Jumaat, 31 Mei 2013

Nasi Ayam?

Assalammualaikum dan salam sejahtera! Alhamdulillah tiba-tiba malam nih terdetik untuk menaip dekat blog yang di anak tirikan untuk tempoh yang agak lama juga! Sebenarnya dalam 2-3 minggu nih aku terasa aku mengalami kemurungan. Mungkin! Aku pun tidak pasti adakah apa yang aku rasa ini boleh dikatakan kemurungan tetapi lantak lah kan! Haha!

Salah satu masalah yang melanda aku ialah aku tidak dapat membuka email yang hari-hari aku buka! Pelik bukan? Aku pun tidak tahu macam mana terjadi tetapi password email yang aku tidak pernah ubah sejak sekian lama dan hari-hari aku isikan dengan password yang sama untuk buka email aku tidak diterima pada suatu hari! Apakah yang terjadi sebenarnya nih?


Mungkin ada manusia yang aku sendiri pun tidak kenal telah menganiaya aku dengan menukar password email aku! Jadi, memang bertambah stress dan kemurungan sebab itulah email untuk segala mak nenek kerja-kerja aku diletakkan dan untuk bos-bos berhubung dengan aku. Jadi, untuk membuka kembali email ini memerlukan aku menjawab 2 soalan yang aku sendiri isikan jawapan iaitu :-

1) Siapakah awak?

2) Apakah makanan kegemaran awak sewaktu kecil?

Jawapan untuk soalan-soalan ini diisi oleh aku pada tahun 2009 dan tidak pernah dikemaskini sehinggalah sekarang! So? What do you expect from me? To remember all the answer? Of course not! Hahaha! Jadi, setelah sekian lama aku berusaha menjawab soalan nombor 1 dan akhirnya aku dah jumpa jawapannya! Puas! Tetapi, bagaimana dengan soalan nombor 2? Argghhhhhhhhhhhhh!!!

Aku suka makan laksa jadi makanan pertama yang aku taip ialah laksa! Wrong answer! Arghhhhhhh!!! Nasi lemak! Wrong answer! Pizza! Burger! Nasi! Makanan ibu! Makanan halal! Gulai! Ayam! WRONG! Argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Selepas salah meneka maka akaun email aku di block untuk 12 jam sebelum aku boleh mencuba lagi! Setiap hari aku cuba meneka makanan kegemaran aku! Makanan kegemaran aku! Bukan makanan kegemaran orang lain! Tetapi, masih juga tak betul-betul! Jadi, aku memang putus asa dan aku terpaksa guna email baru!

Jadi, malam tadi sahaja lah tiba-tiba terdetik di hati nak teka jawapan untuk soalan 2 tu selepas bergelak ketawa tengok video-video lama lakonan aku dengan kawan-kawan baik masa belajar dulu. Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Tekaan aku tepat!! Rasa macam nak menjerit sekuat hati bagitahu semua orang dekat tempat aku tinggal nih yang aku dah berjaya buka email aku. Dan jawapan untuk soalan ini mestilah macam yang korang semua tengok dekat tajuk entry nih! NASI AYAM!


NASI AYAM?

Aku tak nafikan aku suka juga makan nasi ayam tetapi nasi ayam bukanlah makanan kegemaran pun! Mungkin masa aku isi jawapan untuk soalan tu pada tahun 2009...aku tengah makan nasi ayam kut! Hahaha! Apa-apapun, alhamdulillah! Email pun dah dapat buka! Blog pun dah hidup sikit! Hati aku pun gembira sikit! Sikit jer lah! Okay lah! Nanti aku update lagi! Assalammualaikum!

Sabtu, 4 Mei 2013

Demam Pilihan Raya Umum 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Alhamdulillah Hans mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman di utara hanya semata-mata untuk mengundi buat kali pertama pada pilihan raya umum 2013 yang bakal berlangsung pada hari ahad bersamaan 5 Mei 2013 ini. Perang poster dengan pelbagai bentuk replika serta kreativiti dipamerkan sepanjang pilihan raya kali ini dan sepanjang Hans hidup ini merupakan pilihan raya yang amat sengit selepas pilihan raya tahun 1998 kalau tak silap Hans lah.


Setiap parti menjanjikan pelbagai janji manis kepada bakal-bakal pengundi dan juga membayangkan pelbagai bencana jika parti itu menang atau parti itu terus memerintah. Masing-masing mengeluarkan fakta, teori dan sebagainya untuk mengukuhkan hujah masing-masing. Setiap parti juga ada pengikutnya tersendiri. Ada yang setia! Ada yang pernah setia! Ada yang dianggap pembelot! Ada yang dulu dihina tetapi kini diangkat sebagai sebahagian daripada ahli parti! Segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik demi sebuah kuasa yang diidamkan oleh setiap parti yang bertanding.


Di media-media arus perdana seperti saluran televisyen atau akhbar kebanyakannya menyokong kerajaan sebelum ini manakala di media-media baru seperti internet dan blog pula kebanyakannya menyokong parti yang lagi satu. Satu pertandingan yang menarik dan pengundi-pengundi yang wujud pula bagi Hans ada 4 golongan iaitu :-

1) Pengundi Tegar Barisan Nasional : Pasti Mengundi BN

2) Pengundi Tegar Pakatan Rakyat : Pasti Mengundi Pakatan

3) Pengundi Atas Pagar : Masih 50-50 dalam membuat keputusan

4) Pengundi Rosak : Tidak tahu/Tidak suka/Tidak yakin dengan kedua-dua parti dan menjadikan undi mereka undi rosak


Ramai yang bertanya kepada Hans siapa yang Hans akan undi. Sebenarnya Hans kini tergolong dalam golongan yang ketiga dimana Hans pun masih belum pasti siapa yang Hans akan undi. Hans pernah tergolong dalam golongan 1 dan juga golongan 2 buat seketika tetapi kemudian berubah menjadi golongan yang ketiga. Itulah masalahnya bila banyak membaca! Hahaha! Jadi, untuk memudahkan Hans untuk menjawab soalan daripada ramai orang maka Hans pun menjawab undi adalah rahsia sambil tersenyum dan ini respon daripada beberapa orang yang Hans terima :-

1) Penyokong Barisan Nasional : Undilah sapa pun yang nak undi tapi sebelum undi tu fikirlah masak-masak tentang masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita nanti. Jangan nanti menyesal tak sudah.

2) Penyokong Pakatan Rakyat : Undi BN lah tu. Jangan percaya sangat dengan BN tu. Cuba tengok prestasi negeri-negeri di bawah pakatan rakyat dan bandingkan dengan BN.

3) Penyokong Atas Pagar : Tak payah nak rahsia sangat! Setakat 1 undi hang tu bukan depa kisah sangat pun! Tak luak pun!

4) Penyokong Ker? : Buang masa jer undi nih! Semua pun sama jer! Waktu nak mengundi janji yang bukan-bukan. Lepas mengundi apa pun tak dak!


Hah! Begitulah lebih kurangnya! Cuma satu perkara yang menarik perhatian Hans ialah apabila pihak penyokong parti yang menjadi minoriti di sesuatu kawasan mengasingkan diri atau diasingkan oleh penyokong parti yang menjadi majoriti disesuatu kawasan akibat pilihan parti masing-masing yang tidak sama. Sedih juga kadang-kadang melihat situasi sebegini tetapi moga-moga lepas selesai pilihan raya nanti masing-masing kembali mengeratkan silaturahim. Jangan biarkan perbezaan fahaman politik meleraikan ikatan saudara sesama Islam yer. Selamat mengundi kepada semua yang layak mengundi!

P/S : Masih 50/50 Dalam Memilih Pihak Mana Yang Harus Diundi! Kalaulah Dekat Kawasan Tempat Tinggal Aku Nih Ada Calon Macam Tok Mun....Mungkin Aku Akan Undi Dia! Sebab? Aku Pun Tak Pasti! Apa-Apapun Aku Harap Aku Membuang Undi Yang Bijak Pada Ahad Ini! Hahaha!