Selasa, 31 Januari 2017

Layanan VVIP Buat Aku Rasa Kekok

Alhamdulillah untuk tahun ini aku mencuba satu lagi bidang baru iaitu menjadi pembantu peribadi atau dalam bahasa media nya P.A kepada seorang Pencetus Ummah iaitu PU Riz.

Memandangkan bidang ini tak adalah asing sangat bagi aku sebab sebelum-sebelum nih pun memang dah biasa dah layan orang-orang VVIP atau pun artis-artis nih cuma yang lain untuk kali ini bila aku pula merasa di layan macam orang kenamaan nih.

Korang rasa aku suka ker tak dilayan dengan penuh kebaikan nih? Rasa-rasa korang? Okay! Secara jujurnya kalau aku boleh bahagikan peratus kesukaaan  itu ialah 40% aku suka dan 60% lagi bukannya aku benci atau tidak suka tetapi aku rasa kurang selesa. Hahahaha!


Baru-baru ini bila temankan PU Riz bagi ceramah dekat Akademi LHDN di Bangi memang layanan daripada pengarah serta seketariat dan AJK majlis semua sememangnya terbaik. Cuma bagi aku yang sebelum nih melayan tetamu macam tu sememangnya aku rasa sangat kekok. Cuma dekat muka aku tak ada lah tunjuk kekok tu. Buat biasa jer. Dalam hati Allah sahaja yang tahu rasa aku masa tu macam mana. Hahahaha!


Paling seronok bila salah seorang ahli jawatan kuasa majlis datang dekat kepada aku sambil bercakap perlahan :

"Kami minta maaf Encik! Masa bergambar nanti kalau Encik tidak terlibat boleh kan? Maafkan kami sangat-sangat yer!"

"Encik! Maaf untuk kerusi merah dihadapan tu untuk tetamu-tetamu yang utama. Encik kami sediakan kerusi disebelah sana. Okay tak Encik?"

Dua dialog tu yang aku ingat sampai sekarang. Ada lagi dua tiga dialog tetapi tak berapa nak ingat dah. Hahaha! Aku bila pegawai tu cakap macam tu aku automatik jer cakap,"Eh, saya tak kisah! Saya okay jer! Kalau minta saya duduk atau join sekali pun saya tak nak!"

Hahahahaha! Tu tak masuk dengan nak pergi kemana-mana mesti akan ada orang iring lagi. Memang betul-betul lah mereka jaga. Protokol dan etika kerja mereka kan. Jadi, aku pun hormat jer sebab mereka menjalankan tugas.

Apa-apapun, memang satu pengalaman baru yang menarik bagi aku untuk tahun 2017 nih bila dilayan macam tu. Hahahaha!


P/S : Sesiapa yang berminat nak menjemput PU Riz boleh whatsapps saya yer :)

Ahad, 29 Januari 2017

Kebaikan Dan Khasiat Teh Hijau

Misi menurunkan berat badan buat masa nih berjalan lancar sebab  seluar dah longgar dan rahang muka pun dah timbul balik serta leher dah kelihatan. Hahahaha!

Salah satu petua yang rakan aku bagitahu untuk diamalkan ialah minum teh hijau tanpa letak gula. Jadi teh hijau pertama yang aku minum berjenama Ahmad Tea. Mula-mula minum tu rasa pahit sikit-sikit tapi kalau dah sebulan minum memang tak ada rasa pahitnya.



Memandangkan tadi dah habis 25 uncang jadi pergi lah membeli-belah teh hijau dan beli tiga kotak lain-lain jenama sebab ada kawan aku cakap ada yang tak pahit. Tengah nak membayar tu tiba-tiba akak cashier boleh pula borak dengan aku. Dia tanya sedap ker teh hijau nih sebab dia cuba minum juga tapi pahit. Aku kata dekat dia okay jer kak. Lepas tu ditanya pula aku apa kebaikan teh hijau nih? Aku pun cakap naik kan metabolisme badan. Wah! Pakar pemakanan pula tiba-tiba aku depan tu. Hahahaha!

Jadi, sepanjang yang minum nih memang aku rasa bagus lah. Metabolisme pun makin tinggi dan rasa macam cergas jer. Hahahaha! Lagi satu uncang teh tu kalau aku rajin aku ambil dan letak bawah mata untuk hilangkan lingkaran gelap tu dan terbukti berkesan. Kadang-kadang aku lumur jer daun teh tu dekat kulit muka dan jadi bersih juga lah muka daripada minyak dan kotoran.

Tadi terfikir juga apa lagi kebaikan dan khasiat teh hijau nih? Jadi, aku pun gunalah budi baik MR.GOOGLE untuk cari info dan ini antara yang aku jumpa.


KEBAIKAN DAN KHASIAT TEH HIJAU :

1. Mengurangkan berat badan kerana kadar metabolisme dalam badan meningkat lalu lebih cepat memproses lemak yang menetap dalam badan kita tu.

2. Mengawal kadar glukosa dalam badan dan mengelakkan peningkatan gula dalam badan selepas makan. Sangat bagus untuk sesiapa yang ada penyakit diabetes.

3. Dapat mengurangkan kes saluran darah tersumbat dan ini bagus untuk sesiapa yang ada masalah jantung.

4. Dikatakan juga dapat mengurangkan risiko barah Esofagus dimana dapat membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang dekat dengan tempat barah tu.

5. Dapat mengurangkan paras kolestrol dalam badan. Memang bagus sebab dekat Malaysia nih memang banyak makanan bergoreng kan.

6. Dapat mengurangkan risiko kesihatan penyakit Alzheimer dan Parkinson. Macam betul juga nih sebab tangan aku macam dah kurang bergetar jer. Cuba korang minum.

7. Ada satu kajian menunjukkan dalam teh hijau nih ada sejenis bahan kimia antioksida yang boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 

8. Tekanan darah tinggi pun dapat dikurangkan juga katanya kalau amalkan minum teh hijau nih.

9. Lepas tu katanya ada satu jenis asid amino dalam teh hijau nih yang bernama Theanine dan fungsi dia untuk bagi kita nih berasa tenang. Kalau ada rasa tekanan ker atau rasa nak bunuh diri tu baik minum teh hijau nih. In Sha Allah tenang lah tu dengan izin Allah.

10. Yang paling penting teh hijau nih memang bagus untuk kulit-kulit kita nih sebab dia melambatkan proses penuaan. Disamping korang berwuduk tu jangan lupa teh hijau pun akan menambah seri lagi pada kulit-kulit korang agar lebih menyerlah dan menawan. Hahahaha!

Itulah antara khasiat yang aku berjaya jumpa dekat google. Apa-apapun, memang banyak kelebihan minum teh hijau nih tetapi yang penting minum lah teh hijau tanpa letak gula yer. Kalau korang letak gula alamatnya bertambah berpenyakitlah korang.

JOM MINUM TEH HIJAU!


Jumaat, 27 Januari 2017

Xinnian Kuaile Kepada Semua


Selamat makan besar kepada semua sahabat Cina saya yang dikenali serta yang tidak dikenali.

Semoga gembira menyambut tahun baru kalian semua.

Buah limau nih bukan dapat tapi beli sendiri.

Mahal gila tapi nak buat macam mana sebab teringin punya pasal.

Tak sabar nak makan sambil tengok filem kungfu.



Rabu, 25 Januari 2017

Kasih Sayang Yang Dihargai

Ungkapan sayang itu susah nak diketahui adakah tulus ikhlas atau dizahirkan secara paksa.

Jika pertama kali mendengar pasti akan rasa teruja tanpa memastikan adalah itu secara zahirnya betul atau sekadar menjaga hati.

Sering kali didengar tetapi sering kali juga aku menolak walau tidak seratus peratus kerana aku rasa ada keikhlasan dalam ungkapan itu.

Tetapi, malam ini tiba-tiba aku rasa sebak dan dalam masa yang sama gembira bila ia diungkapkan dihadapan ramai orang.

Tak pernah rasa macam tu tetapi sangat lah gembira tidak terkata. Tetapi, ini bukan ungkapan dari seorang wanita buat si jejaka kepada aku sebagai tanda kekasih bercinta.

Ini cuma ungkapan seorang lelaki yang aku anggap seperti adik aku sendiri yang membuatkan aku sedar ikhlasnya dia menganggap aku seperti abang sendiri.

Baru ini aku dah gembira. Tak boleh bayang kalau gadis yang aku suka pula buat macam nih. Mungkin esok terus jumpa tok kadi kut. Hahahahaha!

Jumaat, 20 Januari 2017

Cita-Cita Nak Jadi Cikgu

Salah satu cita-cita aku yang agak murni juga ialah teringin nak jadi cikgu atau guru.

Memandangkan masa di sekolah rendah aku sangat bijak (angkuh tak?) dan selalunya aku menjadi tumpuan beberapa orang senior semasa di tuisyen untuk diminta tunjuk ajar daripada aku. Jadi, aku berjaya mengajar mereka sehingga berjaya mendapat A dalam matematik pada masa itu. Jadi, aku yakin aku mampu jadi warga pendidik yang sangat hebat dan berkarisma.

Apabila masuk sekolah menengah, gaya aku mengajar orang mula berubah. Aku rasa cepat marah bila banyak kali aku ajar tapi mereka tak faham-faham. Jadi, aku memang marah jer siapa yang tak faham tu. Tapi, dalam masa yang sama aku masih berminat nak menjadi guru.

Bila bersekolah dan pindah sekolah maka macam-macam ragam cikgu yang aku kenal. Bila jumpa cikgu yang disayangi murid-murid memang hati berkobar-kobar nak jadi cikgu. Masa hari guru dapat hadiah bertimbun-timbun. Wah! Berangan gila masa tu. Acah-acah kalau jadi cikgu mesti akan disayangi semua pelajar.

Bila jumpa cikgu yang tak digemari pelajar terus rasa risau pula. Takut nanti aku tak disukai. Dicalar kenderaan aku ker apa. Fuh! Taknak lah aku! Sebab aku berpotensi menjadi cikgu yang garang dan tak disukai pelajar aku rasa.

Jadi, aku ambil keputusan tak nak jadi cikgu. Tapi, jadi cikgu tak semestinya dengan mengajar saja. Banyak lagi cara lain boleh jadi cikgu kan?

Untung budak-budak sekarang sebab aku tak jadi cikgu. Kalau tidak habis lah korang!

Khamis, 19 Januari 2017

Cita-Cita Nak Jadi Doktor

Aku ada banyak cita-cita masa zaman kanak-kanak dulu. Biasa lah budak-budak bila ditanya apa cita-cita mesti antara jawapan yang cliche yang aku dengar nak jadi doktor. Sama lah juga macam aku.

Sebab apa nak jadi doktor? Sebab nak ubat orang. Sebab doktor selalunya hensem bila pakai baju putih dengan stetoskop di leher. Walaupun tak hensem akan jadi hensem bila pakai macam tu. Itu pandangan aku masa tu lah gara-gara terpengaruh dengan penampilan Dr Ismadi dalam filem Ibu Mertuaku.

Sebab tu bila masuk sekolah menengah memang sasaran aku apa-apapun nak masuk kelas aliran sains sebab ada biologi. Dan kalau sesiapa masih ingat dulu dekat TV3 ada rancangan Medik TV yang selamba badak jer tunjuk masa pembedahan. Siap ada darah-darah. Nampak jantung berdegup semua tu. Satu keluarga aku cuak tengok tapi aku selamba jer tengok. Nampak tak betapa obsesnya aku nak jadi doktor.

Apakan daya masa tu aku sekolah teknik cuma ada 2 kelas jer belajar biologi. Peralatan kurang. Katak pun tak dapat bedah. Belajar pun ke laut masa tu sebab tak ada kawan nak belajar biologi. Jadi, persaingan nak pandai untuk biologi pun tak ada. Akhirnya, tak berjaya lah aku jadi doktor perubatan.

Yang aku pernah jadi doktor cinta. Berjaya selesaikan masalah cinta ramai kawan aku. Berkat bantuan aku masing-masing dah kahwin beranak pinak pun. Aku juga bujang lagi.

Kiranya tercapai juga lah cita-cita aku nak jadi doktor kan? Kan? Kan?

Saka Rumah Sewa

Tahun 2017 nih menandakan masuknya tahun kelima aku menjadi perantau mencari sesuap ayam goreng dan sebiji pizza sebagai rezeki harian. Dalam masa lima tahun nih memang syukur sangat-sangat menyewa pun cuma tiga rumah sahaja.

Rumah sewa pertama di Damansara Damai. Memang damai juga lah tempatnya masa tu dan kedai makan pun banyak. Yang penting rumah masa tu dekat dengan pasar malam. Aku sebagai peminat makanan yang menyihatkan seperti buah-buahan nih memang suka lah membeli-belah dekat situ. Walaupun jarak dari rumah ke tempat kerja di Bukit Jalil tu dalam 35 minit ke 45 minit juga lah tapi tak kisah. Maklumlah jiwa muda lagi masa tu.

Rasanya tak sampai setahun aku dengan kawan baik aku si Fizi tu pindah sebab bagi ruang kawan lagi seorang si Botak tu untuk duduk dengan adik-adik dia dekat situ. Jadi, carilah rumah baru dan dapatlah satu rumah ni di Puncak Jalil. Namanya Apartment Casariana tak silap aku. Jarak nak pergi tempat kerja pun dalam 15 minit jer. Kawasan situ pun syurga makanan. Rumah cantik. Seronok gila duduk situ tetapi apakan daya bila pemilik rumah buat pasal pergi jual rumah tu tanpa pengetahuan kami yang menyewa nih...rasa macam gunung berapi meletus jer.

Alhamdulillah, hikmahnya disitu dapat jumpa rumah dekat Bukit Serdang nih. Jarak dari rumah pergi tempat kerja dalam 5 minit ke 10 minit jer. Makin lama makin dekat. Makin dekat maka makin lambat lah masuk kerja. Meeting pukul 10 pagi pun tak risau kalau bersiap pukul 9.30 pagi. Tapi jenis aku perlukan masa yang banyak juga. Walaupun tak bersolek tapi tak tahu asal perlu masa. Padahal pakai pomade jer pun. Hahaha!

Selama nih aku selesa menyewa dengan orang yang aku kenal. Daripada rakan universiti sampai lah ke rakan tempat kerja. Bila dah kenal paling tidak kita tahu hati budi dan sikap orang nih. Kau pengotor ker pembersih ke pemalas ker paling tidak kita dah bersedia dengan macam bencana yang bakal dihadapi. Tetapi, macam aku cakap dalam entry sebelum nih bila mana-mana masing ada rezeki dah jumpa jodoh masing-masing...yang tercongok aku lah dekat rumah nih.

Dah nak masuk 4 tahun sewa dekat sini cuma sekarang misi mencari budak baru untuk sewa rumah memang sukar betul. Tak tahu lah kenapa. Mari aku senaraikan sikit calon-calon yang pernah kata nak duduk menyewa dekat rumah ni bermula pada bulan November 2017 yang lepas.


Calon 1 : Seorang gadis whatsapps aku tanyakan untuk kawan lelaki dia. Kawan lelaki dia nih dah umur 40 tapi bujang. Bila dah bagi semua detail dan katanya tak jauh dengan UPM. Dia cakap kawan dia akan mesej tapi dah masuk Tahun Baru Cina tapi tak ada pun. Hahaha!

Calon 2 : Budak muda. Umur dalam 22 macam tu. Orang Pulau Pinang. Sekapai juga dengan aku lah nih. Dia whatsapps aku tanya pasal bilik sewa nih dalam pukul 1.30 pagi yer. Dalam masa yang sama ada calon 3 pun mesej juga. Dua tiga hari juga dia whatsapps aku tanya itu ini. Sampai akhirnya dia dah bagitahu aku dia memang nak dan nak datang minggu depan. Minggu depannya dia tak jadi datang sebab katanya tempat kerja dia tunda tarik kemasukan. Dia kata dia akan datang masa tarikh baru tu. Pada malam sehari sebelum tarikh dia nak datang tu dia dah memang bagitahu aku dia confirm nak. Esok paginya dia kata tak jadi sebab katanya kawan tempat dia kerja ajak duduk rumah syarikat. Aku masa tu terkedu kejap. Rasa nak marah pun ada. Sebab apa? Sebab bila dia dah confirm jadi aku dah reject calon nombor 3.

Calon 3 : Budak muda. Umur pun sama macam calon 2. Tempat kerja pun sama. Orang Pahang. Ikutkan baik budaknya. Aku dah bagitahu dia calon 2 dah confirm kan awal dah dan aku minta maaf dekat dia. Dia pun kata tak apa lah. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki dia sebab dia nak datang tengok rumah dah. Tapi bila calon 2 dah cancel jadi aku tanya balik calon 3 dan dia dah jumpa rumah lain. Jadi, itu yang aku rasa macam nak marah dekat calon 2 tu sebab dia tahu calon 3 pun nak sewa rumah nih juga. Aku positifkan diri aku yang budak tu nak jimat dapat duduk rumah syarikat tapi bahagian hati aku pula tak puas hati sebab dia dah berjanji. Antara jimat dan janji mana yang lebih penting dan bermaruah? Ikut korang lah nak fikir apa tapi aku memang tetap rasa marah bab tu. Hahaha!

Calon 4 : Budak muda. Orang kampung aku lah dari Kedah. Nak duduk sewa tapi dengan 3 orang lagi kawan dia. Mak aihhh!!! Dah macam zaman student dah aku rasa ramai-ramai nih. Hahaha! Tambah pula tu nak sewa bilik kecil jer tapi nak duduk 4 orang. Bangla yang menyewa dekat sini pun tak ramai macam tu satu bilik. Hahahaha! Aku cakap kalau 2 orang boleh lah. Kalau 4 orang memang tak dapat. Kang macam-macam boleh jadi tambah aku pun menyewa situ. Bukan pemilik rumah.Tetapi, bila semak balik jauh rumah nih dengan tempat kerja dia. Dan tak jadi lah tapi dah jadi member dah budak tu dengan aku. Hahaha!

Calon 5 : Budak muda juga. Umur lebih kurang juga dengan calon 2, 3, dan 4 tadi. Nak sewa bilik juga sebab katanya sekarang duduk hostel dengan Bangla-Bangla. Tapi baru mula kerja. Ramai cakap dekat aku kalau boleh ambil yang kerja stabil tapi aku nih positifkan diri tak kisah lah. Aku nih kesian juga fikir budak-budak nih baru mula kerja. Teringat zaman aku baru mula kerja betapa derita nak kumpul deposit rumah. Tapi, diam membisu pula lepas tu.

Calon 6 : Ini umur dah 24-25 tahun. Orang Sabah bah. Baik juga budaknya. Ikutkan tempat kerja dia dekat area Sri Petaling jer. Memang dekat lah dengan rumah sewa aku nih. Kerja pun jurutera. Cuma masalahnya dia tak ada kenderaan buat masa nih sebab dia dari Sabah. Aku rasa itu kut puncanya sebab lepas tu dia pun diam membisu bak angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Calon 7 : Ini kira orang kampung aku juga lah nih. Budak Kedah. Umur dalam 23-24 tak silap. Baik juga budaknya. Ini mula-mula dia kata memang nak sewa. Aku okay jer. Dan dia ini calon tunggal setakat nih yang datang tengok rumah. Tengok bilik. Aku bersembang dengan dia dekat 2-3 jam juga lah. Lepas tu dia cakap dia nak sewa 2-3 bulan jer. Aku okay jer walaupun dalam hati tak apa lah sekejap pun. Kita tolong orang In Sha Allah nanti ada orang lain tolong kita. Masa dia nak balik dia dah bagitahu aku petang nanti dia nak datang hantar barang. Aku pun tunggu jer lah sampai ke petang. Tak ada pun datang. Aku whatsapps lah kalau tak sempat hari nih tak apa. Esok pun boleh sebab aku tak kerja esoknya. Dia baca whatsapps aku tapi tak reply. Sebelum nih laju jer reply. Esok tu aku mesej tanya lagi bila nak datang. Dia baca jer tapi tak reply.


Walawehhhhh!! Kau dapat bayang tak apa perasaan aku sekarang. Antara banyak-banyak calon nih, Calon 7 inilah yang sebenarnya membuatkan aku rasa sangat geram. Hahahaha! Bukan apa sebab dia dah berjumpa dengan aku. Aku pun layan elok jer lah. Kalau tak elok aku rasa tak adanya bersembang sampai 3 jam. In Sha Allah elok! Dan dia dah mempermainkan masa aku menunggu dia yang konon nak hantar barang petang tu. Itu pun aku tak marah lagi. Cuma bila aku dah whatsapps baca tapi tak balas tu, aku dah agak lah tak jadi cuma aku rasa sangat tak berbudi bahasa lah buat macam tu. Cakap jer lah kalau tak jadi sebab kau dah jumpa aku depan-depan. Sampai sekarang dia diam macam tu jer. 

Sampai satu tahap aku dah macam malas gila dah nak iklan bilik sewa nih. Yang bertanya semua macam bagi harapan palsu jer. Tapi, kalau aku duduk seorang diri, membazir lah duit gaji aku nak membayar duit sewa rumah nih seorang diri jer. Inilah salah satu stress nya bila kau masih bujang di umur 29. Hahahaha!

Kadang aku sahaja merepek sendiri-sendiri fikir rumah sewa nih ada saka ker? Tapi, saka nih tak silap aku orang Melayu jer. Rumah nih pemiliknya orang Cina. Hahahaha! Entah! Buntu aku!

Doakan aku dapat jumpa penyewa baru yang baik dan pembersih yer. Letih dah 3 bulan mencari tak jumpa-jumpa nih.

P/S : Tajuk Entry Macam Tak Ada Kaitan Pun Kan?

Rabu, 18 Januari 2017

Hans Di Tahun 2017

Assalammualaikum semua.....

Memang dah lama dah tak menulis di sini. Pergi Brunei hari tu pun tak update padahal ikutkan bukan susah pun nak update. Apa-apapun, seronok pergi Brunei dan terima kasih kepada Tuan Haji yang begitu baik melayan saya di Brunei. Memang dah macam ayah angkat dah rasanya.

Berbalik kepada tahun 2017 rasanya macam tak ada apapun kemajuan. Masih bujang. Masih belum kaya. Masih tidak mampu beli rumah. Masih tidak berkereta sebab rasa malas nak beli kereta. Masih hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Tahun 2017 nih juga rasanya macam makin sunyi hidup bila kawan-kawan boleh dikatakan 95% dah kahwin. Sebaik mana pun kau dengan kawan kau....bila dah kahwin mestilah keluarga sendiri diutamakan. Kalau aku pun mesti aku utamakan isteri dan anak-anak. Siapalah bakal isteri pun entah. Hahahaha!

Sejak tahun bila yer aku memang dah tak suka nak azam-azam nih sebab selalunya susah aku nak tunaikan. Bila aku tak berazam laju pula aku buat. Itu keunikan aku kut. Hahahaha! Antara yang aku tengah buat sekarang ialah cuba kuruskan badan dan banyakkan simpanan dengan harapan ada duit yang cukup untuk deposit rumah. Malangnya harga rumah semakin mahal. Apalah nasib!

Masih bujang di usia 29 tahun adalah satu perkara yang bili difikirkan agak memberi tekanan pada kepala otak aku nih. Hahahaha! Bukan stress sebab orang tanya,"Bila nak kahwin?"....betul ker tak stress? Adalah sikit tapi sebab dah biasakan jadi suruh doakan jer yang baik-baik. Aku cukup tak berkenan dengan jawapan kawan-kawan aku bila ditanya soalan macam tu. Daripada kau menipu kahwin 30 Februari lah 31 Jun lah...baik kau suruh jer lah makcik pakcik tu doakan kau bahagia. Lagi baik kan?

Hah! Stress sebenarnya bila kau tengok kawan-kawan kau dah kahwin...ada anak-anak comel...pergi mana berdua ker bertiga ker berempat ker...rasa cemburu gila disitu. Hahaha! Sebab aku memang jenis Family Man sikit. Dah makin kurang bersosial sejak-sejak wujudnya GST dengan peningkatan macam-macam harga barang nih. Mencari orang sewa rumah pun asyik tak dapat-dapat lagi.

Cuma seronoknya bila ada 2-3 orang yang masih lagi bertanya dengan aku bila nak menulis balik...bila nak review filem balik....kadang-kadang rasa sedih pun ada. Aku tak tau lah diorang suruh tu saja jer bodek ker apa ker tapi secara positifnya aku tahu itu peminat blog aku. Kahkahkahkah! Perasan tak sudah-sudah.

Jadi, rasanya mungkin untuk tahun ini aku akan memaksa diri aku untuk menulis kisah dan pengalaman hidup atau apa yang aku rasa aku nak tulis. Cuma memang tak mengharapkan orang baca dan komen pun.

Paling kurang mungkin aku akan syok sendiri jer..lepas tulis aku baca balik lepas tu gelak sorang-sorang. Hahahaha!

Apa-apapun, selamat tahun baru kepada semua yang membaca entry ini dan doakan esok aku tulis apa-apa yang menarik dekat blog nih lagi.