Khamis, 30 April 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia - Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah baru ada mood nak menulis pengalaman melancong yang seterusnya ini. Kalau ikutkan pada artikel terakhir, aku ada menyatakan ingin berkongsi pengalaman sewaktu ke negara Taiwan pada Februari sebelum ini tetapi disebabkan malas dan akhirnya aku rasa aku nak berkongsi pengalaman aku melancong ke Bandung, Indonesia bersama empat orang rakan-rakan baik.


Hari Pra-Kedatangan (Khamis, 26 Mac 2015)

Sebenarnya, sebelum percutian ke Gambang pada bulan November tahun lepas, perancangan asal aku sebenarnya ialah untuk bercuti ke Bandung tetapi disebabkan nak perginya tu berlima jadi memang macam-macam masalah lah. Ada tak dapat cuti! Ada duit tak cukup! Ada yang tak yakin lagi nak keluar negara! Takut kena culik katanya! Buta lah mata si penculik kalau dia culik member-member aku nih! 

DI KAWASAN LUAR KLIA 2

Jadi, alhamdulillah akhirnya impian tercapai juga nak ke Bandung! Tiket telah dibeli walaupun secara tiba-tiba AirAsia Indonesia mempercepatkan waktu untuk pulang ke Malaysia dan secara tiba-tiba kena bayar cukai yang baru dikuatkuasakan disana. Apa-apapun, semangat nak melancong ala-ala backpackers(Yer Ker?) sangat kuat dan semua benda itu diabaikan.



Memang tak bawa luggage pun sebab nak backpackers kan. Bawa beg dengan 2 helai baju dan alat-alat mandian serta wangian jer lah. Sebab perancangan aku nak beli dekat sana jer semua baju-baju. Akhirnya, selepas menanti semua rakan-rakan tiba jadi tibalah waktunya untuk berlepas ke Bandung. Ada yang teruja! Ada yang muka tak ada perasaan. Aku? Tengah fikir malam nih nak tidur dekat mana lah agaknya. Kenapa? Puncanya disebabkan tema pengembaraan kali ini ialah Backpackers jadi kononnya ada segelintir yang nak tidur dekat lapangan terbang di Bandung tu. Tetapi, aku dan beberapa orang daripada kawan aku ini dah buat persediaan sewa homestay sebab dah tahu dah keadaan dan keluasan kawasan dalam Lapangan Terbang Husein Sastranegara Bandung tu macam mana dah rupanya. Memang azab lah nak kalau kau nak tidur dekat situ. Hahaha!


Alhamdulillah! Akhirnya! Kini Pasti! Aku dah sampai Bandung! Yehaaaaaaaaa! Memang tepat jangkaan aku dan kawan-kawan yang sependapat! Memang tak boleh nak tidur pun dekat sini sebab sempit dan kecil. Senang cakap tak ada ruang pun kau nak duduk! Macam mana tu? Hahaha! Jadi, semasa tengah beratur untuk pemeriksaan imigresen tu memang berbulu sikit lah hati ini sebab ada beberapa penduduk tempatan yang suka hati tok depa ja nak potong barisan. Hah! Keluaq dah ayat utara aku! Panas jer! Potong barisan satu hal! Lepas tu muka tak bersalah pula tu! Sabaq jer lah!

Lapangan Terbang Husein Sastranegara Bandung 

Selepas selesai semua urusan dan keluar jer dari situ terus aku berjumpa dengan Rahmat, yang menyediakan pakej pelancongan dan kenderaan serta sebagai pemandu pelancong kami sekali. Serius memang bagus budak Rahmat ini! Satu perkara yang menarik di Bandung ini, dekat sini aku memang susah nak jumpa pengemis tetapi yang pasti memang ramai yang akan datang dekat kau dan menjual pelbagai barang. Seperti di lapangan terbang ini masing-masing cuba jual simkad tetapi sebenarnya agak mahal sedikit. Jadi, baik beli dekat tempat lain.

