Isnin, 30 Jun 2014

Pengalaman Membeli Duit Syiling Peringatan Hubungan Dua Hala Malaysia China Ke 40 Tahun

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog hanshanis.com dan kali ini Hans nak berkongsi pengalaman membeli duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 27 Jun 2014 bersamaan hari Jumaat di Sasana Kijang.


Antara banyak-banyak hobi Hans...inilah hobi yang bagi Hans sangat bagus dan membawa kepuasan kepada diri sendiri. Hans dapat tahu tentang penjualan ini pun sebab terbaca surat khabar sewaktu bercuti di kampung dan memandangkan ia dijual pada hari Jumaat dengan edaran yang sangat terhad maka Hans pun memang dah merancang bermacam-macam perkara disebabkan ini pertama kali Hans nak pergi ke sebuah tempat yang Hans pun tak tahu.


Hans tidak tidur semalaman kerana takut nanti bangun lambat pula. Jadi, disebabkan Hans nih pun manusisa yang jenis buta jalan jadi terpaksa tunggu rakan serumah balik dulu untuk tunjukkan jalan. Jadi, dalam pukul 7.20 pagi macam tu Hans pun bertolak ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang terletak dekat Sasana Kijang. Hans tersesat sekejap sebelum sampai dekat sini dalam pukul 8.00 pagi macam tu. Walawehhhh!! Sumpah ramai gila! Dah macam fenomena tudung Fareeda tu! Ramai gila nih orang yang melepak  dekat tangga dan sekitar pintu utama. Hati dah mula risau nih! Takut nanti duit syiling yang dijual habis! Haihhhhh!! 



Dalam pukul 8.30 pagi ke 8.40 pagi macam tu dah ada pengumuman dari pekerja BNM yang menyuruh semua pembeli beratur. Suasana mula kelam kabut apabila ramai yang berebut nak ke depan. Tiba-tiba ada seorang bro nih datang dan bertanya pada Hans,"Bro, ada nombor ker?" Hans pun terpinga-pinga! "Nombor? Aik? Mana pula mereka ambil nombor nih?" Lepas tu kekecohan mula berlaku bila ada beberapa orang yang menjerit,"Yang ada nombor jer datang beratur sini dulu!! Yang tak ada nombor pergi belakangggg!"

Hans mula rasa macam kecewa apabila dapat tahu nombor yang diedar agak banyak dan nombor terakhir yang diketahui ialah nombor 381. Yang datang pula rasanya macam nak dekat seribu orang jer atau lebih dari tu. Duit syiling pula terhad! Sebab rasa ingin tahu jadi Hans pun ringan mulut pergi ke arah sebuah kumpulan ini dan bertanya mana nak dapat nombor tu. Rupa-rupanya nombor ini ditulis oleh mereka yang datang awal pagi dan dengar katanya individu yang memegang nombor satu datang dalam pukul 9 malam. Fuh!! Awal gila! Hans waktu tu tengah tengok filem Transformers kut. Hahaha!


Hans dah semakin putus asa sebenarnya tetapi ada seorang uncle Cina ini ajak Hans bersembang. Katanya dia pun tak ada nombor. Senasib lah kita uncle sebab dah datang lewat kan. Jadi, Hans bertanya lah kepada uncle tu,"Kita nih ada peluang lagi ker uncle nak beli set duit syiling peringatan nih?" Kemudian uncle tu cakap,"Ada peluang! You jangan risau adik!". Sumpah waktu tu Hans redha dan tawakal jer lah. Kemudian, sesiapa yang tak ada nombor ini kena buat satu barisan dan Hans antara orang yang paling terbelakang pada waktu itu. Depan Hans ialah sekumpulan remaja yang datang pukul 2 pagi dan memiliki nombor. "Eh? Asal pula mereka beratur depan aku? Bukan kalau ada nombor beratur depan ker?"

Rupa-rupanya sistem nombor hanya dipakai dalam 10 orang macam tu jer kut disebabkan kekecohan teruk di pintu masuk. Jadi, terdapat dua barisan dibuat dan setiap kali waktu masuk kedalam tiba, 10 orang akan diambil daripada setiap barisan. Alhamdulillah, Hans daripada yang terbelakang tiba-tiba jadi antara barisan tengah lah di dalam cuma serius Hans simpati kepada sesiapa yang datang awal tetapi beratur sebaris dengan Hans. 


Pertama kali masuk ke dalam dan melihat barisan yang berpusing-pusing dan bergerak sangat lambat memang buat Hans terasa sangat bosan. Nasib lah ada teman bersembang dekat belakang Hans. Seorang lelaki India berusia 43 tahun serta seorang uncle Cina yang rasa-rasa Hans dah berusia 50-an. Tiba-tiba rasa 1 Malaysia sangat waktu tu. Hahaha! Macam-macam lah kami bertiga bercerita. Daripada syiling, aset, politik, keluarga sampai lah isu-isu semasa. Serius memang rasa seronok sangat waktu tu walaupun perut lapar gila kan.


Boleh dikatakan majoriti yang beratur ialah kaum Cina diikuti kaum Melayu dan kaum India. Paling buat Hans kagum ialah bila tengok ibu yang sarat mengandung tunggu masa nak beranak jer dengan golongan warga emas pun gigih beratur demi minat atau pun sebagai aset di masa depan. Kemudian Hans dan dua orang rakan baru Hans tadi tu berbual tentang banyak perkara berkenaan cara BNM menguruskan peminat dan pengumpul syiling pada waktu ini dan kami bersetuju dengan apa yang kami bincangkan. Apabila setiap tahun BNM mengeluarkan koleksi syiling terbaru sepatutnya sudah ada mekanisme yang terbaik telah dijumpai untuk menyelesaikan masalah kekecohan sewaktu beratur ini tetapi kenapa tetap juga terjadi perkara yang sama?

1) Barisan beratur tersangatlah panjang. Jadi, kenapa pihak Bank Negara Malaysia tidak membuka lebih banyak kaunter atau pun mengasingkan kaunter untuk jenis pembeli. Maksudnya disini ialah bukan semua yang datang ingin membeli satu set yang berharga RM2100. Ada yang datang hanya untuk membeli set syiling perak berharga RM250 atau set syiling emas nordic yang berharga RM100 untuk 10 keping. Rasanya lagi mudah dan dari segi psikologi tidak memenatkan kami yang beratur apabila melihat barisan yang terlampau panjang.

2) BNM sepatutnya menyediakan satu tempat beratur yang tetap dengan meletak penghadang dan ini dapat memberi keadilan kepada yang datang awal dan tidak ada kejadian individu biadap yang memotong barisan atau mencelah masuk. Sesiapa yang datang awal boleh terus menunggu di tempat beratur yang disediakan dan kejadian kekecohan yang berlaku di Sasana Kijang ini sepatutnya boleh dielakkan.

3) Nombor yang ditulis dan diagihkan hanya dibuat oleh individu yang datang awal. Dari satu sudut ia bagus tetapi bukan semua yang datang percaya kepada sistem nombor itu. Maklumlah lain orang lain pemikiran dan anggapan masing-masing. Jadi, Hans merasakan BNM patut menggunakan sistem nombor seperti yang dilakukan di bank dan pos laju untuk mengelakkan kekecohan sebegini daripada terus berlaku.


Hampir 4 jam Hans berdiri tanpa duduk dan keadaan perut yang belum menjamah sebarang makanan memang satu ujian yang mencabar. Lenguh betul kaki berdiri lama-lama nih. Hahaha! Bila dah sampai dekat ekslator tu memang rasa seronok betul tetapi sebelum tu Hans agak kecewa juga sebab target Hans nak beli set lengkap syiling peringatan nih tetapi waktu dekat ekslator ini dah tahu set tu dah habis dibeli. Herghhhhhhh!! Geram pula rasanya tetapi kumpulan remaja depan Hans tu lagi lah geram kalau dah datang dari pukul 2 pagi tetapi sebaris dengan Hans. Mereka akan lepaskan dalam 10 orang macam tu untuk naik ke atas dan bila tiba giliran Hans naik ekslator tu rasa bahagia sangat. Hahahaha!


Ingatkan naik atas tak payah nak beratur panjang lagi tetapi rupa-rupanya beratur lagi. Hahahaha! Sabar jer lah Hans nih! Masing-masing memang penat tapi bila dah tengok kaunter ada depan mata jadi hilanglah sedikit rasa penat tu. Nasiblah ada dua orang kawan baru Hans dekat belakang jadi kalau bosan-bosan Hans sembang lah dengan mereka berdua.


Inilah kawan baru yang Hans cakap tadi tu. Seorang uncle Cina dan seorang lagi bro India. Tak ada mereka berdua yang ramah nih memang mati kutu lah Hans jawabnya nak beratur lama-lama macam tu. Patutnya bercadang nak minta tolong kumpulan remaja Cina di depan tolong ambil gambar Hans dengan mereka berdua nih tetapi rasa malu pula. Jadi, Hans curi-curi ambil jer lah! Hahaha! Hans sebenarnya merancang nak minta nombor telefon mereka berdua sebab mana tahu nanti kalau ada koleksi terbaru keluar boleh juga masing-masing roger tetapi disebabkan lapar sangat memang terlupa lah! Cuma sebelum balik tu sempat lah bersalam dan balik bersama sebelum berpisah dekat depan pintu utama. Terima kasih kepada mereka berdua kerana banyak berkongsi ilmu dan juga pandangan positif masing-masing. Banyak Hans belajar dengan otai-otai nih. Alhamdulillah!


Alhamdulillah! Selepas berpenat lelah beratur dengan perut yang lapar akhirnya Hans berjaya juga memiliki Duit Syiling Peringatan Hubungan Dua Hala Malaysia China Ke 40 Tahun dan menambah koleksi syiling sedia ada. Walaupun tak berjaya membeli set syiling 3 dalam 1 kerana habis dibeli oleh orang lain tetapi berjaya memiliki semua syiling yang dijual hari ini pada kali pertama Hans beratur dan membeli sememangnya satu pengalaman yang cukup berharga. Terima kasih kepada semua individu yang Hans jumpa disini yang banyak membantu dan sebelum balik rumah tu teringat pesanan uncle Cina yang Hans jumpa pada awal pagi tadi,"Jangan risau! Ada peluang!" dan alhamdulillah siapa sangka walaupun datang tak seawal yang lain tetapi berbaris sama dengan mereka. Rezeki masing-masing cuma Hans berharap pihak BNM dapatlah mendengar rintihan dan cadangan daripada peminat serta pengumpul syiling dan wang kertas seperti Hans dan lain-lain ini. Sekian, assalammualaikum!

P/S : Kepada Peminat Dan Pengumpul Syiling Dan Wang Kertas....Kalau Tahu Ada Koleksi Terbaru Nak Keluar Sila Roger-Roger Hans Yer! (^_^)Y

59 ulasan:

  1. Wahhh...terbaik la hans. Sanggup tunggu ramai-ramai mcm tuh utk duit syiling ni. Tak sangka pula hans peminat koleksi syiling. Wan hanya minat setem. Kalau hans ada setem terpakai yang tak digunakan, silalah bagi secara percuma yer...Heheheehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh...kalau setem mak Hans kumpul lah bro...

      hans xminat setem..suka tengok setem jer...

      tapi duit syiling dengan wang kertas memang Hans kumpul..

      kalau bro pergi oversea...roger2 lah yer...nak suruh simpan kan :)

      Padam
    2. thanks bro kacak...hehehe

      Padam
  2. Ada juga yang sanggup beli duit syiling ni. Rama pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah bro....sebab minat dan boleh jadi aset untuk anak cucu nanti...insyaallah :)

      Padam
  3. 4 jam beratur dgn perut kosong? kira mcm training puasa la ni..hehe

    xpelah, janji berbaloi kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak dekat 5 jam juga lah....kalau kira dari subuh mahu 7 jam...hahaha

      Padam
  4. Salam, cadangan yang saudara berikan tu dah selalu dikemukakan, cadangan-cadangan lain pun dikemukakan, namun BNM tidak pernah ambil kisah .... berbuih dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah kan...
      tak tahu lah BNM nih
      untung banyak tapi tu lah...
      haihhhhh

      Padam
  5. kalau macam nie laa cara, memang banyak jugak penambahbaikkan boleh dilakukan oleh BNM bagi mengelakkan orang bersesak dan beratur panjang..hopefully dorang aware dengan kejadian ini...hehehe

    Regads,
    -Strider-

    BalasPadam
  6. nanti 40 tahun akan datang mahal wo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah tunggu 40 tahun...
      2-3 tahun pun insyaallah dah jadi mahal :)

      Padam
  7. wah2xx......Ramai kott bro!Menguji kesabaran tu.....Best jgk kumpul2 bnda mcm ni kan..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...memang menguji kesabaran tapi kesabaran akhirnya terbalas juga :)

      Padam
  8. owh , ramai rupanya peminat syiling ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ramai tapi bukan semua collecter..ada buyer yang beli untuk jual

      Padam
  9. Wah memang sukar nak dapatkan syiling tu yer... Kuat semangat Hans nie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. minat punya pasal...hehehe :)

      Padam
  10. kerana berusaha beroleh rezeki jua :)

    BalasPadam
  11. semangat... bagus laaaa... hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang semangat
      kalau x semangat dah lama balik dah..
      haha

      Padam
  12. wow...ramainya orang....jadi pengumpul duit syiling la ni eh....nice2...dulu kecik2 kumpul stem....tp disebabkan dah tak banyak surat yang sampai...semua pakat inbox kat fb dengan sms kat fon ja, niat untuk meneruskan pengumpulan stem terbengkalai...hee....selamat berpuasa ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. setem saya xminat
      syiling best sikit

      Padam
  13. walaupun menunggu berjam-jam, berbaloilah dapat juga. tahniah.

    BalasPadam
  14. salam kunjung balas...wah minat kumpul syiling peringatan ya...kadang minat yang sama menyatukan kita se Malaysia kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups....selalunya macam tu :)

      Padam
  15. Assalamualaikum tuan blog.. baru singgah sini dan follow blog hans.. woww tak sangka ramai jugak pengumpul duit syiling nih.. yang hebatnya sanggup tunggu dari pukul 9 malam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah...sebab bilangan yang dikeluarkan terhad....peminat dan pengumpul katalah 10 ribu lah...syiling yang dijual cuma seribu...so masing2 semangat lah datang awal

      Padam
  16. wah, hebatnya koleksi tu! teringin nak tengok

    BalasPadam
  17. salam prkenalan hans! peh, pengumpul duit syiling limited edtion..hobi yg sush nk jmpa lani..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi sekarang bilangan pengumpul syiling dekat malaysia semakin meningkat

      Padam
  18. tu dia. beratur panjang jadinya. Memang tak larat la nak beratur cam ginih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      memang kena banyak sabar

      Padam
  19. Salam Ramadhan, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti saya singgah yer
      thanks sudi follow blog Hans

      Padam
  20. ramainyaaaa peminat dan pengumpul syiling ni ye

    BalasPadam
  21. Assalammualaikum... bro,

    rajin beratur panjang demi nak beli duit siling buat koleksi.. terbaiklah. Dulu mselim3 gi sini masa pameran duit siling .. bro mesti byk koleksi duit siling nie.. orait bagus2. ada minat tersendiri.. lain daripada yang lain.

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...alhamdulillah..ada lah sikit2

      Padam
  22. perghhh sanggupkan beratur panjng.. kalau ayie alahai memang agak lemah.. sedngkan nak ambik baucer buku kt kampus pon dah sejam niekan lg barisan mcm gitu..bape lama lahkan.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...baucar buku xlama
      yang ini beratur lama

      Padam
  23. Perghh...asal tak tahu ni..Kalau jual balik, mesti mahal punya.. xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah
      harap2 macam tu lah :)

      Padam
  24. apa yang boleh saya komen cuma.. tabahnya kamu & semua kat situ. kekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah minat memang tabah lah
      hahaha

      Padam
  25. husna pernah sampai kat sasana kijang nih sebab kos husna kena buat lawatan.. yelaa ambek pon jurusan banking.. cantik tempat nih tapi mcm tersorok sikit..

    boleh taw tak kenapa manusia2 nih tmasuk hans sdiri minat sgt dgn syiling peringatan hubungan dua hala china malaysia nih?? ada sebab ke penting ke sebab nak kumpul je?? macam menarik je semua org pakat berebut nak beli..even sekumpulan semaja yg hans cerita tu.. kemain..;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. masing2 ada 3 jenis

      satu collector syiling - macam Hans = means kitaorang memang hobi kumpul

      kedua = orang yang nak buat investment

      ketiga = orang yang beli untuk jual kepada sesiapa yg xdapat datang dengan harga yang lagi mahal

      Padam
  26. peh memang mengacam jiwa ni nak beratur punya lama!, salute lu bro! sanggupp tunggu tu...kalau aku ni memang dah pancit balik awal dah ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...tu pun hampir pancit dah aku
      hahaha

      Padam
  27. hahaha thniahh yee. buat koleksii simpan leklok :D

    BalasPadam
  28. Hans;

    Kita menempuh pengalaman yang sama pada hari tu, w/pun saya baru terjumpa blog Hans pada hari ini.....bila dibaca, ternyata apa yang diceritakan adalah hampir sama dgn apa yang ditulis oleh saya tetapi dgn olahan yang berbeza....... itulah "kuasa" pengalaman.

    BNM, sila bangun dari tidur.....pergi mandi dan gosok gigi :D

    Sekian;
    my-koleksi

    http://my-koleksi.blogspot.com/2014/07/27-jun-2014-hari-itu-dalam-sejarah-di.html#more

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam hans saya ingin menjual koleksi duit syiling lama ade 3 album untk di jual jika hans berminat boleh call di no ni 012-7950587 or 01123465388

      Padam
  29. Salam hans saya ingin menjual duit syiling lama ade 3 album jika hans berminat sila call di no ni 012-7950587 or 01123465388

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com