McDonald's Golden Prosperity Beef Burger 2018 Malaysia

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsi sikit tentang burger kegemaran ramai peminat McDonald's iaitu Prosperity Burger yang kini kembali menghantui semua sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma nih. Cuma kali ini ada sedikit kelainan iaitu ada set Golden Prosperity Burger. Tak tahu lah kalau sebelum-sebelum nih memang ada sebab tak pernah pula nampak tahun-tahun sebelum nih.


Untuk set Golden Prosperity Burger nih semestinya didatangkan dengan set istimewa iaitu kentang bergelung-gelung nih atau nama saintifiknya Twister Fries dan juga minuman McFizz yang kekuning-kuningan itu. Dan semestinya ada 2 pilihan iaitu daging atau ayam cuma kali nih ada penambahan hash brown yang dikatakan rangup menjadi salah satu bahan yang diapit oleh roti bijan yang gebu-gebas tu. Nampaknya sekali lagi Hans kena istiharah sama ada nak pilih daging atau ayam dan untuk air pula, Hans tak ambil McFizz sebab kurang minat sikit. Jadi, dengan ini melayanglah RM16.00 untuk set McDonald's Golden Prosperity Beef Burger 2018 ini.


Pertama kali dalam sejarah Hans dapat sos cili bukan main banyak lagi. Selalu dapat dalam satu hingga tiga keping jer. Ini dah macam perli Hans pun ada nih walaupun Hans tak minta. Atau mungkin sebab dia tengok Hans hot macam cili kut. Kahkahkah!


Hah! Baca tu dia tulis apa dekat kotak tu. Sambutlah rasa yang pasti menambat hati! Kata kotak tu lah! Tapi sebelum buka adalah lebih baik makan dulu kentang bergelung-gelung sebelum jadi sejuk dan lemau.


Hai kentang gelung-gelung. Selamat bergelung-gelung di dalam usus perut ku ini!



Pepatah orang tua ada cakap, kalau nak tengok perempuan tu cantik ker tak...tengok lah perempuan tu masa waktu pagi sebelum mandi.

Pepatah Hans pula kata, kalau nak tengok burger tu sedap atau tak, tengok lah rupa pembalut burger tu dulu. Tak ada kena mengena langsung pun kan pepatah nih? Hahaha!


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah rupa sebenarnya McDonald's Golden Prosperity Beef Burger 2018. Comot sikit sebab tersusun terbalik masa letak dalam bakul motosikal. Hahaha! Apa kata kita tengok rupa dan isi di dalamnya pula.


Macam biasalah dah namanya pun beef....jadi pastilah ada daging lembu. Disirami sos lada hitam dan juga hirisan bawang yang bersaiz sekata. Serta hash brown yang secara tidak langsung memberikan warna keemasan kepada set nih. Hans lagi suka daging daripada ayam untuk menu nih. Kalau ayam rasa macam tak kena lah dengan sos lada hitam tu.


Dengan harga RM16.00, para peminat Prosperity Burger dah boleh serbu dan melantak sepuas-puasnya di semua cawangan McDonald's berdekatan rumah dan tempat kerja anda! Bagi Hans pula, rasa Golden Prosperity Beef Burger untuk tahun 2018 nih boleh lah nak dimakan. Nak kata wow sangat tu tak adalah sangat! 


SKALA SEDAP : 2.8 / 5


P/S : Tak Payah Letak Hash Brown Tu Pun Tak Apa Sebab Tak Memberi Kesan Dan Rasa Yang Menarik Pun!

66 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Xsempat lg singgah mcd layan prosperity burger.. Sedapnya

    BalasPadam
  2. Adoi dah lama tak makan McD,siang nanti nak pergi laa...

    BalasPadam
  3. Aduhh baru je plan taknak mkn fast food, tgk post ni rasa nak laju2 ke mcD🤓🤓🤓

    BalasPadam
  4. next time nak g jalan2 cari makan ajak lah kite 😁

    BalasPadam
  5. Alamak.. bila lah mama nak makan ni. Sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak merasa lagi ni perut asyik penuh aje bilalah nak makan dia pulak

      Padam
    2. hahahaha
      kena biar kosong sehari

      Padam
  6. hai..
    last 2 weeks dah beli prosperity chicken..
    sedap macam biasa cuma portionnya nampak lebih kecil.
    twister fries awak nakpak helok je bergulung gulung..
    sy punya hancus..tak menyelerakan langsung
    air pulak suami tukar ambik coke.
    kesimpulannya..not worthy rm16 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..twister fries saya sedap...sama lah...air pun saya ambil coke...tak ambil mcfizz sebab tak minat...
      betul..portion rasa macam kecil sikit...tak tau lah perasaan atau mmg betul kecil sikit..haha

      Padam
  7. Twister fries, my all time favourite!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe....sedap kan...
      nasib dia tak bg kerepek macam burger korea ari tu..itu tak sedap

      Padam
  8. akak dh try dh prosperity tp amik ayam tanpa hushbrown tuh....
    twister fries tu akak tukar fries biasa sbb masin skit selalunya yg gelung2 tu hehehe
    beger dia mmg terbaik tp yg akak dpt aritu bukan main banyak sos nya... mmg tak kedekut lah tp lps tu menahan kepedasan lah tp mmg pueh hati lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari tu makan twister fries okay..xmasin..hehe
      pedas ker kak? maybe saya makan pedas kut...tak rasa pedas langsung..hehehe

      Padam
  9. Baru-baru ni makan prosperity. Order yang biasa je. Tak perasan pula ada yang dengan hash brown.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...okay jer...hash brown tu tak ada effect apa pun..hahaha

      Padam
  10. hahahaa...tu lah...sedap lak tu..tapi karbohidrat tinggi..hahaha

    BalasPadam
  11. Dah makan bulan lepas.memang tak boleh move on burger prosperity mcd ni sedap ya amat

    BalasPadam
  12. prosperity.. sedap tapi pedas!

    BalasPadam
  13. Dah makan bulan 12 hari tu, tapi masa tu belum ada hash brown.
    Hash brown tu mmg tak memberi kesan pada rasa, tapi memberi kesan pada harganya.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...bab memberi kesan pada harga tu sangat tepat

      Padam
  14. Wah..belum pernah try yg ada hash brown la...

    BalasPadam
  15. ate prosperity burger last dec haha. followed u here #3649. hi hi hi

    BalasPadam
  16. Sedap juga layan prosperity ni sebab bermusim....

    BalasPadam
  17. belum sempat mkn lg laa.... pd hal mc d blkg umah sy je

    BalasPadam
  18. dulu saya suka makan prosperity ni..sekarang ni kurang sebab rasa macam pedas sangat..dulu kurang pedasnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg pedas ke? sekarang yang macam tak pedas...haha

      Padam
  19. Walaupun lepas makan mulut akan rasa bawang, hakak tetap suka berger ni.
    Sedap oii

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      bawang tu kalau dpt yang manis memang jadi sedap
      dapat yang kelat memang naya sikit

      Padam
  20. Baru je lg tambah hash brown tu kan? Sbb beli aritu takde pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer lah kut
      hehehe
      yang dia iklan sekarang yang ada hash brown nih :)

      Padam
  21. Bab tak perlu hashbrown tu setuju..! Memang tak bagi efek pape.. Menyesal je amik yg ada hashbrown ni haritu..

    BalasPadam
  22. Dah try hari tu. Ok jugaklah rasa dia. Tapi sekali makan..memang kenyang kebuntang :D

    BalasPadam
  23. yg terbaru belum makan lg, tapi yg dulu2 tak tahan sos lada hitam..quite hot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sos lada hitam tu pedas ke? ramai kata pedas...saya makan biasa jer..hehehe

      Padam
  24. GCB jugak yg sedap kann

    BalasPadam
  25. burger ni baru jek mkn hari tu..mmg muncul setahun sekali jek..bila datang raya cina..kalau tak makan tahun ni tggu la tahun depan plak..pas raya cina dah tak de jual la kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...tu lah...kalau panjang umur...hehehe

      Padam
  26. skala sedap 2.8/5 jek? ni mesti taste sedap Hans tinggi ni..kalau sis JM leh la bagi 3.5/5

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...mungkin lah kut...
      sebab hashbrown tu jadi 2.8 tu....
      kalau tak ada hashbrown rasa-rasanya 3 kut...hahaha

      Padam
  27. suka kentang gulung je.. berger dia tak suka.. huhuhu..

    BalasPadam
  28. Singgah mekdi yang selalu pesan Mchicken jer..lain-lain tak try lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama