Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Memandangkan hari ini aku tersangat bosan maka aku dengan tabahnya mengambil risiko menunggang motosikal tanpa memakai topeng penutup mulut dan hidup(mask) menuju ke Puchong untuk menonton filem World War Z dan aku berfikiran positif dengan beranggapan aku sedang berada di negara yang beriklim sejuk walaupun hakikatnya masih panas. Akibatnya batuk aku yang baru nak pulih tu dah kembali menyerang anak tekak! Hahaha!

Banyak Teruk Oh Jerebu Dekat Kawasan Rumah Sewa Gua!!

Jadi, memandangkan keadaan jerebu dekat Malaysia nih makin lama makin teruk maka aku nak berkongsi sedikit tips kesihatan sewaktu menghadapi jerebu nih. Antaranya ialah :-

1) Disarankan anda duduk di dalam rumah sebanyak dan selama yang mungkin terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung, warga emas, kanak-kanak, bayi serta individu yang menghidap penyakit asma.

2) Pastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup. Bersihkan rumah dengan menggunakan kain basah dan elakkan daripada menyapu.

3) Jangan lupa menggunakan topeng penutuk mulut dan hidung sewaktu berada di luar rumah.

4) Pastikan anda minum banyak air kosong dan digalakkan anda minum 2 liter air sehari,

5) Sentiasa cuci tangan dan muka anda dengan air yang bersih.

6) Jangan merokok dan jauhi orang yang merokok.

7) Pastikan kecergasan anda sentiasa kekal baik dan makan makanan yang sihat serta pastikan makanan dibasuh dan dimasak dengan betul.

Jadi, selamat menghadapi jerebu yang sedang melanda di seluruh pelosok negara dengan tabah yer!

P/S : Berdoa Semoga Hujan Turun Malam Ini! (^_^)Y 

Ahad, 23 Jun 2013

Jadikan Kerja Sebagai Hobi

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog hanshanis.com nih. Alhamdulillah walaupun jarang dikemaskini tetapi memang tidak sangka pengikut blog ini sekarang sudah pun berjumlah 4102 blogger dan tak dinafikan wujud rasa gembira melihat angka ini kerana secara tidak langsung ia memberi semangat untuk terus menaip dan berkongsi apa yang patut dan dirasakan perlu di rumah 'kedua' ini.


Jadikan kerja sebagai hobi? Selalunya ayat 'Jadikan Hobi Sebagai Kerja' yang acap kali didengari tetapi kali ini lain sedikit bunyinya. Jadikan Kerja Sebagai Hobi yang maksudnya mungkin lebih kurang sama tetapi sebenarnya ia amat berbeza. Kadang-kadang pekerjaan yang sedang kita lakukan mungkin adalah apa yang kita impikan sejak dahulu. Mungkin juga pekerjaan kita hari ini bukan lah seperti  apa yang kita inginkan tetapi kerana itulah punca rezeki untuk teruskan kehidupan maka kita lakukan walaupun bukan dengan sepenuh hati.

Seperti aku pula, kerjaya aku kini memang merupakan kegemaran aku sejak di menara gading namun bak kata orang tidak selamanya hati ini akan kekal gembira dengan apa yang kita selalu lakukan. Ada banyak perkara yang mungkin bukannya apa yang aku jangka telah pun berlaku dan menyebabkan peratusan aku untuk terus kekal di dalam pekerjaan ini semakin lama semakin menipis. Percanggahan pendapat? Siapa bos siapa pekerja? Ketua bagus dan kuli bodoh? Tiada masa berkualiti untuk diri sendiri? Hidup hanya untuk kerja dan kerja? Penat lelah tidak dihargai? Banyak yang aku rasa dan mungkin itu adalah kenyataan atau hanya telahan namun itu antara punca menyebabkan aku kehilangan deria dan daya untuk menghalang jiwa ini dari terus kekal di dalam apa yang selama ini aku mahukan.

Apabila berada di dalam zon negatif ini dimana walaupun ada perkara yang dilakukan membawa kejayaan namun aku sudah tidak memandang lagi kejayaan itu sebagai pembakar semangat tetapi segala-galanya ada negatif maka ia sebenarnya merupakan satu perkara yang membahayakan diri. Jadi, apa yang perlukan dilakukan dengan secepat mungkin ialah cuba positifkan diri namun dalam situasi ini kita perlu meminta bantuan daripada individu tertentu selain mengadu kepada Allah yang maha mengetahui. Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan aku dengan seorang manusia yang bagi aku hebat di dalam menguruskan kerjayanya menjadi aku kembali positif dan bersemangat walaupun tidak 100% tetapi perubahan yang wujud itu amat menarik untuk dikongsi disini.

Jadikan kerja sebagai hobi bermaksud jadikan ia sesuatu yang menggembirakan dan membuatkan hati anda riang melakukannya. Sebagai seorang pekerja biasa memang alah bisa tegal biasa pasti anda tidak mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan keputusan walaupun anda tahu keputusan si ketua belum tentu tepat sepenuhnya. Namun anda harus ingat bahawa lima atau sepuluh tahun akan datang pasti anda tidak mahu terus berada di tempat yang sama. Jika ada rezeki pasti anda mahu menjawat jawatan yang lebih baik daripada apa yang anda sandang sekarang. Jadi, mulakan segala pembelajaran pada ketika anda bekerja kini.

Semua orang adalah guru anda. Guru disini bukannya bermaksud hanya individu yang baik dan mengajar anda untuk menjadi insan berguna sahaja. Guru yang dimaksudkan aku ini juga adalah individu yang melakukan kesalahan dan aku mengatakan individu ini adalah guru kerana ia menjadi contoh dan pengajaran kepada aku agar tidak mengikut jejak langkahnya apabila aku berada di tempatnya suatu hari nanti. Jadi, walau apapun yang terjadi sama ada perkara itu baik atau sebaliknya maka aku akan ambil ia sebagai satu proses pembelajaran dan akan cuba memberi sehabis baik apa yang mampu aku beri.

Jadikan kerja sebagai hobi memang berjaya meningkatkan semangat untuk bekerja. Melakukan hobi adalah satu perkara yang kita suka. Jadi, apabila kerja dianggap sebagai hobi maka kita akan melakukannya tanpa rasa terpaksa. Sebarang teguran yang kita terima perlu dianggap sebagai proses pembelajaran yang positif dan harus dibuktikan dengan hasil yang terbaik. Harapan aku semoga perasaan positif ini kekal dalam jiwa untuk tempoh yang lebih lama dan mudah-mudahan akan membawa seribu satu kemanisan di dalam pengalaman kerjaya aku. Mudah-mudahan!

P/S : Senyum! Tak Perlu Kata Apa-Apa! (^_^)Y

Isnin, 10 Jun 2013

Seronoknya Menaip Blog

Salah satu perkara yang paling menarik apabila aku menaip atau berkongsi sebarang kisah aku di blog ini ialah pembacanya. Yer! Pembacanya! Kenapa aku mengatakan pembaca blog ini adalah paling menarik? Pertama sekali sudah semestinya bukan semua pembaca disini yang aku kenal dan boleh dikatakan hampir kebanyakannya aku tidak kenal. Keduanya ialah jika aku kenal pun mungkin sekadar kenal di facebook atau twitter dan belum pernah bersua wajah mahu pun bertegur sapa secara berhadapan. Ketiganya ialah pembaca yang juga merupakan blogger yang aku pernah berjumpa dan juga lepak bersama dan pertemuan itu menjadikan kami rapat atau sebaliknya.


Alhamdulillah! Apabila semakin lama menaip di blog ini maka menjadikan aku lebih matang untuk cuba mengenali blogger-blogger atau pembaca blog aku dan alhamdulillah aku juga sangat gembira untuk memberitahu disini yang kebanyakkan daripada kamu yang aku jumpa amat baik dan sangat membantu aku ketika aku memerlukan atau pun tidak. Terima kasih sangat-sangat pada semua yang terlibat sama ada kalian mengetahui atau pun tidak adakah kalian yang aku maksudkan.


Aku akan cuba menaip di blog ini sekerap mungkin dan berkongsi lebih banyak kisah atau pandangan aku tentang sesuatu yang aku rasa menarik dan mungkin juga sesuai dengan pembaca-pembaca blog ini. Terima kasih diucapkan atas sokongan kalian semua dan alhamdulillah gembira melihat jumlah pengunjung blog www.hanshanis.com setiap hari walaupun sebelum ini jarang dikemas kini dan walaupun kadang-kadang penggunaan ayat dan bahasa disini terlampau skema. Hahaha! Semoga kalian semua terus memberikan sokongan kepada blog yang berusia 5 tahun ini! Baiklah! Terima kasih sekali lagi semua! Assalammualaikum!

Ahad, 9 Jun 2013

Busuk Hati

Manusia ada pelbagai sikap dan ragam. Ada yang baik! Ada yang buruk! Ada yang buat-buat baik dan ada juga yang sengaja berbuat jahat! Kadang-kadang kita senang untuk mengatakan yang kita kenal siapa musuh kita dan siapa kawan kita tetapi hakikatnya tidak mudah seperti yang disangka. Manusia yang kita anggap musuh adakalanya memang musuh sebenar tetapi ada ketikanya juga itulah sahabat kita yang sebenar. Insan yang kita sayang sebagai sahabat pula dan rupa-rupanya itulah manusia yang menikam kita sedalam-dalamnya daripada belakang.


Semua ini gara-gara sikap busuk hati atau lebih tepat lagi ialah perasaan iri hati yang meluap-meluap dan gagal dikawal oleh jiwa nurani. Tidak boleh melihat orang lain berjaya atau berada di puncak kejayaan dan disebabkan rasa takut atau tercabar dengan kehebatan orang lain inilah menyebabkan mereka risau jika agenda yang dirancang selama ini akan musnah di pertengahan jalan. Satu perkara yang aku dapat belajar melalui hal ini ialah jangan sesekali percaya kepada sesiapa pun walaupun hakikatnya manusia itu sudah kau kenal sejak beratus tahun sekali pun.


Kuasa manusia marhaen yang paling kuat ialah lidah dan mulut. Hobi membuat fitnah, menokok tambah dan sampai menyampai adalah satu tabiat yang amat digemari ramai orang dan sukar dikikis terutamanya oleh wanita. Lelaki juga tidak terkecuali dan adakalanya boleh menjadi lebih dasyat daripada wanita. Mereka merasakan dengan kejayaan menjatuhkan seseorang yang mereka tidak suka itu ibarat satu tiket yang mampu membawa mereka masuk ke dalam jannah sedangkan itu sebenarnya ialah jalan mudah untuk mereka menempah masuk ke dalam jahannam.

Kenapa kalian begitu busuk hati sedangkan masing-masing seagama dan sebangsa? Kenapa kalian terlalu suka menghukum tanpa suka memeriksa? Kenapa kalian terlalu suka melihat perpecahan terjadi walaupun kalian selalu menyeru agar semua bersatu? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Semoga berubah lah wahai manusia-manusia yang busuk hati ini.



Khamis, 6 Jun 2013

Memberi Harapan

Aku tidak suka memberi harapan kepada seseorang jika aku yakin aku tidak mampu memberi apa yang aku katakan kepada individu tersebut. Bukannya apa kerana semestinya jika harapan yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan maka individu tersebut pasti akan kecewa dan mungkin juga kepercayaannya kepada aku akan berkurang atau pun hilang sama sekali. Aku juga tidak suka diberikan harapan menggunung kerana aku merasakan aku seorang yang cepat kecewa dan marah jika harapan yang diberi hilang mengikut arah angin yang tidak kelihatan.


Jadi, apabila aku berada di satu pihak yang terpaksa memberi harapan dan kemudian terpaksa memungkiri segala harapan yang diberitahu selama ini maka aku berasa begitu marah dan kecewa. Malu! Itu mungkin perkataan yang sesuai untuk melambangkan perasaan orang yang memberi harapan tetapi akhirnya tidak dapat menunaikannya bukan atas sebab diri sendiri tetapi kerana pihak atasan yang lebih berkuasa menentukan apa yang mereka rasa perlu atau betul walaupun hakikatnya tidak. Apakan daya! Aku tidak suka memberi harapan dan juga tidak suka diberikan harapan! Sekian.....

Perebutan Pelanggan

Seorang rakan yang baru lepas menghabiskan tempoh berpantang di Terengganu telah pulang ke ibu kota membawa banyak bungkusan keropok lekor hasil tempahan daripada rakan-rakannya. Alkisah selepas setiap orang mendapat bungkusan keropok lekor seperti yang diminta maka terjadilah satu peristiwa kelakar di pejabat tengahari tadi.


Hans : Oit A! Kau bila nak ambil keropok lekor kau dekat rumah aku tu?

Si A : Oh! Nanti aku ambil lah! Hurmmm...kau tak boleh tolong bawakan ke ofis ker?

Si B : Berat pula wehhh!!! Besar kut bungkusan tu!

Hans : Hahhh!! Tahu tak per! Nanti datang ambil lah! Karang aku jual baru kau tau!

Si A : Oh! Okay! Okay! Nanti aku ambil! Korang dah makan dah ker keropok lekor korang?

Si B : Aku nak jual! Dah ada pelanggan dah!

Si A : Kau nak jual dekat siapa weh?

Si B : Si Ema dengan si Fiza dah order dekat aku dah!

Si A : Eh? Mana bolehhhh!!!

Hans : Hurmm?

Si B : Kenapa pula tak boleh?

Si A : Si Ema dengan Fiza dah order dekat aku lah!

Si B : Apa pulakkkkk!!! Diorang order dekat aku dulu!

Si A : Apa nih? Diorang order dekat aku dari hari tu lagi lah weh!

Si B : Eh? Hari tu aku tanya siapa yang nak keropok lekor! Lepas tu diorang dua yang bagitahu aku diorang nak! Hah! Ini aku bawa nih nak jual dekat diorang lah nih!

Hans : Pulak dah?

Si A : Wehhhh!!! Mana boleh! Diorang order dekat aku duluuuu!!

Si B : Nasib lah!! Siapa cepat dia dapat lah!!!

Si A : Kau jual lah dekat orang lainnn!!!!

Si B : Aku tak tahu! Yang aku tahu diorang order dekat aku dulu!!

Si A : Bla bla bla....

Si B : Bla bla bla...

Hans : ..............................................

P/S : Berniaga Di Tempat Yang Sama! Menjual Barang Yang Sama! Mendapat Pelanggan Yang Sama! Jadi, Kesimpulannya Kena Ada Strategi Perniagaan Yang Betul Dan Strategik Jika Mahu Mengelak Daripada Terjadi Seperti Kisah Di Atas! (^_^)Y

Rabu, 5 Jun 2013

Biadap

Salah satu sikap yang kebanyakkan manusia serta aku sendiri tidak suka apabila ada individu yang bersikap biadap. Biadap ini bukan sahaja daripada segi kata-kata tetapi juga perbuatan. Pekerjaan aku kadang-kadang memerlukan aku untuk keluar bertemu dengan orang awam untuk bertanyakan pendapat mereka tentang sesuatu isu atau masalah yang melanda masyarakat kita.

Seperti biasa bukan semua orang suka ditemuramah dan bukan semua orang yang suka berkongsi pandangan mereka dengan ramai orang tetapi tidak bolehkah berkelakuan baik dan memberitahu dengan cara yang sopan jika tidak mahu ditemuramah atau diganggu sedikit masa anda yang mahal itu. Ada dua manusia yang aku jumpa tadi yang membuatkan hati aku panas walaupun bumi sedang sejuk dibasahi air hujan dari langit. Seorang itu disapa dan ditegur dengan baik namun berlalu pergi tanpa menoleh atau pun memberi sebarang reaksi yang baik di muka. Wah! Budi bahasa budaya kita sangat kau bro! Tetapi, apa yang lebih menyakitkan hati lagi apabila bertemu dengan seorang lagi manusia yang juga berjantina lelaki.


Memakai kemeja! Bertali leher! Berkasut kulit hitam! Nampak berpendidikan dan sesuai barangkali untuk ditanya bagi mendapatkan pendapat atau pandangan mewakili kaum lelaki. Namun, bak kata orang tua-tua "Don't judge a book by its cover!" Serius sangat poyo! Memandang rendah aku dan rakan-rakan serta BIADAP! Hello bro! Jangan ingat kau berpakaian seperti golongan elit bermaksud kau tu sudah cukup hebat dekat muka bumi ini.

Ikut hati aku yang tengah panas masa tu mahu saja aku sumbat mulut manusia biadap nih dengan mikrofon yang aku pegang. Biar mati tercekik tetapi disebabkan bila difikir-fikir kembali apa gunanya melayan orang biadap sebegitu jadi aku abaikan sahaja. Bagi aku hidup dekat dunia nih tidak perlu terlalu nak mendongak ke atas sebab sehebat mana pun kau pasti akan ada yang lebih hebat lagi. Apalah salahnya berpijak di bumi yang nyata dan sesekali belajar untuk menghormati orang yang menghormati anda. Tak ada untungnya pun bersikap biadap sebab tak akan ada manusia pun yang suka dengan sikap sebegitu melainkan manusia itu pun berperangai keji seperti kau juga. Sekian!

Selasa, 4 Jun 2013

Kerana Mulut

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah dengar tentang pepatah 'Kerana Mulut Badan Binasa' tak? Hah! Sebenarnya banyak kes yang melibatkan pergaduhan, kecil hati atau bermasam muka disebabkan kata-kata yang keluar daripada mulut. Berkata-kata atau bercakap sememangnya adalah lumrah semula jadi manusia. Kadang-kadang kita tidak sedar pun kata-kata kita mampu mengguris hati seseorang. Kita menganggap itu mungkin sekadar satu gurauan tetapi tidak bagi pihak yang satu lagi. 


Mungkin kita cuba berlaku jujur dengan kata-kata kita tetapi pihak yang lain pula menganggap kita cuba bermain api. Kadang-kadang rasa hormat kita juga boleh hilang dengan sekelip mata apabila melihat individu yang selama ini kita pandang cukup hebat dan gah dengan ilmu dunia serta akhiratnya tetapi gagal berkomunikasi dengan nada dan gaya yang baik atau sopan. Walaupun mulut bukanlah seperti pedang yang tajam menusuk susuk tubuh si perkasa namun kuasa mulut lebih gagah daripada itu. Cuma pilihan terletak di akal kita untuk menggunakannya di jalan yang positif atau memilih untuk mempraktikannya di jalan yang bertentangan. Pilihan kita juga terletak di akal kita untuk menerima komunikasi itu secara baik atau sebaliknya. Sekian :-)

Isnin, 3 Jun 2013

Review Filem KIL



Sabtu, 1 Jun 2013

RM11 Untuk Makanan Tengahari

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Sekarang nih jiwa aku lebih ke arah nak menaip dekat blog nih jadi kepada sesiapa yang menanti Hans Comix tu harap bersabar lah yer! Baiklah! Nak kongsi sedikit pengalaman hidup pada hari Jumaat yang lepas tentang makan tengah hari. Disebabkan dekat depan masjid ada banyak kedai makan beroperasi jadi aku dan kawan sekerja pun pergi lah menjamah kejap supaya perut tak rasa lapar atau berbunyi masa dalam masjid nanti.

Jadi, antara banyak-banyak kedai tu akhirnya aku dan kawan aku memilih untuk mencuba juadah nasi tomato sebab melihatkan ramai betul orang beratur untuk membayar makanan yang mereka ambil. Memang ada banyak pilihan lauk macam ayam masak merah, gulai daging kambing, ayam goreng berempah, acar timun dan macam-macam lagi lah.

GAMBAR HIASAN

Jadi, kawan aku nih memang seronok lah mencedok lauk itu dan ini. Di dalam pinggan dia ada seketul ayam, beberapa ketul daging lembu dan kambing serta papadom. Manakala aku pula cuma ambil 3 ketul jer daging kambing dan papadom. Jadi, kalau dilihat pada kuantiti makanan tu memang rakan sekerja aku kena bayar mahal lah daripada aku.

Sampai giliran rakan aku untuk bayar makanan kepada makcik yang mengira dan kemungkinan besar merupakan tauke kedai :-

Rakan : Berapa nih kak?

Tauke : RM12 dik!

Rakan : Nah...(sambil menghulur duit RM20)

Tauke : Adik tak ada duit RM1?

Rakan : Oh! Alamak! Saya ada sekeping jer RM1 nih kak!

Tauke : Oh! Tak apa! Bagi RM1 tu! Yang lagi RM1 tu akak sedekah jer!

Rakan : Terima kasih kak! :)

Ohhhh!! Memandangkan harga makanan rakan aku yang memang penuh dengan lauk tu bernilai RM11 selepas mendapat diskaun RM1 jadi dalam fikiran aku nih aku merasakan yang harga makanan aku mesti bawah RM10. Paling kurang RM8 atau RM9 sebab ialah aku tak ambil ayam kan. Akhirnya, tibalah giliran aku!

Tauke : RM11 yer dik! (sambil memberi senyuman)

Aku : .........(secara automatik memandang pinggan rakan aku tadi)

Rakan : ........(secara automatik memandang pinggan aku)

Aku : Oh! RM11 yer kak? (pandang rakan aku dengan wajah tanpa perasaan)

Tauke : Yer dik! Terima kasih! (gembira dapat duit RM11)

Aku : .........................................!!!!

ASAL HARGA MAKANAN AKU
MAHAAAALLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!
INI TIDAK ADIL! TIDAK ADIL!
TIDAK ADILLLLLLL!!!!!!!!!!!!!

Sampai di meja makan dan aku terus suarakan perasaan tak puas hati tu dekat kawan aku tu...

Aku : Makcik tu main hentam jer harga kan! Kau setuju tak apa yang aku kata?

Rakan : Tu lah pasal! Aku pun terkejut bila dia cakap harga makanan kau RM11. Padahal sikit jer aku tengok!

Aku : Kau tengok abang tu! Dia pun ambil makanan lebih kurang aku! Prepare RM10 juga tapi alih-alih kena bayar lebih!

Dekat depan aku dan kawan aku tu ada seorang bro nih yang juga tengah makan nasi tomato di kedai yang sama. Dia macam curi-curi dengar perbualan kami berdua.

SIBUK JER NAK DENGAR!!!
MAKAN JER LAHHHH BRO!!! 

Rakan : Betul juga tu! Eh? Yang mamat tu pula RM8 tapi makanan dia lebih kurang kau dengan abang tadi jer!

Aku : Lepas nih aku tak mau makan kedai makcik nih dah! Buat aku sakit hati jer dengan pengiraan harga dia yang tak konsisten tu! Huhhh!!!

Rakan : Hahahahaha!!!

P/S : Jumpa Dekat Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Yer Nanti Makcik! Hahaha!! (^_^)Y