Selasa, 26 Mei 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia - Part 2

Assalammualaikum semua! Apa khabar? Alhamdulillah akhirnya ada juga masa dan mood nak update sambungan percutian ke Bandung, Indonesia pada tempoh hari. Alhamdulillah! Kalau pada artikel yang lepas Hans telah bercerita dan berkongsi pengalaman buat pertama kali menjejakkan kaki ke gunung berapi Tangkuban Parahu dan destinasi seterusnya adalah singgah sekejap di Ladang Teh yang memang berada bersebelahan pun dengan Tangkuban Parahu ini.


Wahhhhhhhhhh!!!! Cantik kan Ladang Teh Bandung? Hahahaha! Hakikatnya dekat Malaysia pun ada jer! Dekat Cameron Highlands dan dekat Sabah! Jadi, jangan susah hati yer! Kami berlima singgah sini pun sebab nak bergambar jer. Dekat sini tak sama macam Cameron yer! Asalnya Hans bercadang juga lah nak beli teh kan sebab nak cuba lah juga. Mana tahu teh Bandung dengan teh Cameron ada beza ker tak kan...tapi rupa-rupanya disini hanya ladang teh sahaja yer. Tidak ada menjual produk teh! Jadi, tetapkan niat dan matlamat dalam hati...bergambar lah sepuas-puasnya! 


Yang baju kuning tu memang kuat selfie! Bukti sebab dia yang pegang monopod tu! Jadi, mohon maafkan dia yer! Hahaha!


Hahahaha! Sesekali berposing macam kanak-kanak ribena pun best juga! Si Rahmat tu penat ketawa jer lah layan kerenah kami berlima ini. Mungkin dalam banyak-banyak pelancong Malaysia yang dia bawa dan uruskan, mungkin kami ini lah yang paling gila-gila kut. Kalau ada lagi yang gila daripada kami berlima ini, tak tahu nak cakap lah! Memang betul-betul gila agaknya!


Masa Hans pergi Cameron Highland...tak silap dua tahun yang lepas....masa tu Hans tak berani nak turun ke bawah mendekati pokok-pokok teh nih. Bukan sebab alergik teh tetapi sebab tanah basah sebab hujan dan kasut pula licin. Jadi, memang Hans ambil peluang lah berjalan-jalan di ladang teh ini dan tiba-tiba dapat idea..... 


Walawehhhhhhhhhhhhh!!! Ala-ala pelakon Bollywood kan? Kah kah kah! Matilah nak tiba-tiba rasa macam nak buat tarian bhangra dekat sini sambil lempar-lempar daun teh sebagai props. Kah kah kah!


Alhamdulillah! Walaupun bergambar sahaja tetapi lama juga lah kami dekat sini! Yer lah sorang-sorang nak bergambar dengan macam-macam gaya! Kalau model masuk televisyen tak apa lah! Ini masing-masing tak ada kualiti jadi model pun! Perabih bateri telefon jer. Hahaha! Dekat sini sebenarnya nak masuk percuma. Tak perlu bayaran tetapi kesian si Rahmat kerana kena bayar dekat dua orang tempatan yang ada dekat situ. Macam bayar parking kereta lah. Yang bagusnya Rahmat pakai duit sendiri dan langsung tak minta dekat kami berlima. Kami berlima nak bayarkan pun tetapi dia menolak. Sebab tu lah Hans memang seronok dan bertuah jumpa si Rahmat ini dekat instagram. Servis dia memang terbaik!


Kalau tadi pergi ladang teh dan sekarang Hans berada di Ladang Strowberi! Hahaha! Bukan typo tetapi memang mereka eja Strawberry dengan ejaan Strowberi! Kepada yang ketawa dan menyangka aku typo tu diminta mohon maaf segera. Hahaha! Sini nak masuk kena bayaran tetapi memang tak mahal. Dalam berapa ribu rupiah jer. Dah lupa tetapi yang penting murah bebenor yeop! 


Nasib lah Bandung nih sejuk! Nampak jer bercahaya tetapi sebenarnya nyaman sejahtera jer! Waktu untuk memetik strawberry! Gunting! Gunting! Masuk dalam bekas! Dekat sini pun terjumpa orang Malaysia juga. Suami isteri dari Shah Alam katanya! Wah! Ramai betul orang Malaysia. Dekat Tangkuban Parahu jumpa orang TNB satu bas! Aku ni dekat Bandung ker Malaysia?



Inilah dia hasil tangkapan kami! Dah macam berburu pula! Dan bila timbang dan bayar memang sekali lagi peristiwa 'Strawberry Jodoh' yang terjadi pada salah seorang daripada kami kembali timbul. Mana tak nya masing-masing penuh satu bekas tetapi bayar murah jer! Kesian kawan Hans kena kencing oleh salah seorang penjual sebelum nih. Hahahaha!



Satu tips untuk korang semua! Jangan buang atau hilangkan tiket korang kerana ada beberapa tempat pelancongan di Bandung ini yang tiketnya amat berguna. Berguna sebab apa? Sebab boleh redeem atau menebus untuk mendapatkan air. Hahahaha! Malaysia patut buat macam nih. Dekat sini tiket masuk tadi boleh ditebus dengan secawan jus strawberry yang segar dari ladang. Nyam Nyam! Dekat sini pun ada otak-otak yer! Otak-otak ikan tenggiri. Serius sedap bak hang! Sampai menambah-nambah lah! Sapa mai sini kalau tak pekena otak-otak nih memang hampa rugi. Rugi terok habaq mai!



Tadi bukan main seronok pekena otak-otak ikan tenggiri. La nih dah tiba waktu makan tengahari. Rahmat tanya kami nak makan apa. Dah nama orang Melayu nih memang nasi lah yang dicari. Jadi, Rahmat mencadangkan kami untuk cuba makan di RM Khas Sunda Balibu. RM tu ialah singkatan kepada Rumah Makan dan bukan Ringgit Malaysia yer. Harap maklum! Hahaha!



Bila masuk dan dihidangkan dengan irama lagu yang cukup mengasyikkan...kami berlima memutuskan untuk makan di tingkat atas sambil menikmati pemandangan luar dari kawasan tinggi ini. Wah! Seronok suasananya! Sejuk dan damai! Satu perkara yang kami perasan tentang tempat makan atau tempat membeli-belah di Bandung ini...daripada sekecil-kecil kedai apatah lagi yang mewah...keutamaan mereka pasti pada hiasan dan dekorasi alam semula jadi mereka yang cukup menarik tetapi menawarkan harga makanan pada harga yang murah dan sangat berpatutan. Kalau dekat Malaysia, restoran macam ini silap-silap mungkin air kosong @ sky juice pun RM1. Dan ada satu perkara yang menakutkan dekat sini. Cuba tengok gambar bawah.



Gila tak takut bila tengok harga ribu-ribu. Hahahaha! Sebenarnya tak ada yang menakutkan pun! Saja buat suspen jer tadi! Hah! Inilah senarai menu dan harga nya! Memang kami ambil masa yang lama juga nak buat pesanan. Lama sebab macam-macam benda kami tanya dekat pelayan yang ambil order kami berlima tu. Nasib pelayan dia cool jer layan kerenah kami berlima nih.



Nasi Bakar Komplit Khas Balibu! Inilah menu pilihan Hans! Waktu pelayan hantar makanan dekat meja memang hati dah meronta-ronta nak makan ini. Cuma mula-mula tu macam risau juga tengok sambal belacan dia. Warna merah jambu wehhh! Masa tu Hans macam cuak-cuak juga. Bukan cuak apa. Takut rasa strawberry! Hahaha! Rasa sikit...eh sedap! Akhirnya habis sambal tu Hans makan. Sedap sungguh beb! Serius ayam bakar dia pun sedap! Persembahan makanan menarik! Harga pun berbaloi dengan rasa makanan dan tempat. Yehaaaaa!


Ini pula menu-menu yang kawan Hans pesan macam Nasi Timbel dan Pisang Goreng Cheese. Memang semua sedap-sedap! Sebagai peminat makanan, Hans mengakui makanan dekat Balibu ini memang sedap. Tahniah! Berapa bintang yerrrrr?

5 Bintang Bak Hang!!!



Alhamdulillah! Perut dah kenyang! Terima kasih kepada Rahmat kerana mencadangkan tempat ini sebagai tempat makan tengahari kami di hari yang pertama. Memang terbaik! Memandangkan ramai yang meminta nombor telefon Rahmat, jadi Hans letakkan nombor telefon nya dibawah untuk memudahkan anda semua berhubung dengannya melalui aplikasi Whatsapps.


Nama         :      Rahmat Sugiarto
Telefon      :      +62 821 2195 0335
Instagaram:     MAOSTRAVELTOURS_BANDUNG
Email         :      rahmatsugiarto695@gmail.com


Jadi, destinasi Hans dan rakan-rakan seterusnya ialah melawat Floating Market di kawasan Bandung. Serius tempat ini memang terbaik, menarik, kreatif, bersih dan cukup menghiburkan. Nantikan dalam sambungan artikel seterusnya. Assalammualaikum :)

BERSAMBUNG.......