Majlis Pelancaran Program Ummah Cinta Quran

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi dan baru-baru ini Hans berkesempatan hadir pada Majlis Pelancaran Program Ummah Cinta Quran yang berlangsung pada 18 April 2019 yang lepas bertempat di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur.


Untuk pengetahuan semua, program Ummah Cinta Quran ini diterajui oleh 2 orang individu yang sebenarnya terlibat di dalam bidang seni. Individu pertama yang Hans maksudkan disini ialah Puan Sofia Aliza Mohd Isa yang merupakan pengasas Daily Quran.


Hans sangat gembira dapat bertemu dengan insan hebat ini kerana Hans sememangnya sangat meminati hasil kerja penulis skrip yang dikenali sebagai Sofia J Rhyland ini yang berjaya menghasilkan skrip-skrip penceritaan yang sangat menarik untuk pihak produksi JS Pictures.


Individu kedua pula yang terlibat di dalam mencetuskan program yang mulia ini ialah saudara Razalif Mohamad Zain daripada Metamorphorsis Skills Sdn Bhd yang dikhabarkan bakal menerbitkan beberapa buah filem selepas ini. Selain itu, program murni ini turut mendapat kerjasama yang cukup hebat oleh Azmi Jaffri daripada SWA TV yang bertindak sebagai rakan media untuk program Ummah Cinta Quran


Hans sangat kagum dengan usaha mereka kerana program ini tidak meminta sumbangan orang ramai atau korporat kerana kos penganjuran program ini ditanggung oleh Metamorphosis Skills Sdn Bhd sebagai memenuhi tanggungjawab korporatnya kepada masyarakat.


Lebih menarik apabila program ini telah bekerjasama dengan Fahd Agensi yang merupakan penerbit dan pencetak Quran Waqaf dimana agensi ini telah menyumbang Quran Waqaf beserta terjemahan sebanyak 1500 buah naskah dan 530 buah lagi diwaqafkan oleh agensi agensi seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, Istana Budaya, Jabatan Muzium Negara, Kelab-kelab dari agensi kerajaan, swasta, selebriti dan ramai lagi.


Alhamdulillah kerana majlis Pelancaran Program Ummah Cinta Quran berjalan dengan tersusun dan Puan Sofia Aliza Mohd Isa serta saudara Razalif Mohd Zain turut berkongsi secara ringkas beberapa pengisian di dalam Program Ummah Cinta Quran sepanjang bulan Ramadan 2019 nanti. Antaranya yang mencuri perhatian Hans adalah seperti berikut:

1) Pengedaran dan penyampaian Quran Waqaf sebanyak 2000 naskah kepada lebih kurang 100 buah masjid/surah/madrasah di seluruh Negara yang akan bermula 23 April 2019 berakhir pada 3 Mei 2019.

2) Pengedaran dan Penyampaian Quran Wagaf sebanyak 30 naskah kepada 1 buah masjid dan 2 buah surau di Seoul, Korea pada 7 hingga 10 Mei 2019. 

3) Penyampaian Sumbangan Bantuan Makanan kepada golongan fakir miskin dan asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh Metamorphosis Skills Sdn Bhd sepanjang jelajah penyerahan Quran Waqaf ini. 

4) Saudara Razalif Zain juga menganjurkan Tadarus bersama Sahabat /Ummah Cinta Quran di masjid-masjid pilihan sepanjang bulan Ramadan ini. Beliau juga akan menyumbang makanan untuk bersahur kepada golongan asnaf dan fakir miskin sepanjang Ramadan nanti.

5) Program Khatam Al Quran dan Berbuka Puasa di sebuah hotel terkemuka yang akan dihadiri oleh salah seorang Imam Besar Masjidil Haram, Mekah pada 25 Mei 2019.


Lebih menarik lagi apabila setiap aktiviti serta penyampaian Quran Wakaf ini boleh disaksikan di saluran cintaquran SWA TV kerana pihak SWA TV akan turut terlibat dan menyertai pihak Daily Quran dan Metamorphorsis Skills Sdn Bhd sepanjang pengedaran dan penyampaian quran-quran waqaf ini di Malaysia dan juga di negara Korea Selatan nanti.


Hans mendoakan agar program Ummah Cinta Quran ini akan terus berjalan buat selama-lamanya kerana memberi manfaat yang sangat besar buat pembangunan sahsiah ummah. Kepada anda yang berminat untuk sama-sama terlibat di dalam usaha Quran Wakaf ini, anda boleh sama-sama menyumbang RM5 untuk satu penama di lokasi seperti di bawah:


Hari Jumaat:
Di Kaunter Tetap Masjid Negara di Pintu 4 dan Pintu 5

Hari Ahad :
Di Pasar Tani Shah Alam, Selangor.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama