Wajib Makan Di IndoBowl Cafe Sungai Besi

Assalammualaikum semua! Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa sepanjang bulan September ini Hans asyik menulis tentang ulasan filem sahaja. Jadi, untuk menghilangkan rasa rindu semua terhadap artikel ulasan makanan maka Hans pun dengan sukacitanya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sebuah tempat makan yang menarik, sedap dan semestinya harga menunya bersesuaian dengan status rakyat marhaen seperti kebanyakan daripada kita. Hahaha!


Alhamdulillah Hans telah dijemput oleh pihak IndoBowl Cafe cawangan Sungai Besi untuk hadir ke sana bagi merasai sendiri menu-menu popular dan terbaik kesukaan para pelanggan mereka. Hans paling tertarik dengan ayat yang dinyatakan oleh salah seorang pemilik merangkap pengurus IndoBowl Cafe iaitu Encik Edzaham Syafiq Bin Jauhari yang mahukan Hans memberikan komen serta penilaian yang jujur untuk menu-menu yang disediakan disini. Ini yang membuatkan Hans seronok kerana rasa bebas untuk menilai sendiri menu-menu tersebut mengikut perspektif dan citarasa Hans sendiri.


Nama :
IndoBowl Cafe (Cawangan Sungai Besi)

Alamat Cawangan Sungai Besi:
No. 72,
Jalan Tasik Utama 7,
Lakesfield,
57000 Sungai Besi,
Kuala Lumpur.


Alamat Cawangan Subang Jaya:
No. 66,
Jalan SS 15/4C,
SS 15,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi :
11.00 AM - 11.00 PM

Telefon:
0195426869

Facebook :
INDOBOWL CAFE

Tidak susah untuk mencari lokasi IndoBowl Cafe cawangan Sungai Besi ini. Hans tadi menggunakan aplikasi waze dan memang betul-betul dibawa tepat di hadapan IndoBowl Cafe yang bertentangan dengan jalan raya.


Hans sukakan konsep IndoBowl Cafe ini yang tampak ringkas tetapi masih menampilkan dekorasi yang cantik mata memandang. Paling penting Hans selesa untuk menikmati makanan di dalam kawasan cafePermulaannya Hans telah dihidangkan dengan Sate Madura yang didatangkan dalam dua set iaitu sate ayam dan sate daging. Setiap set mengandungi lima cucuk sate. Kali terakhir Hans menikmati sate Madura ini sewaktu berkunjung ke negara Brunei Darussalam. Jadi, sedap ker tidak menu ini? Lihat komen Hans dibawah.



Menu:
Sate Madura (Chicken Satay Set Of 5)

Harga:
RM8

Komen Hans:
Rasa sate ayam ini memang sedap. Isi ayamnya juga lembut. Perapan dan kuahnya kalau dimakan dengan nasi pasti lebih padu. Kalau nak lebih puas sekurang-kurangnya kena makan sepuluh cucuk sate ayam nih.  

Skala Sedap:
3.8 / 5


.Menu:
Sate Madura (Beef Satay Set Of 5)

Harga:
RM9

Komen Hans:
Rasa sate daging ini juga sedap tetapi pada pandangan Hans masih tidak dapat menandingi rasa sate ayam sebentar tadi yang lebih lazat dan memberi impak positif saat. Mungkin juga kerana Hans sememangnya sudah terbiasa menikmati sate ayam berbanding daging.  

Skala Sedap:
3.5 / 5


Menariknya kali ini IndoBowl Cafe ingin Hans merasai sendiri menu-menu terbaik yang terdapat disini iaitu Indomie Salted Egg Chicken, Indomie Cheesy Chicken Chop, Indomie Mumbo Jumbo, Mambo Jumbo Seafood Soto dan dua jenis minuman iaitu Soda Gembira dan Es Cendol. Masa sesi mengambil gambar menu-menu ini pun memang dah buat Hans kecur air liur dah sebab persembahan makanan untuk setiap menu memang cantik, kemas dan berwarna-warni. Antara menu-menu di dalam gambar ini, rasa-rasanya yang mana satu yang paling Hans suka? Lihat komen Hans dibawah untuk jawapannya.


.Menu:
Indomie Salted Egg Chicken

Harga:
RM11.90

Komen Hans:
Isi ayam yang disaluti dengan telur masin ini merupakan menu IndoBowl yang paling Hans suka sekali. Memang puas hati dapat menikmati isi ayamnya yang rangup dan lembut . Bertambah-tambah sedap lagi kerana aroma dan rasa yang datang daripada salutan telur masin itu sememangnya membangkitkan selera makan Hans sewaktu menjamah menu ini. Serius jika anda datang ke IndoBowl Cafe di Sungai Besi ini, menu ini wajib anda pesan dan nikmatinya panas-panas.   
Skala Sedap:
4.2 / 5


.Menu:
Indomie Cheesy Chicken Chop

Harga:
RM14.90

Komen Hans:
Isi ayam yang dilimpahi dengan sos keju ini juga boleh tahan sedap. Rasa keju juga menarik dan sesuai dengan rasa ayam. Sesiapa yang menggemari keju pasti akan suka dengan menu ini   

Skala Sedap:
3.5 / 5



.Menu:
Indomie Mumbo Jumbo

Harga:
RM59.00

Komen Hans:
Menu ini memang betul-betul didatangkan dalam kuantiti yang sangat banyak. Kuantiti hidangan ini mencukupi untuk mengisi perut tiga atau empat orang manusia yang sedang dilanda kelaparan. Tengok sahaja lah pada gambar di atas! Ada empat biji telur mata. Ada hirisan tomato dan timun. Tiga jenis sambal yang memang sedap-sedap dan pastinya pedas. Ada selonggok daging kambing dan juga selonggok daging ayam. Menu ini juga disertakan sekali dengan dua cucuk satay ayam. Akhirnya sekali indomie di dalam dulang ini mungkin datangnya daripada tiga atau empat bungkus indomie. Nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan? Hahaha! Kalau datang sini dengan ahli keluarga atau kawan-kawan memang wajib kena cuba menu ini. Rasa daging kambing sedap dan lembut. Isi ayamnya pun cukup juicy. Paling penting tiga jenis sambal itu memang merupakan kombinasi pedas yang menarik untuk sesiapa yang suka dengan makanan yang pedas macam Hans.  

Skala Sedap:
4 / 5



.Menu:
Mambo Jumbo Seafood Soto

Harga:
RM39.90

Komen Hans:
Kuantiti menu ini sesuai dimakan oleh dua hingga empat orang. Kepada penggemar makanan laut dan soto, anda pasti akan suka dengan menu ini kerana menu ini memang betul-betul mewah dengan kuantiti udang, sotong, ayam dan macam-macam lagi. Disebabkan Hans bukan peminat soto dan kurang meminati sayur taugeh yang dimasak di dalam kuah bersup seperti ini jadi Hans kurang sedikit lah dengan menu ini. Apa-apapun, memang puas dapat meratah makanan laut di dalam menu ini sebentar tadi.   

Skala Sedap:
3.5 / 5



.Menu:
Soda Gembira & Es Cendol

Harga:
RM6

Komen Hans:
Hans hanya mencuba Soda Gembira sahaja kerana untuk menambahkan lagi kegembiraan Hans. Hahaha! Soda Gembira ini sebenarnya ialah sirap bandung soda yang ditambah dengan biji selasih. Memang Hans menggemari air sirap bandung. Tetapi, rasa minuman di IndoBowl Cafe ini lain macam sikit sedapnya. Memang dua gelas lah Hans tibai minum tadi.    

Skala Sedap:
3.7 / 5

Tengok gambar di atas? Nampak macam Hans pekerja IndoBowl Cafe pula kan? Hahaha!.



Secara keseluruhannya, Hans sangat berpuas hati dengan menu-menu yang dihidangkan oleh pihak IndoBowl Cafe cawangan Sungai Besi sebentar tadi kerana:

1) Rasa menu-menunya memang sangat sedap.

2) Kuantiti makanan setiap hidangan juga dalam jumlah yang banyak.

3) Harga menu yang bagi Hans memang sangat-sangat murah dan berbaloi.

4) Kepuasan menikmati makanan di tempat yang cantik, bersih serta menerima layanan yang cukup baik dan pantas daripada pekerja-pekerja IndoBowl Cafe Sungai Besi.

Selain daripada menu-menu yang sedap seperti di atas, mesti ada yang tertanya-tanya dekat sini tak ada jual nasi ker? Haihhh! Hangpa nih tak habis-habis dengan nasi! Hahaha! Jangan risau sebab di IndoBowl Cafe ini juga menawarkan pelbagai jenis hidangan berasaskan nasi seperti yang tertera pada gambar dibawah.  



Kepada sesiapa yang belum pernah lagi mencuba makanan-makanan yang terdapat di IndoBowl Cafe yang terletak di Sungai Besi ini maka Hans sarankan anda datang kesini bersama keluarga untuk menikmati sendiri kelazatan hidangan-hidangan yang terdapat disini. IndoBowl Cafe ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat makan dan lepak bersama rakan-rakan anda kerana suasananya yang cantik dan selesa. Jadi, selamat berkunjung ke IndoBowl Cafe dan menikmati juadah-juadah disini yang pastikan membuatkan anda senyum lebar kerana kesedapan kekenyangan. Sekian!

P/S : In Sha Allah! Hans sendiri akan datang lagi kesini untuk menikmati semula kelazatan Indomie Salted Egg Chicken serta mencuba menu-menu lain yang berasaskan nasi pula selepas ini. 

28 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Memang sedap sebab saya penggemar mee segera (goreng)..paling win salted egg memang terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuh....masih teringat lagi rasa indomie Salted Egg dekat IndoBowl nih
      memang sedap tak terkata
      nanti nak repeat lagi tambah-tambah dekat dengan rumah pula
      hahaha

      Padam
  2. Tak sempat rasa sate madura tu. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh betul lah
      yang lewat sikit tadi tak sempat lah merasa
      rugi2
      hahaha

      Padam
  3. Balasan
    1. memang sedap
      sila datang ke sini dan makan sepuas hati
      hehe

      Padam
  4. Wah hebat bro..rasa nak ke sana ja ..tapi jauhnya merentas benua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      ada rezeki nanti datang lah cuba
      mesti puas hati

      Padam
  5. paling tertarik dgn mumbo jumbo seafood soto tu je..
    sbb sy suka berkuah mcm tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yups
      ramai suka juga sebab makanan laut dalam bowl tu memang mewah

      Padam
  6. Tgk je dh tbyg rasa, sedap2 belaka esp yg salut telur masin tu. Yummeh!

    BalasPadam
  7. i boleh cakap, fancy2 nya food dia..

    BalasPadam
  8. Ya Allah....baru akak tertanya-tanya pasal nasi akhirnya ada juga kat indobowl ni hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      ada nasi juga
      nasi dia pun ada yang sedap-sedap

      Padam
  9. Hebat hidangan style Indonesia. Semua nampak sedap.

    BalasPadam
  10. done follow #3805. singgah petang tengok menu makanan kt sini sampai kenyang hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      terima kasih sudi follow blog saya :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama