Jumaat, 22 Ogos 2014

Hans Comix : Rawatan Spa

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! Hampir semua wanita amat mementingkan kecantikan luaran masing-masing seperti wajah, kulit, kuku, rambut dan badan supaya penampilan semakin menarik. Tetapi, bagaimana pula dengan kecantikan dalaman? Cantik tak? Jadi, untuk Hans Comix Terbaru ini...Hans berharap agar anda semua terhibur!


P/S : Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu." (Hadis Riwayat Muslim)

Ahad, 17 Ogos 2014

Hans Comix : Alasan Putus

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Pasti ada kriteria-kriteria tertentu apabila kita memilih seseorang individu untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Ada yang memandang rupa! Ada yang memandang adab dan budi! Dan ada yang memandang ilmu agama! Jadi, untuk Hans Comix Terbaru ini...Hans berharap agar anda semua terhibur.


P/S : Salah satu ciri yang penting di dalam memilih bakal suami ialah akhlak beliau. Perhatikan akhlak calon suami anda tetapi bukan sahaja terhad terhadap bagaimana dia melayan anda kerana selalunya semua lelaki akan melayani bakal isteri mereka dengan baik. Tetapi, cuba perhatikan akhlaknya terhadap orang lain seperti bagaimana dia melayan ahli keluarga, rakan-rakannya, pekerja-pekerja kecil serta peminta sedekah mahu pun fakir miskin. Barulah anda akan lihat akhlak sebenar bakal suami anda :)