Starbucks Perkenalkan Tiga Minuman Frappucino Terbaru Sempena Musim Panas

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Starbucks Summer 1 Media yang bertempat di Starbucks Store, Ikano Power Centre pada 16 April 2019 yang lepas. Seperti biasa pihak Starbucks Malaysia pasti akan memperkenalkan rangkaian minuman mereka yang terbaru mengikut musim tertentu untuk tempoh masa yang terhad.


Sempena musim panas kali ini, Starbucks Malaysia telah memperkenalkan 3 jenis minuman Frappucino terbaru yang masing-masing berharga RM17.90. Hans berkesempatan mencuba ketiga-tiga jenis minuman Frappucino terbaru ini dan Hans akui ketiga-tiganya mempunyai rasa yang menarik, unik dan sangat lazat.

Dark Caramel Coffee Frappuccino® Blended Beverage
Triple Mocha Frappuccino® Blended Beverage
Mixed Berry Frappuccino® Blended Beverage with Pomegranate Pearls

Kepada pengumpul barangan ekslusif Starbucks, anda pasti rambang mata kali ini kerana pihak Starbucks Malaysia turut mengeluarkan koleksi terbaru barangan ekslusif yang diinspirasikan daripada musim panas. Anda boleh lihat gambar dibawah dimana tumbler, thermos serta botol air kali ini hadir dengan sentuhan warna-warna ceria hasil inspirasi daripada pulau, pantai dan pokok tropika yang cukup untuk menjadikan koleksi terhad Starbucks kali ini kelihatan begitu esklusif. Harga barangan ekslusif kali ini mengikut jenis kategori dimana ia berada di dalam lingkungan harga RM58 sehingga RM168.


Untuk musim panas kali ini, pihak Starbucks juga turut mengumumkan hasil kerjasama mereka bersama jenama fesyen terkenal Vera Bradley untuk Koleksi Starbucks® X Vera Bradley. Dapat dilihat koleksi kali ini menampilkan warna-warna ceria paisley dan rekaan bunga yang menyerlahkan keyakinan dan serta cita-cita tinggi si pemakainya. Secara tidak langsung ini menepati kriteria jenama Vera Bradley sendiri yang mengimbangi fungsi dan kecantikan, optimis dan kebahagiaan, semangat dan ceria, menarik dan feminin. Anda boleh mendapatkan koleksi istimewa ini bermula pada 16 April 2019 di cawangan Starbucks yang terpilih selagi stok masih ada. Harga untuk untuk Koleksi Starbucks® X Vera Bradley ini pula bermula dari RM58 sehingga RM168.


Kepada penggemar kopi Starbucks, ada berita baik untuk adan apabila pihak Starbucks turut memperkenalkan dua jenis kopi terbari iaitu Starbucks Kopelani Blend dan Starbucks Kati Kati Blend. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua kopi ini menawarkan pengalaman rasa yang berbeza antara satu sama lain dan masing-masing dijual dengan harga RM40 untuk sebungkus. Untuk maklumat lanjut boleh lihat info yang Hans kongsikan dibawah:


Kati Kati Blend : Ramuan Kati Kati Blend diekstrak daripada citrus Afrika. Kopi panggang yang diadun cukup sempurna, lembut dan kaya dengan rasa serta aroma.

VIA Iced Coffee Blend : Kopi ais denan rasa citrus. Dengan sedikit sentuhan rasa gula tebu menjadikan ianya gabungan yang cukup sempurna. Ianya juga didatangkan dalam saiz VIA yang lebih praktikal dan mudah dibawa ke mana sahaja.


Selain itu terdapat tiga menu baru ditawarkan oleh Starbucks Malaysia pada musim panas kali ini yang boleh didapati di semua cawangan Starbucks seluruh Malaysia bermula pada 16 April 2019 ini. Ketiga-tiga menu tersebut adalah seperti di bawah:

 Pepperoni Cheese Danish
 Buttermilk Chicken Danish
Croissant Baquette with Hawaiian Chicken Roll


Kepada peminat minuman Starbucks atau pengumpul barangan ekslusif Starbucks, silalah berkunjung ke cawangan-cawangan Starbucks terdekat untuk mendapatkannya selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. 3 jenis air tu ada sampai bila eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampai raya kut
      Hans tak pasti tapi sekarang masih ada lagi
      baru tadi minum..haha

      Padam
  2. Done follow #3860
    Walaupun produk ni tahun lepas tp dh try ice via tu, sedap minum dgn ais.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama