Ahad, 23 November 2014

Roti Titab Kopitiam Kita

Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Hans ada ke negeri Kelantan atas urusan kerja. Ada satu benda yang membuatkan Hans masih teringatkan Kota Bharu, Kelantan iatu menu paginya yang cukup sedap dan menarik iaitu Roti TitabRoti Titab ini sebenarnya menu yang ringkas sahaja tetapi ringkas dan mudah itulah sedap. Roti Titab ini terdiri daripada roti bakar yang cukup lembut, diletakan kaya di setiap penjuru roti dan telur separuh masak ditengah-tengah roti tersebut.


Sejujurnya tekak Hans nih memang susah sikit nak telan telur separuh masak sebab memang tekak boleh kembang dengan rasa telur tu. Tetapi, disebabkan kombinasi kaya dan telur itu menyebabkan rasanya memang sedap dan buat Hans tambah lagi sepinggan weh. Kalau di Kota Bharu, Kelantan nih yang Hans tahu Roti Titab nih hanya boleh dijumpai di kedai makan Kopitiam Kita yang merupakan kedai yang cukup popular dan menjadi pilihan rakyat kelantan untuk bersarapan. Selain Roti Titab ini, korang sebut jer apa jer makanan Kelantan....semua ada! Ada nasi tumpang! Ada nasi kak wok! Ada nasi dingin! Ada nasi kerabu! Memang rambang mata beb!


Kopitiam Kita nih pun menjadi pilihan ramai artis dan tokoh-tokoh hebat untuk bersarapan dekat sini. Jadi, katakan lah kalau korang pergi ke Kota Bharu dan teringin nak cuba makan Roti Titab atau segala jenis makanan Kelantan yang popular tu. Korang boleh lah pergi ke Kopitiam Kita nih tapi ingat kena pergi awal. Selalunya pukul 9 pagi dah banyak dah makanan yang habis! Hehehe! Selamat menjamu selera :)


KOPITIAM KITA


Alamat:
4357-A, Taman Desa Jaya,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.

Nombor Telefon:
019-9810888

Waktu Beroperasi:
07.00 am - 13.00 p.m

Khamis, 20 November 2014

Melancong Ke Banda Aceh - Part 5

Selepas selesai melawat PLTD APUNG, Hans pun pulang semula ko hotel untuk bersiap-siap bagi aktiviti malam pula. Maklumlah seharian berjalan ke sana ke sini jadi memang badan tu rasa macam tak selesa lah sikit kan. Jadi, pada malam hari ke empat ini, kami dibawa untuk menikmati hidangan wajib masyarakat Aceh. Orang kata tak sah pergi ke Banda Aceh kalau tak makan Mee Aceh. Hahhh! Nak tengok rupa dia? Macam mee lah! Hahaha!


Hah! Macam mana? Mesti hangpa semua telan ayaq liyoq kan? HAHAHAHAHA! Istimewanya mee Aceh ini terletak pada ketam yang besar tu. Macam Hans nih sebab tak boleh makan ketam jadi Hans minta Mee Aceh Seafood jer! Memang terbaik nak habaq mai! Sedap! Likat! Pekat! Terbaik! Tetapi, kalau korang ini bukannya jenis orang yang suka makan makanan masin jadi bagitahu lah siap-siap kepada tukang masak tu yang korang tak nak mee ini terlalu masin sebab pada pendapat Hans lah....orang Aceh nih suka makan masin sikit. Jadi, kalau tidak mahu darah tinggi korang naik(kalau ada lah!) silalah bagitahu cepat-cepat dekat pekerja yang ambil pesanan tu.


Hans makan Mee Aceh ini dekat sebuah kawasan kedai makan di Pasar Aceh yang juga dekat Masjid Raya Baiturrahman. Dan dekat kedai makan ini pun ada dijual satay. Hahh! Selalu dok makan satay Malaysia ja! Teringin juga nak makan satay Banda Aceh kan? Hans pun cuba lah makan! Oh mak hang! Sedap bak hang satay dia! Kuah satay pun sedap! Memang tak rugi lah datang Banda Aceh ini! Kalau bab makan memang champion orang Kedah kata! Hahaha! 


Untuk pengetahuan korang juga, Hans ini sebenarnya perut agak sensitif juga kalau makanan tu tak bersih tetapi Hans makan jer dekat gerai ker kedai tepi jalan ker. Dan ada seorang rakan ini lagi lah memang jenis tak boleh nak makan dekat gerai sebab jenis perut tak tahan. Tetapi, dekat Banda Aceh ini yang menariknya tu dekat mana kami makan sekali pun tak kiralah restoran ker, kedai tepi jalan ker atau mana-mana lah...tak sakit perut langsung weh! Itu yang buat Hans seronok sangat bila sebut bab makan di Banda Aceh nih. Jadi, lepas tu Hans pusing-pusing sekejap lah Banda Aceh ini. Tengok pemandangan malam bandarnya sebelum balik semula ke hotel untuk berehat.

HARI KELIMA

Akhirnya, inilah hari terakhir Hans akan berada di Banda Aceh ini. Sebelum nak bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda nih...Hans belek-belek clutch Hans tu dan tengok duit rupiah nih masih banyak. Apa lah aku nak buat dengan duit nih yer? Tiba-tiba dapat satu idea! Mai kita pi joli sat! Hahaha!


Tudiaaa! Tudiaaa! Botol apa besaq-besaq tu oiiiii!!! Hah! Memandangkan Hans dan perfume tidak dapat dipisahkan jadi Hans pun singgah sekejap dekat salah satu 'toko parfum' di Banda Aceh iaitu di Hugo Perfume. Hah! Dekat sini ada macam-macam perfume yang dijual. Korang pilih jer korang nak perfume jenama apa! Semua ada dalam katalog yang dia bagi dekat Hans!


Dekat sini jer Hans pilih empat jenis perfume yang Hans sukakan bau nya. Korang boleh pilih berapa banyak kuantiti korang nak lah. Lagi banyak lagi mahal lah harganya! Jumlah keseluruhan Hans belanja untuk keempat-empat perfume ini adalah dalam 212 ribu rupiah. Hah! Dengaq ratus ribu tapi sebenarnya tak mahal pun! Hahaha! Yang seronoknya beli perfume dekat sini sebab bau dia memang tahan lama. Selalu kalau perfume tak original nih kan tahan setengah hari macam tu jer kan tetapi perfume nih lebih kurang sama macam yang original dah. Tahan berhari-hari! Memang seronok lah! Hahaha!


Sementara menunggu waktu berlepas ke Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda ini, Hans ambil lah kesempatan yang ada untuk berbual-bual sekejap dengan pemandu kami yang merupakan orang tempatan iaitu Pak Umar. Nampak juga lah wajah Pak Umar ini macam sedikit sedih apabila Hans dan rakan-rakan nak balik ke Malaysia. Maklumlah! Kami ini suka menyakat dia. Hahaha!


Hah! Inilah dia gerangan orangnya! Pak Umar yang memang kelakar! Pak Umar ini sebenarnya pemalu sedikit jadi memang kena rajin sembang dengan dia. Bila dah lama sikit tu, nampak lah yang dia nih sebenarnya baik dan peramah. Pak Umar ini juga hanya tahu cakap bahasa Melayu Indonesia dan Aceh jer. Jadi, Hans dan rakan-rakan suka menyakat dia dalam Bahasa Inggeris. Hahaha! Kalau korang nak ke Banda Aceh nanti dan kalau perlukan perkhidmatan orang Aceh, Hans cadangkan korang telefon jer Pak Umar ini. Ini nombornya 081360931308 / 62085260529906.


Jadi, tibalah masanya untuk Hans pulang semula ke tanah air tercinta iaitu Malaysia. Sepanjang 5 hari 4 malam berada di Banda Aceh ini memang banyak perkara yang Hans belajar dan alami. Ketabahan! Kekuatan! Rendah diri! Semangat untuk teruskan hidup! Ketaatan pada agama! Semua ini masih menebal di dalam diri masyarakat Aceh walaupun kejadian tsunami telah 10 tahun melanda Banda Aceh. Hans pergi ke Banda Aceh tanpa memasang sebarang impian atau harapan yang tinggi terhadap tempat ini tetapi sebenarnya secara peribadi Hans merasakan Banda Aceh ini memang istimewa dan Hans sangat sukakan suasananya.


Inilah antara cenderahati yang Hans sempat belikan sewaktu berada di Banda Aceh. Alhamdulillah! Jika diberi kesempatan untuk sekali lagi melawat Banda Aceh...mungkin destinasi Hans yang seterusnya ialah Pulau Sabang. Jadi, ini merupakan entry terakhir Hans sepanjang Hans melancong ke Banda Aceh. Kepada sesiapa yang teringin atau memang memasang niat untuk melancong kesana, silakan lah dan insyaallah anda pasti teruja dan gembira dengan lawatan anda. Sekian! Assalammualaikum! :)


Jumaat, 14 November 2014

Melancong Ke Banda Aceh - Part 4

HARI KEEMPAT

Yeahhhhh!!!! Hari keempat yang ditunggu-tunggu telah tiba sebab hari ini memang hari untuk berjalan sepuas-puasnya! Hahaha! Jadi, destinasi pertama yang aku pergi untuk hari ini ialah Pasar Aceh. Jom kita redah!


Pasar Aceh ini tak lah besar sangat dan tempat ini sebenarnya sangat sesuai untuk kaum wanita yang suka membeli-belah. Hans bila masuk dalam nih jer terus mati kutu sebab kebanyakan barang dalam ini memang untuk wanita. Bak kata pelawak Achey - Matilahhhhhhh Nakkkkkkkk sebab nak menunggu! Hahaha!


Orang dekat sini sebut Pasar Aceh tapi ejaannya Pasar Atjeh! Confuse jadinya I'ols! Harap-harap u'ols tak confuse lah yer! Tiba-tiba terus jadi I'ols dengan U'ols! Hahahaha! Jadi, meh kita tengok apa jer barang yang ada dekat dalam nih!


Dah tengok kan? Mananya tak tekanan jiwa aku berada di dalam nih sebab kebanyakan barang yang dijual memang barang untuk wanita. Kawan-kawan sekerja aku yang perempuan suka lah tempat ini! Aku pula asyik tengok jam sambil merungut bila mereka semua nih nak habis membeli-belah!


Tengok lah gambar di atas! Beza kan muka kawan aku berjantina wanita dan muka aku yang berjantina lelaki! Fuh! Dekat sejam lebih juga lah duduk dekat dalam nih! Naik bosan aku jadinya! Hahahaha! Jadi, memandangkan bila dah pergi Banda Aceh ini maka ramai lah kawan-kawan dekat Malaysia yang minta belikan cenderahati. Nak fridge magnet lah! Nak keychain lah! Nak baju lah! Jadi, destinasi selepas ini nak pergi beli semua benda-benda tu! Fuh! Baru rasa semangat sikit!


Dekat kawasan Banda Aceh ada satu deretan kedai yang memang menjual cenderahati saja. Barang-barang yang dijual disetiap kedai pun sama jer cuma harga lah yang mungkin sedikit berbeza.


Macam-macam lah ada dijual dekat sini! Ada kain batik! Ada beg tangan! Ada pelbagai jenis baju! Makanan seperti kuih muih dan serbuk kopi pun antara barang-barang istimewa yang dijual disini. Disebabkan pilihan cenderamata yang tidak banyak maka aku mula pening kepala.


Yeahhhhhh!!! Akhirnya ini jer lah yang aku rasa cantik dimata aku untuk dibeli! Keychain dan fridge magnet! Tahniah kepada sesiapa yang dapat benda nih dari aku! Penat kut aku fikir apa yang aku nak beli dekat korang! Hahahahaha! Jadi, waktu yang aku nanti-nantikan telah tiba! Apa lagi kalau bukan MAKAN TENGAHARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!! Hahahahaha! Nampak tak semangat nak makan tu membara dalam sanubari! Maklumlah setakat ini memang makanan dekat Banda Aceh ini sedap-sedap belaka! Kali ini pemandu kami nak bawa aku dan lain-lain makan ayam pramugari di Rumah Makan Adytia Jaya. Ayam apa tu?


Inilah dia AYAM PRAMUGARI atau pun nama lainnya ialah Ayam Tangkap Aceh. Ayam nih digoreng dengan daun apa entah! Waktu sampai atas meja tu aku tengok juga apa kebenda lah banyak sangat daun-daun atas ayam nih. Tapi sebenarnya itulah yang membuatkan rasa ayam nih sedap dan lain dari yang lain. Dari tadi aku dok usha ayam nih tapi aku masih tak faham macam mana ayam nih boleh dapat nama ayam pramugari. Aku tanya lah dekat pemandu Aceh tu. Rupa-rupanya sebab kaki ayam nih panjang macam pramugari. Hahahaha! Tergelak aku jadinya! Tapi serius sedap wehhhh!


Aku juga dihidangkan dengan kari ayam dan kari kambing! Walawehhhh! Aku dah tak peduli dah pasal kegemukan! Yang penting kari dia memang terbaik! Ini kalau ada roti ini memang lagi nikmat makan nih! Dua kali juga lah aku tambah nasi dekat kedai makan nih! Hahahaha! 


Hah! Lagi satu dekat sini ada satu jus yang menarik untuk dicuba! Jus sirap betik cincau! Memandangkan aku memang suka cuba makanan dan minuman yang unik serta aneh-aneh jadi aku pun bedal jer lah kan! Hurmmm! Sedap juga! Boleh tahan kreatif lah orang Aceh ini. Jus ini bagi aku sedap tapi kadang-kadang rasa macam ubat sirap tu pun ada juga. Hehehehe!


Inilah nama kedai dan alamatnya istimewa untuk korang yang bercita-cita nak pergi Banda Aceh ini nanti! Serius korang kena cuba makan tengahari dekat sini sebab selain daripada makanan-makanannya yang sedap, servis yang diberikan juga memang terbaik! Tak percaya cuba korang tengok gambar dekat bawah nih!


Muka sorang-sorang gembira kan? Hah! Itulah buktinya kedai makan ini memang terbaik! Jadi, selepas ini aku nak pergi ke sebuah masjid yang sangat terkenal di seluruh dunia disebabkan masjid ini merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat di dalam kejadian tsunami di kawasan yang paling teruk terjejas iaitu Masjid Rahmatullah.


Dalam perjalanan ke Masjid Rahmatullah, aku melalui sebuah kawasan yang cukup cantik dan dinamakan Pantai Lhoknga. Mengikut kisah yang diceritakan oleh pemandu Aceh kepada kami semua, kawasan ini dulu merupakan kawasan pelancongan yang terkenal di kalangan pelancong asing tetapi tsunami yang dikatakan setinggi lebih 35 meter telah melanda kawasan ini dan memusnahkan kesemuanya. Yang paling menakutkan tu apabila dekat kawasan ini sebenarnya banyak bukit dan dikatakan ada bukit yang tenggelam seketika waktu tsunami melanda pada ketika itu. Aku terus tergamam bila tengok bukit yang tinggi macam tu pun boleh tenggelam. Subhanallah!


Tetapi, serius kawasan laut disini memang cantik sangat! Dengan warna air lautnya yang seakan-akan biru hijau turquoise tu memang buat aku jatuh hati dekat tempat nih. Oh! Abaikan bentuk badan yang penuh dengan lemak tepu tu! Sila nikmati pemandangan laut yang indah ini. Hehehe!


Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Wah! Tiba-tiba berpantun pula! Hahaha! Dalam sejarah hidup aku lah kan....dah suku abad aku hidup dengan dunia nih...selama nih aku asyik dengar jer pantun pasal buah keranji nih tapi belum pernah aku tengok macam mana rupa buahnya. Jadi, gambar di atas itu merupakan gambar buah keranji yang banyak dijual di sepanjang perjalanan aku lalui untuk ke masjid Rahmatullah! Masa tu teruja gila bila tahu inilah buah keranji. Dari jauh nampak macam anggur pun ada! Rasanya masam-masam lemak macam tu lah! Aku tak berapa lalu sangat tapi ada juga kawan-kawan yang seronok makan buah nih! Hehehe!


Alhamdulillah akhirnya aku tiba di Masjid Rahmatullah dan kalau korang nak tahu inilah masjid yang korang selalu tengok di televisyen waktu tsunami melanda Aceh tu. Dalam perjalanan ke masjid ini, aku masih dapat melihat kesan-kesan tsunami yang membadai tempat ini walaupun bencana itu sudah 10 tahun berlalu. Apabila masuk ke kawasan ini memang rasanya lain sangat! Rasa macam suram! Sunyi! Tak tahu nak cakap macam mana tetapi itulah apa aku dan rakan-rakan rasa! Memang tak sama macam tempat lain yang aku pergi dekat Banda Aceh setakat ini!


Aku sempat naik ke menara masjid untuk melihat pemandangan keseluruhan kawasan daripada atas. Bayangkan semasa kejadian, kawasan-kawasan di dalam gambar itu semuanya lapang tetapi sekarang alhamdulillah kembali terisi dengan rumah-rumah serta kawasan pertanian. Memang bila difikirkan balik cukup-cukup buat kita sebagai umatnya rasa sangat kerdil dan menginsafkan kita. Jadi, macam biasalah disebabkan kawasan ini dah dekat sangat dengan kawasan pelancongan Pantai Lampuuk (kalau tak salah aku) jadi kami bergerak kesana untuk merasai nikmat angin laut.


Serius kawasan pantai dekat sini memang cantik weh! Rasa macam nak mandi jer dekat sini tetapi nasib tak ada masa jer. Maaflah dengan gambar yang tersangat poyo dekat atas tu sebab aku pun rasa menyampah tengok gambar sendiri! Hahahaha!


Dan kalau korang datang kesini mesti korang akan berjumpa dengan itik-itik yang comel ini. Mengikut daripada apa yang diceritakan kepada aku, penduduk serta pengusaha di kawasan pantai ini membela itik-itik ini sebagai langkah keselamatan jika berlaku lagi tsunami disini. Maklumlah! Selalunya haiwan-haiwan yang akan bagi petanda awal jika tsunami bakal berlaku disesuatu kawasan.


Bertentang dengan kawasan pantai itu adalah tempat aku berdiri ini. Dipisahkan dengan pasir pantai jer dan tempat ini memang cantik kalau korang nak bergambar! Hah! Waktu nih lah boleh nak feeling model bagai! Hahahaha! Cantik kan gambar nih? Memandangkan waktu ini dah petang jadi destinasi seterusnya ialah untuk melawat sebuah lagi kapal yang dihanyutkan oleh tsunami ke kawasan tempat tinggal masyarakat Aceh.


Hah! Inilah sebuah lagi kapal besar yang dihanyutkan tsunami iaitu kapal PLTD Apung. Kapal ini memang berat lah sebab dibuat daripada besi dan aku dikhabarkan kemungkinan dibawah dasar kapal ini terdapat mayat kerana tapak dimana kapal ini berada sekarang merupakan tapak beberapa buah rumah yang telah dilenyek oleh kapal ini semasa kejadian tsunami.


Dekat sini korang masih berpeluang untuk melihat kesan-kesan tsunami yang telah melanda kawasan ini. Berbalik kepada kapal besar tadi....kalau korang nak tahu sewaktu kapal ini dihanyutkan kesini sebenarnya di dalam kapal ini ada seorang manusia yang bertuah cuma kisahnya aku tak tahu lah nak kata lucu atau simpati. 


Mengikut kisahnya sebelum kejadian tsunami, di atas kapal ini ada tiga orang pekerja ker kelasi macam tu lah. Waktu tsunami datang, dua orang ini nampak dan melarikan diri tetapi yang seorang lagi pula berada di dalam bilik di dalam kapal dan tidur. Jadi, apabila dia bangun daripada tidur dan keluar ke dek kapal, sedar-sedar dia dah ada di kawasan ini dan baru dia tahu tsunami telah melanda Aceh. Aku tak dapat bayang kalau aku berada di tempat mangsa yang terselamat tu. Kalau korang?


Jadi, bila dah letih sebab daripada pagi sampai ke petang melawat dan membeli-belah di kawasan-kawasan pelancongan dan tarikan di Banda Aceh ini maka aku dan rakan-rakan yang lain pun pulang lah ke hotel. Malam nanti kami nak makan satu menu istimewa masyarakat Aceh. Kiranya tak lengkap perjalanan korang ke Banda Aceh kalau tak makan juadah nih. Apa menunya? Nantikan dalam entry terakhir Melancong Ke Banda Aceh yer! Hehehe!


BERSAMBUNG.....

Selasa, 4 November 2014

Melancong Ke Banda Aceh - Part 3

HARI KETIGA

Alhamdulillah! Hari ketiga aku di berada di Banda Aceh jatuh pada hari Jumaat. Jadi, aku berpeluang menunaikan solat jumaat di salah sebuah masjid yang cukup terkenal bukan sahaja di kalangan masyarakat Aceh tetapi juga seluruh dunia iaitu Masjid Raya Baiturrahman.



Masjid Raya Baiturrahman ini bukan sahaja dikenali dunia sewaktu kejadian tsunami sahaja tetapi juga dek kerana sejarahnya. Sebenarnya sewaktu zaman Belanda menjajah Indonesia, masjid ini pernah dibakar keseluruhannya oleh tentera Belanda sebelum dibangunkan semula. Dan mengikut daripada pertanyaan aku kepada beberapa orang masyarakat Aceh disini, sewaktu tsunami melanda kawasan ini, air tsunami tersebut tidak masuk langsung ke dalam masjid dan masjid ini memang selamat tanpa ada kerosakan. Lihatlah betapa hebatnya kuasa Allah. Memang insaf apabila berada di masjid ini dan mengetahui tentang segala peristiwa yang berlaku. 



Masjid Raya Baiturrahman ini dibuka sejak tahun 1881 lagi dan pemandangan di sekitar kawasan masjid ini memang membuatkan aku rasa tenang jer. Selain menjadi tempat umat Islam Aceh bertukar pandangan, melangsungkan perkahwinan dan mencari sumber ekonomi, masjid ini juga memang aktif membuat pelbagai aktiviti seperti ceramah dan jumlah hadirin yang datang memang melimpah keluar daripada masjid. Memang Hans kagum betul! Dan menariknya masjid ini kerana ia dilengkapi penghawa dingin, menyediakan air minuman secara percuma kepada jemaah selepas sudah solat Jumaat dan juga turut menjadi kawasan pelancongan yang menarik perhatian ramai pelawat.


Alhamdulillah Hans rasa sangat bersyukur kerana dapat menunaikan solat Jumaat di Banda Aceh. Jadi, destinasi seterusnya ialah melawat sebuah rumah anak yatim di Banda Aceh. Di Banda Aceh memang terdapat banyak rumah anak yatim hasil sumbangan pelbagai negara termasuk Malaysia. Maaf Hans lupa pula nama rumah anak yatim yang Hans pergi nih tetapi dekat sini sahaja dah ada lebih kurang 1000 orang anak yatim. Banyak weh! Serius sayu hati bila tengok budak-budak ini. Hans rasa bersyukur sangat sebab masih mempunyai abah dan emak!


Alhamdulillah! Lawatan kami kesana memang disambut dengan cukup mesra oleh semua penghuni disana. Yang seronoknya tu hasil sumbangan beberapa orang rakyat Malaysia yang menyumbangkan seekor lembu buat rumah anak yatim ini, mereka telah menyediakan menu gulai kawah yang memang buat Hans tanpa segan apatah lagi malu untuk menambah nasi di dalam pinggan. Sedap wehhhh! Hahahaha!


Satu perkara yang Hans cukup kagum apabila berada di Banda Aceh ini ialah mereka mempunyai pasukan polis syariah dan untuk hari ketiga ini Hans berpeluang melihat sendiri bagaimana pasukan polis syariah Banda Aceh bertugas membanteras masalah-masalah sosial yang melibatkan remaja-remaja serta orang dewasa disana. Bagi Hans sebenarnya ini satu pendekatan yang cukup bagus dan Malaysia terutamanya majlis agama Islam setiap negeri sepatutnya boleh mencuba pendekatan ini. 


Pasukan polis syariah wanita yang pakai baju hijau lumut tu. Hahhhh! Mereka ini memang hebat kerana berani dan cekal menjalankan tugas. Mana-mana yang dilihat berdua-duaan atau memakai pakaian yang menunjukkan aurat atau ketat akan dipanggil, dikumpulkan dan diberi nasihat dengan penuh berhemah. Walaupun ada sesetengah yang ditahan bertindak agak agresif tetapi akhirnya mereka menjadi tenang dan mengaku bersalah apabila mendengar nasihat daripada polis-polis ini. Serius Hans tabik dengan skuad polis syariah Banda Aceh ini. Terbaik!


Semalam Hans telah pergi ke Gampong Lampulo untuk melihat kapal yang tersangkut di rumah tetapi tidak sempat untuk singgah menikmati pemandangan senja yang indah berdekatan dengan sebuah pelabuhan disana. Jadi, aku mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari jatuh daripada kawasan ini dan memang cantik dan indah pemandangan pada hari itu. Penduduk sekitar pun murah dengan senyuman dan memandangkan mereka tahu kami ini pelancong luar jadi mereka pun tidak kisah membenarkan aku dan rakan-rakan untuk naik ke atas kapal dan bergambar disitu. Hehehe!


Untuk hari ketiga ini, pemandu kami yang merupakan penduduk tempatan mencadangkan kami makan malam disebuah restoran yang bernama Warong Rumoh Aceh. Restoran ini menawarkan semua makanan khas Aceh dan kata mereka makanan dekat sini memang sedap-sedap. Hah! Itu yang aku nak dengar tu! Perkataan sedap tu bila diucapkan oleh pemandu tu memang boleh dipercayai! Sedap gila nak habaq mai! Hahahaha! Bertambah lagi lah nasi yang aku makan. Jadi, kepada sesiapa yang tengah berdiet tu mohon lupakan hajat korang kalau datang ke Banda Aceh ini. Serius aku memang syorkan kepada sesiapa yang nak datang melawat ke Banda Aceh ini untuk cuba makan malam dekat sini. Jadi, perut pun dah kenyang dan aku pun balik ke hotel untuk berehat. Tak sabar nak tunggu esok sebab banyak lagi tempat yang aku tak pergi lagi nih! Yehaaaaaaaaaa!!  


BERSAMBUNG.....