Jumaat, 25 Disember 2015

Melancong Ke Bukit Tinggi Dan Padang Indonesia - Part 3

Hans bersama rakan dan Pak Herman menuju ke bandar Pandang pada waktu malam dari Bukit Tinggi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Sebenarnya agak berbahaya pergi ke sana pada waktu malam disebabkan perjalanan yang jauh, tiada lebuhraya seperti di Malaysia dan jalan yang dipenuhi lori serta agak sempit. Jadi, Hans nasihatkan kepada sesiapa yang nak ke Padang melalui Bukit Tinggi tu silalah bertolak pada waktu petang yer. Macam Hans sebab kejar masa sikit. Hehehe!


Kami sampai di Padang sekitar pukul 12.30 malam dan misi mencari hotel pun bermula. Depa kata dekat Padang memang tak ada dah hotel-hotel murah macam Bukit Tinggi. Kalau ada pun jauh sikit dari kawasan bandar. Jadi, Hans pun dok tengok hotel-hotel dekat sini memang banyak yang 3 dan 4 bintang lah. Saja lah cuba-cuba survey tengok harga berapa dekat 4-5 buah hotel yang mahal-mahal. Kalau dekat Kuala Lumpur memang tak ada lah aku nak turun pergi survey sebab dah tau sah-sah mahal. Hahaha!

Memang mengejutkan! The Axana Hotel nih hotel 4 bintang kalau tak silap dan dalam Hans dengan sahabat dok survey tu...depa buat promosi! Harga asal 900 ribu rupiah tetapi harga promosi 500 ribu rupiah jer memandangkan kami check ini pun dah lewat kan. Walawehhh!! Kalau dekat KL tak dapat lah cheqqq! Harga semalam dalam RM150 jer...dah macam harga hotel budget dekat KL. Hans bahagi dua dengan kawan jadi seorang bayaq RM75 jer. Wow! Murah oiiiii!


Memang selesa betul bermalam dekat The Axana Hotel cuma sayang sikit sebab terlepas sarapan pagi. Rugi pi tidoq balik! Hahaha! Jadi, memandangkan perut pun dah menyanyi-nyanyi lagu dangdut jadi mari makan Nasi Padang lagi...hip hip hurray!


Destinasi makan kita seterusnya pada episod kali iniiii....hahaha....okay mari makan-makan di Rumah Makan Lamun Ombak. Bukan Ombak Rindu yer! Pekerja dekat sini jer dekat 50 orang. Punya ramai orang nak habaq mai! Yang menarik tu semua pekerja dia pakai baju ada logo CIMB Malaysia. Makanan-makanan dekat sini pun boleh tahan sedap cuma harga sedikit mahal tetapi tak kisah lah memandangkan hari ni hari terakhir dekat sini...duit rupiah pun ada banyak lagi...hehehehe...mai makan mai! Hah! Lupa nak cakap...dekat sini baru Hans jumpa satay macam dekat Malaysia...kuah kacang pekat....tapi rasanya masih tak sesedap di Malaysia. Hehehe!


Dalam perjalanan nak pergi pasar terbesar dekat Padang nih tiba-tiba ternampak satu bangunan berbumbung minangkabau yang cukup unik. Aku tanya lah dekat Pak Herman, "Ini bangunan apa pak? Stadium ka?" Rupa-rupanya ini Masjid Raya Sumatera Barat yang bernilai 3 Trillion Rupiah bersamaan RM1 Billion. Dibina dengan tahan gegaran gempa bumi sehingga skala 10 richter. Memang serius cantik!


Tiba-tiba Pak Herman cerita baru-baru nih Malaysian Lady ada datang sini dan disambut cukup meriah oleh orang sini. Hans punya gigih google cari gambar atau berita...betul ker Pak Herman ni...ker dia menipu aku? Rupa-rupa betul! Gambar seperti di atas. Hehehe!


Alhamdulillah kembali semula dekat kawasan sekitar hotel dan kalau korang nak tahu dekat sini ada pasar yang dibahagi kepada banyak bahagian. Memang besar gila! Rasanya kalau sehari pun tak habis pusing! Hans rasa waktu tu dah macam Azwan Ali dah pegang monopod bergambar. Hahaha!


Kalau dekat Bukit Tinggi cuacanya sejuk tetapi dekat Padang ni punya lah panas terik. Dahaga tekak nih hah nak habaq mai! Dekat sini ramai jual air tebu dan tergerak hati nak minum dekat gerai pakcik nih. Walaweh! 60 sen jer weh segelas air tebu tanpa campuran air tau. Gila murah dan sedap! Semoga murah lah rezeki pakcik ni meniaga ikhlas macam ni. Alhamdulillah!


Serius memang penat berjalan dekat sini. Rasa macam nak tercabut kaki haihhh!!! 


Tengah-tengah dok jalan bahagian kedai emas tiba-tiba nampak satu tempat macam gambar di atas. Setiap kedai emas akan ada benda nih. Mula-mula dok pikiaq juga...depa nih biaq betoi bagi orang juai ayaq meniaga depan kedai...rupa-rupanya ini tempat cuci emas. Hahaha! Maklumlah Hans kan VillagePeople! Hahahaha! Seronok juga sebab pertama kali dapat tengok orang cuci emas depan mata sendiri.


Jadi, memandangkan penat berjalan tu jadi memang rasa nak rehatkan kaki. Waktu nih kalau ada kerugi urut memang indah sangat lah hidup. Hahaha! Jadi, kami menuju ke pantai (Hans lupa nama apa pantai nih) untuk minum-minum sambil menikmati keindahan laut. Pasir dekat pantai nih warna hitam. Sama macam salah satu pantai dekat Langkawi. Seronok betul minum air kelapa dekat sini.


Selepas tu kami minta Pak Herman bawa kami ke Kampung Pondok. Sepanjang jambatan dekat Kampung nih dipenuhi dengan penjual jagung dan pisang bakar. Yang seronok tu setiap gerai akan ada sempadan masing-masing dengan meletakkan kerusi mengikut warna. Memang unik! Hahahaha!


Masya Allah! Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T sebab memang cantik lah pemandangan dekat sini. Sambil-sambil makan jagung bakar tu sambil tu menikmati kapal-kapal dekat bawah nih. Serius cantik kalau bergambar! 


Hahhhhh! Inilah orangnya yang bernama Pak Herman tu. Muka ala-ala pelakon sinetron kan? Hahaha! Memang baik, tepati masa dan bagus Pak Herman nih. Terima kasih kerana melayani kerenah Hans dan rakan-rakan sepanjang kami menggunakan khidmat Pak Herman. Akan datang kalau Hans ke sana lagi, Hans roger Pak Herman yer.


Memandangkan konsep kali ini ala-ala backpackers...hahahaha! Jadi, memang rancang nak tidur dekat airport jer tetapi sayangnya ini bukan KLIA....tidak boleh berada di kawasan Airport sehingga lah pukul 4 pagi. Alamak! Macam mana nih? Tanya dekat pengawal keselamatan dan akhirnya kami dibenarkan tidur di surau airport. Nasib lah boleh bawa troli ke surau! Hahaha!


Beginilah keadaan Surau Lapangan Terbang International Minangkabau. Mula-mula pegawai keselamatan minta passport kami. Gila nak bagi? Hahaha! Nasib member Hans yang uruskan benda tu. Jadi, kami pun duduk lah menunggu sampai pukul 3.30 pagi. Tersengguk-sengguk dah mata tahan tidur. Ini kalau tidur alamatnya memang terlepas kapal terbang lah jawabnya. Hahaha!


Datang satu beg jer tetapi balik.....? Backpackers lah sangat! Hahahahaha!


Alhamdulillah! Inilah hasil buruan sepanjang bercuti di Bukit Tinggi dan Padang Indonesia. Keseluruhan perbelanjaan termasuk tiket penerbangan yang Hans belanjakan sepanjang 3 hari 3 malam disini lebih kurang RM1500 dan anggaran seperti dibawah:


Tiket Penerbangan: RM350
Sewa Supir: RM200
Penginapan: RM100
Makan: RM150
Shopping, Tiket Masuk & Etc: RM700

* Sewa Supir & Penginapan adalah kos yang Hans bayar setelah dibahagi. Kalau datang ramai orang jadi lagi murah lah :)


Secara kesimpulannya, Bukit Tinggi dan Padang ini adalah salah satu destinasi yang memang murah dan menarik. Hasil kain sulam dan songket mereka memang cantik. Harga barang pun sangat murah. Masyarakat tempatan dekat sini pun mesra dan baik-baik. Jadi, memang Hans tak menyesal melancong ke sini.

Selepas ini tak tahu lagi ke mana tetapi In Sha Allah bulan Julai tahun depan Hans akan pergi ke negara Brunei Darussalam. Tiket pun dah beli dah! Hehehe! Doakan yer :)







P/S: Berminat ke Padang? Boleh hubungi atau Whatsapps Pak Herman di talian +6281267849399 untuk sebarang pertanyaan dan harga.

Jumaat, 11 Disember 2015

Melancong Ke Bukit Tinggi Dan Padang Indonesia - Part 2

Hari kedua bersamaan hari Rabu di Bukit Tinggi diteruskan dengan permulaan sarapan nasi goreng @ nasgor di hotel sebelum perjalanan diteruskan ke Pasar Aur Kuning. Jadi, mari cuci-cuci mata dulu sepanjang perjalanan ke sana.



Walaupun bukan hari minggu tetapi memang ramai betul lah manusia dekat kawasan ini. Hans tak dapat bayang kalau datang pada hari minggu....tak tau lah ramai macam mana! Nasib lah datang waktu orang kerja. Hehehe!



Pasar Aur Kuning nih bukan tumpuan pelancong Malaysia sebenarnya dan kawasan dia pun tak lah moden sangat. Tetapi, macam biasa disebabkan Hans suka benda yang rare jadi memang terjah lah kawasan sini. Pasar ini memang besar gila nak habaq mai! Daripada pasar basah sampai kering semua ada. Nak tengok macam mana depa bersiang belut boleh lah mai sini. Hehehe!


Dekat sini pun ada jual macam-macam pakaian dan kain. Bukit Tinggi nih memang terkenal dengan kain sulam yang memang cantik dan murah harganya tetapi dekat sini kain-kain yang dijual semua 3.5 meter sahaja. Jadi, agak sukar sikit bagi sesiapa yang bersaiz agak besar melainkan jika tukang jahit anda memang pakar. Macam biasa kalau nak membeli kena lah ada kepakaran tawar menawar dan rajin survey setiap kedai. Walaweh! Habiskan masa dekat sini dalam 4 jam lebih nak pusing satu pasar dengan tersesat segala macam. Tetapi, memang puas hati lah! Dekat pasar nih, masih ramai peniaga yang meneka kami warga Jakarta dan ada juga yang dapat meneka dengan tepat kami dari Malaysia. Tahniah! Orang-orang dekat sini baik-baik dan tak paksa kita nak beli pun. Selesa lah dekat sini jika dibanding membeli dekat Bandung hari tu.


Apa yang ada di Padang? Apa yang ada di Bukit Tinggi? Malas nak cakap lah. Hangpa tengok lah baju tu! Senang cerita. Hahahaha!



Selalunya kalau di Malaysia, kalau beli kain secara normal nya 4 meter. Memandangkan tak jumpa kain sulam 4 meter di Pasar Aur Kuning jadi kami minta Pak Herman bawakan ke kedai kain sulam yang jual kain 4 meter. Mari membeli-belah di Cahaya Bordir! Yeahhhhhhhh!!! Cantik-cantik wehhhh! Kain dia ada macam-macam corak! Yang penting sulam pakai tangan yer! Sulam pasir lah! Sulam bunga lah! Setiap design atau corak hanya ada satu kain sahaja. Gila tak berebut dengan kawan Hans tu nak cari yang cantik-cantik untuk keluarga. Selain kain sulam untuk baju kurung...ada juga kain sulam untuk kebaya dan juga kain pelikat. Hans pun beli juga kain pelikat sini sebab boleh tahan cantik dan kualiti memang baik. Harga pun tak mahal. Boleh minta kurang lagi. Alhamdulillah!



Biasalah! Penat membeli-belah ala Mak Jemah nih! Hahaha! Jadi, selepas selesai solat semua maka tiba lah masanya untuk makan makan makan makan!!! Mari kita cuba makan di Rumah Makan Gon Raya Lamo! Yeahhhhhh!!! Hip Hip Huuray!



Jika nak dibanding dengan Rumah Makan Air Badarun, Hans rasa servis di sini kurang menarik sedikit tetapi alhamdulillah makanan-makanan dekat sini boleh tahan sedap. Bismillahirahmanirahim! Jemput makan! Hehehe!


Kalau dah datang Bukit Tinggi nih memang wajib pergi Panorama Dan Lobang Jepang. Tiket masuk tak mahal pun. Hans dah lupa tapi tak silap dalam 3000 rupiah ke 6000 rupiah entah. Senang cakap murah lah! Kalau nak ke Lobang Jepang kena turun ke bawah dan ada pemandu pelancong akan bawa ke sana. Lupa nak tanya mereka cas berapa sebab Hans tak turun ke Lobang Jepang tu memandangkan hari pun dah lewat. Macam biasalah kekejaman Jepun ada dimana-mana dan salah satunya ialah Lobang Jepang ni dimana mayat-mayat rakyat tempatan di buang ke dalam Lobang Jepang masa kezaliman mereka di Perang Dunia Kedua.


Cantik gila tempat dia! Gunung dia tu ada iras-iras dalam filem pertama Maze Runner yang pelakon-pelakon dia dikurung tu. Memang berbaloi lah datang sini. Sejuk mata memandang. Memang sejuk pun tempat ni. Terbaik!


Tempat nih dah memang tinggi dan ada satu menara dekat tengah-tengah. Kalau gayat memang tak akan naik punya! Nasib Hans suka ketinggian jadi gigih naik atas bergambar. Hahaha! Dekat kawasan nih pun ada tempat perkuburan rakyat tempatan tetapi Hans tak rasa apa-apa pun. Yang seronok tu Pak Herman ada cerita pada kami tentang ada satu kawasan di Bukit Tinggi ini dimana ada penduduknya yang tanam mayat ahli keluarga di hadapan rumah. Teringin juga nak pergi tengok tetapi disebabkan masa amat mencemburui kita (matilah ayat wajib ucapan penutup penceramah..haha)...jadi tak berkesempatan nak pergi ke kawasan yang dinyatakan tu.



Bersebelahan dengan menara tu ada kedai-kedai yang menjual cenderamata dan lukisan. Yang menariknya lukisan ini lukisan tangan tau. Memang cantik dan kreatif lah orang Bukit Tinggi nih. Harganya nauzubillah memang murah! Hans yang tak pernah dalam hidup aku beli lukisan pun terus beli sebab kagum dengan hasil air tangan pelukis yang bernama Pak Efri nih. Sempat lah kami paksa dia bergambar kejap dengan kami. Hahaha!




Biasalah kalau melancong nih...bukan sahaja ahli keluarga tetapi kawan-kawan pun dok pesan belilah ole-ole. Dan ole-ole wajib serta jimat yang selalu dibeli ialah keychain, fridge magnet atau baju t-shirt. Mana nak cari? Mari kita kembali semula ke kawasan Jam Gadang Bukit Tinggi untuk mencari kesemua yang diperlukan. Yeahhhh!!! Kereta kuda bersusun disitu. Teringin juga nak naik tetapi fikir-fikir lain kali lah! Yang penting cari barang dulu untuk kawan-kawan!


Mari survey harga baju yang boleh dapat dengan kadar paling murah. Penat juga lah tawaf dan akhirnya dapat juga. Seronoknya kualiti kain baju yang mereka sangat bagus. Agak terkejut juga sebab selalunya kalau jual murah-murah nih memang material kain pun ala-ala jer kan tetapi dekat sini memang kainnya bagus. Penat aku tawar menawar dan alhamdulillah dapat beli dengan murah. Tak sangka kami pelanggan pertama penjual baju tersebut pada hari itu. Gembira betul dia!


Dekat sini dapat beli pelbagai jenis keychain dan fridge magnet yang boleh tahan cantik. Apa-apapun, kena pandai tawar menawar dan survey lah. Maklumlah sebab sah-sah lah depa tau hang pelancong. Kalau hang orang Bukit Tinggi dah apa gilanya nak borong banyak-banyak dekat situ. Hahaha! Hans sebenarnya bila pergi mana-mana pun cukup suka dengan replika bangunan atau rumah tetapi fikir balik mana aku nak letak nanti. Cuma dah balik Malaysia rasa menyesal pula tak beli. Jadi, sesiapa ke Bukit Tinggi nanti tolong beli dan hadiahkan replika Jam Gadang tu dekat Hans. Boleh?

Dan menariknya dekat sini, kaum lelaki yang lukis inai yang jadi fenomena para gadis dekat Malaysia. Apa benda entah namanya...malas nak google tetapi yang corak-corak bunga dekat tangan tu lah. Haha! Selain tu dekat sini pun ada banyak juga yang bagi perkhidmatan tampal sticker pilihan dekat telefon. Harga pun tak mahal jadi Hans pun pilih lah 'baju' untuk telefon sendiri. Yeahhh!


Memandangkan kami ambil keputusan untuk bergerak ke Padang pada malam tu juga, jadi Pak Herman bawa kami singgah dulu dekat Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa. Dekat Padang nih terkenal dengan kerepek Balido. Macam-macam perisa ada. Perisa durian pun ada! Sedap pula tu! Tetapi, Hans kurang sikit dengan kerepek nih jadi dekat sini Hans borong kopi. Hahhhh! Macam-macam kopi ada daripada uncang, serbuk sampai lah biji kopi. Yang penting kopi-kopi dekat sini memang sedap bak hang! Cenggini terbaik! Dah habis borang jadi Hans terus bertolak ke Padang. Perjalanan dalam 2 jam lebih....

P/S: Berminat ke Padang? Boleh hubungi atau Whatsapps Pak Herman di talian +6281267849399 untuk sebarang pertanyaan dan harga.


BERSAMBUNG.....

Khamis, 10 Disember 2015

Melancong Ke Bukit Tinggi Dan Padang Indonesia - Part 1

Assalammualaikum semua! Walawehhh! Pengalaman dekat Bandung pun tak habis kongsi lagi tiba-tiba kongsi yang lain pula? Hahaha! Baiklah! Baru-baru nih Hans berpeluang melancong ke Padang, Indonesia selama 4 hari 3 malam bersama dengan seorang kawan atas urusan perniagaan dan alang-alang dah sampai tu pergilah bercuti kan. Memang asalnya tak rancang nak datang Padang nih sebab rancangan asal nak pergi Ho Chi Minh tapi sebab tiket mahal jadi tukar rancangan dan sampai lah Hans ke Padang.


Kami tiba di Bandar Udara International Minangkabau dengan pesawat AirAsia sekitar pukul 10.30 pagi macam tu. Waktu disana lewat sejam dimana kalau Malaysia pukul 10 pagi dan di Padang baru pukul 9 pagi. Lapangan terbang dekat sini mengingatkan Hans kepada Lapangan Terbang di Kota Bharu.

Realitinya selalu kalau Hans kemana-mana pun paling tidak Hans akan buat banyak rujukan tetapi datang ke Padang ini memang tanpa rujukan yang banyak dan memang redah jer. Ala-ala backpackers! Bawa baju pun sikit jer! Tetapi, percayalah lapangan terbang Minangkabau nih memang tersangat jauh dari bandar. Nak tak nak kau kena pilih juga supir atau teksi mengikut kemampuan. Jadi, dalam banyak-banyak rakyat tempatan yang bekerja sebagai supir datang kepada Hans menawarkan perkhidmatan dan selepas selesai dok cari mana yang berpatutan, akhirnya Hans dan rakan sebulat suara memilih Pak Herman sebagai supir kami sepanjang berada di Padang. Pengembaraan kini bermula...Yeahhh!


Jadi, destinasi pertama Hans ialah ke Bukit Tinggi...bukan Bukit Tinggi di Pahang nuh tetapi Bukit Tinggi di Padang. Ya Allah! Percayalah jaraknya teramatlah jauh! Hampir 2 jam lebih Hans di atas jalan raya dan menikmati suasana kampung dan bukit-bukit sepanjang perjalanan. Nasib lah Pak Herman nih rajin juga lah bersembang jadi boleh lah layan-layan tanya pasal sejarah Padang nih. Hehehe!


Dalam perjalanan terserempak dengan Air Terjun yang cukup tinggi dan cantik di tepi jalan raya. Okay! Hans tahu Malaysia pun ada air terjun tetapi lain tempat lain rasanya. Hahaha! Seronoknya orang Padang nih pun bijak buat duit. Nak masuk kawasan nih kena bayar tiket okay tetapi tak mahal pun. Kalau ikut duit kita yang tengah jatuh sekarang adalah dalam 60 sen lagu tu. Bayangkan kalau zaman duit Malaysia bawah RM3.50? Tak ka hang rasa macam masuk percuma jer? Hahaha! Nama tempat nih Lembah Anai Air Mancur. Dekat tepi-tepi nih ada monyet ker ungka entah...walaupun besar tetapi jinak-jinak. Tak kacau orang pun...hehehe!


Renyih jangan tak renyih! Memang confirm orang tempatan tahu hang pelancong Hans! Gila apa orang-orang sekitar situ gigih nak selfie dekat ayaq terjun nih. Haha! Tapi yang menarik tu, orang-orang kawasan sini ingat Hans dari Jakarta. Okay! I know I look urban + kpop dengan kepelbagaian warna pakaian disertakan dengan gaya, mutu dan keunggulan semulajadi lahir dari keperibadian mulia (matilah perangai lama syok sendiri dan perasan tahap dewa dah kembali...hahaha!).


Berjam-jam dalam kereta tanpa sarapan adalah suatu penyeksaan yang cukup dasyat kepada perut sendiri. Hahaha! Jadi, Hans memang suruh Pak Herman berhenti dekat mana-mana Restoran Nasi Padang untuk makan tengahari. Lapaq kut! Gambar di atas adalah gambar Hans dengan sahabat yang dikatakan pada awal kisah tadi. Itu bukan supir walaupun ada ciri-cirinya. Hahahaha! Jadi, kami singgah makan di Rumah Makan Air Badarun.


Tudiaaaaaaaaaaaaa!!! Penuh meja sampai tak tau nak makan mana satu! Hahaha! Tapi apa yang pentingnya bila makan nasi padang nih...tips dia ambil lauk yang hangpa nak makan jer dan habiskan! Jadi, tak lah rugi bayar nanti! Lagi satu seronoknya dekat sini ialah bila minum jus buah! Kalau dekat Malaysia, jus buah nya sikit tetapi air yang lebih. Ini memang 3/4 jus dan 1/4 lagi air. Syurga air jus kut dekat sini. Heheh! Tetapi, harga makanan disini sedikit mahal jika nak banding semasa Hans makan nasi padang di Bandung sebelum nih.


Akhirnya, Hans tiba di kawasan Bukit Tinggi dan kawasan ini memang sejuk dan nyaman. Misi mencari hotel murah untuk menjimatkan wang sebab prinsip Hans sekarang ialah melancong ala-ala backpackers. Hahaha! Cari punya cari akhirnya setuju untuk menginap di Galeri Hotel. Hotel ini bertentang dengan bukit yang indah di hadapan. Memang cantik! Untuk bilik yang Hans pilih nih, harga untuk semalam dalam RM50 ke bawah. Murah kan? Siap ada sarapan pagi! Ada wifi di lobby. Hehehe!


Bilik yang Hans tidur ini tak ada aircond @ penyaman udara yer sebab kawasan sini memang sejuk. Paling mencabar tak ada air panas untuk mandi! Hahaha! Redah saja tetapi memang selesa dan bersih lah. Puas hati! Tetapi, kalau datang dengan keluarga, pilih lah bilik yang besar dan ada pemanas air! Hans pilih biasa-biasa jer lah sebab janji boleh tidur sudah! Hahaha!


Adalah satu kerugian besar jika pergi melancong tetapi masa dihabiskan dengan tidur di hotel. Kalau nak tidur, dekat rumah sendiri pun boleh tidur! Hahaha! Jadi, malam hari pertama nih dihabiskan dengan berlibur(bahasa Indonesia..hehe!!) di kawasan sekitar Jam Gadang Bukit Tinggi. Dekat sini memang kawasan tumpuan pelancong. Ada kereta kuda! Ada tempat orang jual macam-macam yang dipanggil Pasar Atas... dekat sini banyak tempat orang jual souvenir @ cenderamata @ cenderahati. Dan yang penting Jam Gadang ini. Salah satu keunikan jam ini terletak pada nombor 4 nya. Nak tahu apa yang unik kena lah datang tengok sendiri. Hahaha!


Indonesia sangat terkenal dengan juadah satay dan sebagai peminat satay maka Hans pun memang mencari satay untuk dicuba. Jika di Aceh dan Bandung, satay nya sama seperti satay di Malaysia. Rasa pun sama. Tetapi, di Padang ini satay nya sangat lain dan rasanya kurang memikat selera Hans. Hahaha! Habis tu habis tetapi tak puas lah sebab satay dia memang lain sikit dan kuahnya punya rasa lain. Satay yang Hans makan nih satay dangung-dangung! Dangung-dangung tu kalau ikut Pak Herman cakap nama tempat. Ramai orang beli disini.


Disebabkan rasa lapar masih belum hilang ditambah dengan rasa satay yang langsung tidak sama rasanya seperti di Malaysia...Hans pun pusing-pusing kawasan sekitar. Beli jus buah oren yang memang murah dan sedap. Tiba-tiba terjumpa satu gerai dimana menjual roti bakar diselaputi nutella! Roti dia besar beb! Nutella dia sapu macam nutella tu murah jer. Bukan sikit-sikit tetapi banjir kut! Serius memang sedap!

Garing dan penuh dengan coklat! Ada banyak pilihan dekat sini! Satu set ini dalam RM10 duit kita tetapi memang berbaloi! Kalau perempuan rasanya dalam 3 ke 4 orang boleh makan. Kalau lelaki 2 orang pun boleh. Kalau Hans? Hans seorang jer pun boleh! Tercungap-cungap aku nak habiskan! Punya banyak tetapi sebab sedap jadi gigihkan habis! Hahaha!

Jadi, malam tu balik hotel layan instagram dengan tengok televisyen rancangan Indonesia dan kemudian tidur untuk perjalanan esoknya pula....



P/S: Berminat ke Padang? Boleh hubungi atau Whatsapps Pak Herman di talian +6281267849399 untuk sebarang pertanyaan dan harga.


BERSAMBUNG.....