Jadi, pada malam itu kami berlima tinggal di homestay yang dicadangkan Rahmat. Memandangkan penat dan malas nak ambil gambar jadi memang tak ada gambar homestay tu tetapi serius rumahnya cantik, sejuk, bersih dan yang penting ada tempat untuk solat yer. Dan memandangkan waktu Subuh disini sangat awal iaitu lebih kurang pukul 4.30 pagi, jadi terkeluar lah satu ayat keramat daripada kawan aku,"Sebelum ayam berkokok aku akan bangun!" tetapi hakikatnya 4 kali ayam berkokok kawan aku masih juga membongkang atas katil. Sekian!


Hari Pertama(Jumaat, 27 Mac 2015)

Bandung ini memang merupakan salah satu tempat yang sejuk sebenarnya jadi memang patut lah ramai orang suka datang dekat sini. Seronok tinggal dekat homestay yang dicadangkan Rahmat ini bukannya apa.... harganya dah memang murah dalam RM50 jer untuk semalam dan yang seronok tu ada sarapan pagi. Ya ampunnnnnnn!! Sedap sekali tempe nya buk! Hahahaha! Sumpah sedap weh tempe dekat sini! Selalu aku kena makan dengan nasi tetapi tempe dekat sini aku makan macam makan keropok jer. Sedap tak terkata!



Jadi, selepas perancangan bersama kami berlima bersama Rahmat semalam maka hari pertama ini kami akan fokus kan pada tempat-tempat pelancongan yang berkonsepkan alam semulajadi kerana tempat-tempat ini agak jauh dari bandar Bandung. Jadi, destinasi pertama kami ialah untuk melihat kawasan yang sehingga ke hari ini belum pernah ada atau dijumpai lagi di Malaysia iaitu kawasan gunung berapi. Dekat Bandung ini ada dua tempat pelancongan gunung berapi yang popular iaitu Tangkuban Parahu dan Kawah Putih. Tangkuban Parahu diuruskan oleh pihak swasta dan tiketnya agak mahal tetapi orang kata ini destinasi wajib. Kalau tak pergi Tangkuban Parahu tak lengkap perjalanan ke Bandung. Katanyaaaaaaa!



Perjalanan ke sana akan membuatkan korang melalui kawasan bandar serta pekan kecil mereka. Sebenarnya tak banyak beza pun berbanding di Malaysia cuma yang menarik disini ialah Bandung merupakan kawasan ketiga yang yang paling padat di Indonesia selepas Jakarta dan satu lagi tempat(Aku Dah Lupa...Hahaha!). Jadi, kesesakannya terutama di hari minggu memang lain macam sikit sebab dikhabarkan orang-orang Jakarta akan turun ke Bandung pada hujung minggu untuk membeli-belah. Bayangkan jalan yang dua laluan tu boleh jadi empat laluan. Hahaha! Tetapi, walaupun jalan sesak tetapi sesaknya tak adalah terlalu lama seperti di Kuala Lumpur. Pelik kan? 


Dalam perjalanan untuk ke kawasan gunung berapi Tangkuban Parahu ini, kami melalui jalan yang berbukit dan tinggi. Keadaan suhu pun menjadi makin sejuk dan yang menariknya itu, aku banyak melihat papan tanda orang menjual satay kelinchi. Aku pelik juga satay kejadah apa pula tu. Pelik betul namanya! Rupa-rupanya satay arnab! Wah! Nak makan tetapi awal-awal pagi ini mereka tak jual lagi! Melepas! Dan seronoknya tu aku melalui kawasan-kawasan berbukit yang cukup indah! Ada ladang teh! Ada ladang strawberry! Ada kebun sayur! Memandangkan aku suka pemandangan semula jadi macam tu jadi memang aku rasa nyaman jer dengan suasana disini.



Akhirnya, aku telah tiba di pintu gerbang Tangkuban Parahu. Untuk pengetahuan semua, nak masuk sini bukan percuma yer. No! No! No! 


Tiket Hari Biasa    : 200 Ribu Rupiah
Tiket Hari Minggu : 300 Ribu Rupiah

Dan aku mendapat tahu, harga tiket ini dikenakan istimewa buat pelancong-pelancong sahaja. Jika orang tempatan harganya sekitar puluh-puluh ribu sahaja. Memandangkan kami ini datang pula pada hari minggu jadi tiketnya ialah 300 ribu. 300 ribu boleh beli rumah tau! Jangan main-main! Hahaha! Apa-apapun, alhamdulillah hasil bantuan pemandu pelancong kami iaitu Rahmat, kami berjaya mendapat tiket dengan harga yang murah! Nak tahu berapa? Rahsia! Kena tanya pada Rahmat!



Tetapi, sementara nak tunggu dapatkan tiket murah memang masing-masing bergambar lah sebanyak mana yang mungkin. Dan dekat kawasan bawah ini pun sudah ada penjaja-penjaja jalanan yang cuba menjual hasil barangan mereka pada kami. Salah satu produk yang popular dijual dekat bahagian bawah ini ialah buah strawberry dan buah berry. Tetapi, mereka sebenarnya menjual dengan harga yang serius cekik darah dan taktik permulaan mereka ialah dengan meminta kita sekadar merasa dan tidak memaksa kita membeli.

TETAPI..... Nampak tak besarnya tetapi aku tu....Kalau sekali korang dah merasa konon-konon tester lah kan...memang silap! Memang cari nahas! Sudah dibungkusnya terus dan minta kita beli dengan mereka! Macam aku nih hati kering sikit dan memang aku tak rasa pun! Kawan aku yang terasa tu pun bertanya lah satu bekas ini berapa harganya? "Enggak mahal pak! Cuma 150 ribu saja!" kata si penjaja tadi.

"150 Ribu?" hati aku terdetik. Mahal tu! Kalau 100 ribu rupiah bersamaan dengan RM30 jadi tak akan lah satu bekas nih harga sampai RM30 lebih. Hahaha! Sah member aku kena kapak dah dengan pakcik Bandung nih. Memandangkan kawan aku ini pula jenis tak sampai hati jadi dibelinya dua bekas iaitu satu strawberry dan satu beri dengan harga 250 ribu rupiah. Saksikan gambar di bawah!


STRAWBERRY JODOH DI DALAM GAMBAR INI


Kata si penjual tu,"Strowberi yang saya jual ini bagus pak! Hasil titik peluh petani! Jika dimakan pasti ketemu jodoh pak!" Aku memang tergelak terus sudah dan secara automatik kami namakan strawberry yang dibeli ini ialah strawberry jodoh! Hahahahaha! 


Memandangkan ini kawasan gunung berapi jadi bau belerang atau sulfur nya tu agak kuat dibahagian bawah tetapi bagi hidung aku sebenarnya okay jer cuma saja acah-acah pakai topeng muka nih. Hahahaha!




Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Inilah rupa-rupanya gunung berapi Tangkuban Parahu. Masyaallah! Indah sungguh ciptaan dan rahsia Allah S.W.T ini sebenarnya! Dan ada kisah disebalik Tangkuban Parahu ini. Kira macam cerita rakyat lah! Cerita dongeng! Sebenarnya gunung Tangkuban Perahu ini merupakan sampan yang terbalik.

Kisahnya, ada seorang pemuda ini yang terkenal dengan kesaktiannya dan satu hari dia bertemu dengan seorang wanita yang cukup cantik dan jatuh cinta pada wanita tersebut. Dalam masa yang sama, wanita tersebut sebenarnya merupakan ibu kandungnya dan mereka berdua terpisah sejak si pemuda itu masih bayi lagi.

Jadi, untuk mengelakkan dari mengahwini zuriatnya sendiri, si ibu memberikan syarat kepada si anaknya,"Jika engkau ingin mengahwiniku, kau harus membina sebuah sampan besar dalam masa yang aku tetapkan!" Jadi, anaknya itu mencuba membina perahu tetapi tidak sempat menyiapkannya dalam masa yang diberikan. Jadi, akibat kecewa dan marah kerana gagal mengahwini wanita yang dicintainya, si pemuda tadi menendang perahu itu sehingga terbalik. Jadi, itulah kisah disebalik nama Tangkuban Parahu.

Baik adik-adik sekalian! Tamat sudah kisah dongeng kita!




Kembali ke alam realiti... Bila aku sampai saja dekat sini memang rasa teruja dan seronok sangat dapat melihat keindahan tempat ini! Serius sangat cantik! Dan buat pertama kali lah berpeluang tengok gunung berapi depan mata sendiri. Tetapi, ada satu perkara yang menarik perhatian aku apabila sampai di sini. Baru kaki ini menjejak tanah tiba-tiba kami ini menjadi tumpuan ramai penjaja yang mempromosi barang-barang yang mereka jual seperti keychain, baju, topi dan yang paling menarik buah strawberry jodoh! Hahaha!




Disebabkan rasa ingin tahu yang cukup mendalam tentang harga sebenar buah strawberry ini maka penyiasatan pun bermula. Nak tahu harga paling murah yang ditawarkan kepada aku berapa? 10 ribu rupiah saja untuk satu bekas! Diulangi satu bekas yer! Apa cerita kawan aku beli 2 bekas kena sampai 250 ribu rupiah? Nampak tak permainannya disitu! Hahahahaha! 


Aku boleh katakan kita ini sebagai orang Malaysia ibarat gula atau madu bagi mereka disana. Memandangkan rakyat Malaysia memang terkenal dengan kegilaan membeli-belah jadi mereka merasakan kita ini sebagai lubuk untuk mereka mendapat wang dengan menjual barang-barang mereka. Walaupun aku secara jujurnya rimas kerana walaupun sudah aku katakan aku tidak berminat untuk membeli tetapi mereka tetap terus mencuba sehingga tiba-tiba menjadi pemandu pelancong tidak berbayar kami berlima. Waduh! Gawat nih Pak! Harus gimana ini?




Tetapi, aku tetap kagum dengan penduduk di sekitar kawasan Tangkuban Parahu ini. Kenapa aku kagum? Sebab bagi aku mereka berusaha mencari rezeki tanpa meminta sedekah! Itu sudah cukup mengagumkan aku kerana usaha mereka ialah cuba mempromosi dan menawarkan harga yang terbaik dan bukan sekadar meminta belah ihsan orang. Cuma sesiapa yang pergi kesini kalau yang jenis hati tisu tu memang susah lah! Ialah tak dinafikan aku pun ada rasa kasihan pada mereka tetapi kalau kita dah mula beli satu benda memang terus yang lain-lain tu datang dekat kita. Mati lah nak kita nak kena melayan sorang-sorang!



Kawasan Tangkuban Perahu ini luas juga sebenarnya bagi sesiapa yang jarang bersenam. Hahaha! Dan selain bergambar, melihat pemandangan serta berhadapan dengan penjaja-penjaja yang berpuluh atau mungkin beratus orang di sini, dekat kawasan nih pun ada juga kedai yang menjual cenderamata dan makanan. Dan apa yang aku perasan sebenarnya, harga barang-barang yang dijual disini sebenarnya sangat murah dan masih boleh tawar-menawar. Aku malas nak membeli-belah dekat sini sebab pertamanya ialah ini merupakan tempat pelancongan pertama aku di Bandung dan kedua, aku sedikit rimas dengan kehadiran penjaja jalanan. Tetapi, hakikat sebenar harga barang dekat sini terutamanya cenderamata memang murah dan banyak pilihan. Jadi, itu tips untuk korang!



Jadi, inilah destinasi pertama kami berlima iaitu Gunung Berapi Tangkuban Parahu! Satu tempat yang baru bagi semua! Tempat yang tiada di Malaysia! Rahsia alam semula jadi! Dan banyak benda yang aku belajar sendiri disini! Melihat kesusahan manusia dan kegigihan mereka mencari rezeki sebenarnya mendidik aku secara tidak langsung untuk bersyukur dan juga gigih berusaha mencari rezeki di bumi Malaysia. Dan sampai hari ini aku pelik macam mana mereka tahu kami berlima dari Malaysia. Peliknya turun sahaja dari kereta tanpa bercakap tetapi sudah terdengar beberapa penjaja berkata,"Itu dari Malaysia!" Sangat menarik untuk disiasat! Hahahah!



Memandangkan ramai yang meminta nombor telefon Rahmat, jadi Hans letakkan nombor telefon nya dibawah untuk memudahkan anda semua berhubung dengannya melalui aplikasi Whatsapps.

Nama         :      Rahmat Sugiarto
Telefon      :      +62 821 2195 0335
Instagaram:     MAOSTRAVELTOURS_BANDUNG
Email         :      rahmatsugiarto695@gmail.com



BERSAMBUNG.......