Hidangan Sedap Di BBQ Lamb Kemensah

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja hendak berkongsi dengan para pembaca terutama yang kaki makan macam Hans ini. Sebelum ini mesti anda pernah terdengar atau terbaca tentang tempat makan tular atau viral di sekitar Kemensah dimana anda boleh menjamu selera sambil merendam kaki di dalam air sungai Kemensah. Hans sebenarnya sudah lama teringin mahu datang menjamu selera disini dan akhirnya Hans berpeluang untuk datang sendiri ke BBQ Lamb KL Kemensah yang berdekatan dengan  Kampung Kemensah dan Zoo Negara


Bagi Hans untuk mencari lokasi BBQ Lamb Kemensah ini sangat lah mudah sama ada menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps kerana ia akan membawa anda terus ke lokasi tersebut tanpa tersesat jalan. Perjalanan anda akan melalui kawasan kampung dimana anda bukan sekadar gembira merasai suasana kampung yang dipenuhi dengan kokokan ayam jantan tetapi dapat menyaksikan sendiri kehijauan alam semula jadi yang sangat indah sebelum tiba di lokasi tempat makan yang wajib untuk anda datang dan cuba hidangan-hidangan disini.


BBQ LAMB KEMENSAH 

Alamat:
Jalan Taman Zooview, 
Kampung Kemensah,
68000 Ampang,
Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis : 12.00 P.M - 10.00 P.M (Pesanan Terakhir Pukul 9.00 P.M)
Jumaat : 4.00 P.M - 10.00 P.M (Pesanan Terakhir Pukul 9.00 P.M)
Sabtu - Ahad : 12.00 P.M - 10.00 P.M 

Whatsapps:

Lokasi (Google Maps):

Laman Facebook:


Waktu Hans tiba sahaja di hadapan BBQ Lamb Kemensah ini, hidung Hans sudah dapat menghidu aroma enak hasil daripada asap makanan bbq yang sedang disediakan oleh para chef dan pekerja disini. Serius terliur beb padahal Hans baru sahaja turun daripada motosikal. Belum lagi masuk ke dalam! Hahaha!


Memandangkan Hans ini memang sejenis manusia yang pantang tengok air sungai, air terjun hatta air laut maka memang jiwa Hans meronta-ronta tidak sabar untuk turun ke bawah apabila melihat beberapa orang pelanggan sedang duduk berendam kaki di bawah sambil makan mahu pun menantikan makanan yang sudah dipesan. 


Di BBQ Lamb Kemensah juga bukan sekadar menawarkan tempat makan dimana anda perlu merendamkan kaki. Ada juga kawasan tempat makan lain yang disediakan di sekitar sungai Kemensah untuk memberikan anda lebih pilihan untuk menikmati makanan serta bersantai menghirup udara segar disini. Macam sesiapa yang ada anak kecil yang suka main air itu, boleh lepak mandi-mandi dekat kolam seperti gambar di atas.


Air sungai Kemensah ini mengalir laju daripada kawasan air terjun di bahagian atas yang merupakan tempat untuk mandi-manda. Jadi, sewaktu pekerja disini bertanya Hans hendak makan di dalam sungai (River Dining) atau pun di daratan (Riverside) maka Hans dengan lajunya memberi jawapan untuk makan di kawasan air sungai Kemensah sebab nak rasai sendiri pengalaman makan sambil berendam kaki ini. Hehehe!


Serius Hans rasa gembira sangat bila dapat rendam kaki dalam air sungai yang jernih dan sejuk ini. Kalau tahu seronok macam ini memang Hans bawa siap-siap baju mandi. Terus mandi jer lepas makan. Hahaha! Jadi, tiba waktunya untuk memesan makanan maka Hans ambil BBQ Set untuk dua orang makan yang berharga RM90 dimana set ini didatangkan dengan set Mix Meat (campuran daging, ayam, kambing dan itik), 2 pinggan nasi herba, 2 koktail buah-buahan, sup, 4 jenis sos, salad sayuran coleslaw, buah tembikai dan juga minuman.

 Koktail Buah-Buahan Yang Sedap!
 Salad Sayuran Coleslaw Yang Setanding Coleslaw McDonalds
 Nasi Herba Yang Lembut Dan Penuh Aroma
Set Mix Meat Yang Wajib Anda Cuba

Hans tidak terasa terlalu lama menanti makanan kerana sedang leka mengambil gambar dan bermain air sungai. Jadi, apabila hidangan yang dipesan tiba di atas meja maka memang Hans terus terliur melihatkan set BBQ Mix Meat yang sangat menggoda. Terdapat 4 jenis pilihan daging yang ada pada hidangan ini iaiti BBQ ayam (chicken grill), daging itik salai (smokey duck), BBQ daging (beef tenderloin) dan BBQ kambing (lamb grill).


Selain itu, hidangan ini juga memberikan Hans 4 sos pilihan yang boleh dijadikan sebagai pencicah kepada potongan daging dan ayam tersebut iaitu mayonis, pudina, sambal kicap dan lada hitam. Jadi, tunggu apa lagi? Mari tengok Hans mencekik dengan klik IGTV INSTAGRAM - REVIEW BBQ LAMB KEMENSAH.


Hans sangat menyukai keempat-empat jenis daging yang disediakan. Paling Hans suka ialah daging itik salai diikuti oleh BBQ Kambing, BBQ Daging dan BBQ Ayam. Hans telah mencuba makan daging-daging ini secara asli dan secara mencicah. Jika pilihan sos pula, Hans sangat menyukai sos pudina, diikuti oleh sambal kicap, mayonis dan akhir sekali lada hitam. Selain rasa hidangannya yang sedap, Hans juga cukup suka apabila setiap daging ini dipotong pada saiz yang sesuai untuk dimakan dan memudahkan Hans untuk menikmati hidangan ini tanpa perlu bersusah payah memotong kepingan daging menjadi kecil. Ini ialah servis terbaik yang ditawarkan di BBQ Lamb Kemensah ini.


Hans bertuah kerana dapat merasai dua suasana persekitaran yang berbeza di BBQ Lamb KL Kemensah ini iaitu pada waktu siang dan waktu malam. Pada Hans, kedua-dua suasana ini mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Waktu siangnya cantik, mendamaikan dan menyejukkan. Manakala waktu malamnya pula membuatkan Hans betul-betul dapat menikmati suasana alam semula jadi yang indah berbumbungkan langit membiru yang betul-betul cantik. Indahnya ciptaan Allah!

 Suasana BBQ Lamb Kemensah Pada Waktu Malam
 Kawasan Tempat Makan Berdekatan Sungai Kemensah
 Kawasan Tempat Makan Daratan (Riverside)
 Pemandangan Indah Di BBQ Lamb Kemensah
 Salah Satu Pilihan Kawasan Tempat Makan Daratan (Riverside)

Secara keseluruhannya, Hans sangat berpuas hati dengan segala-gala yang ditawarkan di BBQ Lamb Kemensah ini baik dari segi rasa dan kualiti makanan mahu pun layanan pekerja mereka yang terbaik. Ditambah pula dengan suasana sekitar yang santai dan bersih menjadikan lokasi ini bukan sekadar sebuah tempat makan yang unik tetapi mampu memberikan anda satu pengalaman yang sukar untuk diperoleh di lokasi tempat makan lain yang terdapat di Kuala Lumpur atau pun di negeri-negeri lain.


Jadi, pastikan anda datang sendiri dan menjamu selera di BBQ Lamb Kemensah bersama keluarga, rakan-rakan mahu pun insan yang tersayang. In Sha Allah! Hans pasti anda akan berpuas hati dan jatuh cinta dengan rasa hidangannya yang betul-betul menyelerakan. Serius berbaloi! Selamat menjamu selera di BBQ Lamb Kemensah!


18 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bestnya... Untuk kanak-kanak harga berapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pasti tetapi setahu saya macam tak ada a la carte
      dia terus set bbq jer untuk berapa orang makan
      mungkin boleh check dekat laman sosial mereka

      Padam
  2. fuhh.. bestnya kalau candle light dinner sekali lagi kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah...sesuai sangat tu
      apa lagi
      ajak lah si husband pergi dating
      hahaha

      Padam
  3. Menarik tempat ni. Pernah juga dengar tapi tak ada info sehingga terbaca blog tuan. Thanks for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama
      tempat sedap dan menarik memang wajib dikongsi berjemaah
      hehehe

      Padam
  4. Balasan
    1. memang best
      datang makan di sana
      mesti tak menyesal

      Padam
  5. bestnya klu dpt dtg ngn family, sejuk je sambil rendam kaki sambil menikmati makanan yg sedap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yes
      best sangat kalau makan ramai-ramai dengan family
      baru meriah
      hehehe

      Padam
  6. pernah main ATV kat kemensah. tapi tak tahu ada tempat makan macam ni.. boleh try ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat makan nih sebelah ATV Kemensah tu jer
      hehehe

      Padam
  7. Balasan
    1. sila pergi
      best
      tak menyesal punya sebab sedap
      hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama