Isnin, 28 Januari 2013

Review Filem Juvana




Ahad, 27 Januari 2013

Primadona Musim Pertama Episod 1-13



Primadona musim pertama yang telah bersiaran sebanyak 13 episod telah pun tamat dan musim kedua Primadona akan bersiaran pada hari Jumaat minggu hadapan. Primadona dihoskan oleh 4 orang pengacara iaitu Raja Azura, Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Ziela Jalil. Kepada sesiapa yang terlepas menonton episod-episod Primadona musim pertama, dibawah ini adalah video setiap episod Primadona dengan topik-topik yang menarik serta tetamu-tetamu jemputan yang cukup istimewa. Selamat menonton!



Episod 1:
Curang

Tetamu Jemputan: 
Dato Jalaluddin Hassan & Isteri
Lisdawati

______________________________________________________________________________________________



Episod 2:
Cemburu Buta

Tetamu Jemputan: 
Dato Ramli MS
Mustapha Kamal & Susan Menon
Nabil & Nazirah

______________________________________________________________________________________________



Episod 3:
Kasih Ke Syurga

Tetamu Jemputan: 
Dato' Malek Noor
Elza Irdalynna & Inessa Irdayanty (Anak-Anak Azean Irdawaty)
Puan Noraisah Muhamad Malena (Ibu Adam)

______________________________________________________________________________________________



Episod 4:
Sakit Untuk Cantik

Tetamu Jemputan: 
Chef Zam
Kevin Zahri
Jehan Miskin
Fahrin Ahmad
Dato Sarimah Ahmad

______________________________________________________________________________________________



Episod 5:
Statusku Duda

Tetamu Jemputan: 
Nash
A.R Badul
Najiha (Anak Nash)

______________________________________________________________________________________________



Episod 6:
Lelaki Mulut Laser

Tetamu Jemputan: 
Azwan Ali
Ayie Stylista
Reza Mohamed

______________________________________________________________________________________________



Episod 7:
Lelaki Idaman Malaya

Tetamu Jemputan: 
Fizo Omar
Zizan Razak
Imam Muda Asyraf

______________________________________________________________________________________________



Episod 8:
Kaki Shopping

Tetamu Jemputan: 
Jaclyn Victor
Jovian Mandagie
Sazzy Falak
Hanis Zalikha

______________________________________________________________________________________________



Episod 9:
Musim Kahwin

Tetamu Jemputan: 
Ella & Azhar(Suami)
Serina Redzuawan

______________________________________________________________________________________________



Episod 10:
Queen Control

Tetamu Jemputan: 
Didie Alias
Aliza Abdullah (Enot)
Haji Hushim Haji Salleh
Musly Ramlee

______________________________________________________________________________________________




Episod 11:
Mertua VS Menantu

Tetamu Jemputan: 
Haziq AF
Farouk Hussein
Emelda Rosmila
Ruminah Sidek

______________________________________________________________________________________________




Episod 12:
Fobia

Tetamu Jemputan: 
Sleeq
Aaron Aziz
Shuib Sepahtu
Dr. Anuar Kasa

______________________________________________________________________________________________






Episod 13:
Jenayah Terhadap Wanita

Tetamu Jemputan: 
Kamal Affendi
Rosyam Noor
Nabila Huda


______________________________________________________________________________________________


P/S : Selamat Menonton! (^_^)Y


Sabtu, 26 Januari 2013

Business Card Hans

Alhamdulillah! Akhirnya selepas 5 tahun gua berblog maka wujud juga lah business card untuk blog gua nih! Dah kalau gua pergi mana-mana event semua blogger asyik bagi business card jer. Gua pula ternganga jer tengok! Hahaha! Jadi, gua upah blogger yang gua anggap macam adik gua sendiri dah iaitu Qarr Jalil untuk design business card nih.

Selalu dengan gua memang dia tak pernah berkira sebab kalau nak tahu header blog dengan design blog nih memang dia lah yang selalu tolong buatkan tetapi gua pula lah rasa segan. Ialah kalau dah asyik-asyik gua minta dia tolong design dan semuanya percuma jer mana tak rasa segan! Lagi pun rasa macam tak patut pula sebab bukan senang nak buat atau design benda yang nak ikut kepala otak aku nih. Sebenarnya Qarr Jalil nak design business card gua kepada yang lebih formal tetapi gua nih memang jenis santai dan syok sendiri jadi terhasil lah design seperti di bawah nih mengikut kehendak gua. Hahaha!! 




Yang bestnya tu siap gua dapat hadiah doodle lagi tu beb! Hehehe! Apa yang gua terharu gembira tu sebab baju doodle tu sama dengan baju yang gua pakai! Hahahaha! Seronok pula tengok banyak kali doodle dekat bawah nih! Kehkehkeh!




Gua memang puas hati dengan hasil kerja dia selama nih. Memang kreatif dan yang penting dia memang minat buat benda-benda nih. Jadi, kalau korang rasa nak guna servis yang Qarr Jalil buat nih iaitu design untuk header blog, business card atau pun doodle maka korang boleh pergi sendiri ke blog dia - Qarr Jalil


P/S : Akhirnya Buat Pertama Kali Dalam Hidup Aku Ada Business Card! Haha!! (^_^)Y


OST Setia Hujung Nyawa

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Malam nih saja gua nak kongsi lirik-lirik OST Setia Hujung Nyawa sebab bagi gua semuanya sedap-sedap dan menarik! Hehehe!!




Tajuk Lagu:
Adamu

Penyanyi:
Najwa Latif




Lirik Lagu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku ada Mu
Di sisi ku selalu
Bantulah hamba Mu mencari keredhaan Mu
Ooohhhh.....
Ku tahu ku ada Mu
Ooohhhh...
Ku ada Mu selalu

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku ada Mu
Di sisi ku selalu
Bantulah hamba Mu mencari keredhaan Mu
Ooohhhh.....
Ku tahu ku ada Mu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

______________________________________________________________________________________________


Tajuk Lagu:
Sastera Kupu-Kupu

Penyanyi:
Mimie Haris




Lirik Lagu

Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahulu disisi

Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah

Sakit ini
Adalah setia yang tak pernah kau mengerti

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang
Ooohhhhhh......

(Music Bridge)

Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Berharap kasihhhhh.....
Ooohhhhh.....
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang
Ooohhhhh.....

______________________________________________________________________________________________


Tajuk Lagu:
Maafkan Aku

Penyanyi:
Last Minute




Lirik Lagu

Dan apa
Yang kau mahu kan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kau lah yang pertama ku cintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata
I said I Love You...

(Music Bridge)

Dan apa
Yang kau mahu kan dari ku
Telah lama ku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cintamu
Dan pabila ku sedari
Kau lah yang pertama ku cintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata
I said I Love You..

Ohhhh....ohhhhhh.....

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata
I said I Love You..

Maafkan aku
Oh maafkan aku
Maafkan aku
Oh maafkan aku

______________________________________________________________________________________________


Tajuk Lagu:
Setia Hujung Nyawa

Penyanyi:
Fiq ft Gjie




Lirik Lagu

Aku tak bisa
Menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salah mu
Resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diri ku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Tak kan pernah bisa
Dari diriku
Menjaga cinta mu
Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya

Maafkan diriku
Melukakan mu

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diri ku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Cinta ku tetap di sini
Takkan pernah jauh dari mu
Oooo...


P/S : Gua Peminat Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa! Muahahaha! (^_^)Y


Khamis, 24 Januari 2013

Hans Comix : (Sepah The Movie) Setia Hujung Nyawa

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah Hans Comix terbaru selepas dah lama gua tak update entry Hans Comix. Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur dan mendapat serba sedikit ilmu atau pengajaran daripada kisah ini! 




P/S : Berjanji itu mudah tetapi menunaikannya itu susah kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut. Tetapi, menunaikannya itu menggunakan pergerakan anggota badan.

P/S Lagi : Rasulullah S.A.W di dalam hadis baginda telah mempercirikan golongan munafiq dengan tiga ciri utama. Dan antara ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji.

"Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat" (HR.Muslim). - SUMBER


Selasa, 22 Januari 2013

Skytrex Adventure

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Ini memang entri yang agak panjang dan mungkin juga sebab gua rasa gembira untuk berkongsi dengan korang semua perasaan teruja, seronok dan terhiburnya gua apabila terpilih untuk menyertai Skytrex Adventure yang dianjurkan oleh Nuffnang pada hari Sabtu semalam iaitu 19 Januari 2013. Gua terpilih untuk menyertai :-




Cabaran :
Extreme Challenge Course


Tempat :
Skytrex Adventure Park, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Bayaran : 
Percuma (Ditanggung Oleh Nuffnang)


Harga Sebenar :
RM55


Masa:
2.00 P.M - 4.30 P.M


Laman Web:


Gua sebenarnya boleh jer pergi sendiri ke Shah Alam sebab tak adalah jauh mana pun Shah Alam tu dengan Damansara tapi disebabkan gua nih jenis manusia yang tak ingat jalan jadi gua pun berpakat lah dengan Mady dan Pena Berkala untuk pergi ke sana sekali. Jadi, kami bertiga pun bertolak ke Shah Alam dengan diketuai oleh Mady sebab dia yang bawa kereta. Gua dengan Pena Berkala mengucap terima kasih kepada beliau kerana kesudiannya menumpangkan dan menghantar kami berdua pulang semula. Terima kasih bro! Kami mencari papan tanda Jalan Liku dan memang berliku sekejap lah perjalanan kami bertiga sebelum tiba di Taman Pertanian Malaysia. Yeahhhh!!!



Penat juga kami bertiga mencari banner Nuffnang sebab kalau jumpa banner tu maka disitu lah tempat kami bertiga kena melapor diri. Melapor diri? Amboi! Dah macam nak jadi anggota keselamatan dah! Akhirnya, kami bertiga terjumpa lah banner Nuffnang yang besar tapi tak besar mana tu! Hahahaha!! Kali nih suasananya lain sikit. Mungkin sebab aku dah kenal Mady dan Pena Berkala jadi mulut aku bising sikit lah pada hari kejadian. Lepas tu kami bertiga pun naik bas menuju ke tempat kejadian iaitu Skytrex Adventure Park.



Yeah! Gua dan rakan-rakan blogger yang lain pun tiba lah di tempat kejadian sambil disambut dengan senyuman oleh instructors yang bertugas. Fuh! Masa tu gua tak ada apa-apa perasaan sangat pun cuma apa yang gua suka ialah suasana Skytrex Adventure Park tu sendiri. Hutan! Hijau! Sejuk! Damai! Aman! Aman? Tak ada aman sangat lah kalau dah ramai sangat yang datang waktu tu! Hahahaha!!!



Gua dan rakan-rakan blogger lain dikumpulkan di satu tempat dan makanan diberi pada semua. Gua tak tahu ini breakfast atau lunch sebab waktu tu waktu tengahari tapi gua andaikan kalau dah roti tu kira breakfast lah kan. Haihhh!! Gua nih kurenggg sikit kalau bab-bab makanan organik ker atau yang menyihatkan nih. Beras perang gua boleh telan lagi tapi kalau roti nih gua memang gagal sikit! Tapi, gua tengok semua orang makan habis jer! Mungkin gua jer kut yang feeling Donald Trump bila nak breakfast mesti nak makan sirip ikan yu atau daging unta. Kan? 



Hampir 90% blogger yang gua tengok hari ini ialah blogger yang gua tak pernah jumpa dan kenal. Macam mana gua leh dapat angka 90% tu? Gua kan pakar matematik! Puiiii!!! Blogger tak pernah kenal? Masalahnya diorang pun tak kenal kau lah Hans? Hahahaha!!! Tapi, apa yang gua suka semuanya memang ramah-tamah! Ada yang gua baru kenal 2 saat pun tapi dah macam gua kenal 2 minit(nampak tak kepakaran gua bermain dengan angka dekat perenggan nih!). Seronok! Memang seronok! Dan kali ini gua rasa gua banyak cakap, merepek, syok sendiri, buat lawak tak jadi, gelak kuat-kuat! Arghhhh!!! Biar lah!! Suka hati gua lah!!! Fuh! Nampak gangster tak? Puiii!!



Ini gua main snap jer! Bosan-bosan sebab menanti bila program nak start kan! Kuikuikui! Manusia-manusia di dalam gambar nih sila add twitter, facebook dan instagram gua yer! Eh? Kau sapa Hans? Diorang tak kenal lah! Okay! Fine! Sob Sob Sob!!!



Masa event Fear Factor Blogger Edition dulu gua duduk tepi sekali. Lepas tu muka gua asyik-asyik kena crop jer! Hensem-hensem pun kena crop!! Puiiii!! Apakah kejahatan yang telah gua lakukan hah? Jadi, untuk tidak mengulangi kesilapan di masa lampau maka gua pun gigih pergi tengah-tengah. Bertolak bertumbuk dulu baru gua dapat duduk dekat tengah tu! Yeah!! Muka gua dah ada dalam gambar! Ada berani mau crop? Muahahahaha!!!! 



Borang kebenaran ibu bapa!! Boleh pula gua suruh Pena Berkala jadi penjaga gua! Hahaha!! Tapi, itu semua hanya gurauan semata-mata! Kuikuikui!



Ini ketua kelas kami semua untuk hari ini iaitu blogger Shahrizan! Seorang yang berdedikasi, amanah, jujur dan pemurah! Berani menggalas tugas untuk 5 minit yang diberikan. Terbaik lah Ketua Kelas Hijau kita nih iaitu blogger Shahrizan! Hehehe!!



Sebelum penggembaraan bermula wajib lah bergambar dulu! Inilah barisan kitaaaaa!! Yang ikhlas berjuangggg!!! Siap sedia berkorban!!! Apa jadah lah gua merepek nih? Adoiyai! Eh, gua minta maaf lah dekat dua orang sebelah kanan tu sebab terpaksa crop. Gambar ni pun gua sebat dekat instagram jer! Hahahaha!! Tak apa! Kaki dengan tangan korang jadi wakil tu kira okay lah tu! Kuikuikui!



Hah! Yang tinggi tu Bro Cheramiche! Power tu! Gua budget gua boleh kalahkan dia hari nih dengan jadi orang pertama yang habiskan semua check point tapi dia dah tinggalkan semua orang dekat belakang. Hebat bro nih! Please open table kerana habis awal? Eh? Sempat suruh belanja makan tu! Macam lari topik jer! Adoiyai gua nih!!!




Tiba-tiba pula ada batu padahal nak cover perut! Kahkahkah! Hoi! Sebab pakai alat keselamatan lah tiba-tiba jadi gemuk!(Sedapkan Hati Sendiri)! Okay! Fine! Lepas nih gua diet lah! Puiii!! Hah, balik pada topik! Ini 1st time dalam hidup gua main flying fox nih! Kesian betul kan? Ada gua kisah? Biar lah!!! Apa-apapun, serius seronok weh! Part ini sebenarnya macam trial jer lah sebelum pergi yang betul-betul punya! Haihhh!! Gua macam tak percaya pun ada dekat diri gua sendiri sebab serius gua tak cuak langsung!(MOHON PERCAYA!!!) Dah pakai tali keselamatan tu mana nak cuak. Cuba kata tak ada tali tu? Memang dah sah-sah gua tak dapat update blog nih dah sebab masa tu gua dekat alam lain! Apa-apapun, memang rasa seronok sebab boleh feeling terbang macam burung helang! Hahahaha!



Masa nih sebenarnya agak penat juga tapi tiba-tiba Pena Berkala nak snap gambar gua(padahal gua yang suruh dia snap masa dekat check point mana entah?). Sibuk betul dia nak snap gambar gua! Tak nampak ker gua tengah fokus tu? Mau mengamuk kalau dia baca nih! Kahkahkah! Yang tak tahan tu boleh pula gua posing gembira macam tu. Hahahaha!!! 



Dekat belakang gua tu blogger Izzatiee dan dia nih bagi gua memang hebat lah! Ada satu check point tu yang kena bergayut! Apa entah nama yang diorang sebut! Monkey Monkey apa entah! Gua malas nak bergayut tapi dia nih boleh habiskan check point tu. Cepat pula tu! Yang tak tahan sebelum mula aktiviti nih dia kata nervous lah...takut lah...!! Ahhhh, itu semua hanya mahu mengaburi mata gua dan rakan-rakan blogger lelaki yang lain jer tu! Hahahaha! Apa-apapun, gua tunggu blogger Izzatiee nih bagi gua gambar sebab dia bawa phone. Hah! Bawa lagi phone! Memang jadi photographer tak berbayar lah jawabnya! Muahahahaha!!!



Akhirnya, berjaya juga gua dan rakan-rakan lain menghabiskan misi kami semua pada hari kejadian. Memang terbaik! Rasa seronok yang amat! Satu pengalaman baru yang cukup menarik dan membuat gua cukup teruja! Gua berjaya juga buat flying fox yang ketinggiannya lebih 14 meter sambil depa tangan ala-ala babak filem Titanic. Memang rasa puas! Puas sangat! Serius gua enjoy aktiviti nih! Panjat tangga! Turun tangga! Lompat! Flying fox! Berjalan atas tali! Berjalan atas batang paip yang bergoyang-goyang! Berjalan dekat titi gantung! Banyak lagi! Memang terbaik!!!



Yang rasa kelakar tu bila tiba-tiba dapat sijil tu. Bukan kelakar apa! Sebab bila gua dapat saja sijil tu terus gua kata,"Fuh! Dah lama aku tak dapat sijil-sijil nih!" Hahahaha!! Eh, lupa gua nak kabo dekat kome! Yang tengah duduk tu namanya Che Sakinah. Dia pun sempoi juga! Berborak dengan dia waktu tengah makan 'roti yang sedap dan menyihatkan' tu dengan MadyHahaha! Kitaorang sebenarnya hari ini ada 2 kumpulan. Satu kumpulan buat Extreme Challenge Course. Satu kumpulan lagi kena buat Big Thrill. Si blogger Che Sakinah nih pula kena buat Big Thrill. Kalau tidak gua dah cop dia jadi photographer gua(suka hati kau jer Hans kan?) sebab dia bawa camera tapi dah dia pergi buat Big Thrill pula. Hahaha!! Itu pasal yang jadi mangsanya tu Pena Berkala dengan Izzatiee tu. Hahahahahaha!!



Akhirnya, gua dan rakan-rakan blogger serta team Nuffnang pun bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan orang-orang Skytrex Adventure Park tu. Serius gua memang sangat enjoy dengan event kali nih sebab gua jumpa ramai blogger yang ceria dan setiap blogger masing-masing suka untuk berinteraksi atau berkomunikasi. Rasa macam program anak angkat pun ada juga kadang-kadang sebab masing-masing rajin berkomunikasi. Hehehehe! Terbaik lah semua! Harap lepas nih Nuffnang buat event main paintball ker laser tag ker atau trip ke Universal Studio Singapore ker! Eh?



