Huawei P30 Pro Ditawarkan Pada Harga RM3,799

Assalammualaikum semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sebagai salah seorang pengguna setia Huawei, Hans sangat teruja apabila dijemput hadir ke majlis pelancaran rasmi model terbaru Huawei melalui siri-P iaitu P30 dan P30 Pro yang berlangsung di Sunway Pyramid baru-baru ini.


Apa yang menariknya tentang model Huawei P30 dan P30 Pro ini semestinya ialah fungsi serta kelebihan kameranya yang mempunyai kebolehan yang sangat mengagumkan semasa mengambil gambar tidak kira pada waktu siang mahu pun malam.


Kali ini siri Huawei P30 dan P30 Pro tampil dengan penyertaan empat kamera di bahagian belakangnya. Lebih menarik perhatian ialah susunan kamera kali ini berlainan dengan siri P20 terdahulu dan model kali ini hadir dengan kamera 40-megapixel, 20-megapixel dan 8-megapixel. Turut disertakan bersama adalah lensa TOF dan juga kamera hadapan 32-megapixel.


Menerusi siri ini, pelbagai teknologi baru yang telah diperkenalkan dan ditambah baik pada fungsi kameranya seperti:
  • 10x Loseless Zoom
  • Berupaya zoom sehingga 50x kali
  • AI HDR+
  • OIS di Kamera utama dan Telephoto
  • Sensor kamera RYYB
  • Dwi-Paparan Video (Close-up + Wide)
  • ISO sehingga 409600
  • Berupaya menerangkan situasi gelap

Melihat kepada prestasi kamera Huawei, keputusan yang ditampilkan DxOMark tidak mengejutkan ramai apabila Huawei P30 Pro berjaya menjadi telefon pintar dengan kamera terbaik mengalahkan Huawei Mate 20 Pro dengan skor 112.


Model Huawei P30 ditawarkan dengan harga RM2,699 manakala Huawei P30 Pro dengan 8GB RAM dan 256 GB ruang storan ditawarkan pada harga RM3,799. Untuk Huawei P30 Pro dengan 8GB RAM dan 512 GB ruang storan pula ditawarkan pada harga RM4,399.


Sebanyak tiga warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu breathing crystal, aurora dan hitam. Selain itu, Huawei Malaysia turut menawarkan waranti selama 18 bulanBuat anda yang berminat untuk menjadi pengguna yang terawal menggunakan Huawei P30 dan P30 Pro, model ini sudah mula dijual di pasaran bermula pada 6 April yang lepas.


Jadi, jika anda inginkan sebuah telefon yang mempunyai kehebatan kamera yang maksimum maka Hans sangat sarankan anda mendapatkan model terbaru Huawei iaitu Huawei P30 atau Huawei P30 Pro kerana anda pasti berpuas hati dan mengagumi hasil gambar yang sangat berkualiti melalui kamera telefon ini.

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama