Melancong Ke Banda Aceh - Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pada minggu lepas bersamaan 24 September 2014, aku berkesempatan melancong ke Banda Aceh, Indonesia atas urusan kerja selama 5 hari 4 malam. Walaupun ramai pihak yang mengatakan tiada apa-apa yang menarik pun disana tetapi aku merasakan Banda Aceh tetap ada keistimewaannya tersendiri. 

Hari Pertama (24 September 2014)

Sewaktu menunggu penerbangan kapal terbang AirAsia berlepas ke Banda Aceh, nak kata aku rasa teruja pun tak. Nak kata tak teruja pun tidak. Senang cakap aku pergi tanpa fikir apa-apapun. Melihat pemandangan Banda Aceh dari atas udara memang agak menarik tambah-tambah apabila terkenang peristiwa bencana tsunami 10 tahun lalu yang menjadikan sebahagian Aceh seperti padang jarak padang terkukur.


Perjalanan daripada Kuala Lumpur menuju Banda Aceh mengambil masa lebih kurang satu jam setengah kalau tak silap aku. Memandangkan perbezaan masa di antara Kuala Lumpur dan Banda Aceh hanya sejam jadi aku tak perlulah bersusah payah nak menyesuaikan diri dengan perubahan masa. Hehehe! 


Akhirnya aku tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda. Kalau di Indonesia, mereka memanggil Lapangan Terbang sebagai Bandara iaitu singkatan kepada Bandar Udara. Lapangan terbang ini tak adalah canggih macam KLIA atau KLIA2. Saiznya pun rasa-rasanya lebih kurang saiz pasaraya kita jer. Disini aku disambut oleh pemilik PT. Atrabu Tour & Travel iaitu Hj. Arifin yang menguruskan ketibaan aku dan rakan-rakan disana. Wah! Tak perlu nak beratur panjang macam orang lain. Sekejap jer dah sampai dekat pemeriksaan imigresen. Memang bab ni aku tabik dengan Hj. Arifin nih. Rasa VVIP sangat! Hehehe!


Biasalah bila dah sampai tempat orang, salah satu benda yang aku suka tengok ialah tulisan yang tertera di papan tanda. Hehehe! Memang ada perbezaan disitu! Macam dalam gambar di atas, mereka menggunakan perkataan JALUR untuk laluan. Bila berada di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda ini, perkara pertama yang aku ingatkan ialah kampung halaman di Kedah sebab suasananya memang betul-betul suasana kampung. Ada sawah padi! Ada pokok kelapa! Rupa paras mereka pun macam orang Malaysia juga. Fuh! Terus perasaan gembira tu datang.  


Jadi, bila aku dah sampai di Banda Aceh nih perkara pertama yang aku fikirkan ialah makanan. Yaaaa! Aku lapar! Aku mahu makan! Hahahaha! Jadi, Hj. Ariffin telah membawa aku dan rakan-rakan ke Rumah Makan Specific Aceh. Memandangkan penduduk di Banda Aceh ini hampir 99% beragama Islam jadi bab mencari makanan halal ini memang tak ada masalah langsung. Aku diberitahu oleh pemandu pelancong kami, restoran yang menjual makanan tidak halal hanya ada sebuah sahaja. Itu apa yang dimaklumkan kepada aku jadi memang dah tak perlu risau dah bab makan. Cuma masalahnya sekarang makanan dekat sini sesuai ke tidak dengan anak tekak aku nih?


Makanan yang disajikan kepada kami disini tidak lah berbeza pun berbanding di Malaysia. Nama pun serumpun kan! Cuma ada satu yang menarik perhatian aku! Air merah di dalam gelas tu! Itu adalah jus timun sirap! Pertama kali jumpa nih! Aku nih pula memang jenis suka mencuba. Sedut sedikit air! Wahhh! Boleh tahan juga rasanya! Rasa timun tu tak kuat! Kira kombinasi antara timun dan sirap tu agak menjadi lah! Boleh tahan sedap! Jadi, setakat ini yang menarik perhatian aku sepanjang sejam aku berada disana ialah jus timun ini. Perut dah kenyang jadi baru semangat nak menuju ke destinasi berikutnya - Muzium Tsunami Aceh.


Muzium Tsunami Aceh setinggi 3 tingkat ini dibina pada tahun 2009 sebagai simbol untuk memperingati bencana tsunami yang melanda Aceh pada Disember 2004 dan telah meragut lebih 200 ribu nyawa. Kalau tengok muzium ini daripada atas, kita akan nampak rekaan muzium ini seperti bentuk gelombang tsunami. Helikopter di dalam gambar itu musnah teruk dilanda tsunami yer dan kalau korang tengok gambar disebelah helikopter itu, ketinggian tsunami sama tinggi dengan dinding yang berlubang-lubang tu. Serius aku tak dapat nak bayang kalau lah aku sendiri yang melihat tsunami setinggi tu depan aku. Sumpah ngeri!


Sampai saja di dalam Muzium Tsunami Aceh ini, aku perlu melalui satu lorong yang dipanggil Tsunami Alley atau pun lorong tsunami. Lorong disini agak gelap dan pada bahagian dinding di kiri dan kanan ada air yang mengalir turun. Laluan ini dicipta untuk kita merasakan seolah-olah kita sekarang berada di dalam tsunami tu. Bila selesai melalui Tsunami Alley ini, aku sampai pula ke satu ruang yang dipanggil Memorial Hall. Dekat ruang ini tak ada apa-apa sangat. Yang ada ialah puluhan skrin yang menayangkan gambar-gambar amatur yang diambil waktu tsunami melanda Banda Aceh. Ada beberapa gambar yang ditunjukkan tu menyentuh hati nurani aku nih juga lah kan. Selepas habis disini, aku bergerak pula Chamber Of Blessings atau Ruang Sumur Doa. Dekat ruang ini diletakkan nama-nama mangsa tsunami yang terkorban dan bila kita mendongak ke atas, kita akan nampak Kalimah Allah.


Bila keluar daripada ruang Sumur Doa tu, diluar ada lagi bilik pameran bergambar dan macam-macam lagi lah! Jadi, peluang berkunjung ke Muzium Tsunami Aceh ini sebenarnya memberikan seribu satu erti yang berharga. Memang korang wajib datang ke Muzium Tsunami Aceh ini kalau berkunjung ke Banda Aceh. Jangan risau bab bayaran sebab percuma jer pun. Yang penting bila korang datang ke Muzium Tsunami Aceh ini cuba hayati dan belajar sesuatu sepanjang korang berada di dalamnya. Baiklah! Destinasi seterusnya ialah ke rumah pahlawan wanita yang cuku terkenal di Aceh iaitu - Rumah Cut Nyak Dhien.


Inilah rumah Cut Nyak Dhien yang merupakan pahlawan wanita Aceh yang cukup dikenali pada era pemerintahan Belanda. Rumah di dalam gambar ini sebenarnya merupakan replika yang dibina semula kerana rumah asal telah musnah akibat dibakar oleh pihak Belanda pada tahun 1896.


Rumah ini memang besar dan dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun. Dan di rumah inilah si Cut Nyak Dhien ini melindungi diri dan menyusun strategi perang untuk menentang pihak Belanda. Mengikut apa yang diceritakan oleh penjaga disitu, tangga rumah ini sentiasa berubah kedudukan untuk mengelirukan pihak Belanda. Memang bijak betul orang-orang Aceh ini dan mengikut apa yang aku baca di rumah ini, Aceh mempunyai pasukan pahlawan wanita pada ketika itu. Memang terbaik!


Selain melihat ruang dalaman rumah serta hiasan, di Rumah Cut Nyak Dhien ini terdapat senjata, perigi, gambar-gambar menarik sama ada daripada kalangan orang Aceh ketika itu serta pihak Belanda dan juga carta salah silah keturunan beliau. Sayangnya keturunan Cut Nyak Dhien ini sudah tiada kerana semuanya dibunuh oleh pihak Belanda. Penjaga rumah ini menceritakan kepada kami bahawa Cut Nyak Dhien ini sebenarnya sangat licik dan tidak pernah berjaya ditangkap oleh pihak Belanda sehinggalah akhirnya terdapat salah seorang dari kalangan orang Cut Nyak Dhien sendiri yang telah belot dan mengkhianati Cut Nyak Dhien sehingga menyebabkan dia akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak Belanda. Serius aku tabik hormat apabila aku membaca kisah sejarah perjuangannya walaupun secara ringkas.  


Memandangkan pada hari pertama ini aku dah berkesempatan melawat Muzium Tsunami Aceh dan Rumah Cut Nyak Dhien jadi sudah tiba masanya untuk menuju ke tempat penginapan pula. Jadi, sepanjang aku berada di Banda Aceh, aku telah menginap di hotel yang paling mewah di Banda Aceh - Hermes Palace Hotel Banda Aceh


BERSAMBUNG.......

15 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Memula aku pun fikir Banda Acheh ni tak ada ape2...
    Tapi lepas baca entri ko ni, aku rasa macam nak pergi plak...Banyak jugak tempat2 yg best, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak tempat yang menarik dekat sana
      pergi lah bro
      memang tak rugi

      Padam
  2. Wah Acheh! Tak pernah pergi Acheh :D Nak hotel tuuuu hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi lah...kalau ada RM1000 dah cukup sangat untuk semua nya

      Padam
  3. makanan mmg nampak sedap.. muzium tu rasanya semua barang2 tsunami ad kt situ yg paling shining mesti la hotel ! hehe

    BalasPadam
  4. dah 10 tahun dah berlalu... kejap mase berjalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sekejap kan? rasa macam baru jer jadi benda tu

      Padam
  5. Nak tanya.kt sana byk x public transport?agak2 boleh x kalau nk pergi tanpa travel agency?

    BalasPadam
  6. Salam.nak tanya.kt sana banyak tak public transport?agak2 boleh tak kalo nak pergi tanpa travel agency?

    BalasPadam
  7. Bila nak pi kat sini memang public transport tak banyak lah, kerana masyarakat aceh lebih ramai guna motosical dan kereta
    milik sendiri, public transport ade bukan tak de tetapi tak byk boleh dijumpai di laluan. bila nak guna perhikmatan sewa keretapun ade kat sini degan tambang yg tak begitu mahal di jangka antara 300 - 450 ribu rupiah / 24 jam. Bila sewa kereta sahaja blm termasuk dribe hanya 300 ribu rupiah dan bila nak sewa kereta + dribe dijangka 400 - 450 ribu rupiah atau antara RM100 - RM150 sahaja..Visit Aceh " Trully Asia "..

    BalasPadam
  8. salam..sy nk tanya ctc person kt sane if u read this msg pliz email ur no to me.. nik_asnan@yahoo.com realy appreciate..

    BalasPadam
  9. Assalam tuan hans,

    Ada contact nom tuan Haji Ariffin tu tak? sangat tetarik untuk melawat bandar aceh

    BalasPadam
  10. Terima kasih untuk perkongsian pengalaman yang sangat menarik dan bermanfaat...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama