Selasa, 26 Mac 2013

Hans Comix : (Rock Oo) Kak Ton

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah Hans Comix terbaru untuk anda semua. Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur dengan kisah ini.


P/S : Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA berkata: Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu." - Hadis Riwayat Muslim

Ahad, 24 Mac 2013

Hans Comix : (Rock Oo) Amy Wifi 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah Hans Comix terbaru untuk anda semua. Sebelum korang membaca kisah di bawah apa kata korang baca dulu kisah SPM 2012 untuk lebih memahami kisah Amy Wifi 3 nih! Hahaha! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur dan mendapat serba sedikit ilmu atau pengajaran daripada kisah ini.


P/S :  Memandangkan cuti Hans pun dah habis maka mungkin selepas ini susah lah sikit Hans nak update blog. Jadi, doakan kejayaan Hans yer! Assalammualaikum! (^_^)Y

Sabtu, 23 Mac 2013

Lirik Lagu Putih Putih Melati - ST12


Tajuk Lagu:
Putih Putih Melati

Penyanyi:
ST12

Lirik Lagu
Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima..aahhh

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Music Bridge

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima..aahhh

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

P/S : Lama Tak Kongsi Lirik Lagu Dekat Blog Nih :-)

Saya Nak Kurus

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Alhamdulillah hari ini gua dapat melepak-lepak bersama seorang member gua merangkap senior zaman sekolah dulu yang gua dah kenal selama 11 tahun dah. Lama tak? Hahaha! Jadi, bila sesekali berjumpa tu benda pertama yang selalunya gua atau dia akan lihat ialah saiz fizikal masing-masing. Maintain ker? Makin kurus ker? Makin bulat ker? Hahhhh!! Bukan apa pun! Ini semua nak buat bahan kutukan jer masa melepak-lepak nanti! Hahaha! Tetapi, hari ini gua memang penat gelak lah melepak dengan member gua nih. Selepas kami selesai menonton filem THE CROODS, gua pun ajak member gua nih pergi pasar malam dekat Taman Nuri. Jadi, dalam perjalanan pergi dan pulang tu sempat lah gua berborak dengan member gua perihal 'Saya Nak Kurus' nih. 

Dialog 1
Member : Weh! Ramai kata aku sekarang nih makin berisi. Hang rasa betoi ka dak apa depa cakap tu?
Hans : Aku nak cakap pun tak sampai hati weh tapi...
Member : Kira betoi la nih?
Hans : Lagu nih lah weh! Katakan lah kalau ada skala 1 sampai 4 untuk kegemukan. Hang kira skala 3 lah aku bagi!
Member : Kuang jaq betoiiii!! Hang nak cakap aku gemuk macam si Jalil(senior yang memang gemuk gila!) tu ka?
Hans : Si Jalil tu dah terkeluaq daripada skala dah! Hahaha!

Dialog 2
Member : Woi Hans! Macam mana weh nak kuruih nih?
Hans : Tak payah makan nasi lah!
Member : Tapi kan hari tu aku ada tanya doktor aku. Dia kata boleh makan nasi!
Hans : Memanglah boleh tapi kena makan sikit ja kan?
Member : Tapi tu lah! Ada ka patut doktor tu bagitau aku makan dua senduk kecik nasi ja. Gila apa! Rasa apa ja makan banyak tu! Nasi tu pun hang boleh bilang ada berapa biji!
Hans : Hahaha! Dah nama pun kata nak kuruih! Kena lah makan sikit ja oiiii!
Member : Baik doktor tu bagitau aku tak payah makan nasi langsung. Nih cakap boleh makan tapi dua senduk kecik ja! Aku baru dok sedap makan tengok-tengok nasi dah habis. Tak sedaq apa pun!
Hans : Hahahaha!

Dialog 3
Hans : Dekat tempat aku ada seorang nih. Dulu berat dia dalam 80kg lebih. Sekarang 60kg ja. Dia diet tak makan nasi!
Member : Habis tu dia makan apa ja?
Hans : Dia makan buah epal merah dengan air kosong. Nasi memang dia tak sentuh. Kalau tengahari tu pun kadang-kadang aku tengok dia makan ayam rebus dengan salad jer.
Member : Adoiii!! Aku nih payah weh!! Aku pernah juga try buat sebelum nih. Tahan sehari ja weh!
Hans : Lagu mana tu? Cuba cerita sikit!
Member : Hari pertama tu dekat rumah mak aku masak tapi aku nih konon-konon diet. So, aku makan kuah ja lah!
Hans : Hari kedua?
Member : Mai hari kedua, mak aku masak makanan favorite aku pula! Mula-mula tu ingat nak rasa ja tapi bila dah rasa tu teruih aku capai pinggan dekat dapoq. Lepas tu makan nasi bertambah lah jawabnya!
Hans : Hahahaha! Apa pun tak boleh hang nih!!

Dialog 4
Member : Aku rasa nak makan ubat kuruih lah weh!
Hans : Hoiiii!! Jangan makan! Bahaya!
Member : Awatnya pula?
Hans : Nanti hang makin gemuk kut!
Member : Betoi ka?
Hans : Ramai dah makan ubat kuruih tu! Mula-mula kuruih la! Lepas dah berhenti teruih berat badan naik mendadak. Lagi gemuk daripada dulu!
Member : Betoi ka? Haihh!! Tak jadi lah!
Hans : Hang jaga makan dengan senaman ja!

Dialog 5
Member : Aku nak beli kasut sukan la minggu depan!
Hans : Kasut sukan? Hahahaha!
Member : Awat hang gelak? Aku nak jogging lah!
Hans : Hahahaha!
Member : Hang jangan weh Hans! Nanti lepas raya hang tengok aku mesti hang tak kenai lah!
Hans : Aku takut memang aku tak kenai hang nanti sebab terlampau besaq! Hahaha!
Member : Kuang jaq! Tak apa! Hang tengok lah nanti! Hang dengan budak ofis aku sama ja!
Hans : Hahaha! Mudah-mudahan berjaya!

Dialog 6
Member : Aku bukan apa weh! Risau berat badan nih naik! Baju aku yang aku pakai nih pun rasa ketat. Baju yang lama-lama langsung tak boleh pakai!
Hans : Salah sapa tu yang baju hang jadi ketat tu?
Member : Haihh! Salah aku ka? Mana boleh salah aku! Aku selalu pikiaq positif! Baju nih biasalah bila kita basuh mulalah dia jadi kecik! Mana boleh salah aku! Aku macam biasa ja!
Hans : Hahaha! Memang lah bukan salah hang! Hang mana pernah buat salah! Hang semua betoi haihh!! (gaya sinis)
Member : Hahaha!!

P/S : Selamat Menguruskan Badan Dengan Cara Yang Sihat (^_^)Y

Jumaat, 22 Mac 2013

Hans Comix : (Rock Oo) SPM 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah Hans Comix terbaru untuk anda semua. Memandangkan hari ini merupakan hari bersejarah buat adik-adik di luar sana yang mengambil keputusan SPM maka Hans pun mudakan sikit lah Amy Wifi dan Jo nih. Hahaha! Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur dan mendapat serba sedikit ilmu atau pengajaran daripada kisah ini.


P/S : Jangan pandang kelemahan orang. Jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. Allah S.W.T tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya. Daripada Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu." (Riwayat Muslim)

Khamis, 21 Mac 2013

Hans Comix : (Rock Oo) Amy Wifi 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah Hans Comix terbaru untuk anda semua. Memandangkan kisah berkenaan Amy Wifi mendapat komen yang cukup positif daripada pembaca maka Hans sambungkan lagi kisah Amy Wifi dan Jo khas untuk anda semua. Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur dan mendapat serba sedikit ilmu atau pengajaran daripada kisah ini.


P/S : Antara perkara yang diharamkan oleh Islam ialah 'GHIBAH'. Ghibah ini bermaksud mengata(mengumpat) individu atau kumpulan tertentu tanpa pengetahuan mereka. Apa yang diperkatakan itu selalunya perkara buruk yang tidak disenangi si mangsa. Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat, ayat 12 yang bermaksud :-

"Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripaa prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha mengasihani." - SUMBER