Sabtu, 29 Disember 2018

Domino's Perkenal Puding Roti Mentega Butterscotch

Sabtu, Disember 29, 2018 8
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru Hans menerima jemputan daripada pihak Domino's Pizza untuk menonton filem Aquaman di TGV Cinemas One Utama. Apa yang paling mengejutkan dan sangat menggembirakan sewaktu berada di majlis tersebut ialah selain dihidangkan dengan pelbagai jenis pizza, Hans juga turut dapat merasa hidangan pencuci mulut terkini daripada Domino’s Pizza iaitu Puding Roti Mentega Butterscotch (Butterscotch Bread & Butter Pudding) yang baharu. 


Apa yang istimewanya tentang manisan terbaharu Domino’s yang sangat lazat ini ialah ia dibakar dengan sempurna dan dihasilkan dengan kombinasi roti mentega, sos vanilla, kepingan biskut coklat hancur dan dihiasi kismis manis.


Pencuci mulut klasik masyarakat British yang terkenal ini menjadi puding kegemaran ramai kerana membawakan rasa manis menyelerakan dengan tekstur yang menambat selera Hans dan rakan-rakan media yang lain. Rasa bagaikan di syurga makanan apabila dapat makan sepuas hati pencuci mulut ini sebelum, sewaktu dan selepas tayangan filem Aquaman.


Untuk pengetahuan anda semua, menu Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu ini dibakar segar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di seluruh cawangan Domino’s Pizza di Malaysia Barat dan ianya boleh didapati hanya untuk tempoh terhad pada harga pengenalan RM9.90 sahaja. Lebih menggembirakan apabila Hans dan rakan-rakan media yang lain merupakan kumpulan orang pertama dapat menikmati kelazatan Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu sebelum pelancaran rasminya baru baru ini. Terima kasih Domino's Pizza.


Pada majlis pelancaran manisan terbaharu Domino’s, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Kata orang tak kenal maka tak cinta. Bagi kami, sekali makan pasti nak lagi. Manisan terbaru ini dibuat dengan penuh kasih sayang daripada kami untuk pelanggan kami. Bahan yang berkualiti dan kelazatan rasa terus menjadi keutamaan kami dalam usaha menghasilkan inovasi baharu. Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu memperlihatkan penekanan kami kepada sentuhan klasik kerana seperti yang kita semua ketahui, gaya klasik tidak pernah ditelan zaman. Ini dapat kami lihat dalam kecenderungan dan cita rasa pelanggan kami yang menjadi inspirasi untuk kami mencipta produk baharu."


Jadi, kepada semua pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu baharu Puding Roti Mentega Butterscotch daripada Domino’s Pizza Malaysia ini, anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333. Selamat menikmati Puding Roti Mentega Butterscotch yang sungguh menyelerakan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jumaat, 28 Disember 2018

Review Filem Suzzanna Bernapas Dalam Kubur

Jumaat, Disember 28, 2018 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menonton filem Suzzanna Bernapas Dalam Kubur bertempat di GSC Aman Central pada 27 Disember 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Review Filem Dragon Ball Super: Broly

Jumaat, Disember 28, 2018 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menonton filem Dragon Ball Super: Broly bertempat di GSC Aman Central pada 27 Disember 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Rabu, 26 Disember 2018

Review Filem Mary Poppins Returns

Rabu, Disember 26, 2018 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menonton filem Mary Poppins Returns di GSC Aman Central pada tanggal 25 Disember 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Khamis, 20 Disember 2018

Wangian Istimewa Demeter Fragrance Library

Khamis, Disember 20, 2018 4
Assalammualaikum buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Watsons Malaysia untuk menghadiri pelancaran Demeter Fragrance Library bertempat di Other Half Cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.


Kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang jenama Demeter ini, ia sebenarnya merupakan sebuah jenama pewangi yang bukan sahaja unik tetapi telah menghasilkan pelbagai wangian hasil daripada kejayaan Demeter Fragrance Library yang berjaya memberikan tindak balas emosi yang terhasil melalui bauan yang dapat membangkitkan memori, emosi serta ekspresi anda dalam mengimbau kembali kenangan bahagia pada zaman dahulu hanya dengan menggunakan wangian ini sahaja. Terdiri daripada lebih 300 wangian yang berbeza, pewangi ini telah mula dihasilkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1996 lagi oleh seorang pencipta berbakat iaitu Christopher Brosius dan telah menjadi kegemaran ramai orang termasuk selebriti antarabangsa. Hebat betul penangan pewangi dari Demeter Fragrance Library ini kan?


Tetapi, sebelum Hans bercerita lebih lanjut tentang keistimewaan wangian Demeter Fragrance Library, ada satu perkara yang membuatkan Hans sangat teruja pada majlis pelancaran ini. Kalau anda semua nak tahu, buat pertama kalinya Hans berpeluang untuk menghasilkan pewangi hasil buatan tangan sendiri kerana terdapat sesi bengkel yang dianjurkan pada majlis Demeter Fragrance Library tersebut untuk para media yang hadir. Terdapat 10 minyak pati yang disediakan iaitu:

1) After The Rain
2) Bonfire
3) Dandelion
4) Floral Musk
5) Fresh Lemon
6) Grass
7) Green Tea
8) Peach & Apricot
9) Pink Grapefruit
10) Wet Garden 


Jadi, langkah-langkah penyediaan telah disediakan di atas kertas dan Hans hanya perlu ikut setiap langkah mengikut urutan. Alat-alat kelengkapan turut disediakan di atas meja. Memang masa ini Hans terasa ala-ala pakar penyelidik yang menghasilkan minyak wangi di dalam makmal. Pada permulaannya untuk bekas kecil 10ml memang Hans ikut peraturan yang disediakan dengan memilih cuma tiga jenis pati untuk dimasukkan ke dalam bekas minyak wangi.


Tetapi, apabila tiba sahaja sesi menghasilkan pewangi untuk bekas minyak wangi yang besar berisipadu 30ml, memang Hans sesuka hati masukkan pelbagai jenis pati yang disediakan. Antara pati yang berjaya menarik deria hidu Hans untuk jatuh cinta ialah Green Tea, Peach & Apricot dan Floral Musk. Selepas itu Hans masukkan sedikit pati Bonfire untuk memasukkan aura kejantanan di dalam pewangi Hans. Apakah hasilnya nanti?


Akhirnya, siap sudah pewangi Hans yang dicipta dengan penuh teliti dan tawaduk. Diberi nama H20 Perfumes dan alhamdulillah bau wangi daripada pewangi ini telah diiktiraf dan dipuji oleh sesiapa yang telah menghibu bauannya. Nampaknya, terbukti Hans ada bakat menghasilkan pewangi-pewangi kegemaran ramai. Hahaha!

Dari kiri: Jason Park, Ketua Pegawai Eksekutif Fingertouche (M) Sdn. Bhd., James Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Demeter Asia Pasifik, Thoren Tan, Pengarah Perdagangan dan Danny Hoh, Pengarah Pelanggan dengan duta jenama.

Pihak Demeter yang mempunyai lebih daripada 350 cawangan di seluruh rantau Asia Pasifik telah mengeksport produk mereka lebih daripada 20 negara termasuk Malaysia. Berita menarik buat anda semua kerana produk Demeter Fragrance Library ini boleh diperoleh di seluruh cawangan Watsons. Selain itu, pihak Demeter turut menyediakan pelbagai produk lain seperti krim tangan, lip balms dan sebagainya lagi dengan bungkusan menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang sempena musim perayaan Krismas dan Tahun Baru 2019 ini.


Jadi, pada majlis pelancaran kali ini terdapat 6 jenis Wangian Klasik yang ditawarkan oleh Demeter Fragrance Library iaitu:

1) Crystal Rose
2) Sweet Baby
3) Something
4) White Musk
5) Icelandic Aurora
6) Baby Power

Serius bauan daripada wangian-wangian ini memang lembut dan sangat sedap dipakai. Antara yang Hans sangat suka ialah Crystal Rose, Icelandic Aurora dan Baby Power. Jatuh cinta pandang pertama masa sembur dengan tangan. Hehehe!


Lebih menarik lagi apabila kali ini pihak Demeter turut memperkenalkan 4 Wangian Edisi Terhad yang diinspirasikan daripada kepelbagaian kebudayaan Malaysia iaitu The City Version:

1) Kuala Lumpur
2) Ipoh
3) Melaka
4) Penang


Kini, Hans telah menggunakan pewangi edisi terhad Kuala Lumpur dan pewangi wangian klasik Baby Power untuk urusan harian. Memang sangat berpuas hati kerana bau wanginya kekal lama dan sangat selesa. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan wangian Demeter Fragrance Library ini boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Watsons di seluruh Malaysia atau layari www.watsons.com.my. untuk maklumat lanjut berkenaan produk serta harga.

Selasa, 18 Disember 2018

Nikmati Hi-Tea Hari Krismas Di Summit Hotel Subang USJ

Selasa, Disember 18, 2018 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Berita baik buat semua pembaca blog hanshanis.com yang menyambut perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019, Summit Hotel Subang USJ kini menawarkan Hi-Tea Hari Krismas dengan nilai harga serendah RM55 sahaja istimewa buat anda semua.


Special Hi-Tea For Christmas

Alamat:
Ocenia Buffet Restaurant,
Summit Hotel Subang USJ,
Persiaran Kewajipan,
USJ 1,
47600 Subang Jaya,
Selangor.

Tarikh:
22 Disember 2018 - 1 Januari 2019

Waktu:
12.00 P.M - 04.00 P.M

Harga:
RM55 (Dewasa)
RM38 (Kanak-Kanak)

Nombor Telefon:
+603 8023 3000 ext 3021


Nampak tak betapa terujanya Hans melihat menu utama yang disediakan oleh Summit Hotel Subang USJ seperti gambar di atas? Hahaha! Untuk makluman semua, menu-menu yang disediakan disini adalah halal dan menawarkan pelbagai pilihan kepada anda. Daripada makanan barat, makanan kampung, hidangan laut, pencuci mulut serta pelbagai lagi yang disediakan untuk memenuhi selera anda semua apabila berkunjung untuk menikmati Special Hi-Tea For Christmas disini. 


Jadi, Hans kongsikan dengan anda semua terutama kaki makan berkenaan hidangan utama yang dihidangkan sempena Special Hi-Tea For Christmas ini yang semestinya bertepatan dengan tema hari Krismas iaitu Chef Sakysa's Roasted Turkey, Lamb and Beef. Kalau anda datang ke Summit Hotel Subang USJ ini, anda wajib cuba menu utama ini. Selain itu, disini juga disediakan pelbagai lagi menu-menu barat serta kampung seperti gambar-gambar dibawah ini. Ini sangat menguntungkan anda semua sebagai pelanggan kerana dapat menikmati kesemuanya dengan nilai harga yang sangat rendah.

 BUTTER OATS PRAWN
 MEAT BALL BAKED
 KARI IKAN
 AYAM
 BEEF RENDANG
 FISH FINGER
 KACANG PANJANG GORENG
 MEE GORENG MAMAK
NASI GORENG KAMPUNG

Seterusnya, Special Hi-Tea For Christmas turut menawarkan pelbagai hidangan salad dan sandwich kepada semua pelanggan yang memilih pakej ini. Anda pasti akan rambang mata melihat pelbagai jenis hidangan yang dipersembahkan dengan cukup menarik melalui gabungan kombinasi warna yang pelbagai dan memukau.



Kepada peminat makanan laut pula, Summit Hotel Subang USJ turut menawarkan anda semua hidupan laut yang segar dan terletak elok di atas ais untuk dinikmati oleh penggemarnya seperti gambar yang Hans kongsikan di atas. Kepada sesiapa yang sukakan menu-menu lain seperti mee, roti, ais kacang serta aiskrim, disini juga turut disediakan gerai kecil yang menghidangkan semua juadah ini dan wajib dicuba oleh anda semua.


Seperti biasa, perkara terakhir yang wajib anda semua cuba selepas puas menikmati pelbagai jenis juadah berat semestinya ialah menikmati pencuci mulut yang disediakan disini. Pencuci mulut yang disediakan disini seperti kek, pastri serta manisan adalah antara pencuci mulut yang sedap dan berbaloi untuk dinikmati berkali-kali.


Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang berminat untuk merasai dan menikmati hidangan yang ditawarkan di dalam Special Hi-Tea For Christmas di Summit Hotel Subang USJ ini, boleh lah bersiap sedia mulai sekarang untuk membuat tempahan melalui info-info rujukan yang Hans kongsikan pada permulaan artikel di atas. Selamat menjamu selera :) 

P/S :  Kenyang Perut Suka Hati. Kalau Lapar Lagi Kena Lah Datang Sekali Lagi. Hehe!