Sabtu, 31 Ogos 2013

Selamat Hari Merdeka Malaysia

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-56

Selamat Hari Merdeka buat seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Hari Merdeka kepada pembaca-pembaca blog Hans.

Semoga keamanan yang dicapai akan sentiasa kekal dan kita dapat hidup gembira bersama.

Alhamdulillah!

Terima Kasih Qarr Jalil Atas Gambar Hebat Ini (^_^)Y

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

P/S : Sila Like Page QJ Arts jika anda sukakan gambar di atas.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Dapat Duit Raya Daripada Bos

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini hari Jumaat dan buat pertama kalinya aku ke pejabat berbaju melayu ungu dan menjadikan diriku lebih kacak daripada kacak yang sedia ada. HAHAHAHA! Jadi, selepas pulang daripada solat Jumaat tu dan aku kembali semula ke pejabat. Tiba-tiba terserempak dengan bos atas yang lama aku tak jumpa. Dia pandang aku! Aku pandang dia! Takkan nak senyum jer kan sebab aku pun boleh kata rajin juga bersembang dengan dia. Aku pun pergi lah dekat dia nak bersalam sambil sebut,"Selamat Hari Raya!"


Nak Minta Tolong Korang Semua Vote Dengan Klik Gambar Nih :)


Waktu tu dia berdekatan ATM. Aku rasa bos aku nih baru keluarkan duit daripada ATM kut memandangkan dia masih memegang dompet. Tiba-tiba dia bagi aku duit raya daripada celahan not RM50 di dalam dompetnya yang tersusun rapi. Aku pun terkejut lah! Aku hulur tangan bukan minta duit raya tetapi sebab nak bersalam sambil ucap selamat hari raya. Bos aku kata dekat aku ambil jer lah tetapi dipesannya kepada aku,"Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak!" Terima kasih Encik Bos atas pemberian duit raya tadi. 


P/S : Ingat Aku Budak Sekolah Rendah Ka? Eh? Syukur Alhamdulillah! RM1 Pun Boleh Lah Buat Bayar Minyak Motosikal! Hahaha!

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kad Pekerja Hilang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah aku selamat sampai ke Puduraya, Kuala Lumpur pada pukul 5.20 pagi semalam. Dari sana aku menggunakan perkhidmatan LRT menuju ke Bukit Jalil dan menanti rakan serumah menjemput aku disana. Bagus member aku tu! Aku call pukul 6.25 pagi tapi boleh pula lepas tu dia tertidur balik. Itu yang menyebabkan aku sampai rumah sewa nak dekat pukul 8 pagi tu. Hahaha! Selesai semua urusan dan aku bergegas pula ke pejabat untuk menyambung kembali tugasan. Tiba-tiba baru sedar kad pekerja aku tak ada dengan aku. Puas aku mencari dekat rumah sewa. Telefon keluarga di Kedah. Tanya rakan-rakan sekerja. Jadi, kesimpulannya kad pekerja aku hilang dan bertambah urusan sampingan untuk mendapatkan kad pekerja yang baru.


Aku beritahu kepada bos yang berkenaan memaklumkan kad aku hilang tetapi katanya aku hany perlu berjumpa pegawai keselamatan yang terbabit dalam membuat kad pekerja dan buat kad baru. Sempat lagi diketawakannya aku dengan mengatakan,"Kau jangan risau Hans! Hilang kad pekerja jer pun! Bukan hilang kad pengenalan sampai nak kena buat report polis! Hahaha!" Aku juga sempat bertanya perlukah aku membayar ganti rugi dan jawapan mereka tidakJadi, aku pun bergegas berjumpa dengan pegawai keselamatan yang dimaksudkan untuk membuat kad pekerja aku yang baru. Di dalam hati aku walaupun risau kerana kad pekerja hilang tetapi dalam masa yang sama agak gembira sebab dapat buat kad pekerja baru. Kad baru bermaksud gambar baru dan aku memang tidak sukakan wajah aku di dalam kad pekerja sebelum ini. Hahahahahaha!

Muka Ketawa Jahat!

Tiba di tempat yang dimaksudkan dan aku pun memberitahu apa yang terjadi. "Sila buat laporan polis!" kata pegawai keselamatan tersebut kepada aku. Hahhhhhhhhh? Kena buat laporan polis? Fuh! Masalah besar juga rupanya sampai kena buat laporan polis nih. Aku pun keluar dari bilik tersebut dan terjumpa dengan pegawai keselamatan lain yang berada berdekatan. Katanya jika aku tidak mahu membuat laporan polis pun boleh tetapi perlu membayar RM30 cuma jika buat laporan polis dan bawa salinan laporan tersebut aku tidak perlu membayar apa-apa. Disebabkan keletihan aku di dalam bas dan menunggu masih belum hilang jadi aku dengan redha dan malas nak berkira pun pergi semula ke bilik pegawai keselamatan sebelum ini membawa RM30 dan bersedia untuk membuat kad pekerja baru. Namun, apa yang membuatkan aku mahu berubah menjadi hulk apabila pegawai tersebut berkata dengan wajah yang kerek,"Kena juga buat laporan polis! Awak perlu dengar kata kami! Jangan dengar kata pihak disebelah sana! Pihak sini lebih tahu!"


Lantak korang lah! Malas aku nak bertekak! Bos aku cakap tak payah buat report polis dan tak payah bayar denda! Pak guard seorang lagi pula cakap boleh bayar RM30 kalau tak nak buat report polis! Pak guard nih pula kata kena juga pergi buat laporan polis! Haihhh!! Akhirnya aku gagahkan diri pergi balai polis berdekatan Sri Petaling tu. Nasib urusan sekejap jer! Alhamdulillah! Apabila sampai kembali dengan tempat kerja terus aku pergi buat kad pekerja yang baru. Aku isi borang dan pegawai tu pun semak kembali di komputer nya. Terpampang wajah lama yang gelap gelita tanpa ada langsung pencahayaan tu. Aku mula rasa makin letih sebab ingatkan dapat ambil gambar lain sebab dari awal aku dah semangat betulkan rambut apa semua. Tiba-tiba pegawai keselamatan tu tanya aku,"Nak ambil gambar baru ker?" Bagai orang mengantuk disorongkan bantal dan aku sudah semestinya mengiyakan dengan lajunya dan terus bersiap-siap nak ambil gambar. Yehaaaaaa!! Gambar baru!


Hasilnya gambar aku bercahaya dan cerah tetapi setengah muka jer! WTFace!! Pak guard nih tak ada citarasa dalam mengedit gambar ker? Stress betul aku! Gambar sebelum nih walaupun ada dua buah lampu tetapi aku tak tahu mana perginya cahaya tu. Gambar kali nih aku tengok pak guard tu semangat jer tolak lampu tu kejap kiri lah kejap kanan lah kejap tengah lah! Akhirnya, gambar kad pekerja aku jadi macam nih pula! Sebelah putih sebelah gelap! Ingat aku Two Face dalam filem Batman tu ker? Cis! Kecewa kut!
  
P/S : Rasa Macam Nak Jer Aku Hilangkan Kad Pekerja Aku Secara Sengaja Selepas Ini! Hahaha! (^_^)Y

Selasa, 20 Ogos 2013

Rindu A.K.A Homesick


Bukan mudah untuk kembali bertugas selepas bercuti hampir sebulan lamanya di rumah.

Namun itulah lumrah kehidupan dan tanggungjawab di dalam kehidupan.

Kalau tak kerja bagaimana nak dapat hasilnya?

Kalau tak ada hasilnya bagaimana mahu menawan bidadari dunia?

Kalau tidak ada bidadari di dalam kehidupan bagaimana pula mahu hidup berumah tangga?

Jadi, tabahkan jiwa dan kuat kan hati untuk kembali bertugas esok hari!

Assalammualaikum (^_^)

Isnin, 19 Ogos 2013

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2013 Hans

Assalammualaikum dan selamat hari raya kepada semua pembaca blog Hans. Walaupun memang sudah terlewat tetapi memandangkan kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal yang mulia ini maka aku sebagai pemilik blog hanshanis.com ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Serta Maaf Zahir Dan Batin buat semua pembaca sama ada yang mengenali aku secara dekat mahu pun yang hanya sekadar menjadi pembaca, pengomen mahu pun pemerhati disini. Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kesempatan untuk meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini dan apa yang boleh aku katakan ialah aku gembira dengan raya tahun ini. Banyak sebenarnya perkara yang menyenangkan hati aku dan alhamdulillah kemaafan dan keikhlasan aku akhirnya berjaya juga diberi pada tahun ini. Jadi, pada entri kali ini aku akan berkongsi sedikit tentang pengalaman raya pada tahun ini melalui gambar dan juga sedikit penerangan dibawahnya.

Seperti biasa pada hari terakhir berpuasa dan juga malam raya sememangnya aku dan keluarga amat sibuk dengan pelbagai urusan daripada persiapan juadah, membersih rumah dan juga menyiapkan pakaian untuk keesokan hari. Ku sangkakan budget raya untuk tahun nih lebih rendah daripada tahun lepas tetapi sebenarnya lebih meningkat daripada yang disasarkan. Tetapi, tak tau kenapa alhamdulillah masih lagi berduit walaupun duit gaji masuk selepas raya keempat. Buat pertama kali aku beli dua pasang baju melayu dan aku berani beli dua pasang sebab harganya sama dengan sepasang. Hahhhhhh! Terkejut omak den hah! Hahaha!

Macam biasalah malam raya memang dah jadi amalan teman anak buah main bunga api dengan mercun pop pop. Tetapi, tahun nih semakin advance pula budak-budak nih. Dibeli mercun apa entah! Meletup kuat gila! Sakit jantung teman nih hah! Hahaha! Disebabkan ketiga-tiga anak buah perempuan dan memandangkan malam raya jatuh pada hari rabu jadi aku dengan selambanya berkata malam tu ialah ladies night untuk anak-anak buah aku! Hahaha! Yang paling kecil baru umur setahun lebih tetapi tak padan dengan kecil. Dikejarnya kami semua dengan bunga api dia! Dasyat lah anak-anak buah aku nih! Hahaha!

Alhamdulillah! Berkesempatan solat sunat hari raya aidilfitri dan dapat makan mee kuah istimewa hasil air tangan ahli syurga iaitu emak tercinta yang sungguh menyelerakan. Kemudian amalan bersalaman dan meminta maaf pula diteruskan dan apa yang melucukan melihat anak buah yang selepas bersalam dan apabila diberi sampul raya terus dibukanya depan semua yang ada. Fuh! Nasib aku tak bagi RM1! Kalau tidak mahu malu aku dibuatnya! Hahaha! Berkesempatan bergambar dengan kakak tersayang cuma kecewa sikit tahun nih sebab tak dapat ambil gambar satu keluarga. Raya pertama memang sibuk betul dengan tetamu yang datang! Tahun depan insyaallah berkesempatan ambil gambar satu keluarga! Dan buat pertama kalinya aku keluar berhari raya dengan rakan aku ke rumah rakan lain. Selalunya raya pertama aku suka duduk di rumah jer melayan tetamu tetapi saja tahun nih berubah angin. Hasilnya satu rumah jer yang dapat dikunjungi sebab kawan-kawan yang balik balik kampung! Hahahaha!

Raya kedua memang aku mula beraya sakan. Hari Jumaat bukan penghalang untuk berhari raya. Hahaha! Daripada pagi hingga ke tengah malam beraya nak habaq mai! Bangun pagi dan bersiap-siap pakai baju raya siap bersampin lagi hah! Tetapi, payah sungguh nak lipat sampin macam raya pertama! Akhirnya, aku hentam jer lah! Dah payah sangat! Hahaha! Destinasi pertama ialah Jitra bersama rakan sekolah teknik dan kemudian tu cadangnya nak pergi Kulim tetapi dibatalkan sebab kawan dekat Kulim tak dapat dihubungi. Selepas solat jumaat, aku dengan kawan baik pula pergi beraya. Pergi rumah kawan-kawan sekolah rendah sampai kawan universiti. Sampai ke malam lah kiranya! Seronok kut jumpa member-member sekolah rendah! Depa ingat lagi kita sapa! Nampak sangat masa sekolah rendah dulu popular(puiii!!!). Eh? Hahaha! Apa-apa pun, memang dasyat juga aku nih rupanya bila beraya nih! Hahaha!

Raya ketiga pula aku buat pertama kalinya join reunion member sekolah menengah agama aku yang dah 10 tahun aku tak jumpa. Nak kata segan ada juga tapi bukan segan sangat pun cuma risau takut nanti sebab lama dah jumpa mungkin akan jadi kekok bila berjumpa balik. Tetapi, alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Disebabkan masa aku tinggalkan sekolah tu dalam keadaan fizikal aku gemuk dan juga nerd jadi bila berjumpa balik dalam keadaan fizikal nih kurus sedikit dan agak bergaya(piraaahhhhh!!! hahaha!!) jadi memang ada yang agak terkejut lah juga. Ingatkan beraya dari pagi sampai ke petang jer tetapi rupa-rupanya sampai ke malam. Memang gelak sakan lah bila berkumpul sekali. Bertukar-tukar pengalaman dan pandangan memang sesi yang mengujakan aku. Beraya pula ke rumah Cikgu Tajuddin yang merupakan cikgu sejarah aku dahulu juga agak menarik. Paling tak tahan apabila ramai-ramai menonton filem seram Conjuring di Alor Star Mall! Hari raya pun tengok filem hantu! Letih aku gelak tengok member sebelah asyik terkejut jer. Malam tu pula lepak dekat Restoran Yasmeen! Sepanjang 25 tahun aku hidup memang itulah kali pertama aku pergi restoran tu. Padahal orang Aloq Setaq nih!! Hahaha!

Masih lagi di hari raya ketiga dan memandangkan rumah kawan aku nih berdekatan dengan sawah padi jadi tunggu cangak lagi! Ambil lah gambar ramai-ramai memandangkan pokok padi tengah tumbuh cantik tu! Dalam ramai-ramai tu aku seorang jer pakai kasut dan yang lain pakai selipar jer. Dah tak pasal-pasal jadi bahan kena cop artis! Harey toi depa nih! Hahaha!

Raya keempat pula ada member sekolah kahwin! Tudiaaa!! Depa semua dok pakat kahwin! Untung betoi lah kahwin awai! Aku nih ingat tahun depan nak kahwin tapi calon pun tak dak lagi! Nak kahwin lagu mana? Eh, tiba-tiba cakap utara nih! Hahaha! Memandangkan aku memang tak makan nasi dah dekat sebulan lebih jadi nasib masa pergi kenduri tu ada makanan lain. Banyak jugalah kawan-kawan aku nih berusaha menghasut suruh aku makan nasi tetapi hati dah tekad jadi hangpa buat lah lagu mana pun memang aku tak makan. Hahaha! Lepas tu pergi pula rumah junior. Masa dekat sekolah dulu baik juga lah dengan dia. Lama tak jumpa jadi biasalah bila dah lama tak jumpa memang banyak lah nak dibualkan. Selepas tu pergi kejap Pekan Rabu teman kawan aku beli kuih siput apa entah! Alhamdulillah raya keempat nih beraya sampai senja jer! Jadi, aku fikir raya kelima esok nih dah tak pergi mana lah kut memandangkan ramai kawan-kawan dah balik Kuala Lumpur dan ada yang dah mula bekerja.

Rupanya jangkaan aku meleset! Raya kelima pun aku keluar juga selepas kawan baik aku merangkap senior datang beraya ke rumah. Dah tiga tahun dok lepak-lepak dengan aku baru tahun nih masuk rumah aku beraya. Hahaha! Dua buah rumah jer pergi dan satu rumah lagi tu sebenarnya reunion sekolah batch member aku tu. Aku ikut hati segan gila kut nak pi tetapi nasib baik ramai senior tu aku kenal dan ada yang memang aku nak jumpa sebab dah lama tak jumpa. Jadi, daripada berat hati tiba-tiba rasa seronok pula sebab seronok jugalah tengok perubahan rakan-rakan kita kan. Alhamdulillah! Masing-masing dah berjaya!

Raya keenam pula aku dah tak pergi mana-mana. Duduk rumah jer tetapi petang tu aku keluar lah pergi uruskan segala urusan menabung dan bayar PTPTN. Tiba-tiba ada kawan aku telefon nak datang rumah. Hah! Senang betul kawan aku nih jumpa rumah aku. Memang dah lama juga lah tak berjumpa dengan dia tetapi minta maaf lah sebab raya keenam nih faham-faham jer lah. Sekadar ada kuih raya lah sikit-sikit. Kalau raya pertama sampai raya ketiga tu insyaallah ada juga lah hidangan berat yang boleh dijamu. Apa-apapun, syukur sangat-sangat lah kerana sudi datang rumah sebab tetamu yang datang rumah kita nih membawa rezeki kan. Apa-apapun, inilah serba ringkas kisah aku, Hans di hari raya aidilfitri untuk tahun 2013 ini. Semoga raya tahun depan lebih bermakna dan doakan tahun depan aku beraya berdua. Haih! Bila nak boleh beraya dengan awek tak tau! Bosan dah hidup bujang nih! Hahaha! Jumpa lagi di entry akan datang. Assalammualaikum! Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin sekali lagi kepada anda semua (^_^)Y