Jumaat, 26 Julai 2013

25 Tahun


Alhamdulillah! Hari ini bersamaan 26 Julai 2013 maka telah masuk lah umur gua yang ke-25 tahun. Sudah suku abad gua hidup dan bernafas di bumi Allah ini. Syukur alhamdulillah!

Sudah lama gua tak dapat hadiah hari lahir dan tahun nih alhamdulillah dapat pula seperti gambar di atas tu. Terima kasih kepada semua sahabat yang ucapkan doa serta memberi hadiah kepada gua. Kalau ada sesiapa nak bagi hadiah lagi sila bagitahu gua sebab gua boleh bagi alamat rumah untuk pos hadiah ke sini :-)

Gembiranya hari lahir tahun nih apabila gua dapat menyambutnya bersama keluarga di kampung halaman nun jauh di Kedah dan juga rasa terharu yang tersangat dengan ucapan serta gurauan daripada rakan-rakan. Terima kasih lagi sekali dan insyaallah gua akan mengemas kini blog ini dengan cerita-cerita lain yang lebih menarik untuk kalian semua. Assalammualaikum :-)

Isnin, 15 Julai 2013

Hampir Mati Di Puasa Hari Ketiga

Dugaan! Dugaan! Hah! Tajuk entry pun macam dah gempak kan? Hahaha! Baiklah! Sudah 3 hari kita semua umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan nampaknya puasa tahun nih bagi aku agak mencabar kerana selain terpaksa menghadapi dunia pekerjaan aku yang sememangnya sibuk dengan pelbagai kerja yang tidak berkesudahan dan aku juga sekarang sedang mengalami demam yang agak teruk. Jadi, untuk puasa hari ketiga disebabkan aku tidak tahan dengan demam yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mental maka aku menelan 2 biji panadol pada tengah malam sehingga membuatkan aku terlepas untuk bersahur. Jadi, sememangnya hari ketiga berpuasa yang dilalui bagi aku agak mencabar dan apabila badan tidak sihat nih memang mengidam nak makan macam-macam. Akhirnya, pada petang tadi aku sempat ke bazaar ramadhan bersama rakan-rakan. Aku membeli sebungkus bihun yang terdapat dua ketul udang dan sememangnya menyelerakan. Ada pula rakan yang ke bazaar yang lain dan membeli beberapa biji murtabak yang sememangnya juga sedap rasanya.

Tiba sudah waktu berbuka dan aku mulai menjamah kedua-dua menu tersebut. Aku merasakan kombinasi antara bihun dan murtabak tersebut adalah sebuah gandingan yang cukup ideal jadi aku menyuapkan kedua-duanya ke dalam mulut dengan sudu. Suapan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima berjalan tanpa ada apa-apa masalah. Tiba kepada suapan seterusnya dan aku merasakan ada sesuatu di dalam mulut aku yang terlampau keras. Aku merasakan kemungkinan ada kulit udang dan aku cuba menggigit lagi tetapi benda tersebut terlampau keras. Risau dengan apa yang ada di dalam mulut aku lalu aku meluahkan kembali keluar secara perlahan-lahan dan hasilnya...

JENG JENG JENGGGGGG!!
JARUM PENITI BEB!!!

Sampai bengkok jarum peniti tu aku gigit! Kuat tak gigi aku? Hahaha! Putus selera aku nak makan beb! Aku tak pasti jarum nih datang daripada bihun atau murtabak sebab aku makan kedua-duanya serentak cuma kemungkinan besar jarum nih wujud daripada bihun tu lah kut jika dilihat pada saiz dan panjang jarum peniti nih. Fobia beb! Sampaikan tadi nak makan buah tembikai pun fobia sebab tembikai tu ada biji hitam dan biji tu keras juga. Hahaha! Tak dapat bayang kalau aku tertelan benda nih tadi entah apa lah jadikan? Syukur alhamdulillah sangat kerana Allah selamatkan aku daripada tertelan jarum peniti nih.

Aku tak tahu nak kata apa! Bolehkah jika aku nak nasihatkan peniaga-peniaga bazaar yang berjantina perempuan dan bertudung supaya tidak menggunakan jarum peniti di tudung masing-masing? Mungkin aku boleh menasihati orang lain supaya makan dengan berhati-hati tetapi aku rasa susah untuk situasi seperti ini. Jika yang ditemui di dalam makanan itu seperti batu kecil atau pasir mungkin perkara biasa terutama jika anda makan nasi tetapi jika benda yang anda sedang gigit dan kunyah itu ialah bihun atau murtabak dan ada JARUM PENITI di dalam mulut anda jadi apa yang anda boleh bayangkan? Jarum peniti dalam makanan? Serius?? Aku fobia weh dengan bazaar ramadhan tahun nih!
  
P/S : Diminta Peniaga Di Bazaar Ramadhan Lebih Berhati-Hati! Bukan Sekadar Memastikan Makanan Yang Kalian Masak Sedap Rasanya Tetapi Pastikan Juga Keselamatan Pelanggan-Pelanggan Anda Sewaktu Menikmati Makanan Yang Anda Masak!

Isnin, 1 Julai 2013

Ramadhan Semakin Hampir

Keenakan buah kurma dari timur tengah

YUSUF TAIYOOBBBBB~

Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya

YUSUF TAIYOOBBBBB~

Buah kurma safia, wasem, safina dan banyak lagi...

Pastinya menjadi pilihan anda setiap masa

Pilihan ekslusif

YUSUF TAIYOOBBBBB~


Apabila aku terdengar iklan kurma di atas maka fikiran aku terus teringatkan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Insyaallah jika dipanjangkan umur maka alhamdulillah dapatlah lagi aku merasai nikmat-nikmat bulan Ramadhan yang memang susah untuk dirasai pada bulan-bulan yang lain. Antara yang aku rindu dan nantikan ialah :-

1) Cabaran berpuasa ketika bekerja

2) Berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan

3) Menahan nafsu ketika membeli juadah dan beratur panjang di bazaar ramadhan

4) Solat sunat tarawih

5) Perasaan balik ke kampung yang membuak-buak

6) ETC....

Walaupun mungkin masih lambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca yang beragama Islam namun aku merasakan mungkin ini sahaja waktu yang aku ada. Jadi, pastikan kita semua rebut peluang yang kita ada dan peroleh pada kali ini. Sekian, assalammualaikum :)