Nasi Daun Pisang Yap Kee Banana Leaf

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, kali ini Hans ingin berkongsi aktiviti seterusnya sewaktu mengikuti program Exploring The Treasures Of Selangor yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Fire Fly. Kali ini Hans dan rakan-rakan media lain berpeluang menikmati hidangan tengahari nasi beralaskan daun pisang di Kedai Makan Yap Kee Banana Leaf.


Konsep kedai makan Yap Kee Banana Leaf ini lebih kurang sama macam di Pulau Pinang dimana makanan disediakan oleh pekerja India Muslim manakala minuman disediakan oleh pekerja Cina. Memandangkan sudah lama Hans tidak berkesempatan makan nasi daun pisang ini maka memang peluang sebegini tidak akan dilepaskan sama sekali.


Dekat sini antara menu wajib yang perlu anda cuba ialah ayam goreng berempah, kari ayam, ikan goreng, kari ikan dan juga kari kambing. Manakala minuman terkenal dan wajib anda cuba jika makan disini ialah jus Ambra,


Untuk pengetahuan semua, Hans telah mencuba semua menu wajib disini kecuali ikan sebab malas nak makan campur-campur ini. Jadi, secara peribadi Hans sangat sukakan ayam goreng berempah dan kari ayam yang ada di Banana Leaf ini. Kena pula dengan papadom dan sayur kobis itu memang terasa seperti dunia ini Hans yang punya. Wah! Hahaha! Kari kambing di sini juga boleh tahan sedap dimana dagingnya pun lembut cuma Hans lebih sukakan ayam disini.


Pada mulanya Hans hanya memesan air cincau sahaja tetapi apabila dapat tahu jus ambra ialah minuman yang wajib dicuba maka Hans pun cuba minum sedikit dari gelas rakan Hans di sebelah. Sekali bila dah minum itu tanpa berfikir panjang terus pesan segelas jus ambra ini sebab sedap pula rasanya. Memang perlu minum untuk merasai kesedapan jus ambra ini tambah-tambah sewaktu panas tengahari sedang membahang di bumi Klang ini.


Secara peribadi, Hans sangat berpuas hati makan tengahari dengan nasi yang beralaskan daun pisang bersama beberapa lauk pauk seperti yang tertera di dalam gambar di atas. Kepada peminat nasi daun pisang yang belum mengetahui bahawa terdapat kedai nasi daun pisang terbaik di Klang maka ini adalah peluang anda untuk mencuba sendiri bagi merasai kesedapan nasi daun pisang di bandar Klang ini. Wajib cuba! Selamat menjamu selera!

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama