula menganggap kita cuba bermain api. Kadang-kadang rasa hormat kita juga boleh hilang dengan sekelip mata apabila melihat individu yang selama ini kita pandang cukup hebat dan gah dengan ilmu dunia serta akhiratnya tetapi gagal berkomunikasi dengan nada dan gaya yang baik atau sopan. Walaupun mulut bukanlah seperti pedang yang tajam menusuk susuk tubuh si perkasa namun kuasa mulut lebih gagah daripada itu. Cuma pilihan terletak di akal kita untuk menggunakannya di jalan yang positif atau memilih untuk mempraktikannya di jalan yang bertentangan. Pilihan kita juga terletak di akal kita untuk menerima komunikasi itu secara baik atau sebaliknya. Sekian :-)

7 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sebab tu ada yg cakap lidah lebih tajam dari mata pedang.

    BalasPadam
  2. Dalam alam cyber ni pulak "kerana tangan" kot..sbb tangan yg taip

    BalasPadam
  3. mulut hans ke tu.. ngeh3... haha.. so lebih baik kurang berkata2..

    BalasPadam
  4. jujur itu bagus, walaupun kadangkalanya memeritkan...
    tapi kalau bab mulut ni mmg kena berhati2lahkan...

    BalasPadam
  5. lama tak singgah sini..hui..hehe..
    ya la..sebab mulut walau isunya kecil bisa buat hati tu menangis.. T__T jadi sentiasa la beringat sebelum berucap

    BalasPadam
  6. betul tu, sebab tu lidah dan hati kita ni kena jaga elok2... sbb dua benda nilah yang boleh merosakkan tuannya dan dua benda ni juga dapat menjaga tuannya

    BalasPadam
  7. Betul tu.. orang kata, kalau yg kita cakap tu tiada faedah. lebih baik berdiam..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama