Jumaat, 29 November 2013

Patong? India?

Assalammualaikum dam salam sejahtera semua. Memang minggu nih agak sibuk dan mencabar lah sebab menyelesaikan segala kerja sebelum bercuti sekejap ke pantai timur iaitu negeri Kelantan untuk hujung minggu nih. Nak bercuti kenalah selesaikan semua kerja sebab bukan namanya cuti kalau waktu tengah sedap berehat-rehat tiba-tiba dapat panggilan daripada bos.

Saja nak berkongsi satu kisah pasal semalam. Memandangkan dekat tempat aku nih memang susah nak jumpa kedai makanan orang melayu atau halal jadi bila ada satu restoran mamak baru buka dan diakui makanan di restoran nih boleh tahan sedap jadi aku pun singgah sekejap untuk beli makanan untuk makan malam.

Gambar Hiasan 

Aku ambil nasi campur jadi sementara aku terasa seronok mengarah pekerja restoran tu macam aku nih bos restoran untuk ambil makanan yang aku nak dan tiba-tiba dia tanya aku :-

Pekerja : Ini ayam mahu patong ka? (sambil tunjuk ayam goreng berempah yang sedap)

Aku : Hah? Patong? Apa tu? (apa kejadah dia nih sebut?)

Pekerja : Ini mahu patong ka? (Tunjuk lagi ayam tu dengan pisau)

Aku : .......(Fuh! Mencabar aku nak menjawab apa dia tanya nih!)

Pekerja : Mahu patong ka bos? Patong? (sambil tunjuk ayam goreng lagi)

Aku : Yer! Yer! (Mengangguk dan mengiyakan jer lah!)

Pekerja : Ketang! Ketang! (memotong ayam dengan pisau)

Rupa-rupanya dia tanya aku ayam tu nak potong kecil-kecil atau nak seketul. Adoi! Mohon majikan beliau hantar pergi kelas bahasa Melayu hujung minggu nih. Selepas tu tiba-tiba pekerja nih tanya aku pula satu lagi soalan. Walaupun loghat India dia pekat tetapi aku boleh faham lah juga.

Pekerja : Bos! You mana itu asal?

Aku : Saya orang sini lah. Kenapa lu tanya?

Pekerja : You india ker?

Aku : Hah??? (Erkkk? Apakah soalan ini?)

Pekerja : You orang India kan?

Aku : Tak lah! Saya Melayu lah!

Pekerja : Ada butul ka?

Aku : Betul lah! (Ada juga polisterin nasi nih aku sumbat dalam lubang hidung mamat nih kang!)

Pekerja : Oh! Wokay! Wokay!

Aku : ........(Tahu Lah Ada Iras-Iras Hero Bollywood Pun!! Hahaha! Puii!)

Gambar Hiasan - Budget Muka Sama Macam Aku! Kahkahkah!

Isnin, 18 November 2013

Jonker Walk Melaka

Assalammualaikum semua! Cadangnya semalam cuma nak pergi IOI Mall atau mana-mana tempat yang ada Brands Outlet sebab nak beli kasut yang bulan lepas aku dengan kawan aku usha-usha tu tetapi entah macam mana tiba-tiba aku bagi idea gila dalam kereta untuk terus pergi ker Jonker Walk Melaka. Kawan aku pun sama gila agaknya dan kami pun menuju ke Melaka tanpa ada sebarang perancangan pun dan tak ada pergi mana-mana ATM pun untuk keluarkan duit. Berapa yang ada dalam clutch itu dan cuma itu jer lah yang aku belanjakan. Memang semua idea spontan dan main redah jer. Gila juga aku nih kadang-kadang kan? Hahaha!


Disebabkan semalam hujan jadi memang rasa sejuk sampai terketar-ketar badan sebab tahap kelaparan tiba-tiba memuncak. Jadi, singgah sekejap dekat KFC Alor Gajah untuk melantak ayam hot n spicy dulu. Nyum Nyum Nyum! Dap Dap! Hahaha!


Selepas tu saja lah aku dengan kawan aku lalu kejap depan Uitm Lendu tu mengenang kembali zaman-zaman belajar dulu. Memang nampak ada banyak perubahan dan kemajuan lah juga dekat kawasan tu. Yang tak tahan tu boleh pula bersembang kisah hantu dengan jalan yang sunyi gila tu. Hehehe! Jadi, bermulalah perjalanan ke Jonker Walk Melaka tanpa ada tujuan atau matlamat yang kukuh pun.


Sebelum sampai Jonker Walk nih ada seorang Mat Salleh nih datang menghampiri kereta kawan aku. Masa tu kami baru sampai dan baru jer nak turun dari kereta. Mat Salleh nih tanya kawan aku dekat mana Jonker Walk. Jadi, kawan aku pun semangat lah speaking bagitahu yang kami pun memang nak pergi Jonker Walk jadi bolehlah Mat Salleh tu ikut dia dari belakang. Tetapi, Mat Salleh tu punya kerek dan dia masih juga tanya macam mana arah nak pergi Jonker Walk. Kiranya dia tak mahu ikut kawan aku tu lah. Aku dah gelak-gelak dah! Hahaha!


Buat pertama kalinya aku tahu dekat Jonker Walk ada kawasan tandas yang besar dan cantik. Jadi, dalam perjalanan singgah ke tandas yang sekali masuk kena bayar 30 sen tu, tiba-tiba terserempak dengan monumen Datuk Wira Dr. Gan Boon Leong yang merupakan Bapa Bina Badan Malaysia. Padahal aku tak kenal pun siapa. Nampak sangat pengetahuan am aku teruk. Apa-apapun menarik juga monumen tu! Hahaha! Lepas tu jalan-jalan cuci mata kejap tengok barang-barang yang dijual. Tiba-tiba dekat hujung sekali ramai betul orang berkumpul dan dengar riuh-rendah juga lah dengan suara seorang lelaki cina yang ingin menunjukkan aksi memecahkan kelapa muda.


Aku pun semangat lah bersesak-sesak menyelit dekat satu sudut sebab nak tengok apa yang menarik. Wah! Ada seorang pelancong tengah memegang sebiji kelapa dan apa yang aku faham nanti dia akan baling kelapa tu ke arah lelaki cina tu dan lelaki cina tu akan memecahkan kelapa sama ada melalui kepala atau dia melompat dan karate buah kelapa tu. Kawan aku dah pernah tengok jadi dia pergi lepak hujung kejap dan tinggal aku seorang yang sabar menanti bilalah agaknya dia nak pecahkan kelapa tu dengan aksi kungfunya. Lama juga aku menanti dan akhirnya tiba juga saat-saat yang dinanti. Pelancong tu pun lemparkan buah kelapa tu ke arah lelaki cina tersebut dan lelaki itu cuma menyambut buah kelapa tu. Aku ingat dia nak suruh pelancong tu lempar lagi sekali tetapi rupa-rupanya dia pecahkan kelapa tu guna siku jer pun. Aku tertipu! Arghhhhhhh! Lagi menyakitkan hati sebab kawan aku tu dah tahu dah pun lelaki tu akan pecahkan kelapa guna siku. Cis!!!


Disebabkan aku kecewa dengan aksi tu jadi aku bergambar kenangan sekejap dekat tempat berlakunya kejadian 'hebat' memecahkan kelapa tu. Hahahaha! Jadi, bermulalah perjalanan membeli ole-ole walaupun sebenarnya aku tak bercadang pun nak beli. Tiba-tiba hujan pula tetapi masih meredah juga mencari apa yang nak dibeli walaupun dah basah dah rambut macam tengah mandi. Hahaha! Cadang nak beli keychain gitar tetapi alih-alih aku terbeli benda dekat gambar bawah nih. Nasib berjaya juga lah tawar-menawar kurangkan harga sedikit. Hahahaha!


Sedar tak sedar boleh tahan lama juga aku dengan kawan aku menghabiskan masa tengok barang-barang dekat Jonker Walk tu. Jadi, tiba waktunya untuk balik jadi akhirnya ambil lah sekejap gambar kenangan dengan basah-basahnya waktu tu depan papan tanda Jonker Walk tu. Padahal masa belajar dulu dekat Melaka tak pernah pula terasa nak ambil gambar dekat sini pun. Hahaha!


Selepas itu aku pusing-pusing lah kejap Dataran Pahlawan apa semua tu sebelum balik ke Bukit Jalil pada tengah malam tu. Singgah kejap makan dekat sebuah kedai makan tetapi tak sedap pula makanannya. Lepas tu singgah pula RNR Seremban melantak kuih pau. Memang hari makan sedunia betul semalam. Sampai rumah sewa jer dah pukul 4 pagi. Hahaha! Jadi, itulah pengalaman semalam pergi ke Melaka tanpa dirancang. Lepas nih mungkin boleh cuba pergi Pulau Pinang dan balik hari pula kut? Gila? Hahaha!

Ahad, 17 November 2013

Ambil Order Kak

Alkisahnya pada malam Jumaat yang lepas, aku dan rakan serumah pergi lah makan malam dekat sebuah tempat di Kuala Lumpur. Tempat makan nih ada banyak kedai makan dan memang semua kedai makan disitu ada menjual menu berasaskan singgang. Ini kali ketiga aku pergi ke sana dan pastinya aku akan pergi ke setiap kedai yang berlainan untuk merasa sendiri makanan-makanan yang dijual disitu sama ada sedap atau hampeh. Hahaha!

Gambar Hiasan

Jadi untuk kali ini, aku pergi ke kedai paling hujung dan kami berdua duduk lah di sebuah meja. Selalunya belum duduk lagi pasti akan ada mana-mana pekerja datang duduk di sebelah meja untuk mengambil pesanan tetapi berbeza betul pada malam ini. Dah lima minit aku duduk tetapi satu kelibat manusia pun tak ada datang langsung nak bertanyakan, "Dah ambil order bang?" atau datang memberi menu kepada aku. Aku mula panas!


Kawan aku pun akhirnya memanggil pekerja atau bos kedai tersebut dari meja kami duduk supaya datang untuk mengambil pesanan, "Ambil order kak!" dan kata-kata aku didengar oleh bos kedai tersebut dan juga pekerjanya. Dia memandang kami dan memberitahu supaya tunggu sekejap. Jadi, kami pun tunggu lah sekejap yang sebenarnya dah tak sekejap tu. Hampir 10 minit menunggu dan kami berpaling melihat ke arah tempat bos dan pekerja kedai makan tersebut berada tadi. Bos kedai tersebut hilang! Tinggal pekerjanya sahaja tetapi masih juga belum datang mengambil pesanan daripada kami walaupun kawan aku berulang kali memanggil.


Aku : Haih! Ini aku panas nih! Nak meniaga buat lah cara nak meniaga! Karang aku bakar juga kedai nih kang!

Kawan : Itulah! Penat dah aku panggil nih! Ini hilang pula dah!

Aku : Ingat aku datang sini saja-saja ker nak duduk tunggu 20 minit. Duduk mencangak jer! Buang masa betul! Dah lah lapar nih! Order pun tak ambil lagi nih! *&&^$^&^*& 

Pelanggan sebelah dah memandang-mandang meja aku

Kawan : Sabar-sabar! So, macam mana nih? Nak tukar kedai!

Aku : Dah lah! Jom makan dekat kedai-kedai lain dekat tepi nih! Kedai makan nih di banned oleh aku! Jangan harap aku nak datang sini dah. Macam &&^&*^%%&& jer kedai nih!!!!

Kawan : Jom! Jom!


Kami pun berpindah ke kedai di hadapan dan baru sahaja kami duduk di kerusi terus datang pekerja kedai makan tersebut mengambil pesanan. Hah! Ini lah baru betul namanya nak berniaga! Alhamdulillah! Ada hikmah berpindah ke kedai makan yang lain nih sebab memang masakannya terbaik! Sampai aku minta tambah nasi putih lah nak cakap sedap punya pasal!

Kesimpulannya kepada sesiapa yang berniaga perihal makanan panas nih, tolonglah jaga sikit hati pelanggan tak kisah lah pelanggan tu pelanggan baru atau pelanggan lama. Aku nih kalau makanan sampai lambat pun aku masih boleh tunggu lagi sebab aku pernah tunggu lebih kurang 40 minit baru sampai makanan yang aku pesan dan sedihnya tu makanan tak berapa nak sedap sangat. Tetapi, tak kisah lah kan sebab aku faham ramai pelanggan lain tak dapat makanan lagi. Tetapi, kalau nak ambil pesanan pun terkemut-kemut...Dah panggil berpuluh kali ambil order pun tak datang-datang juga...

MOHON TUTUP KEDAI!

Khamis, 14 November 2013

Kasut Baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah hampir setahun lebih aku bekerja di Kuala Lumpur nih dan sejak bekerjaya nih antara barang yang aku suka beli ialah kasut. Boleh dikatakan dah berpasang-pasang kasut aku beli dan semalam aku sudah membeli dua pasang kasut lagi untuk dibuat sebagai kasut bekerja dan juga kasut untuk berjalan-jalan.

Mungkin lepas nih kasut Vans nih akan aku lanyak habis-habisan kemana saja aku pergi kut! Nasib lah kasut nih ada lagi saiz yang muat kaki aku. Al-maklumlah kaki aku nih jenis tongkang sikit atau erti kata lain besar! Hehehehe! 

Sebenarnya aku berkenan dengan kasut nih tapi yang warna silver tetapi saiz pula tak ada. Memang geram juga lah sebab yang silver tu lebih classy dan ada gaya sikit. Jadi, yang tinggal pun warna hitam putih nih dan memang ada sepasang nih jer! Walaupun jenama kasut nih entah apa-apa kan tapi aku kisah apa. Janji aku suka! Hahaha! Jadi, aku beli juga lah yang nih pun lepas bersusah-payah aku tawar-menawar harga dengan penjual tu. Kuikuikui!

Jadi, kesimpulannya bulan depan memang aku kena beli juga rak kasut 6 tingkat tu. Hahaha! Tak habis-habis dengan rak kasut 6 tingkat daripada kisah yang sebelum nih lagi! Okay lah! Nak layan hindustan kejap! Bye!

P/S : Ada Kata Kasut Hitam Tu Macam Bieber Punya Kasut! Yer Ker?

Selasa, 12 November 2013

Katil Roboh

Assalammualaikum semua! Haihhh! Hari nih memang betul-betul hari yang mencabar buat aku dan salah satu perkara yang sangat memberi tekanan apabila tempat beradu aku yang empuk tiba-tiba roboh tanpa dirancang! Adakah berat badan aku sudah bertambah 100 kilogram? Adakah sebab katil murah nih puncanya? Adakah ini ujian kehidupan aku? Adakah kerana ketiga-tiganya?


Sekarang aku terasa macam bayi yang terkurung pula bila aku baring atau duduk dekat atas tilam nih. Mungkin inilah namanya suratan kehidupan! Atau adakah kebetulan? Arghhhhhh!!! Stress!!!

P/S : Baru Merancang Nak Beli Rak Kasut 6 Tingkat! Cancel Lah! Hahaha! (^_^)Y

Isnin, 11 November 2013

Majlis Perkahwinan Fizo Dan Mawar

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah pada hari ini iaitu Ahad bersamaan 10 November 2013 telah memaksa aku untuk mengorbankan waktu tidur yang cukup enak semata-mata untuk bertugas dan hari ini aku berpeluang menghadiri majlis pernikahan Wan Hafizol Bin Wan Omar atau nama komersialnya iaitu Fizo Omar bersama si isteri yang cantik jelita berasal daripada Pulau Pinang iaitu Mawar Binti Abdul Karim.


Majlis perkahwinan mereka yang cukup meriah diadakan di kediaman ibu bapa Mawar di Country Heights Kajang. Memang ramai betul jemputan yang hadir termasuk artis-artis terkenal seperti Rosyam Noor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Johan Asari, Iqram Dinzly, Shila Amzah, Nazim, Noniswara dan ramai lagi lah.


Dengan sekali lafaz, alhamdulillah Mawar telah pun sah menjadi permaisuri hidup pelakon kacak dan berbakat iaitu Fizo Omar dengan mas kahwin RM506Rombongan lelaki menghadiahkan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang daripada pihak perempuan. Dibawah disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca hanshanis.com 








Apa-apapun, dibawah nih aku teringin jugalah nak berkongsi pengalaman menemuramah beberapa artis yang hadir pada majlis perkahwinan Fizo dan Mawar sebentar tadi walaupun sebenarnya selalu jer aku buat kerja nih. Hahaha!




My Team (^_^)Y

Majlis resepsi Fizo dan Mawar akan diadakan pada bulan Disember ini selepas tamat berbulan madu di Eropah. Jadi, hanshanis.com mengucapkan selamat berbahagia sehingga ke akhir hayat dan semoga gembira berbulan madu ke Eropah. Tahniah buat pasangan raja sehari ini. 


P/S : Akhirnya Burger Bertemu Jua Dengan Tudung (^_^)Y



Sabtu, 9 November 2013

Macam Comel Jer Tok Hang!

Aku tak faham dengan budak-budak yang baru nak 'up' zaman sekarang nih.

Nak kata akal tak ada tetapi sesetengah tu bab pelajaran memang pandai.

Nak kata tak mengikuti perkembangan semasa tetapi masing-masing ada gadget canggih.

Kalau ada berita panas jer mesti mereka selalunya yang tahu dulu dan sebarkan.

Sekarang nih macam dah jadi satu trend pula dengan upload video bodoh, geli, perasan cantik dan sebagainya yang dihasilkan oleh si tuan empunya akaun youtube untuk tontonan umum.

Bila dah dikecam dengan mudahnya mereka minta maaf sebab masing-masing ingat ucapan maaf akan menyelesaikan segala-gala masalah di dunia ini.

Nilai ucapan maaf tu dah macam tak wujud dah sekarang dan alasan kenapa kau buat perkara bodoh tu pun selalunya susah nak diterima.

"I saja upload! Suka-suka jer!" - Kalau dah macam tu memang ramai lah yang 'suka-suka' nak 'puji' kau.

"I upload video nih untuk I dan kekasih I jer!" - Kalau dah macam tu motif kau upload untuk tatapan umum kenapa? Tolong jangan tunjuk sangat 'kepandaian' tu boleh?

"I upload video nih sebenarnya parody jer. Saja nak sindir orang tu!" - Masalahnya parody yang kau buat lagi jijik daripada video asal. Lagi menyampah orang tengok video kau daripada tengok video asal!

"Asal nak sibuk? Mak bapak kekasih I tu tak kisah pun I buat video nih. Siap bagi support lagi!" - Jadi, faham-faham jer lah! Jawapan dah ada depan mata! Bengap bertingket-tingket namanya!

Tolong lah budak-budak yang baru nak 'up'! Jangan semak dan penuhkan dunia maya nih dengan video-video bodoh yang tak ada manfaat langsung. Hasilkan video yang ada kreativiti membina yang positif sikit! Gelilah bila tengok kuantiti video yang tahap geli-geliman nih!

P/S : Manusia Semakin Hilang Sifat Malunya! 

Jumaat, 8 November 2013

Evelyn's Chocolate House Di Sky Park One City

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah akhirnya dapat juga Hans menyiapkan pos terbaru blog hanshanis.com nih selepas lama Hans tak mengemas kini. Maklumlah semenjak sibuk dengan perniagaan secara online ditambah dengan waktu kerja yang tak menentu memang buat Hans tak ada masa nak pos apa-apa perkembangan terbaru.


Jadi, pada malam tadi bersamaan 3 November 2013, Hans berpeluang hadir ke majlis perasmian pembukaan sebuah kafe yang menjual menu berasaskan coklat yang memang cukup sedap iaitu Evelyn's Chocolate House.


Nama:
Evelyn's Chocolate House

Alamat:
A-1A-06, Sky Park One City,
Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Jadi, memandangkan Hans nih memang seorang penggemar coklat tahap mania jadi memang macam-macam makanan lah yang Hans cuba rasa dan sumbat di dalam perut. Hahaha! Jom tengok apa yang Hans dah makan sepanjang malam tadi.



Hah! Yang cucuk macam satay tu sebenarnya waffle tetapi waffle nih lain macam sikit. Lain macam tu maksud Hans memang sedap lah! Makan kosong saja pun dah rasa sedap tambah lah bila dicelup dengan 3 jenis coklat bermutu tinggi daripada Belgium iaitu White Chocolate, Dark Chocolate dan Chocolate. Serius sedap bak hangggg!!



Waffle nih rasa biasa jer seperti waffle lain tetapi apa yang buatkan waffle nih menarik sebab gabungan sos buah-buahan yang ada di atas waffle tu. Kombinasi buah pisang, strawberyr, anggur dan kiwi tu memang kena! Senang cakap memang licin habis lah pinggan nih! 



Kepada penggemar durian macam Hans, ini memang menu yang korang kena cuba! Durian Chocolate Chips yang serius sedap! Fuh! Bila makan tu rasa durian tu macam berlari-lari dalam mulut tau dan rasa coklat tu macam meletup-letup dalam mulut Hans nih(hahahaha! Ayat Papa Jo Masterchef Malaysia!). Tetapi, serius menu nih memang sedap dan memang rugi kalau korang tak cuba! 



Menu nih sebenarnya menu yang paling akhir Hans makan sebab jauh dari tempat duduk Hans. Bayangkan lah masa tu perut Hans memang dah kenyang gila nih. Tetapi, bila Hans potong sikit jer waffle nih dan rasa jer boleh pula Hans sambung makan lagi! Memang sedap gabungan coklat Belgium nih dan waffle tu walaupun dah tenggelam dalam lautan coklat tu tetapi masih lagi rangup! Fuh! Serius korang kena cuba juga menu nih! Sedap sungguh!



Hah! Pancake nih didatangkan dengan semangkuk coklat yang memang terbaik! Hans memang sebat jer pancake nih dan rasanya boleh tahan! 


Kepada sesiapa yang suka makan buah-buahan yang dimakan bersama coklat tu dan Hans cadangkan korang cuba menu nih. Ada 4 jenis buah untuk setiap pinggan dan buah-buahannya pun memang segar dan sedap! Habis licin pinggan nih tadi dikerjakan oleh Hans dan rakan-rakan.



Ini ialah antara menu yang menjadi kesukaan ramai iaitu marshmallow dan seperti biasalah mestilah korang celup dengan coklat dan makan. Takkan itu pun nak bagitahu kut? Hahaha! Yang penting sedap!



Inilah antara menu-menu yang Hans sudah pun rasa, makan dan melantak di Evelyn's Chocolate House di Sky Park One City yang baru dibuka. Tempatnya menarik, suasananya pun lain dan senang cakap korang semua boleh mencuba menu-menu menarik ini di sini. Hans dah sudah! Korang bila lagi? Cubalah dan pasti korang tak menyesal (^_^)Y