Warung Cikgu

Assalammualaikum. Hari nih kawan serumah ajak Hans cari Nasi Kak Wok sebab tiba-tiba dia mengidam nak makan. Entah apa mimpi dia tiba-tiba nak makan. Mimpi jumpa Kak Wok kut agaknya!

Jadi, masing-masing cuba google cari dekat mana ada Nasi Kak Wok dekat kawasan Bukit Jalil nih. Sekali jumpa ada satu cawangan dekat Seri Kembangan tetapi rupa-rupanya awal tahun 2018 hari tu cawangan tu dah tutup. Haihhh!


Nak dijadikan cerita tiba-tiba terjumpa satu restoran bernama Warung Cikgu. Dekat sini ada menawarkan satu menu bernama Nasi Mmanggey yang lebih kurang sama macam Nasi Kak Wok nih. Sebab dah teringin nak makan punya pasal jadi Hans dan rakan bergerak kesana sambil menyanyi-nyanyi keriangan. Percaya tak kami menyanyi tu?


Nama Kedai :
WARUNG CIKGU

Alamat :
No 1,
Jalan BP 6/7,
Bandar Bukit Puchong,
47100 Puchong,
Selangor.

Telefon :
016-9736579

Waktu Operasi :
07.00 AM - 10.00 PM


Rupa-rupanya banyak menu dekat Warung Cikgu nih yang popular seperti di atas tu. Untuk kali ini Hans berkesempatan makan Nasi Mmanggey @ Nasi Kak Wok dan Coconut Shake. Hans tak perasan pula kelapa baldi tu. Kalau Hans tahu memang Hans beli Kelapa Baldi tu sebagai minuman tadi. 


Konsep dekat sini ialah layan diri yer. Jadi, korang jangan berangan-angan nak jadi VVIP nak orang datang ambil pesanan korang. Hahaha! Jadi, Hans pun beratur lah dekat kawasan Nasi Mmanggey tu. Nasib masa Hans beratur tu depan Hans ada seorang jer. Alhamdulillah! Sebab lepas tu setiap waktu ada jer orang datang beratur. Bukan sikit-sikit tapi panjang pula barisan beratur tu. Lega tak payah beratur lama!


Ini ialah Coconut Shake yer semua dan aiskrim yang diletak tu Hans rasa aiskrim jagung sebab warna kuning. Kalau vanilla rasanya warna putih. Ikutkan asalnya tak tahu pun ada coconut shake nih sebab pada awalnya pesan teh ais. Tetapi, bila tengok ramai yang pesan dan Hans pun tak dapat mengawal nafsu. Keputusannya, COCONUT SHAKE SATUUUUUUU!!!


Ada satu peristiwa memalukan terjadi masa ambil makanan nih. Sebab abang yang membungkus nasi tu tahu Hans nak makan sini jadi dia tak adalah bungkus ikat getah tu dan bagi dekat Hans untuk pegang. Hans pula ingat kuah yang dia letak dah menyerap dengan nasi. Masa nak buka lipatan nasi atas meja tu sekali kuah nasi nih tertumpah lah pula ke atas kaki Hans!!! Orang sebelah tengok jer dengan muka ala-ala terkejut. Malu abang Hans dikala itu! Hahahaha! Nasib orang sebelah tak nyanyi lagu Abang Nak Tegur.

Jadi, Nasi Mmanggey @ Nasi Kak Wok nih sebenarnya menu yang ringkas sahaja. Bila korang beli nasi nih maka korang akan dapat nasi putih, sesenduk kuah kari ayam, sesenduk sambal dan potongan kecil ayam goreng kunyit rempah yang menjadi kesukaan sejak berzaman-zaman lagi. Jadi, tunggu apa lagi kan? Masa untuk mengketedarah dah tiba. Mari baca doa makan! Yehaaaaaaaa!


Kawan Hans yang kelaparan tu siap tambah sebungkus lagi Nasi Mmanggey nih. Hans makan satu jer sebab kes tertumpah kuah tu tiba-tiba rasa kenyang. Hahaha! Masa untuk habiskan Coconut Shake nih pula. Sruppppp! Arghhhhhhhhhhhhhh!!! (Ala-Ala Suara Dato Alif Dalam Lagu Abang Nak Tegur).


Ada yang kata sambal Nasi Mmanggey @ Nasi Kak Wok nih pedas. Bagi Hans yang suka makan pedas nih...tak adalah rasa pedas mana pun! Pedas sambal nih kira sedap dimakan dan manis sedikit. Ayam berempah dia pula memang garing dan sedap. Untuk coconut shake tu pula, Hans rasa biasa jer. Kalau teringin sangat nak minum tu boleh lah tapi masih tak boleh lawan Coconut Shake dekat Melaka. Jadi, harga makanan untuk tadi :


Nasi Mmanggey @ Nasi Kak Wok:
RM5.50

Coconut Shake:
RM3.70

Cuma Hans keliru sikit bila tengok harga dekat facebook Warung Kita nih macam murah pula harga dia. Tak tahu lah kalau kawan Hans salah kira ker atau memang dah naik harga sebab pakai duit dia dulu tadi. Hahahah! Kepada yang teringin nak cuba makan dekat Warung Kita tu, korang boleh lah pergi. Guna Waze ke Google Map ker mesti jumpa punya lah. Kalau dah makan tu sila kongsikan pengalaman dan pandangan korang dekat ruang komen di bawah nih yer.

SKALA SEDAP : 3.7 / 5 

P/S : Kalau Sesiapa Ada Resdung Tu Bersiap Sedia Lah Korang Lepas Makan! Muahahahaha!

94 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. nasi manggey memang favourite!

    BalasPadam
  2. Uihh nasik Kak Wok ni favorite masa zaman belajar. Murah tapi puas makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      sebab banyak kuantiti dia tu yang puas
      murah pun murah

      Padam
  3. Alhamdulillah..dah tak mengidam nampaknya ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...housemate saya dah hilang dah ngidam dia

      Padam
  4. amboi2... menggoda sungguh menu tuh hans oi....

    tp tang tertumpah kuah tu mmg blh bt kenyang prt, klu akak trs rasa takmo mkn kot klu malu heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...buat selamba jer masa tu padahal dalam hati memang malu gila
      hahaha

      Padam
  5. warung kita dengan warung cikgu sama management ke tp nasi tu mcm sama la akak mkn warung kita kt sg buloh...harga berbeza maybe lain kot warung cikgu dengan warung kita...yg akak mkn kt warung kita nasi tu rm 5.20..coconut shake 3.50..

    BalasPadam
  6. Rajin ya jalan-jalan cari makan.

    Nasi kak Wok tak pastilah Mrs. A pernah makan ke tidak nampak macam ala-ala nasi campur pun ada cuma lauknya tulah kot telah ditetapkan pilihanya, maybe kak Wok cuma suka lauk itu sahaja. Tiap-tiap kali makan itulah pilihan kak Wok itu yang terus lekat nama nasi kak Wok kot. Eh! tetiba ok tipu. #guraujer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab suka makan tu banyak entry makan-makan
      hahaha

      Padam
  7. Kelapa baldi tu besar mana baldi nya.

    Baca entri Hans kali ini buat saya senyum sendirian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan baldi macam lori tangki bawa air isi tu...hahaha
      baldi jenis kecik aluminium tu
      comel2 tapi kira jenuh juga lah nak minum kalau penuh diisi dalam baldi tu

      Padam
  8. menarik menu nasi kak wok.. coconut shake pun sejuk je tekak bila minum time panas2 nih...hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah..kalau panas memang seronok gila lah minum coconut shake tu
      hahaha

      Padam
  9. Nampak menyelerakan tu.. puas klu buat makan tengah hari dgn coconut shake tu.. fuhh mmg enjoy :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha macam semalam saya makan nih memang enjoy lah
      sebab time tu memang panas
      haha

      Padam
  10. Tak pernah dan belum pernah jumpa nasi ni kat Perlis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi ni ikut kan macam terkenal dari kelantan cuma dah jadi macam-macam nama
      asal dari mana tak dapat dikenal pasti
      kalau dekat Perlis tu yang terkenal nasi ganja warna kuning tu kalau dekat Kangar
      hehehe

      Padam
    2. Hmmm baru lepas makan nasi ganja jap tadi

      Padam
  11. hehehe boleh tahan eeeh korang time mengidam. sanggup cari jugak tapi betul.. kalo time nak sangat tu hang cakap la apa i dun care anymore. i nak jugak hahaha..

    coconut baldi menarik. rare tu.. nanti try naa then update.. kot ceq balik KL nanti terlajak ke Puchong hewhew..

    BalasPadam
    Balasan
    1. housemate yang mengidam
      den biasa jer
      hahaha
      In Sha Allah kalau pergi lagi boleh lah try Kelapa Baldi pula
      Kelapa Baldi tu air kelapa jer cuma dia letak dalam bekas macam baldi kecik tu
      hahaha

      Padam
  12. Kikikikikiki... memang terbaik bro... ko tak cuba minum air kelapa dalam baldi ke...
    Warung Kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sebab tak tahu pun ada
      dah habis mengketedarah semua tu baru perasan meja sebelah order air kelapa baldi tu
      hahaha

      Padam
  13. Tak memasal lapar balik tengok gambar tu hahah! ^^

    BalasPadam
  14. First time kot dengar pasal nasi mmanggey ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa...nasi memanggil-mangil maksudnya tak silap

      Padam
  15. Kelapa baldi? Uniknya nama. Nasi kak wok ni mesti ayam goreng dia tu dan kuah kari....

    BalasPadam
  16. Boleh pegi cari ni. Saya dulu tinggal di Kampung Baru Puchong. Sebelah je ni. nanti jika ada peluang melawat kawan lama di Puchong, boleh singgah sini makan-makan.

    BalasPadam
  17. wah, nampak sedap air coconut shake tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay lah...ada lagi yg sedap tapi sedap juga lah yg nih

      Padam
  18. sedap sangat ye nasi tu? sampai licin hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya memang jenis makan licin
      kalau tak nanti nasi menangis :)

      Padam
  19. Eh pes taim dgr namo nasi ni. Tgk pic, tgugat diet xnak mkn nasi, nsb jauh, if dkt ...😎😎

    BalasPadam
  20. Nanti saya pergi try dulu... nak tahu betul ke sedap!

    BalasPadam
  21. ok you're making me hngry now. haha

    BalasPadam
  22. pemes nasi ni kawan sy dok puchong sokmo beli.
    Cuma sambal tu jenuh kene mintak extra je.sbb sedap


    jeMput visit blog saye

    https://itsmirmira.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      yang duduk puchong mesti tahu punya nasi nih

      Padam
  23. Oh blog pasal makan makan. Cikgu punya warung ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah itu tak pasti
      mungkin pemilik warung nih seorang cikgu
      hehehe

      Padam
  24. walaupun dikau tidak cantik rupawan tapi sudah cukup mengiurkan tekakku haha

    BalasPadam
  25. Tengok entry kali ni, tetiba teringat pulak nasi ulam cikgu kat kelate

    BalasPadam
  26. Habis licin makanan tu..hehe. Mesti sedap.

    BalasPadam
  27. sedap dan meyelerakan sangat tu..

    teringin la nak memcuba

    BalasPadam
  28. Memang sedap kat Warung Cikgu ni..kami selalu makan time dok Puchong dulu. Tghr start la orang beratur panjang nak beli nasik manggey. Yg bestnya aritu time Jumaat, kami pi beratur nak tapau. Sampai turn, diorang tutup pulak sbb nak pi solat Jumaat. Penat beratur panjang..haishh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haahaha
      kesian pula dengar
      sebab pekerja dia semua lelaki kan?

      Padam
  29. pernah makan nasi manggey kat area bangi... selepas UKM tu.. not bad. Harga murah untuk yang suka bajet tapi kalau dah order coconut shake tu skali maka lebur gak la bajet..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...masih belum lebih RM10
      kira okay lah tu
      heehe

      Padam
  30. sedapnyaa... tapi lagi sedap tengok coconut shake tu, terliur...hehe

    BalasPadam
  31. Tu dia licin you.. mama tgk coconut shake dia pun teringin dah ni

    BalasPadam
  32. Coconut shake pon ada. Terliur pulak!😅

    BalasPadam
  33. pergh sedapnya. tak sabar nak balik malaysia melantak makanan melayu.

    BalasPadam
  34. x de branch kt area2 ampang ke... jauh laa nk g hahaha

    BalasPadam
  35. yes. mek pun dah try this nasi manggey.
    tak silap dia ada dua cawangan and dua dua cawangan mek dah try
    memang puas hati, kena selera tekak mek.

    BalasPadam
  36. wahh..sesenduk sambal..ni ala-ala nasi ayam goreng kunyit..sambal pedas giler..
    tapi minum coconut shake ok lah kot, balance up..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      tapi sambal nih tak pedas sangat
      sedap lah makan

      Padam
  37. Amboi licin makan ansi Mmanggey.mesti sedap kan...

    BalasPadam
  38. pernah makan nasik kak wok ni..simple jek..boleh la rasa sedapnya tu..kalau sis JM pun bagi rate 3++ jgk..

    BalasPadam
  39. coconut shake tu sedap... walaupun saya bukan peminat nasi tegar nasi kak wok... tp for me nasi kak wok ni satu masakan yang simple tapi ada keunikkannya sendiri dari segi rasa tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      menu dia simple jer tapi bila makan tu rasa sedap dan tak puas kalau tak tambah
      hahaha

      Padam
  40. Lama tak makan nasi campur kuah macam ni.. rindunya..
    coconut shake tu macam sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. coconut shake nih sedap tapi ada lagi sedap
      hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama