Khamis, 8 November 2018

Trailer Filem Operasi X : Memang Kena Sangat Dengan Deepavali

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah akhirnya Hans berjaya mengemas kini blog ini setelah pulang ke Malaysia. Kebetulan hari Hans tiba di KLIA jatuh pada hari perayaan Deepavali dan Hans memang sangat suka dengan hari Deepavali. Jangan pelik kenapa Hans suka sebab pada waktu inilah Hans dapat menonton pelbagai filem-filem Tamil yang penuh dengan pelbagai aksi menarik yang datangnya daripada industri filem Kollywood dari India. Kebetulan filem tempatan terbaru yang sedang ditayangkan bermula pada 1 November 2018 yang lepas pun ada ciri-ciri macam filem Kollywood juga. Tak lain tak bukan ialah Filem Terbaru 2018 iaitu Operasi X yang dibawakan khas oleh Dream Pictures Production.


Apabila Hans dapat tahu tentang filem Operasi X ini jadi Hans pun cepat-cepat lah selidik tengok siapa pelakonnya dan apa sinopsis ceritanya. Walaweh! Filem Operasi X ini dibintangi oleh 3D bak hanggg! Bukan filem ini filem 3D tetapi 3D yang dimaksudkan ini ialah Dato' Aaron Aziz, Dato' Awie dan Dato' Yusuf Haslam. Wah! Dasyat filem ini sebab semua pelakon dia semua ada pangkat Dato' ini.



Selain itu, ada banyak lagi pelakon-pelakon yang hebat-hebat yang sebelum ini meletup dengan filem-filem box office sepanjang 2018 iaitu pelakon Hairul Azreen dan Nasir Bilal Khan. Selain itu, banyak lagi pelakon-pelakon lain seperti Hefny Sahad, Gbob, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima, Zaidi Omar dan banyak lagi.


Jadi, Hans nak kongsikan sedikit tentang sinopsis filem Operasi X ini dimana filem ini mengisahkan ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pegawai polis yang lain apabila dia menyaksikan sendiri kematian rakan baiknya, Inspektor Aman yang dipercayai terbunuh gara-gara tembakan pihak polis sewaktu operasi menangkap penjenayah dilakukan. Redzuan akhirnya mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu dengan memutuskan segala komunikasi dengan semua pihak polis dan rakan-rakan lain. Dia mula berhijrah ke sebuah pulau bernama Pulau Aman dan tinggal dengan penduduk disitu sambil menyembunyikan identiti sebenarnya sebagai polis.



Namun, Dato' Mokhtar dan Tuan Anwar yang merupakan ketua kepada ASP Redzuan berjaya menjejaki kedudukannya dari Bukit Aman dan meminta Redzuan kembali mengetuai satu operasi untuk menumpaskan Geng Belut. Redzuan pada mulanya enggan untuk kembali bertugas namun berubah fikiran apabila dia mengetahui Geng Belut ada hubung kait dengan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman. Berjayakah ASP Redzuan menumpaskan Geng Belut dan menuntut bela atas kematian rakan baiknya? Kalau nak tahu kenalah tonton filem Operasi X ini di pawagam berhampiran anda.


Memandangkan baru esok Hans berkesempatan untuk pergi menonton filem Operasi X, jadi Hans layan dulu trailer Operasi X Movie yang berdurasi 1 minit 23 saat ini. Serius lah beb! Trailer filem Operasi X ini sahaja memang betul-betul berjaya membawa aura filem Tamil daripada India dan ini memberi satu daya penarik yang sangat kuat untuk Hans pergi menonton filem ini di pawagam berdekatan rumah. Kenapa Hans cakap macam tu? Sila tengok ringkasan di bawah ini setelah Hans selesai menonton trailer filem Operasi X:

1) Lagu latar trailer filem Operasi X ini memang ada elemen filem aksi Tamil dan membuatkan Hans berjaya menonton trailer filem ini sehingga habis dalam keadaan yang begitu teruja.

2) Cara suntingan trailer filem Operasi X ini dipertontonkan pun memang memenuhi piawaian filem aksi seperti filem Tamil dimana trailer filem ini bijak diselangi dengan babak aksi pergaduhan dan tembak menembak yang sangat padu, dialog yang begitu catchy, pergerakan kamera yang pantas serta sinematografi yang sangat cantik.

3) Satu adegan di dalam trailer filem Operasi X ini menunjukkan ada dua susuk tubuh Dato' Awie dan ini membuatkan Hans tertanya-tanya apa sebenarnya peranan Dato' Awie di dalam filem ini. Sebab nampak macam orang jahat tetapi dalam masa yang sama nampak macam kelakar pula. Ini antara faktor menarik yang buat Hans nak tonton filem ini.



4) Semestinya Hans nak tengok kemunculan semula Dato' Aaron Aziz dalam industri filem Malaysia setelah lama tidak melihat dia beraksi di layar perak. Hans nak tengok kali ini Dato' Aaron beraksi lincah seperti dahulu atau sekali lagi menjadi hero jiwang di dalam filem itu atau mampu membawa kedua-dua elemen tersebut di dalam wataknya sebagai ASP Redzuan di dalam filem ini.

5) Hans tak sabar nak tengok pertemuan 3D (Tiga Dato') di dalam filem Operasi X ini iaitu Dato' Aaron Aziz, Dato' Awie dan Dato' Yusuf Haslam beraksi dan bergasak di dalam filem ini. Nak tengok juga otai-otai kita ini masih berbisa lagi ker?


Hans memang sangat suka dan merupakan peminat filem Tamil terutama filem aksi. Jadi, apabila Hans selesai menonton trailer filem Operasi X ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan semangat Hans membuak-buak untuk pergi menonton filem ini pada keesokan hari. 



FACEBOOK :

YOUTUBE :

INSTAGRAM :

Jadi, nantikan ulasan Hans tentang filem ini pada keesokan hari selepas Hans selesai menonton filem ini yer. Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang filem yang berkemungkinan bakal menjadi Filem Terbaik 2018 ini boleh layari laman sosial seperti di atas. 

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com