Selasa, 30 April 2013

Melancong Ke Singapura

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Alhamdulillah, pada pukul 2.30 petang, 27 April 2013 bersamaan hari Jumaat yang lepas Hans bersama 3 orang rakan sempat masuk ke Singapura sekejap untuk melihat-lihat apa yang menariknya yang ada di Singapura nih. Kebetulan pula Hans memang waktu itu berada di Johor atas urusan kerja jadi alang-alang dah bawa passport tu maka redah jer lah masuk ke dalam kan. Hahaha! Jadi, ini adalah pengalaman Hans sepanjang berada di Singapura dalam tempoh yang singkat nih!

Satu kesilapan besar apabila masuk ke dalam Singapura ialah anda masuk tanpa membeli AutoPass Card di bahagian Imigresen dan itulah yang berlaku terhadap Hans dan rakan-rakan. Nasib baik antara kami berempat nih, ada seorang nih namanya Tengku yang memang banyak kali dah datang ke Singapura untuk bercuti dan dia lah yang memberitahu kami betapa pentingnya AutoPass Card nih. Untuk pengetahuan anda, fungsi AutoPass Card nih ibarat SmartTAG dan uniknya Singapura nih ialah segala urusan pembayaran seperti pembayaran tol, parking kereta dan segala jenis saman memerlukan AutoPass Card nih. Tol di Singapura bukan seperti di Malaysia kerana tol mereka tidak mempunyai kaunter seperti di Malaysia. Jadi, apabila masuk ke dalam Singapura tanpa memiliki atau kehilangan AutoPass Card adalah satu malapetaka besar kepada anda yer kerana anda tidak boleh keluar dari Singapura dan pelbagai urusan perlu dibuat seperti membuat laporan polis, berjumpa dengan kedutaan Malaysia dan banyak lagi urusan yang perlu dilakukan. Selain tu korang perlu membayar saman sebanyak 500 Dollar Singapore! 1 Dollar Singapore bersamaan RM2.45 tau! 500 dollar bersamaan RM1200 lebih macam tu yer! Hah! Kau ada RM1200? Takkan kau masuk Singapura semata-mata nak bayar saman? Cuak macam nak mati kut masa tu!

Sebenarnya, rakan Hans iaitu Fizo sudah bertanya kepada pegawai imigresen Singapura dekat mana boleh dapatkan AutoPass Card sebelum keluar dari situ. Kata pegawai tersebut beli di depan tetapi keluar-keluar jer dari imigresen tu terus ke jalan besar! Serius Hans cuak! Disebabkan Hans dan rakan-rakan sudah membawa kenderaan keluar dari bahagian imigresen jadi kami tidak boleh berpatah balik untuk membeli autopass card tu. Jadi, rakan Hans pun pergi bertanya kepada pegawai imigresen di tepi jalan dan katanya di hadapan ada kaunter autopass serta 7E dan kami berempat boleh dapatkan autopass di situ. Tetapi, kawan Hans si Tengku yang selalu datang Singapura tu kata untuk dapatkan AutoPass Card nih kena isi borang dan segala macam lagi tetapi dekat 7E tu hanya boleh tambah nilai AutoPass Card sahaja! Memang betul kata si Tengku tu! Dekat kaunter putih AutoPass macam dalam gambar tu dan juga dekat 7E tidak ada menjual AutoPass Card yer! Hah! Aku sudah gila! Gila! Hahaha! Mampus! Jadi, macam mana nak dapatkan AutoPass Card nih? Sila dapatkan di Land Transport & Authority yang berada di Sin Ming dengan jarak perjalanan sejauh 12 kilometer! 12 kilometer? Alahhh!!! Naik kereta kan? Kan? Bukan jauh sangat pun kan? Hah! Memang tak jauh tetapi kau tahu ker jalan nak ke sana? Tak tahu kan? Hahaha! Untuk pengetahuan anda, papan tanda di Singapura nih bukan seperti di Malaysia yer! Kalau di Malaysia senang sebab di papan tanda tu sudah diletak nama tempat yang kita nak tuju tetapi kalau di Singapura, mereka letakkan nama lebuhraya mereka di papan tanda tu untuk menghubungkan sesuatu tempat. Ibaratnya anda bertanya macam mana nak pergi KLCC dari bla bla bla dan anda akan dengar ayat seperti ini,"You lalu ikut KESAS! Kemudian ikut LEKAS! Kemudian ikut NKVE!" Semuanya guna nama lebuhraya jer! Mahunya tak gila kalau tak ada GPS!! Jadi, jika anda ingin melancong ke Singapura sila pastikan anda ada GPS! Kalau tak ada GPS sila pastikan wang yang anda bawa banyak sebab nak buat bayar saman bagai yer! Hahaha!

Nasiblah si Tengku tu bawa GPS! Senang sikit cari Sin Ming nih! Sudahlah jalan dekat Singapura nih susah nak cari papan tanda U-Turn! Kalau buat perangai macam dekat Malaysia sesuka hati jer U-Turn mahunya kena saman beratus dollar. Jadi, sabar jer lah! Hahaha! Alhamdulillah! Akhirnya dapat juga memiliki AutoPass Card walaupun terdapat sedikit kesukaran. Untuk pengetahuan anda, Land Transport & Authority hanya dibuka pada pukul 8 pagi ker 9 pagi macam tu lah dan ditutup pada pukul 5 petang. Alhamdulillah Hans dan rakan-rakan sampai dekat sana pukul 3.45 petang. Buatnya terlewat memang bermalam dalam kereta lah jawabnya. Dekat Singapura nih apa yang Hans suka ialah kebersihan dan susunan landskap yang memang cantik. Walaupun dekat gambar di atas tu ada botol air tepi tu tetapi serius memang susah nak jumpa sampah dekat tepi-tepi jalan Singapura. Kalau dekat Malaysia? Senang gila nak cari sampah! Hahaha! Memang Malaysia dan Singapura sangat berbeza! Seronok juga dekat Singapura nih ialah bandarnya memang banyak dengan pokok! Jadi, rasa sejuk dan nyaman jer mata nih memandang! Tetapi, satu perkara yang Hans tak berkenan dengan sikap segelintir rakyat Singapura ialah sikap pemandunya yang tak boleh nak bertolak ansur! 

Antara keempat-empat orang nih, yang nak sangat masuk Singapura nih ialah Hans sebab misi Hans nak cari perfume. Kata orang harga perfume dekat sini murah-murah! Jadi, Hans dan rakan-rakan pun pergi lah ke Orchard Road. Dekat situ Hans pergi ke Lucky Plaza dan pergi lah tengok-tengok harganya. Sebenarnya memang harga perfume dekat sini murah tetapi Hans pergi beli perfume dekat tempat lain. Lain kali kalau Hans datang lagi ke Singapura nih memang Hans akan beli perfume dekat Lucky Plaza di Orchard Road nih sebab harganya lagi murah. Dekat sini memang ramai orang dan keadaan jalan pun bersih dan wangi jer! Hans suka lah tempat nih! 

Lepas dah habis cuci-cuci mata dekat sini jadi berjalan lah kejap tengok suasana di Orchard Road nih. Banyak betul orang yang bagi brochure lah flyer lah sewaktu Hans berjalan dekat sini. Dekat sepanjang jalan nih juga ramai betul penjual aiskrim. Fuh! Tergoda kejap iman tetapi tahan jer lah nafsu sebab malas nak makan aiskrim! Ada satu bahagian dekat tangga di hadapan pasaraya nih terdapat replika orang yang baca surat khabar dan disebabkan kelihatan unik maka Hans pun pergi lah bergambar sekejap! Hahaha!

Tengok lah betapa ramainya orang-orang yang melintas dalam gambar tu! Menariknya disini ialah rakyat Singapura memang patuh pada undang-undang. Mereka akan melintas jalan raya apabila lampu isyarat berwarna hijau jer dan mereka hanya akan melintas di kawasan pejalan kaki yang disediakan. Berbeza dengan di Malaysia, tak kisah lah lampu isyarat tu warna apa dan di mana-mana sekali pun mereka akan melintas dengan hanya mengangkat tangan. Teringat kata-kata Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der,"Only in Malaysia!" Satu lagi yang menarik ialah walaupun lampu isyarat berwarna hijau tetapi kalau masih ada pejalan kaki yang melintas maka pemandu-pemandu kereta kena tunggu dulu sehingga mereka selesai melintas. Kalau si pemandu nih melanggar orang yang melintas jalan walaupun lampu isyarat memang berwarna hijau tetapi yang bersalah bukannya pejalan kaki tetapi si pemandu tu yang bersalah. Ini juga amat berbeza jika dibanding dengan Malaysia. Berani kau nak melintas lambat-lambat! Mahu tercampak tepi jalan kena langgar! Hahaha!

Jadi, tempat seterusnya yang ingin dituju ialah tempat singa muntah air tak henti-henti iaitu Merlion Park. Tetapi, disebabkan awal-awal tu masing-masing terlupa apa nama tempatnya jadi kami tersalah menuju ke destinasi yang tak sepatutnya iaitu Fountain of Wealth. Fountain of Wealth tu dalam proses baik pulih jadi dengan bantuan GPS akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dicari iaitu Merlion Park yang terletak di One Fullerton. Serius cantik gila tasik dekat situ. Berhadapan dengan Merlion Park ialah Marina Band Sands iaitu bangunan yang cukup unik dimana direka bentuk dengan terdapat kapal di atasnya. Dekat situ ada hotel, pasaraya dan juga kasino. Hahaha! Apa-apapun, serius beb! Memang cantik lah gila pemandangan dia! Bersih! Wangi! Segar!

Hahhh!! Memang dalam kepala nih dah terfikir nak bergambar macam dekat atas nih sebelum sampai di Merlion Park lagi dan alhamdulillah hajat berjaya direalisasikan! Hahaha! Masa Hans sampai situ kebanyakan pelancong lain bergambar biasa-biasa jer lah! Buat isyarat PEACE! Berdiri kaku terpacak! Tapi Hans pula minta tolong dekat member Hans si Tengku tu suruh ambil gambar macam nih! Macam gambar yang berdiri sambil mulut ternganga tu, ramai juga pelancong luar yang tengok tapi ada aku kisah? Hahaha! Lepas tu ramai pula mat saleh minah saleh yang tiru macam Hans dan member-member lain bergambar! Cis! Apa-apapun, memang seronok lah tengok hasil gambar nih walaupun terseksa sikit! Hahaha!

Sebelum Hans pergi ke Mustafa Centre di Syed Alwi Road untuk mencari perfume maka tak lengkap lah kalau Hans dan tiga orang rakan lagi tak bergambar beramai-ramai. Jadi, mula-mula kami berempat minta tolong pada seorang gadis nih untuk ambil gambar kami. Si perempuan dan rakannya tu dari Jakarta. Jadi, lepas dia dah ambil gambar maka kami berempat pun bersemangat lah nak tengok hasilnya! HAMPEH! Apa yang dia cuba nak buktikan dalam gambar yang dia ambil tu pun Hans tak tahu lah! Hahaha! Akhirnya, kami berempat minta bantuan pada pelancong daripada Eropah dan hasilnya alhamdulillah! Terbaik! Dapat juga bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan Merlion Park yang indah dan permai nih! Hehehe!

Akhirnya, Hans dan rakan-rakan tiba di Mustafa Centre yang berada di Syed Alwi Road. Walawehhhhh!!! Banyak gila perfume nak habaq mai! Rambang mata! Harga pun murah! Penat juga lah Hans bau macam-macam perfume! Jadi, disebabkan harganya memang murah jadi Hans pun belilah dua jenis perfume. Fuh! Puas hati walaupun duit pun puas melayang masuk ke dalam kaunter cashier tu! Hahaha! Jadi, disebabkan hari pun dah malam dan nak menghadap kesesakan dekat bahagian Tuas maka Hans dan rakan-rakan pun bertolak lah balik ke Malaysia. Memang banyak gila kereta dengan bunyi hon daripada penunggang-penunggang motosikal yang tak tahu disebabkan apa! Stress betul Hans waktu tu! Sebelum anda pulang ke Malaysia pastikan AutoPass Card anda tu mempunyai baki wang yer dan pastikan nilai AutoPass Card anda bukannya negatif. Kalau anda rasa nilai wang dalam AutoPass Card anda tu negatif silalah tambah nilai dulu kalau tak mahu kena saman beratus dollar! Jadi, inilah antara pengalaman melancong sekejap ke Singapura dan mungkin jika ada kesempatan lagi pergi ke sana, Hans akan pergi ker Universal Studio Singapore pula. Insyaallah! Sekian! Assalammualaikum!

Ahad, 21 April 2013

Malas

Malas nak buat kerja!

Malas nak makan!

Malas nak tengok televisyen!

Malas nak buka laptop!

Boleh kata segala-galanya malas!

Pernah tak anda mengalami perasaan malas yang datang secara tiba-tiba?

Padahal sebelum datang rasa malas nih anda sebenarnya terlebih rajin!!

Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!


Sabtu, 20 April 2013

Hans Comix : Gwiyomi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Ini adalah Hans Comix terbaru untuk anda semua. Sekadar gurauan dan semoga anda semua terhibur dengan kisah ini.


P/S : "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". (An-Nisa' : 32)

Khamis, 18 April 2013

Lirik Lagu Lelaki - Yuna


Tajuk Lagu:
Lelaki

Penyanyi:
Yuna



Lirik Lagu
Kau fikir kau siapa
Cinta ini kau buang saja
Ku tak perlukan memori
Dan kau tak perlu kembali

Kau fikir ku apa
Siang malam engkau yang punya
Kau datang dan kau pergi
Kau buat aku begini
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua

Banggakah dirimu
Kekasihmu sahabatku
Rupanya selama ini
Dia menaruh hati

Kadang kala aku terfikir
Kau berikan nya janji yang sama
Dan kau katakan pada ku oh
Sepuluh tahun yang lalu
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua

(French Language)
L'amour de ma vie
Comment te dire adieu
Je ne pas vivre sans toi
Pourquoi m'as tu quitte

Ini rupanya kau balas kembali
Semua yang ku beri
Tak pernah mencukupi
Kau bukan lagi yang aku kenali
Perempuan seperti ku
Tak ingin bersamamu

Dahulu kau bukan begini
Kau hancurkan hati
Ku yakin dahulu
Kau bukan
Kau bukan
Kau bukan

Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Lelaki lelaki
Tak guna tak guna tak guna
Ooooohhh....

Rabu, 17 April 2013

Melancong Ke Bandaraya Bangkok - Part 4

Assalammualaikum semua pembaca blog Hans sekalian! Jadi, seperti yang Hans janjikan, Hans akan ceritakan pengalaman Hans bercuti di Bandaraya Bangkok dan ini adalah kisah hari keempat iaitu hari terakhir Hans bercuti dan berada di negara Thailand.

Hans bangun pagi dengan begitu bersemangat sekali yer sebab hari ini merupakan hari terakhir untuk Hans memanfaatkan duit bath yang Hans tukar di Malaysia dengan berbelanja di Chatuchak Market yang merupakan pasar minggu yang terbesar di dunia. Jadi, untuk ke sana dengan menaiki tut tut atau bas memang merupakan kesilapan besar sebab Hans pun dah tahu jalan raya dekat Bangkok nih setiap saat sesak. Jadi, inilah peluang Hans untuk menaiki Bangkok Mass Transit System atau lebih dikenali sebagai BTS Skytrain yang kalau dekat Malaysia nih kiranya LRT lah. Hohoho!! Jadi, untuk ke Chatuchak Market nih maka Hans kena beli tiket untuk ke Mo Chit yang merupakan hentian paling hujung dan terakhir sekali. Memang penuh BTS Skytrain tu dengan pelancong-pelancong asing tetapi alhamdulillah ruang masih luas dan tidak lah padat macam tin sardin. Hehehe!

Akhirnya Hans dah tiba di Chatuchak Market yang merupakan destinasi wajib lawat buat sesiapa yang melancong ke Bangkok. Untuk pengetahuan anda semua, dekat Chatuchak Market nih ada 27 seksyen iaitu merangkumi 15 ribu kedai yang menjual macam-macam barang daripada seluruh daerah di Thailand. Cakap jer apa korang nak beli! Bunga? Pinggan mangkuk? Baju? Cenderahati? Buah? Sayur? Pokok? Kasut? Alat muzik? Macam-macam ada wehhhhh! Serius rambang mata nak habaq maiiii!!!

Disebabkan kawasan Chatuchak Market nih memang betul-betul luas jadi amatlah disarankan agar anda berjalan bersama seorang dua rakan-rakan atau pun jika ingin berpecah pun sila pastikan lokasi mana yang anda dan rakan-rakan akan kembali berkumpul untuk pulang ke tempat penginapan sebab takut sesat. Hahaha! Macam Hans alhamdulillah Hans ingat jalan-jalan yang Hans lalu. Lagipun Hans nih jenis orang yang tak berapa gemar nak jalan beramai-ramai sambil membeli-belah nih sebab tak boleh fokus! Hahaha! Satu pengalaman yang menarik tu bila Hans tengah leka melihat kedai-kedai dekat seksyen mana entah dan Hans tak sedar dekat sebelah Hans ada sebuah kedai yang menjual anak-anak anjing yang macam teddy bear tu. Mak aihhhh!!! Geram nak habaq maiii!! Rasa macam nak pegang ohhh!! Comel gila tapi sabar jer lah! Tengok jer lah! Hahaha!

Disebabkan nilai mata wang Malaysia sekarang nih lebih rendah berbanding nilai wang Thailand jadi tak boleh lah nak beli banyak benda sangat. Bukannya barang-barang dekat sini mahal. Barang-barang yang dijual masih murah tetapi tak boleh lah nak merasa seperti jadi jutawan segera yang membeli-belah dengan dasyatnya di Indonesia. Hehehe! Alhamdulillah! Dekat Chatuchak Market juga masih terdapat makanan halal jadi jangan risau jika anda lapar. Tetapi, disebabkan Hans terlalu teruja untuk berjalan, meninjau dan membeli-belah dekat sini sampai baru Hans sedar yang Hans terlupa nak makan. Dasyat tak? Hahaha! Seronok jugalah waktu membeli tambah-tambah masa proses tawar menawar nak minta kurangkan harga sebab Hans sempat belajar bahasa Thailand untuk minta kurangkan harga tetapi sekarang dah lupa. Kalau tidak boleh kongsikan dekat sini. Hahaha!

Serius beb! Disebabkan Chatuchak Market nih sangat luas dan memang banyak betul kedai-kedai dekat sini jadi Hans hanya sempat berkunjung ke dua seksyen jer daripada 27 seksyen yang terdapat dekat sini. Walawehhh!! Mana sempat nak habiskan 27 seksyen dengan nak kejar masa pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang lagi! Karang terlepas kapal terbang mahu menangis dekat situ! Hahaha! Jadi, Hans rasa kalau Hans ada masa lagi sehari dua dekat Chatuchak Market nih mungkin boleh kut habiskan pengembaraan dekat semua 27 seksyen yang ada dekat situ. Dari segi solat jangan risau sebab ada surau disediakan dekat Chatuchak Market nih. Disebabkan hampir 6 jam Hans berjalan-jalan dekat Chatuchak Market nih jadi dah tiba masanya Hans bergerak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang untuk balik ke Malaysia.


Akhirnya Hans pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang. Satu perkara yang menarik di Thailand nih terutamanya Bangkok ialah gambar raja Bhumibol Adulyadej ini berada dimana-mana sahaja bangunan atau pun di jalan raya di Bangkok. Bukan gambar yang kecil tetapi memang yang sebesar-besar yang boleh lah. Memang terbukti rakyat Thailand nih begitu sayangkan raja mereka. Jadi, sementara menunggu kapal terbang tiba tu maka Hans pun berjalan-jalan lah sekejap cuci-cuci mata tengok kedai-kedai bebas cukai dekat sini. Cuci mata jer lah sebab duit pun dah habis. Hahaha!

Alhamdulillah! Selepas dua jam berada di dalam kapal terbang AirAsia tu dan akhirnya Hans pun tiba di LCCT Kuala Lumpur. Memang seronok bercuti di Bandaraya Bangkok, Thailand. Banyak perkara yang Hans dapat belajar, lihat dan rasai sendiri disana. Rakyat Bangkok memang kebanyakannya ramah, mesra dan berbudi bahasa. Rasa-rasanya rakyat Malaysia sudah ketinggalan daripada segi itu walaupun kononnya masyarakat kita terkenal dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa. Tetapi, walau apapun Hans masih merasakan Malaysia adalah sebuah negara yang masih lagi tenang, selamat dan lebih selesa kehidupannya berbanding dengan umat Islam yang tinggal di Thailand. Jadi, sekadar ini sahaja coretan Hans sepanjang empat hari bercuti di Bandaraya Bangkok. Sekian! (^_^)Y

Melancong Ke Bandaraya Bangkok - Part 3

Assalammualaikum semua pembaca blog Hans sekalian! Jadi, seperti yang Hans janjikan sebelum ini walaupun terlewat disebabkan kesibukan bekerja, Hans akan ceritakan pengalaman Hans bercuti di Bandaraya Bangkok dan ini adalah kisah hari ketiga Hans sewaktu bercuti disana. 

Hahhhh!!! Bangun pagi-pagi terus capai surat khabar Bangkok Post dekat lobi hotel yer untuk menambah ilmu dan info di dalam diri! Patutlah sistem pengangkutan awam macam keretapi dan komuter dekat Thailand nih bagus dan efisyen sebab peruntukkan yang kerajaan Thailand sediakan lebih daripada RM80 bilion owhhh! Eh? Terkongsi info ekonomi negara Thailand pula disini! Hahaha!

Jadi, hari ini Hans pun pergi menuju ke Central World di Bangkok yang dikatakan pusat membeli-belah ketiga terbesar di dunia. Mahu tak besar kalau dah dengan hotel dan pejabat pun ada sekali di dalam Central World nih. Mula dibuka pada tahun 1990 dan pernah ditutup untuk pembaikan selepas insiden anti kerajaan di Thailand pada tahun 2010 yang lalu. Memang besar dan cukup luas lah Central World nih! Sakit kaki oiiii kalau nak habiskan berjalan melihat kedai-kedai dalam pasaraya nih.

Di hadapan Central World nih terdapat pula Phra Trimurti atau pun lebih mudah dipanggil 'The God of Love' dalam bahasa Inggeris. Hans sempat bertanya kepada orang-orang disitu dan dikatakan monumen ini adalah tempat untuk masyarakat Thai memohon bantuan atau berdoa agar masalah dalam perhubungan atau masalah cinta mereka dapat diselesaikan. Ada juga yang berdoa agar dipertemukan jodoh dan macam-macam lagi lah. Memang mula-mula tu Hans rasa pelik juga lah tengok ramai betul orang dekat Phra Trimurti nih. Ingatkan ada apa-apa perayaan atau sambutan keagamaan ker tetapi rupa-rupanya memang ramai yang datang ke situ memohon hajat. Pelancong asing  dari Eropah pun ada juga yang menyibuk datang minta hajat dekat sini. Hahaha! Tetapi, kita sebagai umat Islam hanya perlu berdoa kepada Allah dan berusaha untuk mencapai hajat kita itu dengan langkah-langkah dan usaha keras kita.

Nak dijadikan cerita pada hari yang sama tu Hans bertuah sebab di hadapan Central World tu juga berlangsungnya THAI-JAPAN Anime & Music Festival dan memang berbagai-bagai watak anime dan kartun yang muncul dekat sini. Disebabkan memang ramai betul masyarakat Thai dan juga pelancong asing di situ jadi memang persaingan untuk mengambil gambar tu terlalu sengit. Hahaha! Jadi, Hans sempat lah ambil beberapa keping gambar di festival nih. Layan beb!!


Disebabkan cuaca di Bangkok nih memang panas terik jadi Hans baru sedar yang Hans semakin rentung apabila bercuti ke sini. Hahahaha! Apa-apapun agak teruja sebab dapat bergambar dengan mereka semua. Ada juga maskot macam Domo Kun, Naruto, Ninja dan macam-macam lagi lah tetapi malas pula Hans nak berebut dengan budak-budak kecil untuk bergambar! Hahahaha!!

Disebabkan cuaca pada hari itu pun sama panasnya macam hari-hari sebelum ini jadi Hans pun cubalah mencari makanan apa yang boleh Hans makan di situ. Kebetulan memang di hadapan Central World tu ada ramai peniaga yang menjual makanan, minuman, pakaian dan macam-macam lagi lah jadi Hans pun pergilah merayau-rayau kejap dekat situ. Memang susah nak cari makanan halal dekat situ tetapi alhamdulillah ada orang Thailand yang beragama Islam membantu Hans dan rakan-rakan untuk membuat pilihan. Jadi, akhirnya Hans memilih untuk membeli aiskrim kelapa muda nih! Dalam RM2.50 tak silap Hans dan memang sedap! Layan! Menariknya dekat deretan yang menjual nih, kebanyakkan penjual tu bukannya orang Thailand tetapi warga asing macam Pakistan, India, Myanmar dan banyak lagi yang datang merantau ke negara orang lain untuk mencari sesuap nasi. Lebih kurang macam dekat Malaysia lah juga. Hahaha!!

Memang jalan-jalan dekat bandaraya Bangkok nih tak pernahnya tak sesak! Setiap waktu penuh dengan kereta, bas dan tut tut. Sabar jer lah tetapi nasib baik sebab di sekeliling Central World di Bangkok nih memang ada pelbagai tempat menarik yang korang boleh pergi! Jadi, sebab perut pun dah lapar maka Hans dan rakan-rakan pun pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan akan menuju lagi ke Arab Street untuk makan malam pula.

Hahhhhhhh!!! Kalau sebelum nih Hans dah cuba nasi 'padkaprow' ayam yang berharga 200 bath bersamaan RM20 lebih tu dan malam nih Hans nak cuba pula nasi 'padkaprow' udang yang juga berharga 200 bath. Pergghhhhhhhh!!! Memang terbaiklah!! Serius sedap! Udang dalam pinggan tu dah berapa belas ekor dia letak pun entah lah tetapi yang penting segar dan memang secukup rasa! Sedap-sedap! Memandangkan malam nih adalah malam terakhir Hans berada di Bangkok jadi Hans pun ambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Arab Street nih tengok gelagat orang ramai dan juga penjual-penjual disini. Ada juga pertubuhan pelajar Islam yang meminta derma untuk majlis-majlis tertentu dengan cara menyanyi atau bernasyid di Arab Street. Memandangkan badan pun dah penat sebab seharian berjalan jadi Hans pun balik ke hotel untuk berehat sebab esok pagi ada satu tempat wajib yang perlu Hans pergi iaitu Chatuchak Market!!


P/S : Nanti Hans Habiskan Part Terakhir Hans Bercuti Di Bangkok! (^_^)Y

Rabu, 10 April 2013

Melancong Ke Bandaraya Bangkok - Part 2

Assalammualaikum semua pembaca blog Hans sekalian! Jadi, seperti yang Hans janjikan sebelum ini Hans akan ceritakan pengalaman Hans bercuti di Bandaraya Bangkok dan ini adalah kisah hari kedua Hans sewaktu bercuti disana. Seperti biasalah terasa macam masih lagi berada di bumi Malaysia jadi tangan pun gatal lah membuka televisyen yang ada di dalam bilik hotel.

Taraaaaaaaaaaaaa!!! Selamat menonton Bangkok Hari Ini! Hahaha! Layan pula Hans tengok rancangan nih walaupun Hans langsung tak faham sepatah apa pun yang pengacara nih cakap. Buat-buat faham jer lah! Hahaha! Jadi, Hans pun bersiap-siap untuk percutian yang masuk hati kedua nih.

Pemandangan pagi dari atas hotel! Haihhhh!! Pagi-pagi buta pun kereta banyak betul! Memang penyabar sungguh manusia-manusia yang tinggal di bumi Bangkok nih sebab sepanjang waktu menghadap kesesakan jalan raya yang tak henti-henti. Nasib dekat Kuala Lumpur ada juga waktu yang lengang. Dekat sini tak ada beb!

Hah! Tengah-tengah seronok menikmati suasana pagi tu tiba-tiba Hans ternampak bot panjang macam anaconda lalu depan mata. Tangan pun pantas lah mengambil gambar seberapa cepat yang boleh! Hehehe! Teringin juga nak naik bot nih tapi tak tahu bot nih datang dari mana.

Jadi, tempat pertama yang Hans tuju pada pagi tu ialah sebuah kawasan perniagaan yang bernama Sombat Talat Sod. Tempat nih macam pasar pagi lah untuk masyarakat Bangkok disini nak beli ayam ker ikan ker sayur ker. Ramai juga orang Muslim berniaga dekat sini jadi senang lah nak dapatkan makanan halal untuk sarapan pagi. Selain tu dekat sini pun ada juga bazaar yang menjual kasut, mainan, kain dan macam-macam lagi lah! Apa yang Hans suka dekat sini ialah Hans terjumpa sebuah gerai yang menjual air dan Hans sempat juga merasa teh ais serta nescafe ais hasil air tangan peniaga Islam disini! Nampak tak sekali rasa sampai dua jenis minuman? Bangkok panas ohhhh!! Hahaha! Memang terbaik minumannya dan harganya pun lebih kurang sama macam Malaysia iaitu dalam lingkungan 15-20 bath jer. Sedap ohhhh! Kalah Starbuck!!

Memandangkan hari kedua Hans berada disana jatuh pada hari Jumaat jadi alhamdulillah sempat lah Hans menunaikan solat Jumaat di negara asing iaitu di sebuah masjid yang orang Islam di Thailand panggil sebagai Sai Kong Din. Biasalah apabila Hans mendengar khatib membaca khutbah di dalam bahasa Thai...buat-buat faham jer lah! Hehehe! Yang menariknya dekat masjid nih ada kaum wanita juga yang menunaikan solat Jumaat seperti mana di Arab Saudi. Menarik!

Jadi, selepas solat jumaat tu maka pergi lah cari tempat makan dan alhamdulillah dapat jumpa tempat makan halal. Jadi, Hans dan rakan-rakan pun pesan lah makanan-makanan yang kami semua teringin nak makan. Macam Hans pesan nasi putih dengan daging goreng lepas tu pau lah tomyam kawan sebelah! Hahaha! Sedap! Disebabkan kawan belanja jadi Hans malas nak ambil tahu berapa harga. Hahaha! Alhamdulillah kenyang! Jadi, selepas tu pusing-pusing lah tengok keadaan bandaraya Bangkok tetapi nak buat macam bateri telefon habis pula! Jadi, tak adalah gambar seterusnya! Hahaha!

Selepas tu Hans balik ke hotel dan malamnya tu sekali lagi Hans pergi berjalan-jalan dekat Arab Street. Hans mencuba kebab yang dibuat oleh peniaga daripada orang Islam Pakistan ker Arab entah dan selepas tu Hans pun cuci mata melihat barang-barang yang dijual di Arab Street. Barang-barang yang dijual seperti kasut kulit memang cantik tapi harganya mahal jadi Hans malas nak beli! Hahaha! Pada malam nih juga Hans memberanikan diri melihat kehidupan malam di Bangkok. Wahhhh!! Patutlah setiap masa bandaraya Bangkok nih sesak dengan manusia. Thailand merupakan sebuah negara yang terkenal dengan industri seks dan Hans dapat lihat dengan mata sendiri betapa bersepahnya gadis-gadis, maknyah dan perempuan tua menghiburkan pelancong-pelancong asing terutama dari Arab dan Eropah. Hahh!! Gambar tak dapat nak letak dan memang tak ambil pun! Berani pula Hans nak ambil gambar-gambar mereka tu! Tak pasal-pasal kena pukul pula kang! Hahahah! Sekadar melihat sebab kurang selesa dengan persekitaran macam tu dan kemudian balik ke hotel untuk berehat sebab esok nak berjalan-jalan lagi.

P/S : Bila Rajin Hans Update Hari Ketiga Pula! (^_^)Y





Selasa, 9 April 2013

Melancong Ke Bandaraya Bangkok - Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Seperti yang Hans janjikan Hans akan kongsikan pengalaman Hans melancong dan bercuti di Bandaraya Bangkok pada hujung bulan Mac 2013 yang lepas. Bergerak bersama 4 orang rakan dan memang percutian nih dirancang sejak sekian lama. Nak kumpul duit bukan mudah kan? Hahaha! Jadi, Hans mulakan dengan hari pertama lah yer!

Tiket kapal terbang Hans pukul 6 pagi jadi Hans pun tahan mata tak tidur semalaman. Nasib Hans terlayan Running Man dekat youtube jadi tak ada lah rasa mengantuk pun. Bila sampai dekat LCCT terus Hans rasa mengantuk! Hahaha! Jadi, bersarapan ala kadar sementara menanti kapal terbang tiba.

Hahhhhhhh!!! Dah nak menjangkau suku abad nih akhirnya tercapai jugalah cita-cita Hans nak naik kapal terbang! Kesian betul kan sebab baru merasa terbang di udara? Hahaha! Tetapi, alhamdulillah syukur sebab salah satu impian tercapai juga! Nampak tak muka gembira disitu? Hahaha! Bersebelahan dengan seorang penumpang yang Hans tak tahu warganegara apa tetapi boleh bercakap bahasa Melayu, English dan juga Thai. Sempat lah borak sekejap. Hehehe!

Rasa seronok naik kapal terbang nih waktu kapal nak terbang dengan waktu mendarat jer. Masa dekat atas awan tu teruja sekejap sebab Hans dapat tengok awan-awan dekat bawah tu cantik-cantik dan unik sangat tapi lepas dah lama sikit tu mulalah Hans rasa bosan balik! Hahaha! Apa-apapun, ciptaan Allah memang indah-indah belaka. Alhamdulillah!

Alhamdulillah! Akhirnya Hans tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang selepas dua jam berada di dalam kapal terbang Air Asia tu. Hah! Sudah kedengaran pengumuman dan lagu-lagu berbahasa Thai berkumandang di sana-sini dah. Sedikit rasa teruja sebab dah tak sabar nak pergi berjalan-jalan melihat tempat dan ragam orang-orang Thai nih! Hehehe! 

Walawehhhhhhhhhhh!!! Hans ingatkan dekat Kuala Lumpur jer jalan sesak tahap nak memaki tetapi dekat Bandaraya Bangkok nih lagi dasyat! Melalui pemandu pelancong Hans dapat tahu yang jalan dekat Bangkok nih setiap waktu pasti sesak tak kira waktu pagi, petang, malam, tengah malam mahu pun subuh. Dasyat! Jarak daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang nak pergi ke tempat penginapan tu bukanlah jauh sangat pun tapi sebab jalan yang sesak nih buat Hans dan rakan-rakan lambat sampai sikit. Hehehe!

Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Akhirnya Hans tiba di Hotel Unico Express yang menjadi tempat Hans dan rakan-rakan menginap sepanjang percutian di Bandaraya Bangkok nih. Alhamdulillah! Boleh tahan lah bilik tidurnya dan layanan daripada pekerja-pekerja hotel nih mesra dan baik-baik. Hans dan rakan-rakan cuma ambil bilik jer. Pakej sarapan ker makan malam ker Hans tak ambil sebab makanan dekat hotel nih tak halal. Nak makanan halal kena cari makanan dekat luar tetapi alhamdulillah hotel nih dekat dengan Arab Street jadi tak ada masalah lah dari segi mencari makanan halal dekat sini.

Jadi, tempat pertama yang Hans pergi ialah MBK Center atau lebih dikenali dengan nama Mahboonkrong oleh masyarakat Thailand dan Hans dapat tahu yang MBK Center nih merupakan kompleks membeli-belah yang paling terbesar di Bangkok dan mula dibuka sejak tahun 1985. Mempunyai lebih 2000 kedai dengan ketinggian lapan tingkat dan apa yang menarik dekat sini ialah barang-barang serta aksesori gadget yang memang serius buat Hans rambang mata. Fuhhhh!!! 

Benda pertama yang Hans dan rakan-rakan beli ialah simkad telefon sebab memudahkan Hans nak telefon mereka kalau Hans sesat. Hahaha! Harga simkad nih lebih kurang RM20 lebih lah! Lepas tu Hans pun usha-usha lah tengok dan memang macam-macam yang ada. Casing iPhone memang bersepah-sepah dekat sini dalam macam-macam bentuk yang unik! Nasib Hans lah pakai telefon biasa-biasa jer. Hahaha! Power Bank pun banyak dijual dekat sini dan harganya memang jauh lebih murahlah dari Malaysia. Lepas tu kepada sesiapa yang ada anak dan ada membeli mainan Furby, dekat sini memang ada macam-macam aksesori utuk mainan Furby tu. Hahaha! 

Dah penat seharian mengembara dekat MBK Center tu jadi perut pun dah lapar. Memandangkan cuaca dekat Bangkok nih pun panasnya lain macam jadi memang dah rasa tak selesa. Jadi, Hans balik ke hotel dulu bersiap-siap sebelum menuju ke Arab Street yang terletak di Jalan Sukhumvit untuk makan malam. Dekat sini memang banyak tempat makanan halal tetapi yang tak halal pun ada juga. Jadi, kena bijak memilih lah yer! 

Taraaaaaaaaaaa!!!! Akhirnya sebuah restoran halal dipilih sebagai tempat untuk menjamu selera. Nama restoran Hans lupa nak salin pula tapi kepunyaan orang Arab! Tapi, apa yang Hans ingat harga nasi 'padkaprow' ayam yang Hans makan malam tu berharga 200 Bath bersamaan RM20 lebih duit kita lah! Hahaha! Menangis bila mengenang harga nasi nih tetapi rasa dia memang superb! Sedap nak habaq hanggggggg!!!! Banyak pula tu! Uniknya sebelum makanan yang Hans pesan sampai, pekerja restoran tu hantar dulu sebuah piring yang diisi penuh dengan pelbagai ulaman. Alhamdulillah! Lepas dah makan tu jalan-jalan sekejap tengok apa yang ada dekat Arab Street nih sebelum balik ke hotel dan berehat untuk hari esoknya.....

P/S : Nanti Bila-Bila Hans Rajin...Hans Update Part 2 Pula! Hehehe! (^_^)Y