Selamat tinggal Skytrex Adventure Park! Aktiviti yang menarik! Ditambah dengan instructors dan pekerja-pekerja Skytrex Adventure Park yang baik, peramah dan banyak membantu kami semua! Semoga jumpa lagi! Terima kasih juga pada Nuffnang! Terbaik!




Sumber Gambar Dari : Pena BerkalaChe SakinahNuffnang & Diri Sendiri!!


Senarai Blogger Yang Terlibat Untuk Aktiviti Skytrex Adventure Kali Ini Ialah :-
2 ) Mady
3 ) Izzatiee
11) ?
12) ?


P/S : Kepada Mana-Mana Blogger Yang Join Tadi Tu..Silalah Bagitahu Nama Blog Anda Pada Gua Untuk Gua Update Dekat Entry Nih! (^_^)Y

P/S Lagi : Nanti Kalau Gua Dapat Gambar Terbaru Maka Gua Akan Update Lain Entry Nih! Terima Kasih Semua! Jumpa Lagi! (^_^)Y 


Sabtu, 19 Januari 2013

Hans Comix : Undi Blog Hans Di Social Media Awards 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah Hans Comix terbaru dan sekadar gurauan serta sebagai salah satu cara untuk gua mempromosi kepada anda semua untuk vote blog gua dekat Social Media Awards 2013Semoga anda semua terhibur!





Langkah - Langkah Untuk Vote Hanspunyablog di Social Media Awards 2013 :-

1) Kalau korang tak pernah Sign Up lagi jadi sila sign up dulu -> KLIK SINI

2) Lepas dah Sign Up maka sila semak email korang untuk pengesahan.

3) Kemudian korang boleh vote blog Hans seperti dibawah ini :-





Nama Blog : 
hanspunyablog

Untuk Mengundi :  


P/S : Memang Sibuk Betul Sekarang! Banyak Benda Nak Taip Dan Kongsikan Tetapi Tunggu Masa Yang Sesuai! Semoga Korang Semua Setia Menanti! Hehehehe! (^_^)Y


Khamis, 17 Januari 2013

Social Media Awards 2013



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Gua nak paksa/minta tolong/sukarela/suka hati korang lah untuk vote blog gua nih! Hahahaha! Nampak tak perkataan tu -> paksa/minta tolong/sukarela/suka hati yang bermaksud walau apa hal yang terjadi pun korang semua memang kena vote juga. Hahahaha! Jadi dibawah adalah link untuk korang vote blog gua. Apa - apapun korang kena sign up dulu lah benda alah nih sebelum boleh undi blog gua atau blog mana - mana lah yang korang suka(undi blog gua jer lah!Kehkehkeh!).


Langkah - Langkahnya :-

1) Kalau korang tak pernah Sign Up lagi jadi sila sign up dulu -> KLIK SINI

2) Lepas dah Sign Up maka sila semak email korang untuk pengesahan.

3) Kemudian korang boleh vote blog Hans seperti dibawah ini :-




Nama Blog : 
hanspunyablog

Untuk Mengundi :  


P/S : Jadi Selamat Mengundi Blog Hans! Hehehehe!(Blog Lain Tak Payah Buat Entri Macam Nih Pun Berduyun - Duyun Orang Vote! Kui3) (^_^)Y


Isnin, 7 Januari 2013

Hans Comix : Juara Anugerah Juara Lagu 27

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Tahniah kepada Yuna dan Aizat kerana lagu Terukir Di Bintang menjadi juara untuk kali ini. Masih terasa kehangatan Anugerah Juara Lagu Ke-27 malam semalam dan ini adalah Hans Comix terbaru dan masih berkisar tentang Anugerah Juara Lagu Ke-27 tersebut. Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur!




P/S : Memang Sekadar Untuk Hiburan Sahaja! Masih Tak Ada Pengajaran Pun Untuk Komik Kali Ini! Hehehe! (^_^)Y

P/S Lagi : Tahniah Aizat! Tahniah Yuna! Tahniah Hafiz! Tahniah Kepada Semua! Hehehehe!!!